Che Nom is not accepting sponsorships, collaborations, or event invitations at this time.


Che Nom

Ramai orang anggap stress ni musuh. Bila stress je, terus rasa nak lari jauh jauh. Tapi sebenarnya… stress tu perception. Macam mana kita pandang, macam tu lah kesannya.

Memang betul, kadang kadang stress boleh jadi debilitating · rasa down, tak ada tenaga, tak mampu nak buat apa apa. Itu normal. Tapi bila kita belajar ubah cara fikir, sebahagian stress tu sebenarnya boleh jadi peluang untuk grow.

Sama macam kita workout · bila kita bagi stress pada otot, otot tu jadi koyak sikit sikit. Lepas tu, badan kita pulihkan balik… hasilnya otot makin kuat, makin besar (muscle hypertrophy). 💪🔥

Begitu jugalah hidup kita. Cabaran, masalah, tekanan · itu semua “workout” untuk minda dan hati. Kalau kita hadapi dengan betul, kita akan jadi lebih kuat, lebih matang, lebih tahan lasak.

So next time rasa stress, cuba tukar perception:
👉 “Ini peluang aku nak grow.”
Bukan semua stress buruk · ada yang sebenarnya tengah bentuk kita jadi versi lebih baik. 🌸

3 weeks ago | [YT] | 4,737

Che Nom

Hai semua, Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan sokongan anda semua baru-baru ni, ada kenaikkan pada view Che Nom. Che Nom akan pastikan ada video sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk anda semua.

Jutaan terima kasih juga kepada members yang sentiasa support channel Che Nom. Besar sangat maknanya pada Che Nom.

Kalau singgah tengok video Che Nom kat YouTube, jangan lupa tekan Like dan Subscribe ya. Simple je, tapi insyaAllah membantu video sampai ke lebih ramai orang dan dapat beri manfaat bersama.

Jom sama-sama kita teruskan usaha kongsi resepi, bagi inspirasi kat dapur, dan bantu channel Che Nom untuk terus berkembang. Terima kasih sekali lagi pada semua keluarga Che Nom di sini.

1 month ago | [YT] | 18,510

Che Nom

Kenapa Che Nom perlahan-lahan nak undur diri dari YouTube…

Assalamualaikum semua 💛

Che Nom nak berkongsi sesuatu dari hati. Selepas lebih 416 juta views, 2.3 juta subscribers, dan lebih 500 video — Che Nom rasa sangat bersyukur. Terlalu ramai yang Che Nom dah dapat bantu, baik untuk yang baru belajar masak, berniaga kecil-kecilan, ataupun rindu masakan kampung halaman.

Tapi sekarang Che Nom mula rasa nak beri ruang pada diri sendiri dan keluarga. Fokus pada kehidupan yang lebih tenang dan bermakna. Bukan lagi kejar views atau angka — tapi kejar masa berkualiti dengan orang tersayang ❤️

Che Nom tak berhenti terus, tapi akan perlahan-lahan kurangkan video. Mungkin hanya 3–4 sebulan, dan akan lebih fokus kepada content untuk ahli yang betul-betul hargai kualiti.

Terima kasih kerana sentiasa bersama selama ini. Moga apa yang Che Nom kongsikan akan terus bermanfaat, insyaAllah 🤲🏼

#che_nom #terimakasihsemua

2 months ago | [YT] | 6,428

Che Nom

Assalamualaikum semua! 🧡

Che Nom nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada 853 orang ahli yang sudi jadi tulang belakang Che Nom selama ni — ada yang dah lebih 2 tahun setia support, memang sangat menyentuh hati 😭

Sekarang ni Che Nom dah kurang buat video banyak-banyak macam dulu. Umur pun makin meningkat, badan pun nak kena jaga… tak larat dah nak kejar views dengan resepi yang sama je berulang kali.

Tapi Che Nom masih ada semangat nak berkongsi — tapi kali ni lebih fokus, lebih mendalam.

✅ Sebab tu Che Nom cipta Program Ahli YouTube:
• 1 video eksklusif setiap bulan
• 1 video versi panjang (extended) dengan tips & troubleshooting
• Tiada iklan langsung
• Komen anda jadi keutamaan untuk dibalas
• Dan yang paling istimewa — komuniti Che Nom yang penuh sokongan dan inspirasi 💬👩🏻‍🍳

Kalau anda suka resepi Che Nom dan nak belajar lebih dalam suasana yang tenang dan berkualiti — jom jadi ahli hari ni! Klik butang Join / Sertai kat bawah video atau di homepage channel 💛

4 months ago | [YT] | 1,205

Che Nom

Untuk join member boleh baca lanjut kat sini : resepichenom.com/artikel/panduan-lengkap-menyertai…

4 months ago | [YT] | 397