GALERI LAGU MUHAMMAD NURWAFIY - Semua lagu disertakan lirik. Terdapat banyak lagi lagu-lagu yang akan menyusul selepas ini. Kepada peminat lagu-lagu jiwang jangan lupa support saya dengan subscribe, like, komen dan share. Supaya saya terus bersemangat untuk penerbitan video baharu. Selamat menikmati keindahan bait-bait kata daripada lagu yang anda dendangkan.


ROCKERSZ

Hi! Dah lama tak on channel ni. Banyak betul komen dan tontonan. Maaf banyak-banyak, tak sempat nak baca semua komen. Tak silap sebelum ni baru beberapa orang je yang subscribe channel ni. Terima kasih banyak kepada yang dah subscribe dan support channel ni. Pada asalnya saya buat channel ini sebagai galeri lagu saya sahaja dan memang berniat untuk kongsikan kepada sesiapa yang berminat lagu dengan cita rasa yang sama. Walaupun begitu, channel ini masih lagi belum dapat monetisasi sebagai youtube partner. Oleh kerana lagu yang dibuat lirik telah diolah dan diguna pakai berulang kali oleh content creator yang lain dan mengakibatkan dilabel sebagai konten berulang. Buat seketika, saya akan upload lagu instrumental bagi mengimbang kembali konten yang telah diterbitkan sehingga channel ini dapat melepasi tahap monetisasi. Terima kasih.

6 days ago | [YT] | 4

ROCKERSZ

I'm back brader!!!

8 months ago | [YT] | 2

ROCKERSZ

Sakitnya jatuh cinta
Tapi hanya aku yang merasa
Sendirian menderita
Tika menanggung rasa

Hanya dikau sahaja
Yang ku impikan
Sejak dulu hingga kini
Meneroka lontaran jiwa

Mudah dikau berkata
Mencari pengganti dirimu
Menghancur hati duka nestapa
Terkesan hingga bertahun lamanya

Dimana dikau berada
Adakah masih bernyawa
Tanpa diketahui
Hilangmu disisi

Masih adakah kesempatan akhir
Ingin ku bukti kata dariku
Telah terucap sekian lama
Akan ku suntingmu menjadi milikku

Kepada : Cik NKBMZ, sampai sekarang saya masih cintakan awak. Bertahun saya menanggung peritnya rindu. Seketika dapat saya hindari kerana kesibukan dunia. Namun, sayangnya hanya seketika. Sejak kebelakangan ini, saya terimbas kembali raut wajah awak hingga membuat saya menitiskan air mata. Sakitnya dek kerana cinta yang tulus. Sayangnya awak telah tiada.

1 year ago | [YT] | 5

ROCKERSZ

Kerana terlalu mencintai dirimu
Seketika membuatku menitikkan air mata
Dengan kecelaruan hati
Serasa amat menusuk dikalbuku

Mengapa kau kembali diingatanku?

1 year ago | [YT] | 6