Menjadi Pendiri Madrasah Umum untuk 5 Juta Penonton RareTV
2017 dulu, RareTV bermula dengan langkah kecil tetapi dengan impian yang besar. Lahirnya dari hati yang penuh harapan untuk menghidangkan sajian visual terbaik kepada anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Dulu, asalkan ayah-ayah mereka ni pulang sahaja dari trip keluar negara, anak-anak akan ternanti-nanti CERITA KEMBARA yang dibawa pulang oleh ayah-ayah mereka. Nak bawa kesemuanya travel bersama, memang tak mampu kerana perlukan dana yang besar. Jadi, pilihan terbaik yang kami ada adalah dengan membangunkan platform saluran pendidikan sambil kembara yang mampu memberi manfaat kepada anak-anak ini. Bermula dengan modal sendiri sahaja.
GOAL kami — melalui hidangan VISUAL ini, anak-anak RPWP memiliki VISION dan menjadi seorang yang VISIONARY dan mampu menjadi inspirasi. Namun, siapa sangka dari sekadar tontonan anak-anak RPWP, RARETV mendapat tempat di hati audiens Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dengan jumlah purata tontonan melebihi 3 juta tontonan sebulan. Perkongsian terkini dari kembara kami ke Ireland, berjumpa dengan salah seorang Chef Malaysia di Dublin, banyak yang mereka sendiri belajar dari jejak-jejak kembara RareTV yang diabadikan melalui rakaman travelog di Youtube. Spektrum penonton juga semakin luas. Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah.
Pada tahun 2023 dengan dana sendiri, kami menghasilkan sebuah projek yang dinamakan Kembara Wahyu. Sebuah madrasah umum yang kami mulakan dengan menyampaikan perjalanan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun berperanan sebagai seorang rasul. Bagaimana perit dan cabaran kehidupan Baginda dalam menyampai dan menghidupkan wahyu di kalangan sahabat dan kaumnya. Selepas itu, kami release siri Kembara Wahyu yang kedua iaitu Kembara Wahyu Jordan yang ditayangkan pada bulan Ramadhan tahun 2025. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja playlist kembara Wahyu Jordan mencapai lebih dari 3 juta tontonan.
Kerana itu untuk kalendar Ramadhan 2026 ini, kami sedang menyusun kisah kehidupan Rasulullah s.a.w bermula dari kelahiran sehingga sebelum mendapat wahyu. Bagaimana Nabi dipersiapkan sebelum menerima wahyu dan misi besar agama. Misi kami juga adalah untuk menambahkan lagi khazanah ilmu di dalam platform Madrasah Umum yaang bakal disampaikan kepada umat dengan target tontonan sebanyak 5 juta tontonan. Satu azam dan usaha untuk menyampaikan kebenaran dan ilmu yang bermanfaat melalui visual dan naratif yang lebih segar, serta mudah dihadam oleh masyarakat. Ia bukan sekadar untuk membawa penonton untuk menggali sejarah tetapi untuk menyebarkan ilmu, memperkasa umat dengan pengetahuan yang akan terus mengalir dalam bentuk tontonan yang memberi manfaat.
bak pepatah Melayu, Tajam lidah kerana asam, tajam fikiran kerana pengalaman.
Rancangan agama bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapat tajaan secara komersial. Namun, kami percaya bahawa melalui program microsponsorship ini, kita semua dapat mewujudkan impak besar untuk Kembara Wahyu Ramadan 2026.
Kami menyambut seruan ramai untuk membuka peluang UNTUK ANDA MENJADI PENDIRI MADRASAH UMUM atau lebih mudah, sebagai pelabur / microsponsor dalam menjayakan Kembara Wahyu Musim ke-3. Bagaimana caranya?
Scan QR Code di gambar utama dan sumbangkan mengikut kemampuan seikhlas hati. Atau boleh juga niatkan untuk arwah yang telah pergi kerana ilmu yang bermanfaat adalah salah satu dari tiga amalan yang tidak terputus walaupun setelah meninggal dunia.
