Malaysia's first 24 hour news & information channel - delivering in-depth analysis and balanced, transparent coverage of news and current affairs.

Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D)

-------------------------

The Official Astro Awani on YouTube offers a variety of catch-up videos on demand from Astro Awani CH501.

SUBSCRIBE now!
youtube.com/user/njoiawani?sub_confirmation=1

Visit beta.astroawani.com/ for more news

Astro AWANI LIVE www.astroawani.com/videos/live

Follow us::
FACEBOOK www.facebook.com/astroawani
TWITTER twitter.com/501Awani
INSTAGRAM www.instagram.com/501awani
TELEGRAM t.me/astroawani


Astro AWANI

Sijil kelahiran nenek Imanol Machucha yang didapati di Pejabat Pendaftaran Sivil Wilayah Santa Fe, Argentina, menjadi tular.

Ia bercanggah dengan temu bualnya di saluran Sabado Velez sebelum ini apabila menegaskan bahawa kelayakannya untuk mewakili pasukan Malaysia berpunca daripada asal usul neneknya yang dilahirkan di Pulau Pinang.

Rekod tersebut menunjukkan bahawa neneknye, Concepcion Agueda, dilahirkan di bandar Roldan, Jabatan San Lorenzo, Argentina, pada 16 Ogos 1954.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-sukan/sijil-kelahiran-ne…
#AWANInews

13 minutes ago | [YT] | 8

Astro AWANI

Mangsa yang dikenali sebagai Anuar Ahmad, 39, disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pihak perubatan dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kemalangan itu pada jam 3.10 pagi.

“Terdapat seorang mangsa tidak sedarkan diri di dalam kereta tetapi tidak tersepit dan telah disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM manakala pemandu lori tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam kenyataan di Ipoh,

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/lelaki-maut-nah…
#AWANInews

1 hour ago | [YT] | 14

Astro AWANI

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, dunia akademik mempunyai tatacara dan panduan tersendiri yang perlu dihormati bagi menjaga integriti ilmu serta kredibiliti institusi pengajian tinggi.

"Kita tidak menghalang mereka (pensyarah) memberikan pandangan yang ada kaitan dengan bidang masing-masing, tetapi adalah malang sekiranya mereka ingin bercakap tentang semua perkara yang bukan dalam bidang mereka.

"Jadi inilah yang sering kali dipersoalkan dan seperti yang saya sebutkan berkali-kali supaya memberikan tumpuan kepada bidang kepakaran masing-masing," katanya kepada media selepas majlis penyampaian Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi: Reka Bentuk Kurikulum Dan Penyampaian Inovatif (AKRI) 2025, di Putrajaya, pada Rabu.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/pensyarah-perlu…
#AWANInews

1 hour ago | [YT] | 18

Astro AWANI

Hari ini 108 tahun yang lalu, meletusnya Revolusi Bolshevik, yang turut dipanggil Revolusi Oktober (mengikut perkiraan kalendar Julian) di Rusia.

Segalanya berputik daripada kelemahan pentadbiran Tsar Nicholas II Romanov yang menyaksikan kemiskinan rakyat Rusia yang majoritinya petani semakin memburuk, diruncingkan lagi dengan penglibatan dalam Perang Krimea & Perang Jepun-Rusia.

Tidak cukup makan, rakyat berarak di Petrograd (St. Petersburg) pada 22 Januari 1905 namun ratusan terbunuh ditembak tentera imperial. Rusuhan meletus di serata negara, mendesak Tsar Nicholas membentuk Duma (dewan perwakilan rakyat).

Penglibatan dalam Perang Dunia 1 & kemunculan Rasputin dalam istana serta sidang Duma yang kerap dibubarkan oleh Tsar Nicholas meluapkan lagi kemarahan rakyat, lalu meletus pada 8 Mac 1917 apabila mereka turun semula ke jalanan Petrograd.

Akhirnya Tsar Nicholas turun takhta pada 15 Mac itu & kerajaan sementara dibentuk yang dipimpin oleh bangsawan Rusia. Namun golongan kebanyakan (bolshe) menolak pentadbiran ini yang mahu terus terlibat dalam perang & memerintah secara kuku besi.

