Sumber Berita Pop Culture Terkini: Komik. TV. Filem.
Dapatkan berita terkini dari industri komik, TV dan filem daripada Hollywood serta Asia Tenggara setiap hari.
Jika anda inginkan liputan harian tentang semesta sinematik MCU, DCU, Star Wars, BoBoiBoy, Ejen Ali dan Anime... sila Subscribe ke Channel kami sekarang!
BuzzPopTV
MAC 2026: MAGIC THE GATHERING X TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES Trading Card Game.
Kelihatan di persekitaran NEW YORK COMIC-CON (NYCC) 2025 yang bakal berlangsung hujung minggu ini, sebuah van yang mengiklankan collab terbaru di antara permainan kad MAGIC THE GATHERING dengan kartun popular dari era 1990-an, TEENAGE MUTANT NINJA TURTLES!
FYI panel Nickleodeon X Magic The Gathering akan berlangsung di NYCC 2025 pada hari Jumaat, 10 Oktober 2025 nanti - dimana lebih banyak informasi akan didedahkan.
Bincangkan. đ¤
#MagicTheGathering
#MTGxTMNT
1 week ago | [YT] | 9
View 5 replies
BuzzPopTV
EJEN ALI THE MOVIE 2 MULA TAYANG DI NETFLIX HARI INI! DIRAI DENGAN PELANCARAN MUZIK VIDEO EPIK HANYA KAMU
Misi masih aktif! Dari layar perak ke platform penstriman terbesar dunia, Ejen Ali The Movie 2 (EATM2) kini rasmi menemui ejen-ejen di Netflix bermula 1 Oktober 2025 di rantau terpilih serata dunia, sekali gus membuka peluang penonton antarabangsa menghayati kehebatan animasi Malaysia.
Sebagai tanda meraikan pencapaian ini serta menghargai sokongan padu peminat setia, muzik video rasmi Hanya Kamu nyanyian legenda Datuk M. Nasir juga bakal dilancarkan secara eksklusif di saluran YouTube rasmi Ejen Ali pada jam 8.00 malam ini.
Diarahkan oleh Ghazi Maslan, muzik video ini dimulakan dengan transmisi mesej khas dari MATA yang diaktifkan oleh Datuk M. Nasir sendiri, sebelum memaparkan kesungguhan ejen-ejen muda menyahut panggilan misi, dengan selingan babak-babak mendebarkan daripada filem. Turut muncul ialah Azri Yunus, komposer dan penulis lirik Hanya Kamu, yang menjadi penggerak kreatif di sebalik lagu ini.
Konsep muzik video ini berlandaskan tema utama lagu, sebuah karya penuh semangat yang menyeru generasi muda untuk mempercayai diri dan berani bangkit sebagai versi terbaik mereka. Nilai ini seiring dengan perjalanan emosi dan konflik watak utama dalam EATM2, menjadikan muzik video ini sebagai pelengkap filem dengan efek tontonan yang meresap hingga ke jiwa penonton.
Untuk rekod, EATM2 berjaya meraih kutipan pecah panggung melebihi RM62.5 juta hasil tayangan di pawagam Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Kemboja dan Thailand, menjadikannya pencapaian animasi tempatan paling membanggakan tahun ini.
Filem ini juga mula mendapat pengiktirafan dari festival filem antarabangsa setelah dicalonkan dalam kategori Filem Animasi Terbaik di Silk Road International Film Festival ke-12 yang berlangsung di Comprehensive Hall, Fuzhou Strait Olympic Sports Center, China, Jumaat lalu.
Kerja kita belum selesai! Strim Ejen Ali The Movie 2 di Netflix bermula hari ini, dan jangan terlepas pelancaran muzik video rasmi Hanya Kamu di YouTube Ejen Ali, tepat jam 8 malam ini!
#EjenAliTheMovie2
#EATM2
2 weeks ago (edited) | [YT] | 93
View 16 replies
BuzzPopTV
6 SEBAB ANDA WAJIB TONTON FILEM SORE: ISTRI DARI MASA DEPAN !
âJika aku harus hidup 10,000 kali, kuharap aku akan selalu memilihmu.â
Ungkapan ini benar-benar merangkumi jiwa Sore: Istri dari Masa Depan, sebuah filem romantis sci-fi yang bukan sahaja mencatat lebih 3 juta penonton di Indonesia, malah kini turut menggegarkan pawagam Malaysia.
Cinta yang melangkaui masa dan pertemuan yang mengubah segalanya diadun indah dalam naskhah ini dan inilah antara sebab-sebab wajib tonton yang menjadikannya sebuah karya yang tak boleh dilepaskan!
