Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

none


Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Saudara Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) telah ditahan oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di kediamannya di Seremban hari ini.

Penahanan tersebut difahamkan dibuat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 berkaitan isu yang melibatkan institusi diraja Negeri Sembilan.

Dalam tindakan itu, pihak berkuasa turut merampas sebuah telefon bimbit berserta kad SIM bagi tujuan siasatan.

Beliau dijadualkan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Seremban pada 25 Jun 2026 (Khamis), jam 9.00 pagi.

Perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

copy-paste

14 hours ago | [YT] | 289

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Atas semangat perpaduan ummah dan kesepakatan dalam Perikatan Nasional (PN), parti-parti komponen telah memberi ruang yang lebih luas kepada BERSATU untuk bertanding lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor memandangkan Johor merupakan negeri Presiden PENGASAS parti BERSATU.

Hujah parti BERSATU, berdasarkan perkembangan semasa dan sokongan rakyat, BERSATU diyakini berpotensi memenangi antara 70 hingga 80 peratus daripada kerusi yang ditandingi, didorong oleh keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Begitu juga kajian yang pernah dijalankan oleh Institut MAHSA turut mendapati Tan Sri Muhyiddin merupakan antara tokoh yang mendapat kepercayaan dan pilihan utama dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengalaman beliau sebagai Menteri Besar Johor dan Perdana Menteri Kelapan menjadi antara faktor penting yang mampu memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap BERSATU dan PN untuk membentuk Kerajaan Negeri Johor.

Sepanjang kerjasama dalam PN, semua parti komponen sentiasa memberikan ruang dan peluang kepada BERSATU untuk membuktikan kekuatan organisasi serta tahap sokongan yang dimiliki di peringkat akar umbi.

PRN Johor bakal menjadi penanda aras penting dalam mengukur kekuatan sokongan rakyat terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin dan BERSATU. Rakyat kini menantikan mandat baharu untuk melihat BERSATU menerajui Kerajaan Negeri Johor serta melahirkan seorang Menteri Besar daripada parti tersebut.

17 hours ago | [YT] | 113

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Pada pandangan saya, jika mahu mencapai kemenangan dalam pilihan raya, parti-parti Melayu perlu bersatu di bawah satu gabungan yang kukuh agar undi orang Melayu tidak terus berpecah.

Dalam keadaan semasa, beberapa parti yang sebelum ini berpisah akibat perbezaan dan masalah dalaman telah kembali menjalin kerjasama. PEJUANG yang lahir daripada perpecahan BERSATU telah kembali bersama Perikatan Nasional, begitu juga Parti Cinta Malaysia. Malah, sekiranya UMNO berhasrat untuk bekerjasama, ruang perundingan sentiasa terbuka dengan syarat-syarat tertentu demi kepentingan bersama.

Dengan penyatuan yang lebih menyeluruh, kekuatan politik Melayu dapat diperkukuhkan dan risiko perpecahan undi dapat diminimumkan. Justeru, timbul persoalan mengapa masih wujud penolakan terhadap usaha penyatuan ini sehingga mencetuskan polemik yang boleh menjejaskan imej gabungan pembangkang.

Cukuplah kita saling melabel dan menuding jari. Dahulu PEJUANG pernah dilabel dengan pelbagai gelaran, dan kini Parti Cinta Malaysia pula menerima nasib yang sama. Perbezaan pandangan tidak seharusnya menjadi alasan untuk terus berpecah.

Sudah tiba masanya umat Melayu mengetepikan perbezaan, menghentikan perselisihan sesama sendiri dan mengutamakan agenda yang lebih besar. Jangan sampai kita terus bertelagah dan akhirnya pihak lain yang memperoleh manfaat daripada perpecahan yang berlaku. Bersatulah demi kekuatan dan masa depan bersama.

20 hours ago | [YT] | 177

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Pandangan Peribadi Saya

PAS menerima kemasukan parti Dato’ Sri Hamzah Zainudin atas seruan firman Allah SWT dalam Surah al-Hujurat, ayat 10:

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Manakala Dato’ Sri Hamzah pula menerima untuk bersama Perikatan Nasional atas firman Allah SWT dalam Surah Ali ‘Imran, ayat 103:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.”

