ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Selamat datang ke YouTube Rasmi Ifix Physiotherapy ๐Ÿ’œ

Di sini kami berkongsi video berkaitan senaman, rehabilitasi, penjagaan diri & tips kesihatan untuk membantu anda bergerak dengan lebih baik dan menjalani kehidupan dengan lebih selesa.

๐Ÿ“ Ifix Physiotherapy menyediakan rawatan di:
โ€ข Nilai
โ€ข Johor Bahru
โ€ข Melaka Tengah

Kami membantu masalah seperti:
โœ… Sakit Pinggang & Slip Disc
โœ… Sakit Lutut & Bahu
โœ… Strok
โœ… Kecederaan Sukan
โœ… Kanak-Kanak & Warga Emas

๐Ÿ’œ Sesi 1-to-1 bersama fisioterapi
๐Ÿ’œ Manual Therapy, Exercise Therapy, Modalities & Dry Needling
๐Ÿ’œ Rawatan secara temujanji

๐ŸŒ www.ifixphysiotherapy.com.my
๐Ÿ“ž Careline: 014-910 1310

Subscribe untuk lebih banyak senaman & tips fisioterapi!

๐Ÿ’œWE EDUCATE. INSPIRE. INSTILL HOPE๐Ÿ’œ


ifixphysio (ifixphysiotherapy)

PINGGANG KETAT LEPAS DUDUK LAMA? ๐Ÿ˜ฃ

Terlalu lama duduk boleh menyebabkan otot pinggang terasa tegang dan tidak selesa.

Cuba lakukan Pelvic Tilt untuk membantu mengaktifkan otot core, mengawal pergerakan pelvis dan mengurangkan tekanan pada bahagian lower back. ๐Ÿ’ชโœจ

๐Ÿ” 10 kali ร— 3 set

Lakukan secara perlahan dan berhenti jika terasa sakit.

๐ŸŽฅ Ikuti animasi ini untuk lihat cara melakukannya dengan betul!
#ifixphysio #sakitpinggang #pelvictilt #coreexercise #fisioterapi

1 day ago | [YT] | 0

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Bagaimana Physio Rawat Sakit Pinggang? ๐Ÿ’œ

Bila sakit pinggang datang berulang, rawatan bukan sekadar urut tempat yang sakit sahaja.

Di fisioterapi, kami akan lihat dulu punca masalah.

Adakah datang daripada otot yang tegang, sendi yang kurang bergerak, postur, teknik angkat barang, atau core yang kurang stabil. ๐Ÿฆด

Biasanya rawatan akan digabungkan dengan:
โœ… Manual therapy untuk bantu kurangkan ketegangan, tingkatkan pergerakan dan beri rasa lebih lega
โœ… Rehab exercise untuk kuatkan otot sokongan, stabilkan pinggang dan bantu kurangkan risiko sakit berulang

Matlamat rawatan bukan sekadar hilangkan sakit sementara.

Matlamat kami ialah bantu anda faham punca sakit, bergerak dengan lebih yakin, dan kembali buat aktiviti harian dengan lebih selesa. โœจ

Kalau sakit pinggang mula ganggu kerja, tidur, solat, memandu atau aktiviti harian, jangan tunggu sampai makin teruk.

Dapatkan pemeriksaan fisioterapi supaya rawatan boleh dibuat ikut keadaan badan anda. ๐Ÿ’ช
#ifixphysio #sakitpinggang #manualtherapy #rehabexercise #fisioterapi

1 week ago | [YT] | 1

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Kenapa Tilam Sebabkan Sakit Pinggang? ๐Ÿ›๏ธ๐Ÿ˜ฃ

Pernah tak bangun tidur, tapi pinggang rasa tegang, berat atau sakit?

Salah satu sebabnya mungkin kerana tilam tidak menyokong spine dengan baik.

Bila tilam terlalu lembut, badan boleh tenggelam dan tulang belakang jadi tidak berada dalam posisi neutral.

