Astro AWANI

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Rabu menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi China International Import Expo (CIIE) 2025 kali ke-8 di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC), Shanghai, atas undangan rasmi Kerajaan China.

Ini merupakan penyertaan pertama Ahmad Zahid dalam ekspo berprestij itu, yang menghimpunkan pelbagai negara untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Malaysia pula menyertai CIIE buat kali keenam di peringkat tertinggi sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2018, sebagai bukti komitmen negara dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala bersama China.

📸: CIIE & Matrade

#AWANInews

4 days ago | [YT] | 34