Faizulzahrin Zakaria

This channel is dedicated on what's happening around my daily life... Fishing, cycling, motorcycle riding and racing, outdoors activities and so on... So, bear with me... i can be contacted at faizulz@gmail.com.


Faizulzahrin Zakaria

Assalamualaikum dan selamat ptg semua.


Pertama sekali saya ingin mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kpd semua. Kedua, hari ini kedai FZ Fishing Studio akan beroperasi sehingga jam 4 petang. Kemudian saya akan pulang ke kampung utk menyambut puasa dan berbuka puasa bersama keluarga. Jadi 1 Ramadhan (19/02/2026) kedai FZ Fishing Studio cuti. Kita akan mula beroperasi semula pada 2 Ramadhan (20/02/2026). Waktu operasi sepanjang bulan Ramadhan adalah Isnin - Sabtu jam 8 pagi - 5 ptg dan hari Ahad kami cuti. Ini bagi memberi laluan kpd waktu berbuka puasa dan solat tarawih.

Sekian, harap maklum dan selamat menjalani ibadah puasa.



Gambar hasil AI dari Tok Bean

12 hours ago | [YT] | 35

Faizulzahrin Zakaria

Salam pagi semua. Ada yg bertanya kpd saya, seronok ke main IB ni. Saya bagi anda jawapan dari sudut yg berbeza. Dari sudut IB tu sendiri dah cukup menyeronokkan.

Knp sy berkata sedemikian. Setiap trip akan ada perbezaan pada setting. Kita trial & error. Hari ni fish finder duduk di lokasi A. Turun mancing. X ngam. Susah nk tengok. Cuba cari lokasi B mana kita nk mount fish finder tu tadi. Balik tu kita buat adjustment. Turun lagi: x kene lagi. Ubah lagi.

Sama juga utk placement rod holder. Sama juga utk placement alumium tempat duduk. Placement tangki minyak dan mcm2 lagi. Bagi saya ini seronok. Tdk menjemukan. Kita belajar dari setiap trip sampai kita jumpa setting yg betul2 kita selesa.

Ini saya belum masuk bab DIY lagi. Sbb tu bila kita turun mancing bersama kawan2 yg mempunyai IB atau kayak, setiap org mempunyai setting yg berbeza mengikut keselesaan masing2. Jika ada yg berminat nk cari kayak atau IB boleh dtg ke kedai saya FZ Fishing Studio di Sg. Choh, Rawang. Happy fishing gaisss

6 days ago | [YT] | 86

Faizulzahrin Zakaria

Ini ikan jemuduk. Bila pam ikan ni jgn like animal sgt. Kene layan. Bila pam like animal, koyak nnt mulut dia. Lucut. Muka angler pun terus petak.

Memancing itu hobi yg best. Kalau korg dah mmg nk jadikan memancing ini sbg hobi, korg perlu sedar yg memancing ini perlukan kesabaran.

Jgn bila pergi mancing, korg tanya soalan spt:

Ni aku ikut trip ni kompom dpt ikan byk ya?

Organiser tengok awak pun rasa mcm lempang ketiak awak kuat2. Lps tu jika anda minat memancing ni, jgn sombong. Kalau boating tu, berkenal-kenalan antara satu sama lain. Buat kawan.

Bila mancing, timbalah ilmu. Jgn naik bot gung ho semacam. Spt andalah terpaling pawaful master of the universe. Belajar! Ilmu ni x akan habis. Kalau kita rasa diri kita handal, percayalah ada yg lebih handal.

Apa yg anda boleh belajar?
1. Setup (ini sgt luas. Kalau buat video mmg panjang. Lebih panjang dari movie marathon cerita Lords of The Ring)
2. Spesis ikan
3. Perangai alam
4. Waspada diri terutamanya bila di sungai di tgh2 hutan
5. Dll.

Kalau sy nk hurai satu2, boleh jadi buku nnt. Insha Allah saya kongsikan lagi pada masa yg akan dtg ya. Happy fishing ya gaisss

1 week ago | [YT] | 75

Faizulzahrin Zakaria

Semlm x sempat sy nk update ape2. Saya tgh bz shooting. Shooting kali ni lain sikit. Ada experiment yg sy tgh jalankan.

Shooting saya mcm biasa. Sayalah watak utama, saya juga tuan direktor Ahmad Nisfu (salah seorg sumber inspirasi saya), sy juga budak sound, saya juga budak lighting, saya juga penulis skrip, saya juga budak bancuh air teh. Pendek kata semua saya.

