PROmediaTAJDID Short Video

1. Walaupun beliau telah wafat, baginda tetap selalu menyebut namanya. Beliau merupakan orang pertama yang beriman kepada baginda setelah baginda mendapat wahyu.

Ibn Katsir menukilkan pandangan ulamak sirah yang berkata:

وكانت أول من آمن بالله ورسوله وصدقت بما جاء منه

"Beliau merupakan orang yang pertama beriman kepada Allah dan RasulNya, serta membenarkan segala yang dibawa oleh Baginda"

[Ibn Katsir, al-bidayah wa al-Nihayah, jil. 4, hlm. 59]

2. Beliau telah dijamin syurga. Walaupun beliau telah wafat, Rasulullah selalu menyebut namanya hingga Aisyah cemburu. Siapakah insan istimewa tersebut? Beliau adalah ibunda kita iaitu Khadijah, ibu bagi orang mukmin.

Aisyah berkata:

مَا غِرْتُ عَلَى أَحَدٍ مِنْ نِسَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا غِرْتُ عَلَى خَدِيجَةَ وَمَا رَأَيْتُهَا وَلَكِنْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُكْثِرُ ذِكْرَهَا

"Tidaklah aku cemburu terhadap seorang pun daripada isteri-isteri baginda seperti kecemburuanku terhadap Khadijah. Walhal aku tidak pernah melihat beliau, akan tetapi Rasulullah banyak menyebutkan tentang beliau" (Sahih al-Bukhari)

2 months ago | [YT] | 262