Bila tilam terlalu keras pula, tekanan pada bahagian pinggang, bahu dan pinggul boleh jadi lebih ketara. โš ๏ธ

Sepanjang malam, spine perlukan sokongan yang seimbang supaya otot dan sendi sekitar pinggang dapat berehat dengan baik.

Kalau sokongan tilam tidak sesuai, pinggang boleh โ€œbekerjaโ€ lebih walaupun semasa tidur.

Sebab itu bila bangun pagi, badan rasa keras dan pinggang tak selesa. ๐Ÿฆด

Apa yang boleh diperhatikan?
โœ… Pilih tilam yang menyokong bentuk badan
โœ… Pastikan spine kekal neutral semasa tidur
โœ… Elakkan tilam yang terlalu tenggelam
โœ… Gunakan bantal sokongan jika perlu
โœ… Buat regangan ringan selepas bangun tidur

Kalau sakit pinggang selepas tidur kerap berlaku, jangan abaikan. Dapatkan pemeriksaan fisioterapi untuk kenal pasti punca sebenar. ๐Ÿ’œ
#ifixphysio #sakitpinggang #tilam #fisioterapi #tipskesihatan

1 week ago | [YT] | 0

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Kenapa Ramai Sakit Pinggang Lepas Bangun Tidur? ๐Ÿ˜ฃ

Pernah tak bangun pagi, belum buat apa-apa lagiโ€ฆ
tapi pinggang dah rasa berat, tegang atau sakit?

Nak bangun dari katil pun rasa perlahan.
Nak tunduk ambil barang pun pinggang macam โ€œkerasโ€. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Ramai ingat sakit pinggang lepas bangun tidur ni sebab tersalah tidur sahaja.

Tapi sebenarnya, tilam dan posisi tidur boleh mempengaruhi keadaan spine sepanjang malam. ๐Ÿ›๏ธ

Kalau tilam terlalu lembut, badan boleh tenggelam dan spine jadi kurang neutral.
Kalau tilam terlalu keras pula, tekanan pada pinggang dan bahagian badan tertentu boleh jadi lebih ketara.

Posisi tidur juga memainkan peranan. Bila pinggang berada dalam posisi yang kurang sesuai terlalu lama, otot boleh jadi tegang dan sendi sekitar tulang belakang boleh rasa tidak selesa bila bangun pagi. โš ๏ธ

Apa yang boleh bantu?
โœ… Pastikan spine berada dalam posisi neutral
โœ… Elakkan tidur dalam posisi terlalu membongkok
โœ… Gunakan bantal yang sesuai untuk sokong badan
โœ… Cuba letak bantal di bawah lutut jika tidur terlentang
โœ… Buat regangan ringan selepas bangun tidur

Sakit pinggang waktu pagi bukan semestinya normal untuk dibiarkan.

Kalau ia kerap berlaku atau makin mengganggu rutin harian, dapatkan pemeriksaan fisioterapi untuk kenal pasti punca sebenar. ๐Ÿ’œ
#ifixphysio #sakitpinggang #posisitidur #fisioterapi #tipskesihatan

1 week ago | [YT] | 1

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Exercise Rehab Untuk Pinggang๐Ÿ’ช

Pinggang selalu rasa lemah, cepat lenguh, atau mudah sakit bila banyak bergerak? ๐Ÿ˜ฃ

Salah satu senaman rehab yang boleh bantu ialah Bridge Hold .

Senaman ini membantu aktifkan otot punggung, core dan bahagian belakang badan supaya pinggang lebih stabil semasa berdiri, berjalan atau membongkok. โœจ

Cara buat:
โœ… Baring terlentang
โœ… Bengkokkan lutut
โœ… Tapak kaki rapat di lantai
โœ… Angkat pinggul perlahan-lahan
โœ… Tahan posisi bridge 5โ€“10 saat
โœ… Turunkan semula dengan perlahan

Buat 8โ€“10 reps , sebanyak 2โ€“3 set .

