Sahrizal Zulkuply

Saya Sahrizal Zulkuply dan saya wujudkan channel ni untuk berkongsi kepada anda semua video yang membantu anda mengenai grafik, tutorial, freelancer, info dan pengetahuan lain berkaitan dengan bisnes & media sosial. Jadi dengan subscribing channel ni anda akan dapat info dan video mengenai tutorial Photoshop, Illustrator, tips, rekabentuk grafik, bengkel grafik, bisnes dan juga sedikit video saya bervokal :)

Saya memulakan channel ni kerana teruja untuk berkongsi kepada anda pengalaman dan pengetahuan saya selama 20 tahun berkecimpung dalam bidang grafik ketika bekerja hingga menjadi freelancer. Lebih banyak video yang akan saya saya terbitkan untuk dikongsi kepada anda yang mungkin boleh bantu sebagai rujukan dan info.

Saya berpusat di Jerantut Pahang, tetapi saya sentiasa aktif ber'online'. Jika ada sebarang pertanyaan, nak hubungi saya, atau ada sebarang tujuan bisnes, boleh melalui website, media sosial atau email yang tertera di bawah. Terima kasih!:)