Malaysia's first 24 hour news & information channel - delivering in-depth analysis and balanced, transparent coverage of news and current affairs.

Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D)

-------------------------

The Official Astro Awani on YouTube offers a variety of catch-up videos on demand from Astro Awani CH501.

SUBSCRIBE now!
youtube.com/user/njoiawani?sub_confirmation=1

Visit beta.astroawani.com/ for more news

Astro AWANI LIVE www.astroawani.com/videos/live

Follow us::
FACEBOOK www.facebook.com/astroawani
TWITTER twitter.com/501Awani
INSTAGRAM www.instagram.com/501awani
TELEGRAM t.me/astroawani


Astro AWANI

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan membidas sikap pembangkang yang tidak menyokong Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 pada peringkat dasar melalui undian blok pada Selasa.

“Semalam (Ahli Parlimen) pembangkang tak menyokong pun bajet belanjawan, tapi minta berjela-jela…macam malas saya nak menjawab, kenapa tak sokong semalam? Lepas itu minta itu ini.

"Belanjawan semalam untuk rakyat tetapi mereka tak sokong” katanya di Dewan Rakyat pada Rabu.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/minta-berjelaje…
#AWANInews

5 minutes ago | [YT] | 6

Astro AWANI

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, pada Rabu menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi China International Import Expo (CIIE) 2025 kali ke-8 di Pusat Pameran dan Konvensyen Nasional (NECC), Shanghai, atas undangan rasmi Kerajaan China.

Ini merupakan penyertaan pertama Ahmad Zahid dalam ekspo berprestij itu, yang menghimpunkan pelbagai negara untuk mempromosikan perdagangan dan pelaburan antarabangsa.

Malaysia pula menyertai CIIE buat kali keenam di peringkat tertinggi sejak penganjuran pertamanya pada tahun 2018, sebagai bukti komitmen negara dalam memperkukuh hubungan ekonomi dan perdagangan dua hala bersama China.

📸: CIIE & Matrade

#AWANInews

48 minutes ago | [YT] | 16

Astro AWANI

Kerja-kerja siasatan dan pemantauan masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kejadian sebuah lubang benam terbentuk di Jalan Dato Ismail Hashim, Sungai Ara, Bayan Lepas, semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata pihaknya juga sedang mengenal pasti tindakan susulan yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat, ekoran kejadian tersebut menyebabkan laluan berkenaan ditutup sementara.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/siasatan-menyel…
#AWANInews

1 hour ago | [YT] | 49

Astro AWANI

Kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited memperluaskan jaringan pendidikan ke peringkat global seterusnya membuka lebih banyak peluang pembelajaran bertaraf dunia kepada pelajar Bumiputera.

Usaha itu dipergiatkan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Shanghai Jiao Tong University (SJTU) hari ini.

Sesi menandatangani dan pertukaran dokumen antara kedua-dua pihak terlibat disaksikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/mara-jalin-kerj…
#AWANInews

1 hour ago | [YT] | 28

Astro AWANI

Kerajaan menerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) komited memperluaskan jaringan pendidikan ke peringkat global seterusnya membuka lebih banyak peluang pembelajaran bertaraf dunia kepada pelajar Bumiputera.

Usaha itu dipergiatkan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Shanghai Jiao Tong University (SJTU) hari ini.

📸: Pejabat Timbalan Perdana Menteri (DPMO)

#AWANInews

2 hours ago | [YT] | 27

Astro AWANI

Penyanyi rap tempatan Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee direman enam hari bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan di dalam bilik air sebuah hotel di Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, perintah reman terhadap Namewee dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Rabu.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/namewee-ditahan…
#AWANInews

2 hours ago | [YT] | 50

Astro AWANI

Sekurang-kurangnya sembilan orang dilaporkan maut manakala beberapa lagi cedera dalam satu kejadian kebakaran yang berlaku di sebuah rumah penjagaan warga emas di bandar utara Tuzla lewat malam Selasa.

Menurut laporan media tempatan, kebakaran itu tercetus sekitar pukul 9 malam waktu tempatan dan berjaya dipadamkan kira-kira sejam kemudian.

Dalam pada itu, punca kebakaran masih belum diketahui dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-dunia/9-maut-dalam-kebak…
#AWANInews

3 hours ago | [YT] | 30

Astro AWANI

Senat Amerika Syarikat (AS) sekali lagi gagal meluluskan rang undang-undang pembiayaan sementara pada Selasa, menandakan kegagalan ke-14 usaha berkenaan, lapor Xinhua.

Kegagalan itu menjadikan penutupan kerajaan persekutuan kini di landasan untuk memecah rekod 35 hari yang dicatat semasa penutupan 2018-2019, sekali gus berpotensi menjadi yang terpanjang dalam sejarah AS.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-dunia/penutupan-kerajaan…
#AWANInews

4 hours ago | [YT] | 66

Astro AWANI

Muslim Friendly Watch (MFW) diarahkan menarik semula segala bentuk promosi dan pengiktirafan ‘Muslim Choice’ yang boleh mengelirukan pengguna Islam di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk segera mengeluarkan kenyataan amaran rasmi kepada pihak MFW berhubung arahan tersebut.

www.astroawani.com/berita-malaysia/mfw-diarah-tari…
#AWANInews

4 hours ago | [YT] | 58

Astro AWANI

Zohran Mamdani, seorang ahli politik muda berusia 34 tahun, telah mencipta sejarah apabila dipilih sebagai Datuk Bandar New York City, menjadikannya pemimpin demokratik sosialis pertama dan Datuk Bandar Muslim pertama dalam sejarah bandar terbesar Amerika Syarikat (AS).

Dalam pilihan raya yang mencatatkan jumlah pengundi tertinggi sejak tahun 1969, Zohran menewaskan bekas Gabenor New York Andrew Cuomo dan calon Republikan Curtis Sliwa dengan kemenangan yang mengejutkan ramai pihak.

Lanjut: www.astroawani.com/berita-dunia/zohran-mamdani-men…
#AWANInews

5 hours ago | [YT] | 284