Seadstudios adalah channel rasmi The Amazing Awang Khenit menampilkan klip-klip kartun & animasi yang sesuai untuk tontonan pelbagai lapisan umur! Menampilkan kartun humor yang santai dan penuh dengan elemen parodi pop-culture yang menghiburkan. Jangan lupa klik SUBSRIBE & butang NOTIFICATION untuk menonton lebih banyak video animasi kami!

For any business enquries please email : seadstudios@gmail.com


seadstudios

Awang Khenit tercalon! Marilah kita mengundi sebagai tanda sokongan.

link undian>> www.abpbh.com.my/undian/am/animasi-popular

terima kasih kepada peminat Awang yang sudi mengundi, muah ciked!

4 years ago | [YT] | 581

seadstudios

Geng, mana yang berdekatan atau free2, atau takde port nak bawak awek dating.. boleh la singgah ke Studio Lokasi, Kota Damansara malam esok. Boleh layan Adik Syafiqah nyanyi Sanity secara live. Tambah dua lagu cover: Larut (Dewa) & Still Into You (Paramore). Err.. try la request opening song Awang Khenit sekali.. hehe!

6 years ago | [YT] | 335

seadstudios

Salam gais, harap korang semua sihat2 selalu. Lega rasa min dah setel upload semua episod penuh yg ada dalam simpanan ngam2 hujung tahun ni. Yang mana rasa cerita berulang-ulang tu mintak maaf la kalau jenis x paham, penat dh min explain sebelum ni. Yang mana paham dan sentiasa support min, korang memang best! Teruskan menonton. Min tengah korek2 files lama kot2 ada benda bole share nanti kat sini. Mana tau jumpa harta karun sekali. Kayo kito kayo!

Bagi yang bertanya status team awang ni, diorang tengah layan projek lain pulak. Cari makan maa. Ada jugak yang kata team min dh bubar. Team the Dendamjers je yg bubar ok. Kemon la sapot la skit. Haih. Mana tau bole sambung balik cerita Awang ni nanti kan. Rasa kalau tatau mende baik diam je la dari sebar cerita tak betul. Jatuh fitnah pulak nanti. Bab logo acah2 freemason min dah malas dan tak larat nak hadap dah. Lantak la korang nk kata apa. Janji korang hepi.

Ok la min nak siap2 nak naik kereta terbang dh ni. Esok dh masuk Wawasan 2020. Apa azam baru korang.

6 years ago | [YT] | 1,383

seadstudios

Salam gais. Harap semua sihat2 selalu. Lama min x update apa2 kt sini. Sedih min nak bagitau tapi terpaksa la jugak takut nanti masih ada yg tertanya-tanya.


Episod 38 ni mungkin episod terakhir Awang Khenit buat masa ni. Atas sebab2 tertentu min dan team Awang akan menumpukan perhatian kepada kerja2 animasi lain pulak. Kalau ada rezeki, Awang akan muncul kembali suatu hari nanti. Doa2kanlah kami sentiasa dimurahkan rezeki untuk terus berkarya.


Terima kasih atas sokongan korang selama ini. Sebelum hujung tahun ni min akan upload semua episod penuh yang masih tercicir. Episod 7 sampai 11 akan menyusul setiap hari sebagai penutup hiburan dari kami utk semua peminat kami. Teruskan menonton dan menyokong kami kat channel ini. Besar harapan kami utk terus berjuang dan berkarya utk menghiburkan seluruh rakyat Malaysia dan peminat Awang di mana jua anda berada! Tanpa anda siapalah kami. Maafkan atas segala kekurangan kami.

Teruskan menonton, share,like dan subscribe. Semoga kita ketemu lagi. Bye!

6 years ago | [YT] | 1,237

seadstudios

Salam gais, rezki korang la dapat tengok awal EPI 31. Min silap letak tarikh utk online. Sepatutnya esok. Hmm. Hampeh!

