A. M. Salim bin Abdul Majeed, juga lebih dikenali sebagai Saleem Iklim (31 Ogos 1961 – 14 Oktober 2018) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia yang merupakan vokalis kumpulan Iklim yang meraih kejayaan dalam industri muzik pada dekade 1990-an.Saleem dilahirkan pada 31 Ogos 1961 di Kampung Permaisuri, Setiu, Terengganu. Beliau berdarah kacukan India Muslim sebelah bapa dan Melayu sebelah ibu. Sebelum berkecimpung dalam bidang muzik, beliau bercita-cita untuk menjadi seorang nelayan yang berjaya. Walau bagaimanapun, cita-cita tersebut tidak tercapai. Sebaliknya, beliau meneruskan hidup dengan menjadi penolong tukang masak di Institut Teknologi MARA (ITM; kini Universiti Teknologi MARA atau UiTM) kampus Dungun sebelum beliau mencipta nama sebagai seorang penyanyi