Rare TV ialah sebuah vlog perkongsian travel santai-santai sahaja. Sekumpulan travelers yang membentuk sebuah gergasi travel bernama Rarecation yang menjadi jenama travel "Experience Based Traveling" di Asia. Follow dari flight review, hotel review, travel review, travelog sehingga ke makan-makan semasa travel. Subscribe dan share ye.
Sekumpulan Traveler Pelik
RARE TV
Salam semua RareNation,
Nantikan siri travelog terbaru daripada kami; satu perjalanan luar dari kebiasaan, sebuah siri yang bakal menggegarkan YouTube!
Kali ini kami bawakan dua orang pemuda bersaudara yang bersemangat waja dan sihat akal fikiran; tak lain dan tak bukan, Isak & Ijal!
Jangan lupa temu janji kita esok, 9 malam (5.11.2025) dalam sebuah pengembaraan yang keluar dari gaya host-host senior kami.
Kali ini, mereka akan berkelana selama 15 hari di Indonesia, bermula dari Batam hingga ke Jakarta, dalam misi menjejaki sejarah Nusantara.
Pulau Pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Ini Baru Rare!
3 weeks ago | [YT] | 368
View 11 replies
RARE TV
Berita gembira buat semua pengikut setia RARETV!
Syukur alhamdulillah kali ini kami berkolaborasi bersama TV Al-Hijrah dengan tayangan siri istimewa kami KEMBARA WAHYU. Sebuah siri khas yang membawa penonton menyelusuri dan untu dihayati perjalanan Rasulullah dalam menerima wahyu.
Saksikan Kembara Wahyu RARETV pada 13–15 Oktober 2025, Isnin hingga Rabu, jam 5:30 petang hanya di TV AlHijrah.
Teruskan menyokong perjalanan kami dalam membawa konten yang membina jiwa dan menghubungkan manusia dengan makna kehidupan.
RARETV x TV AlHijrah - Kembara yang membangkitkan jiwa.
Ini Baru Rare!
1 month ago | [YT] | 480
View 22 replies
RARE TV
Salam warga RareNation,
Kami memohon maaf kerana tayangan premier malam ini ditangguhkan ke Jumaat, 19 September 2025.
Penangguhan ini terpaksa dibuat kerana berlaku sedikit keuzuran pada pihak kami. 🙏🏻
Jumpa anda semua pada Jumaat ini, jam 9.00 malam.
2 months ago (edited) | [YT] | 432
View 16 replies
RARE TV
Menjadi Pendiri Madrasah Umum untuk 5 Juta Penonton RareTV
2017 dulu, RareTV bermula dengan langkah kecil tetapi dengan impian yang besar. Lahirnya dari hati yang penuh harapan untuk menghidangkan sajian visual terbaik kepada anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Dulu, asalkan ayah-ayah mereka ni pulang sahaja dari trip keluar negara, anak-anak akan ternanti-nanti CERITA KEMBARA yang dibawa pulang oleh ayah-ayah mereka. Nak bawa kesemuanya travel bersama, memang tak mampu kerana perlukan dana yang besar. Jadi, pilihan terbaik yang kami ada adalah dengan membangunkan platform saluran pendidikan sambil kembara yang mampu memberi manfaat kepada anak-anak ini. Bermula dengan modal sendiri sahaja.
GOAL kami — melalui hidangan VISUAL ini, anak-anak RPWP memiliki VISION dan menjadi seorang yang VISIONARY dan mampu menjadi inspirasi. Namun, siapa sangka dari sekadar tontonan anak-anak RPWP, RARETV mendapat tempat di hati audiens Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dengan jumlah purata tontonan melebihi 3 juta tontonan sebulan. Perkongsian terkini dari kembara kami ke Ireland, berjumpa dengan salah seorang Chef Malaysia di Dublin, banyak yang mereka sendiri belajar dari jejak-jejak kembara RareTV yang diabadikan melalui rakaman travelog di Youtube. Spektrum penonton juga semakin luas. Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah.