Walaupun Dato’ Sri Hamzah dipecat susulan pelbagai fitnah dan adu domba kononnya beliau mahu menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau tetap menelan segala tohmahan tersebut demi penyatuan ummah.

Kini, Dato’ Sri Hamzah tidak lagi berada dalam BERSATU dan mempunyai parti sendiri. Jadi, apakah lagi ancaman yang begitu ditakuti oleh mereka? Adakah beliau masih mampu menjatuhkan Tan Sri Muhyiddin sebagai Presiden BERSATU?

Perkara ini menjadi persoalan yang serius. Apakah sebenarnya yang dimahukan oleh Tan Sri Muhyiddin? Atau apakah yang dimahukan oleh pengikut-pengikut beliau dalam BERSATU? Mengapakah mereka terus menyerang Dato’ Sri Hamzah dan para penyokongnya?

Dato’ Sri Hamzah terus bersabar dan kekal bertenang walaupun ditekan serta ditikam dari pelbagai sudut dengan begitu hebat sekali. Beliau memilih untuk berbuat demikian kerana berpegang teguh kepada ajaran Islam yang menuntut penyatuan seluruh ummah.

Namun begitu, BERSATU dilihat tidak pernah berhenti menjadi ejen perpecahan dan duri dalam daging kepada Perikatan Nasional. Tindakan BERSATU yang berterusan seperti ini boleh mencetuskan perbalahan sesama sendiri dan akan melemahkan perjuangan serta menghalang usaha untuk menyatukan ummah.

1 day ago | [YT] | 156

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Pindaan Akta Pengangkutan sepatutnya memfokuskan kepada masalah besar yang benar-benar menjadi trauma kepada rakyat Malaysia.

Banyak kes pemandu mabuk telah meragut nyawa insan tidak bersalah. Malah, ada mangsa yang mengalami kecacatan kekal sehingga menjejaskan masa depan dan kehidupan mereka buat selama-lamanya.

Saya tidak menafikan bahawa lumba haram juga merupakan satu masalah yang perlu ditangani. Namun, kes lumba haram pada hari ini lebih bersifat terpencil berbanding isu pemandu mabuk, apatah lagi apabila semakin banyak trek perlumbaan yang sah diwujudkan sebagai alternatif kepada golongan peminat sukan permotoran.

Kerajaan perlu mencontohi beberapa negara maju yang mengenakan peraturan lebih tegas terhadap individu yang mengambil minuman beralkohol. Di sesetengah negara, mereka yang ingin ke restoran, gerai atau kelab yang menjual minuman beralkohol tidak dibenarkan menggunakan kenderaan sendiri bagi mengelakkan risiko memandu dalam keadaan mabuk.

Berbeza dengan Malaysia, walaupun sudah ramai yang menjadi mangsa pemandu mabuk, isu ini sering kali dilihat melalui lensa perkauman berbanding aspek keselamatan awam. Hakikatnya, nyawa manusia tidak sepatutnya dipertaruhkan atas nama kebebasan mana-mana pihak. Orang lain tidak seharusnya kehilangan nyawa hanya kerana kegagalan kita mengambil pendirian yang tegas terhadap ancaman yang telah lama membelenggu masyarakat.

1 day ago | [YT] | 835

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Semalam, saya berkunjung ke NSK Cheras untuk membeli barangan dapur dan mendapati harga beberapa jenis sayur mengalami kenaikan yang amat ketara. Ada yang meningkat sehingga 100 peratus, malah ada yang mencecah 200 peratus berbanding harga sebelum ini.

Bagi mendapatkan gambaran yang lebih tepat, saya membuat semakan melalui sistem PriceCatcher Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN). Hasil semakan menunjukkan kenaikan harga tersebut sememangnya berlaku dan memberi kesan langsung kepada perbelanjaan harian rakyat.

