REDZNANI CHANNEL

I am a Malaysian Blogger . Most of my videos and topics discussed are about my acne journey, diy, beauty, product review, easy cook & lifestyle. SHARING IS CARING! Welcome to our channel (Redz + Nani)

www.naniey.com


REDZNANI CHANNEL

Betapa pentingnya institusi Raja Melayu dalam memperkasa identiti agama, bangsa dan negara.

Serlahkan Diri Tuan Hamba Yang Sebenar.

Port Dickson πŸ‡¬πŸ‡§ ❌ Pantai Dermaga πŸ‡²πŸ‡Ύ βœ…
Pekan PD ❌ Tanjong Kemuning πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Yong Peng πŸ‡¨πŸ‡³βŒ Sri Bertam πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Forrest City πŸ‡¬πŸ‡§βŒ Hutan Bandar πŸ‡²πŸ‡Ύ βœ…
Larkinton πŸ‡¬πŸ‡§βŒ Sayong Pinang πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Taiping πŸ‡¨πŸ‡³ ❌ Kelian Pauh πŸ‡²πŸ‡Ύ βœ…
Gopeng πŸ‡¨πŸ‡³βŒ Bertam πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Slim River πŸ‡¬πŸ‡§βŒ Sungai Selim πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
George Town πŸ‡¬πŸ‡§ ❌ Tanjung Penaga πŸ‡²πŸ‡Ύ βœ…
Butterworth πŸ‡¬πŸ‡§ ❌ Bagan πŸ‡²πŸ‡Ύ βœ….
Bagan Nakhoda Chong πŸ‡¨πŸ‡³ ❌ Bagan Nakhoda Omar πŸ‡²πŸ‡Ύ βœ…
Balakong πŸ‡¨πŸ‡³βŒ Sungai Balak πŸ‡²πŸ‡Ύβœ…
Jonker Walk πŸ‡³πŸ‡± ❌ Jejak Jebat πŸ‡²πŸ‡Ύ βœ…

2 weeks ago | [YT] | 0

REDZNANI CHANNEL

πŸŒ• Harvest Moon 2025: Fenomena Bulan Penuh & Supermoon yang Jarang Berlaku

Hari ini, dunia menyaksikan Harvest Moon 2025, iaitu bulan penuh yang paling hampir dengan ekuinoks musim luruh. Tahun ini ia menjadi lebih istimewa kerana Harvest Moon juga berlaku sebagai Supermoon, menjadikan bulan kelihatan lebih besar dan terang daripada biasa.

πŸ“Œ Apa itu Harvest Moon?

Harvest Moon ialah istilah untuk bulan penuh yang paling dekat dengan tarikh ekuinoks musim luruh (sekitar 22–23 September).

Ia mendapat nama kerana pada zaman dahulu, petani menggunakan cahaya bulan ini untuk menuai hasil tanaman pada waktu malam.

πŸ“Œ Kenapa ia istimewa tahun ini?

Tahun 2025 menyaksikan Harvest Moon jatuh serentak dengan Supermoon.

Supermoon berlaku apabila bulan berada paling dekat dengan bumi (perigee), menyebabkan ia kelihatan sehingga 14% lebih besar dan 30% lebih terang berbanding bulan biasa.

πŸ“Œ Bila boleh lihat?

Fenomena ini berlaku pada malam 29 hingga 30 September 2025.

Waktu terbaik untuk melihat adalah selepas matahari terbenam, apabila bulan naik di ufuk timur.

πŸ“Œ Di mana boleh dilihat?

Ia boleh dilihat dengan mata kasar dari seluruh dunia jika cuaca cerah.

Di Malaysia, ia dapat disaksikan jelas pada malam ini selepas maghrib sehingga lewat malam.

#fypchallenge #supermoon #faktasains #harvestmoon #fenomenabulan

1 month ago | [YT] | 1

REDZNANI CHANNEL

Dalam sejarah inilah pemimpin Arab Saudi yang paling berani.