Pada tahun 2023 dengan dana sendiri, kami menghasilkan sebuah projek yang dinamakan Kembara Wahyu. Sebuah madrasah umum yang kami mulakan dengan menyampaikan perjalanan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun berperanan sebagai seorang rasul. Bagaimana perit dan cabaran kehidupan Baginda dalam menyampai dan menghidupkan wahyu di kalangan sahabat dan kaumnya. Selepas itu, kami release siri Kembara Wahyu yang kedua iaitu Kembara Wahyu Jordan yang ditayangkan pada bulan Ramadhan tahun 2025. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja playlist kembara Wahyu Jordan mencapai lebih dari 3 juta tontonan.
Kerana itu untuk kalendar Ramadhan 2026 ini, kami sedang menyusun kisah kehidupan Rasulullah s.a.w bermula dari kelahiran sehingga sebelum mendapat wahyu. Bagaimana Nabi dipersiapkan sebelum menerima wahyu dan misi besar agama. Misi kami juga adalah untuk menambahkan lagi khazanah ilmu di dalam platform Madrasah Umum yaang bakal disampaikan kepada umat dengan target tontonan sebanyak 5 juta tontonan.
Satu azam dan usaha untuk menyampaikan kebenaran dan ilmu yang bermanfaat melalui visual dan naratif yang lebih segar, serta mudah dihadam oleh masyarakat. Ia bukan sekadar untuk membawa penonton untuk menggali sejarah tetapi untuk menyebarkan ilmu, memperkasa umat dengan pengetahuan yang akan terus mengalir dalam bentuk tontonan yang memberi manfaat.
bak pepatah Melayu,
Tajam lidah kerana asam,
tajam fikiran kerana pengalaman.
Rancangan agama bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapat tajaan secara komersial. Namun, kami percaya bahawa melalui program microsponsorship ini, kita semua dapat mewujudkan impak besar untuk Kembara Wahyu Ramadan 2026.
Kami menyambut seruan ramai untuk membuka peluang UNTUK ANDA MENJADI PENDIRI MADRASAH UMUM atau lebih mudah, sebagai pelabur / microsponsor dalam menjayakan Kembara Wahyu Musim ke-3.
Bagaimana caranya?
Scan QR Code di gambar utama dan sumbangkan mengikut kemampuan seikhlas hati. Atau boleh juga niatkan untuk arwah yang telah pergi kerana ilmu yang bermanfaat adalah salah satu dari tiga amalan yang tidak terputus walaupun setelah meninggal dunia.
Atau boleh terus transfer ke akaun berikut:
MAYBANK: YAYASAN PELANGI MALAYSIA
Acc Number: 5622 6357 2593
Tulis nota: KW2026
Bantu sebarkan dan ajak orang lain untuk turut sama melabur dalam projek madrasah yang mendidik 5 juta orang di bulan Ramadhan 2026 akan datang.
Terima kasih kerana share.
2 months ago | [YT] | 583
View 17 replies
RARE TV
Kalau travel selalunya korang bawa powerbank berapa mAh? Brand apa favourite korang?
Kalau kami ini favourite atau pilihan kami
100watt (Fast Charging) - sangat perlu sebagai content creator
20,000mAh - Lepas naik kapal terbang
tak berat siap ada cable usb-c built-in
Beli sini
s.shopee.com.my/2qL8tCelfu
2 months ago | [YT] | 74
View 4 replies
RARE TV
HEBAHAN JAWATAN KOSONG: EDITOR (RareTV)
RareTV membuka peluang kerjaya kepada calon yang berkelayakan untuk mengisi jawatan sebagai Editor.
Tanggungjawab Utama:
• Menyunting rakaman video kepada hasil akhir yang berkualiti tinggi.
• Menghasilkan naratif visual yang jelas, kreatif dan berkesan.
• Menyusun audio, muzik, grafik dan visual effects bagi meningkatkan mutu produksi.
• Bekerjasama dengan pasukan produksi bagi memastikan kesinambungan jalan cerita.
• Mematuhi gaya, identiti dan standard penerbitan RareTV.
Kelayakan & Kriteria:
• Kemahiran menggunakan perisian penyuntingan video (Adobe Premiere Pro, Final Cut Pro atau setara).