Pastikan badan tidak melengkung berlebihan dan jangan paksa jika rasa sakit mencucuk. Fokus pada kawalan pergerakan dan rasa otot bekerja ๐Ÿง˜โ€โ™€๏ธ

Kalau sakit pinggang masih kerap berulang, dapatkan pemeriksaan fisioterapi untuk tahu punca sebenar dan senaman yang sesuai ๐Ÿ’œ
#ifixphysio #sakitpinggang #bridgingexercise #fisioterapi #tipskesihatan

2 weeks ago | [YT] | 1

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Punca Kaki Kebas Dari Pinggang โš ๏ธ

Kaki rasa kebas, semut-semut, atau sakit menjalar dari pinggang sampai ke punggung, paha atau betis? ๐Ÿ˜ฃ

Ini bukan sekadar sakit pinggang biasa.

Salah satu puncanya boleh berlaku apabila saraf pada tulang belakang terhimpit. Bila saraf tertekan, rasa sakit tidak semestinya duduk di pinggang sahaja. Ia boleh โ€œturunโ€ ke bahagian kaki kerana saraf dari pinggang bersambung ke kawasan tersebut. ๐Ÿฆด

Antara tanda yang biasa berlaku:
โœ… Kebas atau semut-semut pada kaki
โœ… Sakit menjalar ke punggung, paha atau betis
โœ… Rasa mencucuk atau panas
โœ… Kaki rasa lemah atau cepat penat
โœ… Sakit makin terasa bila duduk lama atau membongkok

Jika simptom ini makin kerap berlaku, jangan abaikan. Lagi awal diperiksa, lagi mudah untuk kenal pasti punca sebenar dan rawatan yang sesuai ๐Ÿ’œ

Dapatkan pemeriksaan fisioterapi untuk penilaian yang lebih tepat.
#ifixphysio #kakikebas #sakitpinggang #tekanansaraf #fisioterapi

2 weeks ago | [YT] | 0

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Punca Sakit Pinggang Pekerja Komputer ๐Ÿ’ป๐Ÿ˜ฃ

Pagi-pagi buka laptop, niat nak siapkan kerja sekejap sahaja.

Tapi sedar-sedarโ€ฆ
dah berjam-jam duduk depan komputer tanpa bangun. ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Mula-mula badan rasa okay.

Tapi lama-lama, pinggang mula rasa berat.
Belakang bawah rasa lenguh.
Bila nak bangun dari kerusi, rasa macam badan โ€œkerasโ€ dan pinggang tak selesa. โš ๏ธ

Sebenarnya, duduk terlalu lama tanpa rehat boleh buat otot sekitar pinggang menjadi tegang dan kurang aktif.

Dalam masa yang sama, postur duduk yang lama boleh beri tekanan berterusan pada bahagian pinggang, terutama bila badan mula membongkok ke depan atau duduk dalam posisi yang sama terlalu lama. ๐Ÿช‘

Sebab itu pekerja komputer mudah alami sakit pinggang, walaupun nampak macam โ€œduduk sahajaโ€.

Apa yang boleh bantu?
โœ… Bangun setiap 30โ€“60 minit
โœ… Buat regangan ringan
โœ… Betulkan posisi duduk
โœ… Pastikan skrin pada paras mata
โœ… Jangan duduk statik terlalu lama

Kerja depan komputer memang tak dapat dielakkan.

Tapi sakit pinggang jangan dibiarkan sampai ganggu fokus, produktiviti dan rutin harian. ๐Ÿ’œ

Kalau sakit pinggang makin kerap berulang, dapatkan pemeriksaan fisioterapi untuk tahu punca sebenar.
#ifixphysio #sakitpinggang #pekerjakomputer #fisioterapi #tipskesihatan

2 weeks ago | [YT] | 1

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Stretch Selepas Drive Lama ๐Ÿš—๐Ÿ˜ฃ

Pinggang rasa tegang atau lenguh lepas drive jauh?

