Saya berdiri bersama Ustaz Nik Zawawi kerana saya memahami kisah yang beliau sampaikan. Semalam juga merupakan hari lahir anak saya yang pertama, Zinnirah Hanania. Ketika memilih nama tersebut, saya membaca kisah Zinnirah ar-Rumiyyah, seorang wanita tabah dalam sejarah Islam. Sebab itu saya benar-benar memahami pengkisahan berkaitan Saidina Omar RA iatu kisah tentang hidayah, perubahan dan kekuatan iman.
Hari ini saya berpeluang berbincang mengenai usaha mencipta lebih banyak peluang baharu buat usahawan muda.
Insya-Allah, pasukan kami komited untuk terus membantu golongan muda membina masa depan yang lebih baik melalui sokongan, bimbingan dan peluang pembangunan yang mampan.
Makan tengah hari bersama keluarga RESET Selangor serta membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai hala tuju dan masa depan perjuangan RESET Selangor.
Di saat Parti Bunga dilihat semakin berpecah dan dilanda pelbagai gelora, kami di RESET Selangor terus memilih jalan perpaduan, memperkukuh saf, serta memperkasakan gerak kerja demi rakyat.
Ramai yang koyak bila saya turun buat program di Melaka. Biasalah apabila kita bergerak dan bekerja, pasti ada yang dengki kerana mereka sendiri tidak mampu melakukan perkara yang sama.
Saya sentiasa terbuka untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, khususnya kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional yang ingin memahami strategi komunikasi dan propaganda politik dengan lebih berkesan. Minat dan kebolehan saya sebelum ini pernah disekat serta dikawal ketika berada dalam parti lama.
BERSATU hanyalah tempat untuk mereka yang sanggup menjadi haiwan peliharaan bukannya untuk mengembangkan bakat dan menonjol diri.
Selesai sesi pertama kelas propaganda bersama RESET Melaka hari ini. Esok akan diteruskan dengan satu lagi sesi khas terbuka sebagai persediaan menghadapi PRN Melaka.
Jujurnya, agak awkward juga apabila perlu mengajar di hadapan Datuk Wan Saiful Wan Jan. Dahulu saya hanya duduk mendengar dan meneliti setiap perkongsian beliau, tetapi hari ini tak sangka pula saya yang berdiri di hadapan untuk mengendalikan kelas, dan beliau pula menjadi murid.
Teringat kembali suatu masa dahulu, saya hanyalah penerangan cawangan Kampung Piew di Alor Setar. Perjalanan ini mengajar bahawa setiap ruang kecil yang kita isi dengan usaha dan kepercayaan boleh membawa kita ke pentas yang lebih besar.
Hari ini saya berdiri di sini kerana kepercayaan dan peluang yang pernah diberikan oleh Datuk Wan Saiful Wan Jan.
Petang ini luangkan masa main bola pantai bersama kawan-kawan. Memang penat, banyak kalori terbakar sampai rasa nak pengsan sebab dah lama tak bersukan 😅
Tapi Alhamdulillah, rezeki dapat jaringkan 3 gol hari ini! ⚽️ Apa pun, yang paling penting kebersamaan, terima kasih sahabat semua. Kita bukan sekadar kawan, kita satu keluarga 🤝
Saya memenuhi jemputan menghadiri Retreat Team WSWJ sebagai persediaan menghadapi PRU16. Dalam program ini saya diberi amanah untuk menyampaikan kursus berkaitan gerak saraf dan strategi perang saraf media kepada pasukan.
PRU kali ini menuntut kesiapsiagaan yang lebih tersusun, strategik dan berdisiplin. Justeru, pengukuhan serta pembesaran pasukan menjadi keutamaan kerana ramai ahli kumpulan bakal terlibat secara langsung dalam medan pilihan raya nanti.
Saya memenuhi jemputan makan tengah hari bersama rakan-rakan sekelas sempena pengakhiran semester bagi tahun ini.
Mungkin semester hadapan kita tidak lagi berjumpa seperti biasa kerana saya berkemungkinan perlu extend pengajian demi memberi komitmen kepada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
Semoga suatu hari nanti kita semua dipertemukan kembali di menara gading dengan kejayaan masing-masing.
Berkongsi pandangan politik bersama Tengku Daud Tengku Adnan. Sebelum ini, wakil beliau dari UMNO Putrajaya telah mengadakan pertemuan awal bagi membuka ruang perbincangan yang lebih luas.
InsyaAllah, moving forward, penyatuan Melayu harus menjadi keutamaan demi mengembalikan kestabilan serta kekuatan kuasa politik Melayu seperti dahulu.
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

4 hours ago | [YT] | 19
View 6 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Hari ini saya berpeluang berbincang mengenai usaha mencipta lebih banyak peluang baharu buat usahawan muda.
Insya-Allah, pasukan kami komited untuk terus membantu golongan muda membina masa depan yang lebih baik melalui sokongan, bimbingan dan peluang pembangunan yang mampan.
