SoyaCincau BM

𝐓𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭𝐤𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐚𝐥𝐚𝐦𝐚𝐧 𝐛𝐚𝐥𝐢𝐤 𝐤𝐞 𝐤𝐚𝐦𝐩𝐮𝐧𝐠 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐜𝐢𝐫𝐢-𝐜𝐢𝐫𝐢 𝐩𝐫𝐚𝐤𝐭𝐢𝐤𝐚𝐥 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐢𝐧𝐭𝐚𝐫 𝐩𝐚𝐝𝐚 𝐏𝐫𝐨𝐭𝐨𝐧 𝐞.𝐌𝐀𝐒 𝟕

𝐑𝐮𝐚𝐧𝐠 𝐛𝐮𝐭 𝐝𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐮𝐚𝐬
Proton e.MAS 7 bukan sahaja menawarkan ruang yang selesa untuk penumpang, tetapi juga memiliki but berkapasiti 461L serta ruang penyimpanan besar bawah bawah but. Jika tiada penumpang di belakang, anda boleh kembangkan ruang kepada sehingga 1,877L dengan melipat kerusi belakang.

e.MAS 7 mempunyai jumlah 33 ruang penyimpanan, termasuk laci di bawah kerusi belakang dan juga laci ekstra di bawah penghawa dingin belakang.

𝐒𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧 𝐦𝐢𝐧𝐮𝐦𝐚𝐧 𝐚𝐧𝐝𝐚 𝐝𝐚𝐥𝐚𝐦 𝐤𝐞𝐚𝐝𝐚𝐚𝐧 𝐬𝐞𝐣𝐮𝐤
Kalau anda perlu simpan minuman atau barang-barang lain dalam keadaan sejuk semasa perjalanan jauh, anda boleh letakkannya pada ruang armrest di tengah-tengah. Kami juga perasan yang ruang ini tetap sejuk disebabkan sistem penghawa dingin belakang.

𝐊𝐮𝐫𝐚𝐧𝐠𝐤𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐥𝐞𝐭𝐢𝐡𝐚𝐧 𝐩𝐞𝐦𝐚𝐧𝐝𝐮 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐈𝐧𝐭𝐞𝐥𝐥𝐢𝐠𝐞𝐧𝐭 𝐂𝐫𝐮𝐢𝐬𝐞 𝐂𝐨𝐧𝐭𝐫𝐨𝐥
Perjalanan jauh boleh jadi lebih santai dengan Intelligent Cruise Control, ciri standard yang ada pada kedua-dua varian Proton e.MAS 7 Prime dan Premium. Sistem ini bukan sahaja mengekalkan jarak selamat daripada kenderaan di hadapan, malah bantu memastikan kereta kekal dalam lorong.
Tapi, pastikan anda sentiasa peka dengan keadaan jalan raya dan pegang stereng.

𝐋𝐞𝐛𝐢𝐡 𝐬𝐞𝐥𝐞𝐬𝐚 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐤𝐞𝐫𝐮𝐬𝐢 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐯𝐞𝐧𝐭𝐢𝐥𝐚𝐬𝐢
Untuk keselesaan semaksimumnya semasa cuaca panas, anda boleh hidupkan pengudaraan pada kerusi depan. Kalau nak hidupkannya, anda hanya perlu pergi ke tetapan "climate control" pada skrin dan tekan tab "Seats".
*Ciri ini hanya tersedia untuk Proton e.MAS 7 Premium.

𝐓𝐞𝐦𝐮𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐠𝐞𝐜𝐚𝐬 𝐄𝐕 𝐝𝐚𝐧 𝐚𝐤𝐭𝐢𝐟𝐤𝐚𝐧𝐧𝐲𝐚 𝐦𝐞𝐥𝐚𝐥𝐮𝐢 𝐬𝐚𝐭𝐮 𝐚𝐩𝐥𝐢𝐤𝐚𝐬𝐢 𝐬𝐚𝐡𝐚𝐣𝐚
Dengan Proton e.MAS 7, anda tak perlu muat turun setiap aplikasi dari CPO berbeza. Ini kerana e.MAS 7 dilengkapi dengan peta yang diintegrasikan dengan pengalaman pengecasan EV pada sistem infotainment dan aplikasi Proton e.MAS.

Pro-Net dah bekerjasama dengan 6 CPO yang meliputi hampir 2,000 stesen pengecas EV di seluruh negara. Sebagai pengguna e.MAS 7, anda boleh aktifkan dan membayar perkhidmatan pengecasan dengan mudah melalui aplikasi Proton e.MAS.

#Proton #ProtoneMAS7 #EV

7 months ago (edited) | [YT] | 8