Raja Faisal bin Abdulaziz Al Saud.

Ketika berlakunya perang Arab-Israel pada tahun 1973, Raja Faisal telah hentikan bekalan minyak.

Beliau sekat Barat daripada dapatkan bekalan minyak kerana mereka menyokong Israel.

Setiausaha Negara US, Henry Kissinger kemudiannya mengancam Raja Faisal dengan berkata :

"Jika Arab Saudi tidak menamatkan sekatan itu, Amerika akan datang dan mengebom perigi-perigi minyak di sini."

Jawapan Raja Faisal dengan tegas :

"Kamu yang tidak boleh hidup tanpa minyak kami.

Kami datang dari padang pasir, dan nenek moyang kami hidup dengan kurma dan susu.

Kami boleh dengan mudah kembali hidup seperti itu semula."

Kerana ketegasan beliau, Raja Faisal telah mati dibunuh selepas itu pada tahun 1975.

Moga Allah SWT merahmati roh beliau.

1 month ago (edited) | [YT] | 2

REDZNANI CHANNEL

Keteguhan Iman Mujahidin Afghan

Dr Saad Syarif, seorang asatizah arab, telah menceritakan mengenai pengalaman beliau sewaktu berjihad di Afghan menentang penjajahan Soviet Union

"Waktu itu telah masuk waktu Maghrib dan saya telah dipilih oleh mereka (Mujahidin Afghan) untuk menjadi imam. Tiba-tiba pesawat pejuang Soviet Union terbang di kawasan berdekatan dan menjatuhkan bom di sekitar tempat kami bersolat

Saya pun lari untuk bersembunyi dan meninggalkan jemaah yang sedang bersolat sedangkan Mujahidin Afghan itu tiada seorang yang bergerak

Bahkan salah seorang daripada mereka maju ke hadapan menggantikan saya menjadi imam untuk meneruskan solat berjemaah dan menyelesaikan solat Maghrib tadi, maka saya pun berasa malu

Selesai solat Maghrib, imam Afghan tersebut berdiri dan meneruskan pula dengan solat Isyak dan pesawat pejuang masih terus mengebom kawasan tersebut

Walaubagaimanapun, para Mujahidin tetap tenang tidak bergerak sedikit pun juga tiada seorang yang cedera meskipun asap bom berkepul-kepul di atas kepala mereka

Selesai mereka bersolat, berzikir dan bertasbih, mereka berkata pada saya;

"Kamu sedang berdiri di hadapan Sang Khaliq (Pencipta), bagaimana boleh kamu takut kepada sesuatu yang dibuat oleh makhluq (yang dicipta)"

Peristiwa ini menyedarkan saya, bahawa orang Arab selalu menganggap, mereka datang berjihad ke Afghan untuk mengajarkan orang Afghan mengenai agama, hakikatnya orang Arab yang belajar agama daripada orang Afghan"

Kalau beginilah iman Mujahidin Afghan, tak hairanlah mereka mampu menewaskan kuasa-kuasa besar dunia seperti Great Britain, Soviet Union dan terbaru, Amerika Syarikat

ΨΉΩ„ΩŠΩƒ Ω…Ω†ΩŠ Ψ³Ω„Ψ§Ω… يا Ψ§Ψ±ΨΆ Ψ§ΩΨΊΨ§Ω†ΩŠ

Pada kalian salam sejahtera, wahai ahlul Afghan!

Intaha,
Faiz al-Mujahid

Sumber Kredit Putri Nur Amirah

1 month ago | [YT] | 2

REDZNANI CHANNEL

Post Santai: Di sebalik tubuh yang besar, tersimpan hati yang sangat halus

1. Gajah mempunyai otak terbesar di kalangan haiwan darat namun tidak sepadat manusia atau cimpanzi.

2. Bahagian hipokampus gajah sangat luas, membuatkan gajah mampu mengingati lokasi sumber air, individu lain dan laluan perjalanan

3. Gajah boleh hidup 60–70 tahun, dan otak mereka menyimpan maklumat sepanjang hayat, termasuk pengalaman, hubungan dan kawasan geografi.