Parti Bolshevik pimpinan Vladimir Ilyich Lenin, yang menjadi tulang belakang gerakan menuntut reformasi pentadbiran itu, semakin kuat disokong mereka yang ditindas, lalu menyeru supaya dilancarkan pemberontakan ketenteraan untuk menumbangkan kerajaan.

Bermulalah revolusi pada 6 November 1917, apabila kerajaan Direktorat menawan & menghapuskan rumah akhbar Bolshevik. Tercetus pertembungan antara 2 pihak itu hingga akhirnya Bolshevik berjaya menguasai seluruh sistem komunikasi kota itu.

Esok harinya menjadi kemuncak apabila Bolshevik berjaya menawan bangunan kerajaan serta lokasi strategik lain di Petrograd & akhirnya Lenin mengisytiharkan pembentukan kerajaan baharu, menjadikan Rusia negara komunis pertama di dunia.

Tak lama kemudian tercetus Perang Saudara yang berakhir pada 1923 dengan tewasnya gerakan anti-Bolshevik lalu lahirlah Kesatuan Soviet.

Sumber: Britannica, History

#PeristiwaHariIni

2 hours ago | [YT] | 16

Astro AWANI

Malaysia mengamalkan pendekatan berkecuali, inklusif dan berpaksikan kepentingan strategik negara bagi memastikan industri domestik terutama pusat data dapat memanfaatkan kemajuan teknologi terkini.

Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITi) menjelaskan perkara itu termasuk cip kecerdasan buatan (AI) yang dibangunkan oleh blok ekonomi utama dunia seperti Amerika Syarikat (oleh firma NVIDIA) dan China (Huawei Ascend).

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-amal-p…

#AWANInews

2 hours ago | [YT] | 16

Astro AWANI

Malaysia boleh menarik balik pengiktirafan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada dua badan pensijilan halal di Amerika Syarikat (AS) sekiranya berlaku sebarang pelanggaran terhadap mana-mana standard dan protokol halal negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata kedua-dua badan itu diberikan pengiktirafan berdasarkan pematuhan mereka terhadap standard dan protokol halal Malaysia sedia ada.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-boleh-…

#AWANInews

3 hours ago | [YT] | 56

Astro AWANI

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata kerajaan sentiasa mengambil tindakan tegas dalam isu berkaitan salah laku penjawat awam khususnya yang melibatkan salah guna kuasa dan penyelewengan.

Beliau berkata tindakan tegas itu diambil kerana salah laku sedemikian memberi implikasi besar terhadap imej dan kredibiliti negara.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/salah-laku-penj…

#AWANInews

4 hours ago | [YT] | 127

Astro AWANI

Penduduk Muslim New York meraikan kejayaan Zohran Mamdani pada Selasa malam selepas beliau memenangi Pilihan Raya Datuk Bandar, sekali gus mencatat sejarah sebagai seorang Muslim dan berketurunan Asia Selatan pertama yang mengetuai kota raya itu.

Mamdani, 34, seorang ahli politik sosialis daripada Parti Demokrat dan penggubal undang-undang negeri dari Queens, menewaskan calon bebas iaitu bekas Gabenor Andrew Cuomo dan calon Republikan Curtis Sliwa dalam satu daripada kejutan politik terbesar di New York sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-dunia/penduduk-muslim-ne…

#AWANInews

4 hours ago | [YT] | 130

Astro AWANI

Pasport Malaysia terus mencatat pencapaian membanggakan apabila menduduki tangga ketiga dunia dalam ranking Passport Index 2025.

Menurut Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), kedudukan itu sekali gus membolehkan rakyat Malaysia menikmati kemudahan perjalanan tanpa visa ke 174 buah negara di seluruh dunia.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/pasport-malaysi…

#AWANInews

5 hours ago | [YT] | 88

Astro AWANI

Kerajaan bersetuju melaksanakan langkah strategik bagi menempatkan Malaysia dalam kalangan 20 negara terbaik dunia dalam Indeks Inovasi Global (GII) menerusi tadbir urus dan pemantauan rentas agensi yang lebih berkesan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu antara yang dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Sains Negara yang dipengerusikan beliau pagi Rabu.

Berita lanjut: www.astroawani.com/berita-malaysia/malaysia-sasar-…

#AWANInews

10 hours ago | [YT] | 73