BENTUK MUKA BUMI KEDAH PADA AWAL KURUN KE14 Kegunaan: Kajian bentuk muka bumi ini penting dalam menentusahkan kewujudan monumen seperti makam sultan Muzzafar Shah 1, yang memerintah sebelum kurun ke 14, takkanlah terletak di bawah air selain nisannya yang dikatakan bernisan kurun ke 17/18. Selain dari itu kedudukan kota seperti yang disebut di dalam At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa serta Undang-undang Kedah seperti Kota Palas, dapat dipastikan melalui jejak yang masih tinggal jika kita dapat peta yang sebenar. . Ringkasan ulasan: Diketahui melalui bukti geologi terdapat beberapa kali paras air laut naik dan surut. Yang terakhir perubahan ketara paras air laut boleh dilihat pada penghujung abad ke 14 dimana aras air laut telah surut dalam ketinggian 4-5 meter dari aras sekarang. . Walaubagaimana pun selepas hampir 700 tahun kita tidak dapat menolak faktor air larian tanah yang mempengaruhi bentuk mula bumi kawasan landai yang menjadikan ianya lebih tinggi dan kawasan tinggi yang menjadikan ianya lebih rendah secara relatifnya. Perlu juga dilihat formasi batuan kawasan sama ada ianya mudah terhakis (luluhawa). . Kajian ini Che Mal lakukan dengan menggunakan data elevation dari Google Earth yang mana pada sesetengah kawasan, variannya (ralat) agak besar sebab pandangan satelit adalah dari atas. (Faktor pokok yang tinggi memberi ralat yang tinggi juga) . LIDAR dari udara dalam kes ini mungkin dapat mengurang ralat atau variant ini tetapi masih terdapat variant atau ralat yang perlu di perbetulkan di samping algorithm pem'plot'an dan 'smoothing' yang perlu kepada data yang lebih banyak. Dalam kajian ini Che Mal hanya berjaya mengumpulkan sebanyak 21,719 data sahaja. Kita mungkin perlu kepada data yang diambil dari paras tanah untuk lebih tepat disamping dapat mengurangkan ralat tanah tambak dan korek. . "Boring" juga mungkin dapat membantu dengan mencari formasi "marine clay" tanah liat laut menunjukkan kawasan itu adalah laut dahulunya. Sebabtu kalau kita lihat hiway dari Gurun ke Alor Star jalannya begelembung disebabkan formasi "marine clay" inilah. Formasi ini sangat tidak stabil. Ianya perlu dibuang sebelum jalan dapat diturap. Gurun ke Alor Star adalah bukti jelas kawasan itu adalah laut dahulunya. . Apa pun inilah gambaran secara kasar bentuk muka bumi Kedah sebelum hujung abad ke 14 sebelum masyurnya Melaka. Selepas perlabuhan di Kedah menjadi cetek, Melaka muncul sebagai perlabuhan baru sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu. . Untuk kelangsungan ekonomi, Kedah mula menanam lada hitam, sementara daratan yang baru terbentuk masih lagi mengandungi kandungan garam laut yang tinggi.Perlukan masa untuk dinyah masinkan sebelum sawah padi yang terbentang luas yang dapat kita lihat pada hari ini diusahakan. . . p/s: gambar penuh di facebook jebon ops. www.facebook.com/jebonops.
Jebon Ops
BENTUK MUKA BUMI KEDAH PADA AWAL KURUN KE14
Kegunaan:
Kajian bentuk muka bumi ini penting dalam menentusahkan kewujudan monumen seperti makam sultan Muzzafar Shah 1, yang memerintah sebelum kurun ke 14, takkanlah terletak di bawah air selain nisannya yang dikatakan bernisan kurun ke 17/18. Selain dari itu kedudukan kota seperti yang disebut di dalam At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah dan Hikayat Merong Mahawangsa serta Undang-undang Kedah seperti Kota Palas, dapat dipastikan melalui jejak yang masih tinggal jika kita dapat peta yang sebenar.
.
Ringkasan ulasan:
Diketahui melalui bukti geologi terdapat beberapa kali paras air laut naik dan surut. Yang terakhir perubahan ketara paras air laut boleh dilihat pada penghujung abad ke 14 dimana aras air laut telah surut dalam ketinggian 4-5 meter dari aras sekarang.
.
Walaubagaimana pun selepas hampir 700 tahun kita tidak dapat menolak faktor air larian tanah yang mempengaruhi bentuk mula bumi kawasan landai yang menjadikan ianya lebih tinggi dan kawasan tinggi yang menjadikan ianya lebih rendah secara relatifnya. Perlu juga dilihat formasi batuan kawasan sama ada ianya mudah terhakis (luluhawa).
.
Kajian ini Che Mal lakukan dengan menggunakan data elevation dari Google Earth yang mana pada sesetengah kawasan, variannya (ralat) agak besar sebab pandangan satelit adalah dari atas. (Faktor pokok yang tinggi memberi ralat yang tinggi juga) . LIDAR dari udara dalam kes ini mungkin dapat mengurang ralat atau variant ini tetapi masih terdapat variant atau ralat yang perlu di perbetulkan di samping algorithm pem'plot'an dan 'smoothing' yang perlu kepada data yang lebih banyak. Dalam kajian ini Che Mal hanya berjaya mengumpulkan sebanyak 21,719 data sahaja. Kita mungkin perlu kepada data yang diambil dari paras tanah untuk lebih tepat disamping dapat mengurangkan ralat tanah tambak dan korek.
.
"Boring" juga mungkin dapat membantu dengan mencari formasi "marine clay" tanah liat laut menunjukkan kawasan itu adalah laut dahulunya. Sebabtu kalau kita lihat hiway dari Gurun ke Alor Star jalannya begelembung disebabkan formasi "marine clay" inilah. Formasi ini sangat tidak stabil. Ianya perlu dibuang sebelum jalan dapat diturap. Gurun ke Alor Star adalah bukti jelas kawasan itu adalah laut dahulunya.
.
Apa pun inilah gambaran secara kasar bentuk muka bumi Kedah sebelum hujung abad ke 14 sebelum masyurnya Melaka. Selepas perlabuhan di Kedah menjadi cetek, Melaka muncul sebagai perlabuhan baru sebelah barat Semenanjung Tanah Melayu.
.
Untuk kelangsungan ekonomi, Kedah mula menanam lada hitam, sementara daratan yang baru terbentuk masih lagi mengandungi kandungan garam laut yang tinggi.Perlukan masa untuk dinyah masinkan sebelum sawah padi yang terbentang luas yang dapat kita lihat pada hari ini diusahakan.
.
.
p/s: gambar penuh di facebook jebon ops. www.facebook.com/jebonops.
5 years ago (edited) | [YT] | 31