Bila duduk terlalu lama dalam kereta, otot sekitar pinggang dan belakang badan boleh jadi tegang. Sebab itu bila keluar kereta, badan rasa keras dan pinggang kurang selesa.

Cuba buat Standing Back Stretch โœจ

Senaman ini bantu buka semula bahagian depan badan, kurangkan ketegangan pada pinggang, dan bantu badan rasa lebih ringan selepas duduk lama.

Cara buat:
โœ… Berdiri tegak
โœ… Letak kedua-dua tangan di pinggang
โœ… Tolak pinggul sedikit ke depan
โœ… Lengkungkan badan ke belakang perlahan-lahan
โœ… Tahan 5โ€“10 saat
โœ… Ulang 5โ€“8 kali

Buat perlahan, jangan paksa jika rasa sakit mencucuk. Fokus pada rasa regangan yang selesa. ๐Ÿ’ช

Kalau sakit pinggang masih kerap berlaku setiap kali drive lama, dapatkan pemeriksaan fisioterapi untuk tahu punca sebenar ๐Ÿ’œ
#ifixphysio #sakitpinggang #stretching #fisioterapi #tipskesihatan

3 weeks ago | [YT] | 0

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Otot Yang Menyokong Pinggang ๐Ÿฆด๐Ÿ’ช

Ramai ingat pinggang hanya disokong oleh tulang belakang sahaja.

Sebenarnya, core muscles juga memainkan peranan penting untuk bantu stabilkan pinggang semasa kita duduk, berdiri, berjalan, membongkok atau mengangkat barang.

Core bukan sekadar otot perut. Ia termasuk otot sekitar perut, pinggang, pelvis dan bahagian belakang yang bekerja bersama untuk menyokong spine. โœจ

Bila core kurang kuat atau kurang stabil, pinggang mungkin perlu bekerja lebih kuat. Sebab itu pinggang boleh cepat lenguh, tegang atau sakit bila banyak bergerak. ๐Ÿ˜ฃ

Core yang baik membantu:
โœ… Stabilkan tulang belakang
โœ… Kurangkan tekanan pada pinggang
โœ… Bantu postur lebih baik
โœ… Jadikan pergerakan lebih terkawal
โœ… Kurangkan risiko sakit berulang

Jadi, kalau selalu sakit pinggang, jangan fokus pada sakit sahaja. Kena lihat juga tahap kekuatan dan kestabilan core. ๐Ÿ’œ

Dapatkan pemeriksaan fisioterapi untuk tahu punca sebenar dan senaman yang sesuai.
#ifixphysio #sakitpinggang #coremuscles #fisioterapi #tipskesihatan

3 weeks ago | [YT] | 0

ifixphysio (ifixphysiotherapy)

Exercise Stabilkan Pinggang ๐Ÿ’ช

Pinggang cepat lenguh atau mudah sakit bila bergerak? ๐Ÿ˜ฃ

Salah satu sebabnya mungkin kerana core kurang stabil untuk menyokong tulang belakang.

Cuba buat Bird Dog Exercise ๐Ÿฆ๐Ÿถ
Senaman ini bantu latih kestabilan core, pinggang dan pelvis supaya badan lebih terkawal semasa bergerak.

Cara buat:
โœ… Posisi merangkak
โœ… Belakang kekal neutral
โœ… Angkat tangan kanan & kaki kiri
โœ… Tahan 3โ€“5 saat
โœ… Turunkan perlahan
โœ… Ulang sebelah bertentangan

Buat 8โ€“10 reps setiap side, sebanyak 2โ€“3 set.
Pastikan pergerakan perlahan dan terkawal, jangan biar pinggang melengkung.

Kalau sakit pinggang masih kerap berulang, dapatkan pemeriksaan fisioterapi untuk tahu punca sebenar. ๐Ÿ’œ
#ifixphysio #sakitpinggang #birddogexercise #fisioterapi #tipskesihatan

3 weeks ago | [YT] | 0