REDZNANI CHANNEL

Post Santai: Di sebalik tubuh yang besar, tersimpan hati yang sangat halus

1. Gajah mempunyai otak terbesar di kalangan haiwan darat namun tidak sepadat manusia atau cimpanzi.

2. Bahagian hipokampus gajah sangat luas, membuatkan gajah mampu mengingati lokasi sumber air, individu lain dan laluan perjalanan

3. Gajah boleh hidup 60–70 tahun, dan otak mereka menyimpan maklumat sepanjang hayat, termasuk pengalaman, hubungan dan kawasan geografi.

4. Mereka cam suara dan bau gajah lain, termasuk dalam jarak sejauh 1.5 km, dan boleh bezakan antara ahli keluarga dan bukan.

5. Mereka juga menunjukkan emosi terhadap rakan yang cedera atau mati, termasuk melawat semula tulang temulang, dan menggali serta menutup bangkai gajah lain perilaku yang sangat jarang dalam dunia haiwan.

6. Otak mereka tidak laju menganalisis, tapi ia merekod dengan mendalam dan menyeluruh.
Perlahan, tapi tak pernah lupa.
.

Gajah mungkin tidak bercakap.
Tapi mereka merindui, mereka ingat dan mereka merantapi seperti kita.

Dan kerana itu, kita tak boleh melihat mereka sekadar “haiwan besar”. Mereka adalah makhluk yang punya jiwa dan rasa.

Follow Redznani Channel untuk lebih banyak Perkongsian Menarik .

5 months ago | [YT] | 23