Cikgu Rohaya Morat

Ni youtube Cikgu Aya. Baru je join youtube ni pada 10 Feb 2020. Sempena PKP. Nama penuh Cikgu Rohaya Morat, seorang Guru Cemerlang Matematik Tambahan di sebuah Sekolah Menengah Sains Teluk Intan Perak. Telah berkhidmat sebagai guru selama 29 tahun. Masa muda-muda dulu saya kerap gak la memberikan ceramah di sekolah-sekolah yang menjemput tapi bila dah tua ni, dah tak larat dah. Penggunaan youtube ini adalah salah satu medan yang baharu dalam pembelajaran yang ingin Cikgu Aya ketengahkan. Memberi peluang pelajar untuk mendengar dan memahami dengan lebih mendalam lagi selain pembelajaran di dalam kelas dan pelajar juga boleh membuat ulangkaji bersama Cikgu Aya di dalam youtube. Semoga dengan video pembelajaran ini dapat memberi banyak peluang untuk pelajar belajar dan memahami subjek ini dengan baik. Sebarang pertanyaan boleh dihubungi melalui email : cikgurohayamorat@gmail.com