RARE TV
Menjadi Pendiri Madrasah Umum untuk 5 Juta Penonton RareTV
2017 dulu, RareTV bermula dengan langkah kecil tetapi dengan impian yang besar. Lahirnya dari hati yang penuh harapan untuk menghidangkan sajian visual terbaik kepada anak-anak di Rumah Pengasih Warga Prihatin. Dulu, asalkan ayah-ayah mereka ni pulang sahaja dari trip keluar negara, anak-anak akan ternanti-nanti CERITA KEMBARA yang dibawa pulang oleh ayah-ayah mereka. Nak bawa kesemuanya travel bersama, memang tak mampu kerana perlukan dana yang besar. Jadi, pilihan terbaik yang kami ada adalah dengan membangunkan platform saluran pendidikan sambil kembara yang mampu memberi manfaat kepada anak-anak ini. Bermula dengan modal sendiri sahaja.
GOAL kami — melalui hidangan VISUAL ini, anak-anak RPWP memiliki VISION dan menjadi seorang yang VISIONARY dan mampu menjadi inspirasi. Namun, siapa sangka dari sekadar tontonan anak-anak RPWP, RARETV mendapat tempat di hati audiens Malaysia, Singapura, Indonesia dan Brunei dengan jumlah purata tontonan melebihi 3 juta tontonan sebulan. Perkongsian terkini dari kembara kami ke Ireland, berjumpa dengan salah seorang Chef Malaysia di Dublin, banyak yang mereka sendiri belajar dari jejak-jejak kembara RareTV yang diabadikan melalui rakaman travelog di Youtube. Spektrum penonton juga semakin luas. Alhamdulillah syukur sangat kepada Allah.
Pada tahun 2023 dengan dana sendiri, kami menghasilkan sebuah projek yang dinamakan Kembara Wahyu. Sebuah madrasah umum yang kami mulakan dengan menyampaikan perjalanan kehidupan Nabi Muhammad s.a.w selama 23 tahun berperanan sebagai seorang rasul. Bagaimana perit dan cabaran kehidupan Baginda dalam menyampai dan menghidupkan wahyu di kalangan sahabat dan kaumnya. Selepas itu, kami release siri Kembara Wahyu yang kedua iaitu Kembara Wahyu Jordan yang ditayangkan pada bulan Ramadhan tahun 2025. Dalam tempoh beberapa bulan sahaja playlist kembara Wahyu Jordan mencapai lebih dari 3 juta tontonan.
Kerana itu untuk kalendar Ramadhan 2026 ini, kami sedang menyusun kisah kehidupan Rasulullah s.a.w bermula dari kelahiran sehingga sebelum mendapat wahyu. Bagaimana Nabi dipersiapkan sebelum menerima wahyu dan misi besar agama. Misi kami juga adalah untuk menambahkan lagi khazanah ilmu di dalam platform Madrasah Umum yaang bakal disampaikan kepada umat dengan target tontonan sebanyak 5 juta tontonan.
Satu azam dan usaha untuk menyampaikan kebenaran dan ilmu yang bermanfaat melalui visual dan naratif yang lebih segar, serta mudah dihadam oleh masyarakat. Ia bukan sekadar untuk membawa penonton untuk menggali sejarah tetapi untuk menyebarkan ilmu, memperkasa umat dengan pengetahuan yang akan terus mengalir dalam bentuk tontonan yang memberi manfaat.
bak pepatah Melayu,
Tajam lidah kerana asam,
tajam fikiran kerana pengalaman.
Rancangan agama bukanlah sesuatu yang mudah untuk mendapat tajaan secara komersial. Namun, kami percaya bahawa melalui program microsponsorship ini, kita semua dapat mewujudkan impak besar untuk Kembara Wahyu Ramadan 2026.
Kami menyambut seruan ramai untuk membuka peluang UNTUK ANDA MENJADI PENDIRI MADRASAH UMUM atau lebih mudah, sebagai pelabur / microsponsor dalam menjayakan Kembara Wahyu Musim ke-3.
Bagaimana caranya?
Scan QR Code di gambar utama dan sumbangkan mengikut kemampuan seikhlas hati. Atau boleh juga niatkan untuk arwah yang telah pergi kerana ilmu yang bermanfaat adalah salah satu dari tiga amalan yang tidak terputus walaupun setelah meninggal dunia.
Atau boleh terus transfer ke akaun berikut:
MAYBANK: YAYASAN PELANGI MALAYSIA
Acc Number: 5622 6357 2593
Tulis nota: KW2026
Bantu sebarkan dan ajak orang lain untuk turut sama melabur dalam projek madrasah yang mendidik 5 juta orang di bulan Ramadhan 2026 akan datang.
Terima kasih kerana share.
2 months ago | [YT] | 583