Aspiring to be the best food channel in the world.


Limau Nipis

“Ai ke ni?”
“Confirm ke bukan video ai?”

Lately dapat banyak komen-komen mcm ni kat video saya.

Jawapan saya: Ini bukan video Artificial Intelligence(AI) ya , tapi REAL intelligence 🤭

Semua video resepi saya & team shoot sendiri di studio. Lighting, angle, timing semua real.
Editing pun saya buat sendiri dari awal sampai habis.

Saya percaya… makanan ni kena REAL. Kena ada human touch.

Kita masak untuk manusia,bukan untuk robot.

Btw apa pendapat korang pasal lambakan video AI skrg? Ce komen

Yang Benar,

Limau Nipis,
10 tahun disebalik kamera. Masih manusia, masih real.

1 month ago | [YT] | 271

Limau Nipis

Sepanjang saya pergi mall, tak pernah dapat parking wanita.
Pusing banyak kali, still penuh.


Tapi paling buat saya marah, dlm masa 5 minit saya di kawasan parking, dah tiga kereta keluar masuk parking wanita… semua pemandu & penumpangnya lelaki.

Tak cacat, tak ada satu pun ciri wanita, cuma tak reti beza hak siapa.


Zaman sekarang, common sense pun dah macam parking wanita. Makin lama makin susah nak jumpa.
Paling sedih, saya nampak seorang ibu datang dengan tiga anak kecil.
Terpaksa parking jauh dan jalan jauh pegang anak masuk mall.


Sedangkan parking paling dekat, paling selamat, lelaki dah cop dulu.
Yang memerlukan tak dapat, yang tak malu, selamba park.


Ramai tak tahu, parking wanita ni bukan diwujudkan suka-suka.
Ia wujud selepas tragedi yang menimpa Canny Ong.
Mendiang diculik dari kawasan parking, kemudian dirogol dan dibunuh.


Sejak dari itu, parking khas untuk wanita diwujudkan demi keselamatan.
Tapi hari ini, ruang itu diambil mudah oleh sesetengah lelaki.
Sebab apa? Sebab dekat. Sebab kosong.


Parking wanita bukan keistimewaan.
Tapi satu bentuk perlindungan.
Untuk mak kita. Untuk isteri. Untuk kakak & adik perempuan kita. Untuk anak perempuan kita.
Kami tak minta dilindungi, cuma janganlah ambil tempat perlindungan kami.


Kalau kita sendiri tak tahu hormat ruang itu,
jangan tunggu sampai berlaku jenayah baru nak rasa bersalah.


Parking wanita bukan hiasan.
Ia wujud sebab pernah ada nyawa yang menjadi korban.

5 months ago | [YT] | 729

Limau Nipis

Saya mula buat content bukan semalam.
Hampir 10 tahun dah pegang kamera, edit video, tulis resepi..semua dari kosong.

Tapi saya tahu… walaupun dah bertahun, masih ramai yang tak kenal Limau Nipis.

Saya ada je peluang nak naik cepat.
Buat content kontroversi, sentuh benda sensasi, dan biar netizen kecam sambil views meletup.
Sebab katanya “bad marketing is still marketing” kan?

Tapi saya ada prinsip.

Buat konten kontroversi bukan seni.
Minta maaf lepas viral bukan insaf.
Itu skrip lama yang dah basi.

Saya percaya… kalau content tu datang dari hati,niatnya baik, caranya beradab, dia akan sampai.
Mungkin lambat. Mungkin tak trending.
Tapi dia sampai pada jiwa yang tepat.

Dan yang paling penting, saya masih boleh tidur dengan tenang.

Dalam dunia yang penuh content untuk tontonan, pilihlah untuk hasilkan content bermanfaat.

Biar lambat orang kenal,
asalkan maruah tak dijual.

6 months ago | [YT] | 4,496

Limau Nipis

Lagi beberapa hari je lagi nak raya, so saya nak share semula resepi Kuah Kacang Ibu Mertua saya yang sedap ni

2 years ago | [YT] | 64

Limau Nipis

Weekend ni jom masak sedap sedap 😋😋

3 years ago | [YT] | 75

Limau Nipis

Pasta paling sempoi, untuk org busy memang sesuai sangat 😋

3 years ago | [YT] | 62

Limau Nipis

Siakap 3 Rasa Ala Thai memang superb 👍🤤🤤

3 years ago | [YT] | 110

Limau Nipis

Taufufah instant 👍😁

3 years ago | [YT] | 98

Limau Nipis

Siakap Bakar Ala Restoran 😋😋

3 years ago | [YT] | 149

Limau Nipis

MILO + Jelly + Sago = perfection 👍

3 years ago | [YT] | 117