Prop - pakai apa ada. Periuk sbg pemberat utk elak tripod dari jatuh (ini mami redha shjlah), payung buat pelindung action cam. Paneh chor. Tp content kali ni content ilmiah. Insha Allah siap nnt sy akan kongsikan dgn anda semua

1 week ago | [YT] | 41

Faizulzahrin Zakaria

Hari ini saya berjalan2 di tepi sungai. Biasalah. Berjalan2 sambil menenangkan hati. Mengosongkan fikiran. Tiada arah tuju. Dlm fikiran pun kosong. Sesekali menoleh melihat sungai sambil melihat belukar2 yg dilalui. Bukan apa. Kat tepi sungai ni ular sawa pun ada, ular tedung pun ada. Tapi tempat ni terkenal dgn tedung selar. Jadi perlu lebih berhati2.

Masa ni saya mencuba rod dari Extend Shark 21 Series 4-12lb. Dipadankan dgn BC EXP Leggera. Braided mainline dari Extend PE 4X 15lb. Leader Extend Vavas 20lb. Gewang Squad Minnow dari MYSTERY FRESH & OCEAN. Saya agak serabut sikit dgn tempat ni. Heavy cover. Kat darat penuh belukar dan pokok. Kat dlm air byk reba2 kayu dan pokok buluh tumbang melintang tgh sungai akibat hujan lebat semlm.

Xpelah. Kita cuba. 1st cast dan gewang Squad Minnow di hentak keras. Saya pam. Sangkut pulak dekat pohonan buluh di tgh sungai. Saya nekad. Tarik je lah. Bukan harinya sy nk meranduk turun ke sungai. Alhamdulillah landed. Ada la cerita sikit saya boleh kongsikan ngan korg. X beso tapi Alhamdulillah. Korg ada dpt ikan x ari ni?

1 week ago | [YT] | 71

Faizulzahrin Zakaria

Salam Jumaat gaisss. Ini saya kongsikan pengalaman pertama saya casting toman menggunakan soft plastic.

First toman saya yg saya dapat menggunakan teknik casting adalah dgn softplastic Seluang dari Gladius Fishing. Juga 1st toman saya on kayak dari Kedai Kayak Melaka. Sblm ini ada saya dpt toman ini. Tapi kaedahnya bottom. Ini zaman saya pembottom tegar iaitu thn 2010 ke bawah. Tapi utk game casting, ini yg pertama (anak² tu x kiralah time main UL)

Mmg seronok jiwa. Feeling time meletup tu satu hal, strike tu satu lagi hal, landed pulak. Ya Rabb. Perasaan seronok yg Allah bagi. Alhamdulillah. Toman on hard lure saya x ada lagi. Insha Allah ke depan ni saya cuba cari ya.

Pengembaraan bakal bermula semula utk thn 2026 ini. Tetapi krn keadaan ekonomi yg agak meruncing, saya akan target kawasan² yg berdekatan dgn tempat tinggal saya dulu. Yg mana saya boleh jimat, sy jimatkan. Cabaran? Of course tinggi. Spot berhampiran bandar yg mempunyai akses yg senang menjanjikan lokasi² high pressure lantas menawarkan kekumpauan level tinggi. Tapi insha Allah saya usahakan. Rezeki itu kerja Allah. Kerja saya - teruskan usaha.

Ok gaisss. Saya nk ke masjid dulu. Hari ni ada makan di masjid. Nasi bukhari tu. Sedap yakmat gaisss. Akhir kata - Salam Jumaat buat semua. Semoga lancar rezeki kita hari ini. Aaminn Ya Rabb

1 week ago | [YT] | 56

Faizulzahrin Zakaria

Saya ini suka memancing. Dulu zaman bekerja pejabat saya x berpeluang sgt utk mancing ni. Bermula thn 2019, bermulalah kerjaya saya sbg content creator. Byk juga tempat saya jelajahi. Ini adalah salah satu kolam pancing di Batam yg sempat saya pergi.

Waktu ini saya ke sana dgn kawan² dari Singapura - Black Tackles, Esmael Es Hanafia, ManBoyan Fish Hunter dan Aan Toro. Kolam ni mmg gila. Ikannya x pernah dibagi makan. Saya lempar tongkol jagung bakar pun disebatnya. Monster² juga ikan dlm kolam ni. Sejam memancing dah lebih 10 strike. Dekat kolam ni mmg saya pancing sampai lembik. Sampai x larat. Punya seronok strike bertubi².