1. Plot Menarik dan Unik
Sore: Istri dari Masa Depan menggabungkan elemen romantis dan sains fiksyen dalam sebuah naratif yang segar dan berbeza. Kisahnya bermula dengan seorang lelaki biasa yang menjalani kehidupan harian seperti orang lain, namun segalanya berubah apabila muncul seorang wanita misteri yang mengaku sebagai isterinya dari masa depan.
Bukan sekadar kisah cinta cliche, filem ini membawa penonton menyelami persoalan tentang takdir, pilihan hidup dan makna cinta sejati yang
merentasi masa.
2. Sinematografi Sempurna
Visual dalam filem ini tampil begitu menonjol dengan keindahan yang sukar diabaikan. Penggambaran
di lokasi eksotik seperti Croatia dan Finland, digabungkan dengan pencahayaan dramatik,
menjadikan setiap babak bukan sahaja sinematik tetapi juga meninggalkan rasa kagum yang mendalam. Lebih daripada sekadar paparan indah, ia mencipta suasana yang tenang, seakan membawa penonton hanyut dalam tema cinta serta masa depan yang penuh misteri.
3. Sambutan baik daripada penonton Indonesia
Selepas meraih pelbagai pujian dan respons positif di Indonesia, termasuk penonton yang mengaku menitiskan air mata kerana terlalu tersentuh, filem ini kini menemui penonton di Malaysia. Inilah
peluang anda untuk turut merasai sendiri kehangatan fenomena yang sudah menggegarkan jutaan hati
di layar lebar.
4. Keserasian Hebat Antara Pelakon Utama
Gandingan Dion Wiyoko dan Sheila Dara Aisha benar-benar menghidupkan naskhah ini.
Chemistry mereka begitu meyakinkan sehingga setiap interaksi terasa tulen dan penuh makna. Lakonan penuh
jiwa yang dipersembahkan berjaya membawa penonton menyelami perjalanan emosi dua insan dari masa berbeza, namun dipertemukan oleh satu perkara yang abadi, cinta yang kekal selamanya.
5. Soundtrack Puitis, Menguatkan Emosi Filem
Lagu âTerbuang Dalam Waktuâ nyanyian Barasuara hadir sebagai runut bunyi yang begitu sempurna untuk Sore: Istri dari Masa Depan. Dengan lirik yang penuh sayu dan muzik mengalun mendalam yang meruntun jiwa, ia bukan sahaja seiring dengan sinematografi indah filem ini, malah menguatkan setiap babak visual, khususnya momen tanpa dialog yang sarat emosi.
6. Sentuhan Khas Extended Dari Web Series Youtube
Menariknya, filem ini merupakan versi lanjut (extended) daripada web series terkenal di YouTube, yang juga dibintangi oleh Dion Wiyoko. Siri tersebut sudah pun mempunyai peminat setia dan jumlah tontonan tinggi, menjadikan versi filem ini sebagai hadiah istimewa buat peminat lama dan juga penonton baru yang ingin merasai cerita secara lebih mendalam dan sinematik.
Jangan lepaskan peluang untuk menonton di pawagam sekarang. Untuk perkembangan terkini dan kandungan eksklusif, ikuti kami di Facebook, Instagram, Twitter, dan YouTube Primeworks Studios.
#SoreIstriDariMasaDepan
3 weeks ago | [YT] | 49
View 12 replies
BuzzPopTV
Juadah petang ini... JAGAT 10th Anniversary International Cut @LFS PJ State!
Bakal ke pawagam kembali di seluruh Malaysia mulai 3 Oktober 2025.
#Jagat
3 weeks ago | [YT] | 23
View 0 replies
BuzzPopTV
SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY - Produksi Minggu Kedua!
Kelibat pelakon Jon Bernthal serta van The Punisher kelihatan di set penggambaran filem SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY di Glasgow, Scotland, UK.
Apakah harapan anda untuk pertembungan pertama Spider-Man vs Punisher di MCU nanti?
Bincangkan. đ¤
#SpiderManBrandNewDay
đ¸: possiblyspidey_
2 months ago | [YT] | 89
View 8 replies
BuzzPopTV
Sesi penggambaran filem SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY minggu kedua di kota Glasgow, Scotland, UK masih lagi epik doh!
Pelakon Michael Mando (The Scorpion) dan Sadie Sink (Spider-Gwen/Jean Grey/Spider-Girl) dikatakan bakal beraksi minggu ini di Glasgow.
Apakah harapan anda untuk babak aksi mereka nanti?
Bincangkan. đ¤
#SpiderManBrandNewDay
2 months ago | [YT] | 77
View 6 replies
BuzzPopTV
Sinopsis filem SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY yang bakal ke pawagam seluruh Malaysia mulai 30 Julai 2026!
Bincangkan. đ¤
#SpiderManBrandNewDay
2 months ago | [YT] | 110
View 5 replies
BuzzPopTV
'The Fantastic Four: First Stepsâ Tawan Carta Box Office Malaysia Dua Minggu Berturut-turut
Karya sulung epik Keluarga Pertama Marvel berjaya menawan carta box office Asia Tenggara, dengan meraih kedudukan No.1 di Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand, serta mengungguli carta MPA di Indonesia dan Vietnam.