4. Mereka cam suara dan bau gajah lain, termasuk dalam jarak sejauh 1.5 km, dan boleh bezakan antara ahli keluarga dan bukan.

5. Mereka juga menunjukkan emosi terhadap rakan yang cedera atau mati, termasuk melawat semula tulang temulang, dan menggali serta menutup bangkai gajah lain perilaku yang sangat jarang dalam dunia haiwan.

6. Otak mereka tidak laju menganalisis, tapi ia merekod dengan mendalam dan menyeluruh.
Perlahan, tapi tak pernah lupa.
.

Gajah mungkin tidak bercakap.
Tapi mereka merindui, mereka ingat dan mereka merantapi seperti kita.

Dan kerana itu, kita tak boleh melihat mereka sekadar β€œhaiwan besar”. Mereka adalah makhluk yang punya jiwa dan rasa.

Follow Redznani Channel untuk lebih banyak Perkongsian Menarik .

5 months ago | [YT] | 23

REDZNANI CHANNEL

🌊 Tsunami Tertinggi Dunia – 524m!
Pada 9 Julai 1958, Teluk Lituya di Alaska dilanda megatsunami setinggi 524 meter – lebih tinggi dari KLCC (452m) dan TRX (445.5m)!

πŸ“ Punca: Tanah runtuh selepas gempa bumi magnitud 7.8.
🌲 Hutan dilenyapkan hingga ke lereng bukit setinggi bangunan 150 tingkat!

⚠️ Bukan tsunami biasa – ini kuasa alam yang luar biasa!
#TsunamiLituya #FaktaAlam #Megatsunami

Follow Redznani Channel untuk lebih banyak Perkongsian Dan content Menarik .

5 months ago | [YT] | 5

REDZNANI CHANNEL

Tahukah anda :

Laluan hidupan liar (wildlife crossing) ialah struktur yang dibina khas untuk membolehkan haiwan melintas jalan raya atau lebuh raya dengan selamat tanpa mengganggu lalu lintas atau berisiko dilanggar kenderaan. Ia amat penting di kawasan yang menjadi habitat atau laluan migrasi haiwan seperti gajah, tapir, harimau dan lain-lain.

Jenis dan Bentuk Laluan Hidupan Liar:

1. Jambatan Hidupan Liar (Wildlife Overpass):

Terletak di atas jalan raya.

Seakan-akan jambatan hijau yang dipenuhi pokok, rumput dan elemen semula jadi.

Haiwan melintas seolah-olah berada di hutan.

Digunakan untuk haiwan bersaiz besar seperti gajah, rusa dan harimau.

2. Terowong Hidupan Liar (Wildlife Underpass):

Terletak di bawah jalan raya.

Laluan konkrit dengan tanah atau tumbuhan semula jadi di bahagian dalam.

Sesuai untuk haiwan kecil dan sederhana seperti tapir, tenggiling, musang dan ular.

3. Pagar Penunjuk Arah:

Pagar di tepi jalan yang mengarahkan haiwan ke laluan lintasan.

Mencegah haiwan memasuki jalan raya secara terus.

Fungsi dan Kepentingan:

Melindungi haiwan liar daripada risiko kemalangan.

Mengurangkan kerosakan kenderaan dan kehilangan nyawa manusia.

Memelihara ekosistem dengan memastikan pergerakan semula jadi haiwan tidak terhalang.

Pendidikan dan kesedaran kepada pengguna jalan raya tentang keperluan memelihara alam.

5 months ago | [YT] | 23

REDZNANI CHANNEL

The Reality is not easy as you think .

6 months ago | [YT] | 0

REDZNANI CHANNEL

Sambal Kicap Johor Marvellous... πŸ˜€

6 years ago | [YT] | 0