Malaysia's first 24 hour news & information channel - delivering in-depth analysis and balanced, transparent coverage of news and current affairs.

Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D)

-------------------------

The Official Astro Awani on YouTube offers a variety of catch-up videos on demand from Astro Awani CH501.

SUBSCRIBE now!
youtube.com/user/njoiawani?sub_confirmation=1

Visit beta.astroawani.com/ for more news

Astro AWANI LIVE www.astroawani.com/videos/live

Follow us::
FACEBOOK www.facebook.com/astroawani
TWITTER twitter.com/501Awani
INSTAGRAM www.instagram.com/501awani
TELEGRAM t.me/astroawani


Astro AWANI

Sebanyak puluhan ribu tandatangan telah dikumpulkan di England bagi sebuah petisyen yang menuntut agar Israel tidak dibenarkan menyertai bola sepak antarabangsa berikutan tindakannya di Gaza, selain mendesak agar perlawanan antara Aston Villa dan Maccabi Tel Aviv dibatalkan, lapor Anadolu Ajansi.

Petisyen yang dilancarkan oleh Kempen Solidariti Palestin di UK dan ditandatangani oleh 25,000 orang itu diserahkan kepada Persatuan Bola Sepak England di Stadium Wembley oleh pengarah platform itu, Lewis Backon.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-sukan/england-kumpul-tan…
#AWANInews

43 minutes ago | [YT] | 207

Astro AWANI

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kelantan, menggagalkan cubaan menyeludup 3,000 liter petrol dalam satu Operasi Bersepadu Membanteras Penyelewengan Barang Kawalan di Jambatan Sultan Yahya Petra, Kampung Langgar di Kota Bharu.

Pengarah KPDN Kelantan Azman Ismail berkata operasi yang bermula pada 4.35 pagi tadi, dijalankan bersama Pasukan Polis Marin Wilayah 3 Pengkalan Kubor membawa kepada penahanan seorang lelaki tempatan, manakala dua lagi suspek sempat melarikan diri.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/kpdn-gagalkan-c…

#AWANInews

43 minutes ago | [YT] | 17

Astro AWANI

Platform penstriman Disney+ akan menayangkan musim kedua siri realiti kembara "Are You Sure?!" yang menampilkan ahli kumpulan BTS, Jimin dan Jungkook bulan depan, lapor Agensi Berita Yonhap.

Program itu menampilkan dua bintang K-pop berkenaan yang memulakan satu lagi pengembaraan spontan bersama dengan hanya membawa sebuah beg kecil setiap seorang.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-hiburan/jimin-dan-jungko…
#AWANInews

1 hour ago | [YT] | 14

Astro AWANI

Penduduk di Pahang dinasihatkan supaya berwaspada dan sentiasa peka terhadap fenomena air pasang besar yang dijangka berlaku bermula hari ini sehingga bulan depan.

Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Daerah Kuantan Rohushsyifa Ahmad Radzi, berkata paras air laut dijangka meningkat di kawasan pesisir seperti Kuantan, Pekan dan Rompin.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-menyel…
#AWANInews

1 hour ago | [YT] | 22

Astro AWANI

Malaysia must move beyond one-off welfare handouts to build a coordinated long-term care system for its ageing population.

According to DOSM, the country is expected to become an aged nation by 2040, raising urgent questions about how to care for a growing number of elderly citizens.

Read more: www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-needs-…

#AWANInews

1 hour ago | [YT] | 34

Astro AWANI

Rohana Abdullah yang ditawarkan pengajian Diploma Sains Komputer bersama dengan Biasiswa Anak Emas Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kini bergelar graduan sewaktu Majlis Konvokesyen UTeM ke-21 yang berlangsung semalam.

Kisah Rohana pernah tular hampir 4 tahun lalu, yang mana beliau dijaga ibu angkat berlainan agama sejak berusia dua bulan dan menerusi episod kesukaran untuk mendapatkan taraf kerakyatan kerana ditinggalkan sejak kecil.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/rohana-abdullah…
#AWANInews

2 hours ago | [YT] | 41

Astro AWANI

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas sikap pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar melalui undian blok pada Selasa.

“Semalam (Ahli Parlimen) pembangkang tak menyokong pun bajet belanjawan, tapi minta berjela-jela…macam malas saya nak menjawab, kenapa tak sokong semalam? Lepas itu minta itu ini.

"Belanjawan semalam untuk rakyat tetapi mereka tak sokong” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/minta-berjelaje…
#AWANInews

2 hours ago | [YT] | 28

Astro AWANI

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Rabu menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi China International Import Expo (CIIE) 2025 kali ke-8 di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC), Shanghai, atas undangan rasmi Kerajaan China.

Ini merupakan penyertaan pertama Ahmad Zahid dalam ekspo berprestij itu, yang menghimpunkan pelbagai negara untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Malaysia pula menyertai CIIE buat kali keenam di peringkat tertinggi sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2018, sebagai bukti komitmen negara dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala bersama China.

📸: CIIE & Matrade

#AWANInews

3 hours ago | [YT] | 24

Astro AWANI

Kerja-kerja siasatan dan pemantauan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian sebuah lubang benam terbentuk di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti tindakan susulan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, ekoran kejadian tersebut menyebabkan laluan berkenaan ditutup sementara.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-menyel…
#AWANInews

3 hours ago | [YT] | 146

Astro AWANI

Kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited memperluaskan jaringan pendidikan ke peringkat global seterusnya membuka lebih banyak peluang pembelajaran bertaraf dunia kepada pelajar Bumiputera.

Usaha itu dipergiatkan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Shanghai Jiao Tong University (SJTU) hari ini.

Sesi menandatangani dan pertukaran dokumen antara kedua-dua pihak terlibat disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/mara-jalin-kerj…
#AWANInews

4 hours ago | [YT] | 30