Che Nom

Hai semua, Assalamualaikum

Alhamdulillah, dengan sokongan anda semua baru-baru ni, ada kenaikkan pada view Che Nom. Che Nom akan pastikan ada video sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk anda semua.

Jutaan terima kasih juga kepada members yang sentiasa support channel Che Nom. Besar sangat maknanya pada Che Nom.

Kalau singgah tengok video Che Nom kat YouTube, jangan lupa tekan Like dan Subscribe ya. Simple je, tapi insyaAllah membantu video sampai ke lebih ramai orang dan dapat beri manfaat bersama.

Jom sama-sama kita teruskan usaha kongsi resepi, bagi inspirasi kat dapur, dan bantu channel Che Nom untuk terus berkembang. Terima kasih sekali lagi pada semua keluarga Che Nom di sini.

1 month ago | [YT] | 18,510



@CheNom 

Secara jujurnya, dengan segala rintangan dan dugaan Che Nom hampir putus asa. Tapi dengan semangat dan doa daripada anda semua, insyaAllah Che Nom mampu bangun semula. Terima kasih semua, dan selamat menyambut Hari Kemerdekaan.

1 month ago | 797

@hydror3903

Klau che nom nk tahu, masa pkp saya tinggal berdua je arwah mak saya, saya tgk video che nom je utk masak utk makan dgn arwah mak. Mak pun tak caya anak laki bungsu dia bleh masak ! Selalu makan jeee byk 😅😅 Tq che nom

1 month ago | 135

@pipahpipot180

Welcome back che nom!!! I love your recipesssss. Mmg tk rugi tgk video² Che nom sgt lurv. Never give up bcs your potential is bigger than your downfalls. Mmg saya byk bljr msak dgn recipe Che nom, sgt berterima kasih. I hope you become a well known chef in the future aaaminn❤ lots of loveee✨✨

1 week ago | 1

@apitpoyoo232

Sbb che nom laa saya pandai masak hahaha.. sbb mula bljr dgn video2 che nom. Senang dan mudah fhm. Che nom selalu ckp takde bahan ni takpe boleh guna yg ni. Jadi itu sgt mmbantu sya. Lebih2 di tempat sya tidak semua bahan tu ada.. Thank You for this. Semoga ada video2 baru Che Nom.. and jgn pernah putus asa…

2 weeks ago | 1

@sanyjusoh3379

Jangan putus asa.. Che Nom dah banyak berbakti dan membantu mereka yang sedang belajar memasak, dan yang sedang mencari resepi terbaik. Teruskan Che nom..

1 month ago | 47

@mirulmirul6854

Cik nom banyak selamatkan saya zaman covid hidup bujang merantau.. bereksperimen kat dapur rumah sewa sorg2 ditengah pendemik .. kalau xde ntah mati kebulur saya.. sihat selalu cik nom

1 month ago | 19

@roslinashahir5359

Che Nom, anda antara org yg saya kagumi. Terlalu bnyk pahala awak dah, sedang dan akan dpt.. kerana banyak kongsi resepi yg praktikal dan memang menjadi. Ramai yg berniaga guna resepi che nom. Percayalah, rezeki awak akn tiba dlm bentuk yg tak dijangka

1 month ago | 118

@carlryim59

Terima kasih. Saya berumur 65 tahun baru pencen dan baru berjinak2 di dapur 😊😊. Video Cik Nom simple dan jelas. Mudah di ikuti. Masak utk diri sendiri

1 month ago | 20

@nozazainal9216

Jangan berhenti che nom, jangan putus asa. Kami sentiasa berada dibelakang che nom, sy yang dari tak pandai masak ape2, sy tngok channel resepi che nom. Semua yg sy buat alhamdulillah menjadi , seronok rasanya. Terima kasih che nom

1 month ago | 115

@Shamsinar-xw2ut

Assalamualaikum semua, ketika usia senja 52 tahun..lom pencen lgi time ni.. bru ku study msak dgn sifu CHE NOM, alhamdulillah skrg ,, dh grade 😅 3 tahun .Tkasih Che Nom.. semoga terus berkarya

1 week ago | 1

@moorkinds

dengan berkat perkongsian cek nom di YT . saya kini menjadi baker di platform offshore . sya jadikan yt cek nom ni jadi buku resepi sya.. terima kasih cek nom.. we love u