Ini antara gambar yg cantik la. Jadi saya kongsikan bersama anda semua. Kawan² cakap ini ikan oscar resaksa. Kan ada corak oscar kat badan die tu. Saya harap betui la info kali ni. Sbb kawan² byk game saya pasal nama ikan ni.

1 week ago | [YT] | 80

Faizulzahrin Zakaria

Ada yg bertanya - lama abg x berIB? IB masih ada. Cuma enjin x ada. Insha Allah jika diizinkan Allah lancar rezekiku, ku cuba cari enjin ya.

Pastu sekarang ini saya sedang siapkan satu kajian bersiri berkenaan brg yg berkaitan dgn aktiviti memancing juga. Korg tunggu la. Nnt keluar la seriesnya bila semua dah siap.

Lps pada tu saya akan mula berkayak. Utk IB, saya tengok ada partner atau x. Kalau ada, saya bawak keluar IB. Tapi sementara xde enjin ni, saya kayuh dulu la. Aim saya - Freshwater Game.

2 weeks ago | [YT] | 66

Faizulzahrin Zakaria

Pada suatu hari saya berjalan² tanpa arah tuju.Keras betul kehidupan sekarang ini. Byk yg perlu dibelanjakan namun yg masuk makin sedikit. Saya buntu. Kepala berat. Saya buat keputusan utk melepaskan lelah di perdu sebatang pohon. Tanpa sedar saya terlelap.

Tiba² saya berada di atas sebuah bot sedang memancing ikan. Tgh asyik saya pitch jig tiba² jig direntap dgn rakus. Saya x bagi muka. Segala kudrat dan pengalaman saya kerahkan. Saya nekad. Apa pun ikan kat hujung tali ni, saya kene kasik land. Segala kekusutan dalam kepala otak saya ni saya gunakan sebagai bahan bakar utk saya perang dgn ikan ni.

Fightnya cukup padu. Kalau lambat, putus la jawabnya. Saya pump like animal. Kalau ikan ni landed, hilanglah sekejap stress dlm kepala saya. Slps bbrp ketika, Alhamdulillah. Ikannya berjaya saya land kan. Seekor ikan kaler merah dgn tompok² di badannya. Kawan² cakap ini talapia hibrid. Pehhh, kembang kempis hidung saya.

Tiba² saya teringat. Rasanya tadi saya berada di darat, sedang tertidur di perdu sebatang pohon. Ehh, mimpi brgkali. Saya apply critical thinking. Sblm aku terjaga, aku kene amik gambo sama ini ikan. Gambo di amik. Kemudian saya terjaga. Owh, mimpi rupanya.

Ehhh, saya teringat sesuatu. Saya seluk tangan dalam poket dan keluarkan henpon. Cek gallery. Ngam. Gambo dgn ikan dlm mimpi tadi ade. Asbab itu lah saya dpt share gambarnya dgn anda semua. Moving forward, saya nekad utk terus mengejar mimpi² saya ini. Nnt saya share lagi ya. Happy fishing buat semua.

2 weeks ago | [YT] | 59

Faizulzahrin Zakaria

Dia x pueh ati dgn jig sy gunakan. Die cakap mcm mane ikan ni bengap bebeno amik ini besi? Saya bgtau ini jig hayaku. Bukan kayu. Ikan suka ini jig. Dia masih terpinga2. Zaman ni nk meyakinkan org tu x mudah.

Kemudian ditanya, ikan ni ikan ape? Saya jawab nama dia ikan durian. Org putih panggil squirrelfish atau soldierfish. Tang mana rupa tupai tu sy xpasti. Kalau askar pula, jika pendapat saya, ikan ni lebih kpd kereta kebal. Penuh sisik tajam. Kalau korang usap die dr belakang ke depan, umang aii, habis la tangan korg tu.

Ikan ni juga boleh hasilkan bunyi klik. Ini cara ia berkomunikasi dgn geng dia. Dtg dari keluarga holocentridae. Yg korg tengok ni adalah ostichthys yg biasenya mendiami kedalaman 200m hingga ke 650m di dasar lautan.

Masa saya jigging ikan ni, kedalaman adalah 250m dan saya menggunakan jig seberat 300g. Peralatan manual. Saya xde bangla. Tp saya suka memancing. Saya juga x byk songeh. Apa saya ada saya pakai. Reel berat ke, jig berat ke, x pernah saya komplen krn apa yg saya cari adalah 1. Makan ditangan. 2. Fight yg ikan berikan. Lain2 saya x peduli dah. Alhamdulillah.

Kat mana saya mancing ni? Luconia bersama KM4. Nk merasa? Kasik roger lah.

2 weeks ago | [YT] | 61