KUALA LUMPUR, 6 Ogos 2025 â Terbitan terbaharu Marvel Studios, The Fantastic Four: First Steps, mencatat kutipan pembukaan global sebanyak $218.0 juta (RM922.2 juta) pada hujung minggu pembukaan tayangannya. Setakat ini, filem ini telah mengumpul kutipan keseluruhan $368.7 juta (RM1.5 bilion), sekali gus mengekalkan kedudukannya sebagai filem No.1 di peringkat global selama dua minggu berturut-turut. Di Asia Tenggara, filem ini telah mengutip $14.5 juta (RM61.3 juta) setakat ini, didahului oleh Indonesia ($3.6 juta) dan Filipina ($3.4 juta), dan diikuti oleh Thailand ($2.7 juta), Malaysia ($2.5 juta / RM10.5 juta) dan Singapura ($1.7 juta).
âAmat luar biasa untuk menyaksikan semua peminat kami bersama-sama meraikan Keluarga Pertama Marvel,â ujar Ketua Studio, The Walt Disney Company Asia Tenggara, Rachel Fong. âLatar retro-futuristik ala era 60-an memberi ruang kepada kami untuk menambah lagi keseronokan, daripada aktiviti bertema hinggalah cosplay peminat. Matlamat kami adalah untuk mencipta pengalaman yang benar-benar melibatkan peminat dalam penceritaan â sama ada melalui pertunjukan dron yang hebat di Jakarta, tayangan gala yang dihadiri bintang popular di Bangkok, atau pemasangan pop-up di Singapura, Malaysia dan Filipina. Saya benar-benar tersentuh melihat keterujaan daripada para peminat yang tidak sabar untuk menonton filem ini sebaik sahaja ia tiba di pawagam.â
Di Malaysia, jelajah trak âGalactic CafĂŠâ telah mencetuskan keterujaan dalam kalangan para pelajar di SEGi University serta pengunjung di pasar hujung minggu âPingmin Hubâ menerusi pengalaman Fantastic Four yang mengasyikkan. Selain itu, kempen ini turut disokong oleh penyertaan aplikasi Touch ân Go di seluruh negara, sekali gus memperluas pengalaman menarik ini ke ruang digital.
Berlatarbelakangkan dunia retro-futuristik ala era 60-an, The Fantastic Four: First Steps memperkenalkan semula Keluarga Pertama Marvelâ Reed Richards/Mister Fantastic (Pedro Pascal), Sue Storm/Invisible Woman (Vanessa Kirby), Johnny Storm/Human Torch (Joseph Quinn), dan Ben Grimm/The Thing (Ebon Moss-Bachrach) â yang berdepan cabaran paling getir dalam hidup mereka apabila terpaksa mempertahankan planet Bumi daripada ancaman dewa angkasa yang rakus, Galactus (Ralph Ineson), serta utusannya, Silver Surfer (Julia Garner). Paling menarik, filem ini menyerlahkan bagaimana watak-watak protagonis mengimbangi peranan mereka sebagai adiwira sambil menjunjung tinggi nilai kekeluargaan yang menjadi asas kepada identiti sebenar mereka.
Filem aksi-pengembaraan ini turut menampilkan Paul Walter Hauser, John Malkovich, Natasha Lyonne dan Sarah Niles. Ia diarahkan oleh Matt Shakman, diterbitkan oleh Kevin Feige, serta penerbit eksekutif Louis DâEsposito, Grant Curtis dan Tim Lewis.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan The Fantastic Four: First Steps oleh Marvel Studios, yang kini ditayangkan secara eksklusif di pawagam!
#FantasticFourFirstSteps
2 months ago | [YT] | 44
View 14 replies
BuzzPopTV
SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY - Produksi Hari Ketiga
Pengarah Destin Daniel Cretton mengejutkan fandom MCU yang terkumpul di Bothwell Street, Glasgow, Scotland apabila babak web swinging dan letupan yang dirakamkan hari ini merupakan efek praktikal dan bukannya efek CGI!
Bincangkan. đ¤
#SpiderManBrandNewDay
2 months ago | [YT] | 85
View 10 replies
BuzzPopTV
Pandang pertama pelakon Jon Bernthal menyarung sut terbaru Punisher untuk filem THE PUNISHER Marvel Studios Special Presentation yang bakal disiarkan di Disney+ Hotstar tahun depan!
Adakah kombo sut dan jambang ini akan digunakan untuk filem SPIDER-MAN: BRAND NEW DAY juga?
Bincangkan. đ¤
#ThePunisher
2 months ago | [YT] | 110
View 21 replies
Load more