9 hours ago | [YT] | 39
View 2 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Makan tengah hari bersama keluarga RESET Selangor serta membuka ruang perbincangan yang bermakna mengenai hala tuju dan masa depan perjuangan RESET Selangor.
Di saat Parti Bunga dilihat semakin berpecah dan dilanda pelbagai gelora, kami di RESET Selangor terus memilih jalan perpaduan, memperkukuh saf, serta memperkasakan gerak kerja demi rakyat.
15 hours ago | [YT] | 125
View 9 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Ramai yang koyak bila saya turun buat program di Melaka. Biasalah apabila kita bergerak dan bekerja, pasti ada yang dengki kerana mereka sendiri tidak mampu melakukan perkara yang sama.
Saya sentiasa terbuka untuk berkongsi ilmu dan pengalaman, khususnya kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional yang ingin memahami strategi komunikasi dan propaganda politik dengan lebih berkesan. Minat dan kebolehan saya sebelum ini pernah disekat serta dikawal ketika berada dalam parti lama.
BERSATU hanyalah tempat untuk mereka yang sanggup menjadi haiwan peliharaan bukannya untuk mengembangkan bakat dan menonjol diri.
2 days ago | [YT] | 207
View 22 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Selesai sesi pertama kelas propaganda bersama RESET Melaka hari ini. Esok akan diteruskan dengan satu lagi sesi khas terbuka sebagai persediaan menghadapi PRN Melaka.
Jujurnya, agak awkward juga apabila perlu mengajar di hadapan Datuk Wan Saiful Wan Jan. Dahulu saya hanya duduk mendengar dan meneliti setiap perkongsian beliau, tetapi hari ini tak sangka pula saya yang berdiri di hadapan untuk mengendalikan kelas, dan beliau pula menjadi murid.
Teringat kembali suatu masa dahulu, saya hanyalah penerangan cawangan Kampung Piew di Alor Setar. Perjalanan ini mengajar bahawa setiap ruang kecil yang kita isi dengan usaha dan kepercayaan boleh membawa kita ke pentas yang lebih besar.
Hari ini saya berdiri di sini kerana kepercayaan dan peluang yang pernah diberikan oleh Datuk Wan Saiful Wan Jan.
#RESETMelaka #PRNMelaka
3 days ago | [YT] | 134
View 7 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Petang ini luangkan masa main bola pantai bersama kawan-kawan. Memang penat, banyak kalori terbakar sampai rasa nak pengsan sebab dah lama tak bersukan 😅
Tapi Alhamdulillah, rezeki dapat jaringkan 3 gol hari ini! ⚽️ Apa pun, yang paling penting kebersamaan, terima kasih sahabat semua. Kita bukan sekadar kawan, kita satu keluarga 🤝
#BolaPantai
#SahabatSelamanya
3 days ago | [YT] | 85
View 1 reply
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Saya memenuhi jemputan menghadiri Retreat Team WSWJ sebagai persediaan menghadapi PRU16. Dalam program ini saya diberi amanah untuk menyampaikan kursus berkaitan gerak saraf dan strategi perang saraf media kepada pasukan.
PRU kali ini menuntut kesiapsiagaan yang lebih tersusun, strategik dan berdisiplin. Justeru, pengukuhan serta pembesaran pasukan menjadi keutamaan kerana ramai ahli kumpulan bakal terlibat secara langsung dalam medan pilihan raya nanti.
3 days ago | [YT] | 58
View 0 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Saya memenuhi jemputan makan tengah hari bersama rakan-rakan sekelas sempena pengakhiran semester bagi tahun ini.
Mungkin semester hadapan kita tidak lagi berjumpa seperti biasa kerana saya berkemungkinan perlu extend pengajian demi memberi komitmen kepada Pilihan Raya Umum ke-16 nanti.
Semoga suatu hari nanti kita semua dipertemukan kembali di menara gading dengan kejayaan masing-masing.
Terbaik adik-adikku ❤️
5 days ago | [YT] | 166
View 4 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Alhamdulillah.
RESET Gombak bersama jawatankuasa induk telah menghadiri perjumpaan bersama RESET Selangor dan Presiden RESET Malaysia, Dato Sri Hamzah Zainuddin.
InsyaAllah, perjuangan ini akan diteruskan dengan penuh disiplin, kesetiaan dan semangat kebersamaan.
#RESETMalaysia
#RESETGombak
1 week ago | [YT] | 252
View 16 replies
Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)
Berkongsi pandangan politik bersama Tengku Daud Tengku Adnan. Sebelum ini, wakil beliau dari UMNO Putrajaya telah mengadakan pertemuan awal bagi membuka ruang perbincangan yang lebih luas.
InsyaAllah, moving forward, penyatuan Melayu harus menjadi keutamaan demi mengembalikan kestabilan serta kekuatan kuasa politik Melayu seperti dahulu.
1 week ago | [YT] | 211
View 15 replies
Load more