PROmediaTAJDID Short Video

Assalamualaikum! info PROmediaTAJDID!!

anda dialu-alukan untuk memuat turun, menyalin dan menyimpan video-video
ini tanpa meminta kebenaran dari pihak kami terlebih dahulu.

sokong usaha kami

PERTUBUHAN PROMEDIATAJDID
MAYBANK: 557054618287

jazakallahu khairan kathira


PROmediaTAJDID Short Video

Hukum memandikan jenazah adalah wajib, manakala mewudukkannya adalah sunat. Persoalan, sekiranya seseorang menyentuh kulit mayat, adakah batal wuduknya?

Wuduk orang hidup yang menyentuh itu batal, manakala mayat yang disentuh itu tidak. Ini di sisi mazhab Syafie.

Rujukan: Kashifah al-Saja, Hlm 113, 395

2 months ago | [YT] | 202

PROmediaTAJDID Short Video

1. Walaupun beliau telah wafat, baginda tetap selalu menyebut namanya. Beliau merupakan orang pertama yang beriman kepada baginda setelah baginda mendapat wahyu.

Ibn Katsir menukilkan pandangan ulamak sirah yang berkata:

وكانت أول من آمن بالله ورسوله وصدقت بما جاء منه

"Beliau merupakan orang yang pertama beriman kepada Allah dan RasulNya, serta membenarkan segala yang dibawa oleh Baginda"

[Ibn Katsir, al-bidayah wa al-Nihayah, jil. 4, hlm. 59]

2. Beliau telah dijamin syurga. Walaupun beliau telah wafat, Rasulullah selalu menyebut namanya hingga Aisyah cemburu. Siapakah insan istimewa tersebut? Beliau adalah ibunda kita iaitu Khadijah, ibu bagi orang mukmin.

Aisyah berkata:

مَا غِرْتُ عَلَى أَحَدٍ مِنْ نِسَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ وَمَا رَأَيْتُهَا وَلَكِنْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ ذِكْرَهَا

"Tidaklah aku cemburu terhadap seorang pun daripada isteri-isteri baginda seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. Walhal aku tidak pernah melihat beliau, akan tetapi Rasulullah banyak menyebutkan tentang beliau" (Sahih al-Bukhari)

2 months ago | [YT] | 262

PROmediaTAJDID Short Video

Was-was rasa seolah-olah rasa terkena air kencing pada pakaian. Apabila diperiksa tidak nampak apa-apa kesan pun.

Termasuk dalam kategori najis-najis yang dimaafkan adalah :

رشاش البول البسيط الذي لا يدركه الطرف المعتدل إذا أصاب الثوب أو البدن، سواء كانت النجاسة مغلظة أم مخففة أم متوسطة.

"Percikan air kencing yang sedikit yang mana tidak dapat dikesan dengan penglihatan mata yang sederhana apabila terkena pakaian atau badan, sama ada berkaitan najis berat (mughallazah) atau najis ringan (mukhaffafah) ataupun najis pertengahan (mutawassitah)”

(Al-Fiqh al-Manhaji Ala Mazhab Al-Imam Al-Syafie, jilid 1, him 43)

Perkara di atas termasuk dalam kategori najis yang diberi kemaafan berkaitannya. Sah solat dengan memakai pakaian tersebut dalam keadaan di atas.

Adapun jika benar yakin air kencing ataupun najis memang terkena pada pakaian dan
nampak kesannya, wajib ditukar pakaian itu. Ini kerana syarat sah solat adalah pakaian tersebut bersih daripada najis.

2 months ago | [YT] | 177

PROmediaTAJDID Short Video

Antara doa yang perlu kita amalkan dalam kehidupan seharian. Doa ini lengkap mengandungi aspek ibadah melibatkan lisan, hati dan tubuh badan kita. Kita berharap ibadah yang kita lakukan cantik, sempurna dan bertepatan dengan sunnah baginda.

2 months ago | [YT] | 197

PROmediaTAJDID Short Video

LIVE Malam Ini 10/08/2025 | Ahad | 9.30 Malam. AGAMA VS SENI

2 months ago | [YT] | 129

PROmediaTAJDID Short Video

Sukar untuk bersyukur apabila kita membandingkan kehidupan kita dengan orang lain. Ketahuilah apa yang kita lihat dalam sosial bukan segalanya benar, adakalanya itu sandiwara sahaja.

2 months ago | [YT] | 374

PROmediaTAJDID Short Video

1. Dalam gambar ini disebutkan bahawa batal solat sekiranya seseorang bertahmid iaitu menyebutkan alhamdulillah setelah bersih ketika solat. Benarkah?

2. Jawapannya tidak benar. Bertahmid iaitu menyebut Alhamdulillah setelah bersih ketika solat tidak membatalkan solat. Cuma sebaiknya sebutlah perlahan sahaja perkataan Alhamdulillah itu.

Imam Al-Zarkashi berkata:

إذا عطس في الصلاة حمد الله تعالى بلسانه وأسمع به نفسه ذكره في الروضة في آخر السير، لكن صرح الغزالي في الإحياء بأنه يحمد في نفسه ولا يحرك لسانه.

"Apabila seseorang bersin ketika solat hendaklah ia bertahmid memuji Allah (alhamdulillah) dengan lisannya dan memperdengarkan ucapan itu pada dirinya. Ini disebutkan dalam kitab al-Raudah dalam akhir perbahasan bab al-Siyar. Akan tetapi Al-Ghazali menegaskan dalam Ihya bahawa orang yang bersin itu bertahmid (alhamdulillah) dalam hati dan tidak menggerakkan lisan (ketika menyebutkannya)"

3. Bagaimana hendak memahami hadis dari Muawiyah bin Al-Hakam al-Sulami berkaitan teguran baginda berkaitan perkara ini? Dalam hadis itu dia ditegur setelah bertashmit iaitu menyebutkan ( يَرْحَمُكَ اللَّهُ) dan berbicara ketika solat.

Apa itu tashmit? Secara ringkasnya menyebut lafaz (يَرْحَمُكَ اللَّهُ) setelah mendengar orang bersin menyebut Alhamdulillah. Itu adalah tashmit. Maka orang yang sebut يَرْحَمُكَ اللَّهُ yang terbatal solatnya kerana itu khitab perbicaraan sesama manusia.

Kesimpulan:

Ⅰ: Menyebutkan Alhamdulillah ketika bersin tidak membatalkan solat. Cuma sebutlah secara perlahan.

Ⅱ: Menyebutkan يَرْحَمُكَ اللَّهُ ketika solat menyebabkan terbatal solat.

3 months ago | [YT] | 245