1 month ago | 26

@nurulashikin2457

Che nom lah org pertama yg buat sy yakin nk masak…sbb mmg betul2 sedap n menjadi…bnyk ilmu sedekah jariah che nom kat sini jd jgn berhenti ya❤❤❤❤

1 month ago | 4

@nurulfizahfirdus2304

Jangan pernah berhenti che nom! Saya sejak berkahwin, dimana saya TIDAK pernah masak sebelum berkahwin. Video2 che nom menjadi tunjuk ajar untuk kenyangkan perut suami! Terima kasih banyak che nom, semoga pahala sentiasa mengalir utk che nom kerana berkongsi resepi secara ikhlas dan percuma 🥹

1 month ago | 9

@mohdazli5485

Assalamualaikum Che Nom..Saya mmg banyak Ikut resepi Che Nom..Drpd tak tau apa² terus boleh memasak.. Alhamdulillah sgt²..Saya ada 3 org anak tapi semua dh remaja..Saya suka masak untuk dorg..Saya rasa puas bila nasik & lauk hari² habis..Saya tak nak masak yg biasa²..Saya nk lebih dari tu..Anak² paling suka che Nom pye daging masak merah..Anak² selalu request..Sekarang dh tggl berdua je sbb Dua org anak saya dh sambung belajar..Saya tetap gak masak..Rasa macam Tanggungan bagi anak² makan terlaksana..Teruskan apa yg Che Nom buat sekarang ni.. Banyak bagi manfaat pada org Macam saya.. Semoga Che Nom & kita semua Allah lancarkan rezeki & dipermudahkan segala urusan..Aamiin

1 month ago | 8

@hplagt6880

Tq Che Nom sebab decide untuk continue buat video masakan. Banyak resipi Che Nom saya pakai dan semua best². Kami sebagai peminat setia sentiasa menyokong anda. Salam dari Kuching, Sarawak.

1 month ago | 22

@PareKediri-f9q

Assalamualaikum saya farida berasal dari Indonesia bekerja di Singapore sebagai domestic helper Alhamdulillah semua resepsi dari YouTube chenom Berhasil membuat ketagihan dengan masakan saya Sekali lagi terima kasih atas segala resepi yang Che nom kongsi di YouTube 🥰♥

3 weeks ago | 5

@zueahmad1711

Alhamdulillah...akhirnya Che Nom still sentiasa ada untuk kami2 di sini.Dah mcm2 makanan saya sy buat ikut resepi2 Che Nom,senang jer,bila nk cari resepi,taip CheNom,dpt la resepi yg saya nak.Lega hati CheNom kembali semula.Moga kembali dgn semangat yg lebih padu,teruskan berkongsi kegembiraan melalui makanan.☺️

1 month ago | 5

@mishary1929

Lepas kes viral che nom tu saya makin rajin tgk video2 masakan che nom mcm ada sesuatu yg mendorong utk saya berbuat demikian .. terima kasih byk Che nom ..semoga Che nom terus diberi ketabahan dan semangat yg tidak luntur utk buat video pd masa akan dtg. . kita semua syg Che nom ..semoga setiap kebaikan dan ilmu masakan yg Che nom ajar akan jadi ladang pahala utk Che nom sekeluarga

1 month ago | 19

@wazeer5361

Setiap usaha pasti ada rintangan, Setiap rintangan pasti ada jalan penyelesaian. Dahulu ibarat bayi yang merangkak, kini seorang wanita kental yang jauh berlari. Nilai budimu bukan sedikit, malah baktimu dicurahkan tanpa jemu. Teruskan Che Nom usaha murni ini, kerana video masakanmu memberi kami inspirasi dan ilmu yang berguna. insyaAllah rezeki dari Nya Maha luas, pasti ada balasan baik menanti. Teruskan keikhlasan berkarya dan kami akan sentiasa menyokong Che Nom. Terima kasih sekali lagi.

1 month ago | 4

@leyaalyahya1202

Jangan putus asa che nom.. setiap perkongsian che nom yg bermanfaat kepada kami, setiap itu jugalah mengalir pahala che nom selagi ilmu yang diberikan kami guna.. teruskan berkarya che nom..i support u..

1 month ago | 33