• Kreatif, teliti serta mampu bekerja mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
• Pengalaman dalam penyuntingan dokumentari, travel video atau storytelling visual adalah satu kelebihan.
• Mampu bekerja secara berpasukan serta menerima maklum balas untuk penambahbaikan.
• Minat dalam bidang dokumentari, pengembaraan dan penceritaan visual.
Mengapa Sertai RareTV?
RareTV merupakan platform yang menekankan penceritaan luar biasa dan unik dari pelbagai destinasi dunia. Anda akan bersama pasukan yang dinamik dan berdedikasi dalam menghasilkan karya inspirasi untuk penonton.
Cara Memohon:
Calon yang berminat boleh menghantar CV serta portfolio hasil suntingan video ke alamat
Emel: Fatimah@rarecation.com
Sebarang pertanyaan hubungi : +6019-4608 746
Sila nyatakan juga ringkasan peribadi dan sebab anda sesuai untuk jawatan ini.
Sebarkan info ini kepada kenalan anda yang sesuai.
2 months ago | [YT] | 203
View 13 replies
RARE TV
BINA MADRASAH UNTUK 5 JUTA ORANG — Misi Madrasah Umum RareTV musim pertama kami bangunkan wacana pelajaran sejarah Islam dan ditonton lebih 2 juta tontonan hingga kini. Alhamdulillah untuk musim kedua, Kembara Wahyu Madrasah Umum mendapat tontonan lebih 3 juta dalam tempoh kurang 6 bulan. Ramadhan 2026 kami akan meneruskan Kembara Wahyu Madrasah Umum yang akan keudara pada bulan Ramadhan 2026 di saluran RareTV dan juga TV Alhijrah.
.
Bayangkan jika sebuah madrasah yang mendidik 20 orang sahaja pun memulangkan ajron (pahala) yang tidak putus-putus, inikan pula dengan teknologi yang ada pendidikan ini boleh disampaikan melebih 5 JUTA TONTONAN untuk tahun 2026 di bulan Ramadhan yang mulia.
.
2 musim sebelum ini, kami keluarkan dana sendiri. Di sebalik tontonan di dalam media sosial, sebuah travelog memakan belanja yang tinggi menjangkau puluhan dan ratusan ribu mengikut kesulitan, masa dan kepakaran yang terlibat. Rancangan agama, minta maaf…hampir tiada yang minat menaja secara komersil. Maka kami terbang sahaja, sewa kereta dan tinggal di rumah tumpangan, rumah pelajar dan berkhemah. Masak sendiri atau di kedai makan murah bagi mencukupkan dana yang sedikit.
.
BERITA BAIK! Musim ketiga ini, Kembara Wahyu akan meneroka perjalanan BA’ASA (pendidikan) dan pola kehidupan Nabi Muhammad SAW dari sebelum kelahiran baginda sehingga diangkat menjadi Rasul. Lebih baik lagi, kali ini kami menyambut seruan ramai untuk membuka peluang UNTUK ANDA MENJADI PENDIRI MADRASAH UMUM atau dalam bahasa mudahnya, pelabur / microsponsor kepada menjayakan KEMBARA WAHYU MUSIM KE-3.
.
Scan QR Code di gambar utama, beri berapa yang anda ikhlas. Atau niatkan untuk arwah yang telah pergi kerana 3 laluan ganjaran yang tidak putus sekalipun jasad telah dikuburkan ialah “Ilmu yang bermanafaat”.
.
Atau
Transfer ke akaun berikut
MAYBANK : YAYASAN PELANGI MALAYSIA
5622 6357 2593
Letakkan nota : KembaraWahyu3
.
Mohon sebarkan kebaikan untuk sama-sama yang lain turut melabur sebuah madrasah yang mendidik 5 juta orang pada Ramadhan 2026 nanti.
.
RareTV
2 months ago | [YT] | 425
View 10 replies
RARE TV
Pulau sebesar Penang, dikelilingi Lautan Atlantik, cuma ada 55,000 penduduk. Pernah dengar nama Faroe Island?
