Assalammualaikum team rare tv.. Akk sgt2 berterima kasih kerana buat video yg penuh infomasi serta pemandangan yg sgt indah.. Klu akk n family nk melancong cukup la tgk rare tv sbb belum mmpu nk melancong kemana2 tp dgn rare tv pun rasa mcm dah join jalan2 mkn angin.. Terima kasih rare tv kerana menghiburkn semua penonton dgn pemandangan yg cantik serta ilmu dan sejarahnya. Moga maju jaya terus🤲👍
2 months ago | 1
Kerana Rare TV aku selalu kena bebel dgn ank dan bini sbb bila dah start tgk mmg tak blh bergerak la hahahah. Ini baru RAREEEESE
2 months ago | 1
Assalamualaikum WarahmatulAllaahi Wabarakatuh. Macik Niah from Singapore. We have watched your lovely and interesting travelling all the world. Is truly mesmerised. You guys are such a wonderful. I am amazed that SN, AA dan Ustadz, is such a wonderful chef. Truly beyond description. I shared with my other families, relatives, and even friends, too, regarding your RARE experience. However, we plan to travel with RARETV soon. In Syaa Allaah. We will keep in touch with you guys (RARETV). Jazakallah Khoiran. Barakallaah Fiikum.
2 months ago (edited) | 5
Wah akhirnya RARETV ke Faroe Island. Dah lama nak tgk video kt sini sbb dekat dgn Iceland tapi kurang dibuat video
2 months ago | 1
Mantap rare tv jelajah faroe island. Sebelum ni tengok video international ja tour pulau tu.
2 months ago | 2
ada satu tempoh, depa akan tutup pulau dari pelancong, tp, dibuka utk sukarelawan utk buat kerja baik pulih persekitaran di pulau tu. tp, ada satu perkara yg tk berapa baik yg dijadikan sambutan tahunan kat pulau tu. pada masa tu, depa buat pemburuan ikan apaka, orca atau dolphinka, pastu bunuh byk2... macam pesta korban pulak dah. ramai gak masyarakat luar yg kecam aktiviti ni....
2 months ago | 0
Faroe Islands ada team bolasepak bertanding under calender FIFA.
2 months ago | 0
Ini backpack yang kami guna di Faroe Island. Bag ni best sebab banyak compartment, tahan lasak, water repellent. Sesuai dgn keperluan kami masa travelog, dia ada juga versi yang lebih santai utk yg kerja ofis & travel biasa Tengok di sini : s.shopee.com.my/3fttdBRYoi
2 months ago | 2
RARE TV
Pulau sebesar Penang, dikelilingi Lautan Atlantik, cuma ada 55,000 penduduk. Pernah dengar nama Faroe Island?
Kalau orang tanya destinasi paling misteri yang pernah kami pergi, jawapan kami terus: Faroe Island.
Bayangkan sebuah pulau kecil yang terletak di tengah Lautan Atlantik, diapit oleh Iceland dan UK. Jumlah penduduknya cuma lebih kurang 55,000 orang, dengan keluasan hanya 1,399 km² – lebih kurang sebesar Pulau Pinang saja. Kalau nak banding, negeri Pahang kita tu 18 kali lebih besar daripada Faroe Island.
Yang buat pulau ini rasa begitu asing ialah suasananya. Hampir setiap masa, ia diliputi awan tebal. Kalau terbang di atasnya, tanpa GPS memang mudah untuk “terlepas pandang” kerana ia seolah-olah bersembunyi di balik kabus. Kadang-kadang bila drive, kita rasa macam masuk ke dunia lain – jalan lengang, kiri kanan gunung hijau tinggi menjulang, dan kabus turun rendah sampai menutup puncak.
Dulu, kehidupan di sini sangat sederhana. Orang tempatan bergantung sepenuhnya pada laut – jadi nelayan, menangkap burung laut, dan menternak salmon. Menariknya, Faroe Island adalah antara pengeluar salmon berkualiti terbaik di dunia, yang dieksport ke serata Eropah dan Asia.
Pelancongan pula sebenarnya masih baru. Kalau di negara lain, industri ini dah beratus tahun berkembang, tapi di sini baru beberapa dekad lepas ia diperkenalkan. Itu pun dengan kawalan yang ketat sebab mereka mahu pastikan alam semula jadi pulau ini kekal terjaga. Boleh bayangkan betapa uniknya bila kita travel ke tempat yang masih “mentah” dan tak dibanjiri pelancong.
Selain itu, ada juga fakta pelik tentang Faroe Island:
• Di sini tak ada lampu isyarat. Betul, satu pulau – tak ada trafik light. Hanya roundabout kecil dan kereta pun tak banyak.
• Mereka ada lebih banyak biri-biri daripada manusia. Anggaran 70,000 ekor biri-biri berbanding 55,000 penduduk. Tak hairan nama “Faroe” sendiri berasal dari bahasa Norse lama yang bermaksud “Pulau Biri-biri”.
• Cuaca boleh berubah dalam masa 10 minit. Jalan bawah matahari, tiba-tiba hujan, kemudian keluar pelangi. Itulah normal bagi mereka.
Bagi kami, pengalaman travel ke sini memang lain daripada biasa. Setiap kali keluar ambil gambar atau rakam video, suasana tak pernah sama. Ada masa langit biru jernih, ada masa semua putih diliputi awan, ada masa angin terlalu kuat sampai rasa tercabut kepala tripod. Tapi itulah yang buat ia terasa misteri dan istimewa.
Travelog penuh tentang pulau misteri ini sekarang dah pun mula ditayangkan di RareTV.
Korang dah sempat tengok ke belum?
Oh ya Ini backpack yang kami guna di Faroe Island. Bag ni best sebab banyak compartment, tahan lasak, water repellent. Sesuai dgn keperluan kami masa travelog, dia ada juga versi yang lebih santai utk yg kerja ofis & travel biasa
Tengok di sini :
s.shopee.com.my/3fttdBRYoi
2 months ago | [YT] | 550