Faisal benthaleb

“Selamat datang ke saluran ini. Di sini saya berkongsi ilmu agama Islam dengan penuh keikhlasan, dengan harapan setiap perkongsian dapat memberi manfaat kepada kita semua. Kandungan di saluran ini merangkumi tazkirah ringkas, perkongsian hadis, ayat Al-Quran, motivas, serta nasihat untuk kehidupan seharian.

Tujuan utama saluran ini adalah untuk sama-sama mengingatkan antara satu sama lain tentang tanggungjawab sebagai hamba Allah, menguatkan iman, dan menambahkan amal soleh. Semoga dengan ilmu yang sedikit ini dapat memberi inspirasi, dan menjadi panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Setiap kebaikan yang dikongsi adalah peluang untuk kita meraih pahala berpanjangan. Semoga saluran ini menjadi ladang pahala bukan sahaja kepada saya, tetapi juga kepada anda semua yang menonton, mendengar, serta berkongsi kepada orang lain. Marilah kita bersama-sama menyebarkan kebaikan dan menjadikan dakwah ini sebagai saham akhirat kita.

Mohon like, comment dan subscribe channel saya.”