Hasbullah Syarah

Dulu saya tak berapa faham kenapa orang berniaga perlu dapatkan fund dari luar untuk bisnes berkembang. Walaupun tak semestinya perlu cari fund, dengan adanya modal dari investor, ia membolehkan sesebuat syarikat berkembang dengan cepat terutamnya untuk mencari team yang betul.

Antara salah satu syarikat pelabur (Venture Capital) yang terkenal di Malaysia adalah Cradle. Jadi hari ni saya melawat event mereka untuk berjumpa founder2 syarikat di Malaysia. Mana tahu boleh bertemu dengan co-founder Akademi Hasbullah di sini. Jika anda nak mula berniaga, saya cadangkan anda datang ke event2 sebegini untuk melihat ekosistem perniagaan negara. Bonusnya, anda dapat jumpa ramai orang yang 'like minded' seperti anda juga.

Akademi Hasbullah berhajat membina ratusan kursus online dalam Bahasa Melayu supaya semua rakyat Malaysia boleh belajar dengan murah di mana2 dan pada bila2 masa sahaja. Mohon anda semua doakan kejayaan kami 😃

2 weeks ago | [YT] | 1,113