Persoalannya, apakah manfaat penurunan harga diesel kepada pengguna sekiranya harga barangan keperluan, khususnya makanan, bukan sahaja tidak menurun malah terus meningkat dengan ketara? Isu kos sara hidup perlu diberi perhatian serius agar rakyat tidak terus menanggung beban kenaikan harga yang berpanjangan.

2 days ago | [YT] | 168

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Semalam saya berkesempatan menziarahi seorang sahabat PAS yang sedang menerima rawatan di Hospital Columbia Asia Cheras selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya akibat dilanggar oleh pihak lain.

Beliau mengalami kecederaan pada rusuk sebelah kiri serta patah pada bahagian bahu. Saya turut membantu menguruskan ejen insurans bagi memudahkan proses tuntutan yang berkaitan.

Saya mendoakan agar beliau diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan yang segera. Semoga beliau kembali sihat seperti sediakala.

2 days ago | [YT] | 230

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Hari ini kecoh di Dewan Rakyat apabila DAP menggelar PAS sebagai pembuli BERSATU. Perkara ini sebenarnya sudah dijangkakan oleh Ahli Parlimen PAS-Wawasan Negara sebelum sidang pembukaan Dewan Rakyat lagi.

Hubungan antara BERSATU dan Pakatan Harapan (PH) dilihat semakin erat sejak dua hingga tiga bulan kebelakangan ini. Azmin Ali juga dikatakan menjadi antara individu yang berperanan sebagai operator dalam usaha membawa semula BERSATU bersama PH. Namun, di luar jangkaan ramai, DAP dilihat tampil begitu kuat mempertahankan BERSATU.

Sebelum ini, timbul ura-ura bahawa BERSAMA akan menyebabkan DAP dan AMANAH tidak lagi dapat terus bekerjasama dengan PKR. Kini, perkembangan semasa pula memberi gambaran bahawa BERSATU mungkin memainkan peranan yang sama dalam percaturan politik yang sedang berlaku.

Dalam politik, demi pengaruh, kedudukan dan kuasa, dinamikanya boleh berubah pada bila-bila masa. BERSATU yang dikenali sebagai parti bunga juga boleh berubah menjadi sesumpah mengikut keperluan dan kepentingan semasa. Itulah realiti politik yang sentiasa bergerak dan sukar dijangka.

2 days ago | [YT] | 277

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Saya menerima khabar bahawa saudara Haziq Abdullah Abdul Aziz dikatakan bakal menyertai BERSATU. Jika benar, ini sememangnya menimbulkan tanda tanya yang besar.

Setiap parti politik mempunyai hak untuk menerima sesiapa sahaja sebagai ahli. Namun begitu, persoalannya ialah sama ada penyertaan saudara Haziq benar-benar dipersetujui dan diterima oleh Setiausaha Agung BERSATU.

Sekiranya khabar ini benar, saya melihat BERSATU perlu bersedia berdepan pelbagai persoalan dan persepsi rakyat. Saya tidak pasti sama ada keputusan ini dibuat selepas mengambil kira semua implikasi yang mungkin timbul atau terdapat pertimbangan lain yang tidak diketahui umum.

Tidak mustahil pelbagai rakaman atau video juga akan keluar untuk mencuci nama seseorang. Mungkin juga akan ada pengakuan mendapat arahan dari orang tertentu. Namun rakyat bukan bodoh kerana alasan ini semua sudah lapuk.

3 days ago | [YT] | 82

Mohamad Shafiq Abdul Halim Official (善心)

Ramai rakan bertanya bilakah lagu saya akan dilancarkan.

Buat masa ini, proses akhir masih berjalan kerana terdapat beberapa dokumen yang perlu dimuktamadkan sebelum lagu dimuat naik ke platform penstriman digital.

Terima kasih atas sokongan dan kesabaran anda semua. Terus nantikan single pertama saya, “Kaulah Di Hati”.

#KaulahDiHati #ComingSoon #ShafiqHalim

4 days ago | [YT] | 117