Che Nom

Kenapa Che Nom perlahan-lahan nak undur diri dari YouTube…

Assalamualaikum semua 💛

Che Nom nak berkongsi sesuatu dari hati. Selepas lebih 416 juta views, 2.3 juta subscribers, dan lebih 500 video — Che Nom rasa sangat bersyukur. Terlalu ramai yang Che Nom dah dapat bantu, baik untuk yang baru belajar masak, berniaga kecil-kecilan, ataupun rindu masakan kampung halaman.

Tapi sekarang Che Nom mula rasa nak beri ruang pada diri sendiri dan keluarga. Fokus pada kehidupan yang lebih tenang dan bermakna. Bukan lagi kejar views atau angka — tapi kejar masa berkualiti dengan orang tersayang ❤️

Che Nom tak berhenti terus, tapi akan perlahan-lahan kurangkan video. Mungkin hanya 3–4 sebulan, dan akan lebih fokus kepada content untuk ahli yang betul-betul hargai kualiti.

Terima kasih kerana sentiasa bersama selama ini. Moga apa yang Che Nom kongsikan akan terus bermanfaat, insyaAllah 🤲🏼

#che_nom #terimakasihsemua

2 months ago | [YT] | 6,429



@huda_husna

Please jangan delete channel ni😢 saya ni student pastu dari tak reti masak sikit sikit jadi rajin sebab resepi Che Nom. Dulu selalu rasa kita ni tak pandai masak pastu resepi susah susah semua lagi lagi yang kena pakai santan kita tak berani sebab tak pandai. Tapi sebab resepi Che Nom semua mudah sangat membantu saya selama ni sekarang dari tak minat masak terus jadi minat sebab rasa seronok nak buat bila resepi simple dan mudah faham macam Che Nom. Terima kasih atas tunjuk ajar selama ni❤❤

2 months ago | 26

@mazlyanamusa4026

Klau kurangkan tak pe tapi jgn tngglkn terus ye..resipi c.Nom memang terbaik. Sejak ikut C.Nom kmi kurang makan luar. Dari boleh dikira dh jadi tak terkira rempah kt dapur saya. Gara2 resipi c.Nom.🥰 tengah bulan pun kami boleh makan paprik..shell out.. dulu susah nk makan sedap2 macmni.. Skrang bila keluar tak tau nk makan apa...🤭 kami doakan C.Nom bertambah sukses lepas ni. C.Nom guru terbaik masakan saya..

2 months ago | 103

@idotwani

Saya ni bukan sorg yg rajin nk komen² kt utube org..tapi post Che Nom ni buat sy menangis dan menggerakkan jari utk berkata sepatah dua tiga patah..sebab rasa Che Nom dekat sgt dgn sy walaupun hanya secara maya.mcm² resipi juga saya praktikkan dari video² Che Nom..alhamdulillah sedap² belaka dan menjadi.kami hormati keputusan Che Nom..semoga Allah berkati Che Nom sekeluarga dan semoga segala urusan Che Nom dipermudahkan..sayang Che Nom..hugss hugss

2 months ago | 67

@shamsiahhashim7772

Jadikan usaha cik Nom sebagai sedekah jariah atau ilmu berguna yg d tinggalkan.. Jgn d delete atau d tutup channel ini.. Ia nya akan terus mengalir sampai bila².. Saya tak mampu nak jd mcm cik Nom..

2 months ago (edited) | 138

@syarenazwa848

terima kasih cik nom, dari saya, selaku anak sulung dalam keluarga, setiap kali nak masak, mesti akan bukak yt, bukak resepi che nom, halalkan resepi che nom, yang saya guna untuk masak, jamu keluarga, jamu kawan kawan, semua orang puji masakan saya, walaupun ada orang anggap ni benda kecil, tapi besar buat saya, bila saya tengok diorang makan dalam keadaan gembira, makan makanan yang sedap, terima kasih che nom, semoga che nom sekeluarga dipermudahkan urusan, dilancarkan rezeki ❤

2 months ago (edited) | 7

@nora.han.r9

Assalamualaikum Che Nom. Saya baru jadi ahli sebab semua resipi & video Che Nom sangat bermanfaat untuk orang seperti saya yang tak pernah ke dapur, tak pernah masak, tak pernah baking. Selepas saya cuti jaga mummy saya sakit, saya cuba2, sebab Mummy dah tak boleh ke dapur lagi. Resipi2 & instruction Che Nom sangat mudah kita follow, walaupon resipi legend yang selalu mummy buat kan. Semoga Allah permudah apa saja yang Che Nom impi kan. Saya akan terus look out for apa2 updates Che Nom. Dan video2 yang dah ada di Channel ni, akan terus menjadi referensi untuk saya. Terima Kasih Che Nom ❤sangat bermanfaat

1 month ago | 1

@Aziya4185

Jgn terus berhenti tau Che Nm..kurangkan takpe. Resepi dan tips Che Nom byk sgt membantu. Semoga pahala mengajar masak utk kami ni sentiasa mengalir. Aamiin..