Kalau orang tanya destinasi paling misteri yang pernah kami pergi, jawapan kami terus: Faroe Island.
Bayangkan sebuah pulau kecil yang terletak di tengah Lautan Atlantik, diapit oleh Iceland dan UK. Jumlah penduduknya cuma lebih kurang 55,000 orang, dengan keluasan hanya 1,399 km² – lebih kurang sebesar Pulau Pinang saja. Kalau nak banding, negeri Pahang kita tu 18 kali lebih besar daripada Faroe Island.
Yang buat pulau ini rasa begitu asing ialah suasananya. Hampir setiap masa, ia diliputi awan tebal. Kalau terbang di atasnya, tanpa GPS memang mudah untuk “terlepas pandang” kerana ia seolah-olah bersembunyi di balik kabus. Kadang-kadang bila drive, kita rasa macam masuk ke dunia lain – jalan lengang, kiri kanan gunung hijau tinggi menjulang, dan kabus turun rendah sampai menutup puncak.
Dulu, kehidupan di sini sangat sederhana. Orang tempatan bergantung sepenuhnya pada laut – jadi nelayan, menangkap burung laut, dan menternak salmon. Menariknya, Faroe Island adalah antara pengeluar salmon berkualiti terbaik di dunia, yang dieksport ke serata Eropah dan Asia.
Pelancongan pula sebenarnya masih baru. Kalau di negara lain, industri ini dah beratus tahun berkembang, tapi di sini baru beberapa dekad lepas ia diperkenalkan. Itu pun dengan kawalan yang ketat sebab mereka mahu pastikan alam semula jadi pulau ini kekal terjaga. Boleh bayangkan betapa uniknya bila kita travel ke tempat yang masih “mentah” dan tak dibanjiri pelancong.
Selain itu, ada juga fakta pelik tentang Faroe Island:
• Di sini tak ada lampu isyarat. Betul, satu pulau – tak ada trafik light. Hanya roundabout kecil dan kereta pun tak banyak.
• Mereka ada lebih banyak biri-biri daripada manusia. Anggaran 70,000 ekor biri-biri berbanding 55,000 penduduk. Tak hairan nama “Faroe” sendiri berasal dari bahasa Norse lama yang bermaksud “Pulau Biri-biri”.
• Cuaca boleh berubah dalam masa 10 minit. Jalan bawah matahari, tiba-tiba hujan, kemudian keluar pelangi. Itulah normal bagi mereka.
Bagi kami, pengalaman travel ke sini memang lain daripada biasa. Setiap kali keluar ambil gambar atau rakam video, suasana tak pernah sama. Ada masa langit biru jernih, ada masa semua putih diliputi awan, ada masa angin terlalu kuat sampai rasa tercabut kepala tripod. Tapi itulah yang buat ia terasa misteri dan istimewa.
Travelog penuh tentang pulau misteri ini sekarang dah pun mula ditayangkan di RareTV.
Korang dah sempat tengok ke belum?
Oh ya Ini backpack yang kami guna di Faroe Island. Bag ni best sebab banyak compartment, tahan lasak, water repellent. Sesuai dgn keperluan kami masa travelog, dia ada juga versi yang lebih santai utk yg kerja ofis & travel biasa
Tengok di sini :
s.shopee.com.my/3fttdBRYoi
2 months ago | [YT] | 550
View 24 replies
RARE TV
Salam semua Warga RareNation,
Menyusur akar, mengenal asal. Ini sebuah perjalanan yang bagi kami antara yang terhebat dan sukar kami lupakan untuk kembara tahun 2025.
Mungkin ramai mengenali Tioman dengan laut birunya tetapi tidak ramai yang tahu di sudut lain pulau ini tersembunyinya sebuah gunung unik yang diselimuti kabus yang memukau. Dengan trail Via Ferrata yang jarang sekali ditempuh orang. Lebih menakjubkan, di kaki gunung terdapat pula sebuah kampung Melayu yang cantik dan unik dah bertapak lebih 100 tahun untuk kita nikmati. Inilah yang kami cari selama ni. Identiti Malaysia yang asli. Ada di kampung ini.
