Abu Khadijah

PENULIS BUKU TIDAK BERADAB DENGAN RASULULLAH ﷺ

Tular tentang seorang penulis buku yang dikatakan tidak beradab dengan Rasulullah ﷺ.

Kandungan buku yang ditulis juga bersalahan sama sekali dengan sirah Rasulullah ﷺ.

Persoalannya, adakah buku sebegini boleh dibaca? Dan bagaimana sebuah buku dengan ideologi 'mengarut' mampu memerangkap pemikiran si pembaca?

Dalam video ini, ustaz mengupas tentang bahaya membaca buku 😲

7 months ago (edited) | [YT] | 33



@herianshah

Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah Tuhan Pemerintah alam, Selawat dan salam ditujukan kepada semulia-mulia Nabi dan Rasul dan ke atas keluarganya sahabat-sahabatnya kesemua-Nya Ya Allah sesungguhnya kami memohon kepada-Mu kebajikan kesemuanya, dunia dan akhirat, sama ada perkara yang kami tahu atau kami tidak ketahui . Kami berlindung dengan-Mu dari segala kejahatun dunia dan kejahatan akhirat, sama ada yang kami tahu atau pun tidak kami ketahui. Ya Allah, sesungguhmya kami memohon kepada-Mu memastikan perkara dan nikmatnya mengecap nikmat syurga bagi kami dan menjauhkan kami dari perkara yang boleh menghampirkan kami terseksanya neraka Jahannam baik segi perkataan perbuatan niat dan iktikad. Ya Allah, sesungguhnya kami memohon kepadamu kebajikan sebagaimana yang diminta oleh Nabi-Mu, kekasih-Mu, Rasul- Mu hamba-Mu, iaitu Nabi Muhammad SAW. Ya Allah, apa-apa yang telah kau putuskan terhadap kami dari sebarang urusan jadikanlah penghujungnya sebagai petunjuk. Sejahterahkanlah akal, iman dan keyakinan kami; begitu juga segala apa yang telah Engkau nikmatkan ke atas kami dengan nikmatmu wahai Tuhan Yang Pengasih lagi Penyayang Ya Tuhan kami, kurniakan kami kebajikan di dunia dan keba- jikan di akhirat serta peliharakanlah kami dari azab api neraka ,Rahmatkanlah wahai Allah ke.atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW, keluarganya dan sahabat handainya kesemuanya Maha Suci Engkau, Tuhan yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan dari perkara yang mereka sifatkan dan ucapan se lamat sejahtera ke atas para Rasul utusan. Dan Segala pujian untuk Allah, Tuhan Pemerintah Alam.

7 months ago | 1

@herianshah

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)". Sesiapa yang mengerjakan amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hambaNya.

7 months ago | 1

@herianshah

Kamu tidak mengentahui apa masalah tuan selesai kan orang tuan sampaikan

7 months ago | 0