2 months ago | 4

@ramlahdollah9685

JANGAN BERHENTI TERUS...kami sentiasa menunggu airtangan Che Nom

2 months ago | 51

@mohdarshadnorroshidah5579

Terima kasih kepada che nom kerana berjaya menghasilkan video masakan yang sangat bermanfaat dan mudah diikuti. Semoga usaha che nom sentiasa diberkati dan diberi pahala berterusan. Sebagai salah seorang peminat che nom, saya doakan che nom bahagia dengan kehidupan che nom seleoas ini tapi jangan terus berhenti menghasilkan video masakan ye.

2 months ago | 6

@flaxenRdn

Terima kasih Cik Nom. Semua resepi Cik Nom share sedap-sedap. Jangan tutup akaun ni ye... Semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan Cik Nom & keluarga.

2 months ago | 9

@zainabmdyusuf9488

Semuga Ilmu yang Che Nom kongsikan kpd kami semua mengalirkan pahala berterusan & semuga Che Nom sentiasa sejahtera dlm rahmat Allah. Aaamiin Ya Rabb.

2 months ago | 5

@behemop999

Saya doakan Che Nom diberikan pahala dan ganjaran diakhirat sebab Che Nom pun dah kira guru saya lah jugak, sebab saya pandai memasak ni pun kerana tengok video-video dari Che Nom. Apa pun keputusan yang Che Nom ambik, saya ucapkan ribuan terima kasih dan semoga bahagia dunia akhirat. Amin..

2 months ago | 7

@eL-Bent

Saya dah lama subscribe Yt che nom.. saya lelaki tetapi kadang-kadang teringin memasak sendiri, terutama western food.. nampak macam senang je.. tapi taklah berapa senang jugak.. tapi penerangan cik nom senang dan nampak menarik.. tiada apa yang boleh dipertikaikan keputusan cik nom.. tapi terima kasih banyak.. membuat memasak lebih senang dan mudah.. Terima Kasih CIK NOM.. suara CIk Nom amat menenangkan..

1 month ago | 0

@Shadomoon88

Terima kasih che nom,rajin bagi ilmu bila saya bertanya pada che nom,black list kan terus anak sedara tu che nom,rugi betul dia

1 month ago | 2

@LeonaHunn89

dengan chanel ciknom la sy banyak belajar masak untuk jualan..saya sangat hargai segala ilmu yang ciknom kongsi.....apapun keputusan ciknom sy mendoakan yang terbaik semoga ciknom sukses selalu berbahagia bersama family tersayang dan dilindungi Allah swt.❤

2 months ago | 4

@Bella_1to1

Cik Nom guru maya masakan saya. Moga Cik Nom sentiasa dalam rahmat kasihNya bersama keluarga tersayang

2 months ago | 160

@nurs105

Che nom antara YOUTUBER yg saya ikuti every video masakan che nom dan pernah mencuba resepi masakan beliau.Tak apa lah kita manusia che nom bukan robot.Rohani dan jasmani kena rehat dp perkara² yg mcm ni.Insyallah bila hati dah tenang you mulakan lagi yea.Pengajaran mendewasakan..Jatuh bangun penat lelah anda sudh terbukti yg che nom berjaya..Rehat lah take your time..You re always in my notification...

2 months ago | 2

@NarashikinSahid

Alhamdulillah…moga che nom sentiasa dlm rahmat Allah didunia & diakhirat…🤲halalkn segala ilmu yg telah che nom berikn pd kami,ada masa bersiaran lh lagi ye…kami sentiasa merindui che nom💞🫶

2 months ago | 4

@irnard6532

Sy mgenali chenom sblum famous lg, 2019 mcmtu. Dari zero smpai skrg dh mcm2 resepi chenom sy buat dan mmg sedap. Terima kasih atas ilmu dan sharing dr che nom. Bharap che nom jgn terus sepi dari dunia masakan ya, cara pyampaian che nom x sama lgsung mcm vdeo2 org lain buat termasuk geng2 influencer famous. Utk yg xreti masak pun boleh teror kalau tgok vdeo che nom. All the best Che Nom🎉

1 month ago | 2

@jalaklenteng5399

Tq che Norm berkongsi segala resipi bersama rakyat semua ❤❤❤

2 months ago | 1