Jom saksikan pengalaman kami ke sebuah perkampungan unik Malaysia yang cantik secara premiere, jam 9.00pm di YouTube RareTV. Jemput Like, comment dan Share video kami ini sempena bulan kemerdekaan!
Ini baru Rare!
Sila tonton travelog terbaru di sini
https://youtu.be/nMgd7mkHCPA?si=mE0qe...
2 months ago | [YT] | 538
View 20 replies
RARE TV
Bag travel korang macam mana?
Setiap kali nak mula perjalanan, saat paling kritikal bukan masa naik flight… tapi masa nak kemas beg. Kami pernah melalui zaman “asal masuk sudah”. Semua kabel, power bank, kamera, tripod – campak saja dalam satu ruang. Nampak senang pada awalnya, tapi bila sampai airport, cerita lain.
Bayangkan situasi di security check. Abang kastam minta keluarkan laptop. Beg penuh dengan segala macam peralatan. Nak capai laptop, kena selak tripod dulu, tarik kabel yang tersangkut, keluarkan power bank yang entah kenapa tiba-tiba melekat dengan hard disk. Masa tu, semua orang belakang dah beratur panjang, kita pula sibuk macam tengah buat cabutan bertuah. Pening kepala
Itu dulu lah, masa baru mula travel. Masih kurang bijak. Pengalaman yang mengajar kami satu perkara: beg bukan sekadar tempat letak barang, tapi penentu sama ada perjalanan jadi lancar atau menyusahkan diri sendiri.
Lepas dah bijak sikit kemudian jumpa pula beg Thule, perjalanan kami dah berubah. Tengok foto syibli di Faroe Island ni, melekat sentiasa bag Thule dia, Apa yang best sangat dengan beg ni :
1. Pertama sekali, compartment.
Beg ini macam ada sistem tersendiri. Kabel ada poket khas, power bank ada ruang berasingan, hard disk pun ada tempatnya sendiri. Paling kami suka, laptop ada slot khusus yang senang dicapai. Jadi bila security minta buka, tak perlu korek isi beg satu-satu. Zip, tarik keluar, selesai. Kecil saja bezanya, tapi bila travel berulang kali, ia menjimatkan masa, tenaga, dan juga maruah di depan orang ramai.
2. Kedua, kalis air.
Travelog tak boleh tunggu cuaca baik. Kadang langit mendung, kadang hujan tiba-tiba turun. Kalau ikut logik, patut tunggu hujan berhenti… tapi dalam dunia travel, masa tak menunggu. Jadi kami terus jalan, yakin barang dalam beg selamat. Kamera, drone, semua kekal kering. Itu buatkan kerja lebih tenang. Gambar ni pun di ambil masa hujan renyai2 dan angit kuat, tapi tetap tenang.
Beg macam ini pun sesuai untuk penunggang motor atau sesiapa yang banyak bergerak luar, kelebihan ini memang sangat terasa.
3. Ketiga, ketahanan dan keselesaan.
Beg ni bukan jenis cantik luar, tapi cepat koyak bila diuji. Zip kukuh, strap lembut di bahu, material padu. Bila kena galas lama-lama, terasa beza. Dan yang paling penting – sekali beli, boleh pakai bertahun. Rasanya kalau dijaga elok, boleh jadi harta pusaka untuk di guna sehingga anak cucu
Bila difikirkan balik, dulu kami anggap beg sekadar tempat simpan barang. Sekarang kami nampak ia sebenarnya sebahagian daripada pasukan. Sama pentingnya macam kamera dan drone. Bezanya, kamera merakam momen… beg pula memastikan semuanya selamat sampai ke destinasi.
Kalau kita pun jenis travel dengan banyak peralatan, atau sekadar nak beg kerja yang praktikal, Thule memang berbaloi untuk dipertimbangkan. Ada juga versi lebih ringkas dan casual untuk kegunaan pejabat atau harian.
Ini link untuk tengok bag Thule mana yang sesuai :
s.shopee.com.my/10OMZyJg2
3 months ago | [YT] | 233
View 7 replies
Load more