6 years ago | [YT] | 88

seadstudios

Salam Jumaat gais. Seperti dijanjikan min upload balik epi 01-11 yg full secara berjadual. Aritu letak yang ada bahagian. Yang ni full utk senang korang layan. Jangan la marah2 kalau cerita berulang pun. Benda free je pun kan. Kalau bole tgk la banyak2 kali cepat skit dapat modal nak buat movie. Episod 29 sambungan Operasi Lubuk Salak 2 akan online hari Isnin nanti. Harap bersabar.

Bercakap pasal movie ni, ramai yang mintak min buatkan 1. Kalau ikutkan hati memang dah lama nak buat. Tp modal bukan kaleng2. Dah try mintak bantuan pun susah lulus. Kot ada yg kaya raya kt sini bole la tolong min. Dapat 1-2 juta pun jadi la.

Tahun 2017, min dengan team dah try buatkan 1 trailer movie ni. Tak pernah pun tunjuk kat mana2. Pihak tertentu saja yang pernah tengok. Sekarang dh 2019 masih tiada jawapan pasal projek ni. Min anggap belum ada rezeki utk ke layar perak. Yang mampu min buat hanya berdoa dan berusaha lagi utk jayakan projek Awang Khenit the movie. Tahniah jugak kepada rakan2 industri kt luar sana yg dh berjaya buat movie masing2 mcm Upin Ipin, Boboiboy dan yang terbaru Ejen Ali. Khabarnya keluar 28hb Nov ini. Harap korang semua pergi support animasi tempatan kita. Kasi meletop kaw2.

Ok gais, bye.


*screenshot trailer yang disiapkan tahun 2017.

6 years ago (edited) | [YT] | 1,433

seadstudios

Salam gais, harap semua sihat2 saja. Min ni sejak Youtube buat policy baru kepala asyik sakit saja. Makan panadol pun tak hilang2. Jiwa kacau dibuatnya. Kat sini min nak tanya pendapat korang semua.

Perlu ke min set channel ni kepada kids. Sebab bila tengok rata2 yang layan awang ni mak dan bapak budak je yang ramai. Tengok dgn anak2 tu sbb nak cover je kan. Korang yg nk layan sebenarnya, betul takπŸ˜›πŸ€£. Statistik umur pun majoriti dalam umur 18-44 tahun yg ramai layan channel ni. Mungkin anak2 yg guna acc youtube mak bapak ye tak. Tapi x kisah lah bab tu, janji korang layan min dh hepi.

Ok, kat sini munculnya dilema. Bila set kepada kids, korang tak boleh lagi nak komen, nak reply kt community pun tak boleh dah dan beberapa lagi function dh takde bila dah jadi kids channel. Dan pihak min sendiri jugak terkesan di mana tiada lg iklan2 akan masuk sekali gus tiada lg income yg dijana dari youtube pasni utk terus berkarya. Dah la yang sekarang ni pun takat lepas bayar sewa opis dgn bil je. Pasni tatau la apa nasib. Ternak lipas daging je la nampaknya. πŸ˜₯

Jadi kt sini min nak tanya apa pendapat korang, perlu ke min set channel ni kepada kids atau sebaliknya. Harap2 min dapat feedback yg jitu lagi padu dari penonton2 awang ni supaya dapat membuktikan bukan org biasa2 yg layan channel ni. Dari feedback korang nanti mungkin boleh bg min idea dan maklumat yg sepatutnya utk min bertindak nanti. Kemon!

*bagi yang masih samar2 pasal policy terbaru ni boleh la cari maklumat kt youtube ye. Topik tengah panas skang ni.

6 years ago | [YT] | 1,581

seadstudios

Salam gais. Alhamdulillah akhirnya setel upload semua episod utk musim 1 ni. Ep26 ni kira penutup utk musim pertama. Pasni masuk musim 2 pulak, InsyaAllah isnin masuk episod 1 musim 2.. Sambil2 tu nanti min akan upload balik episod yg full dari episod 1 sampai 11. Terima kasih atas sokongan padu korang semua kepada team kami! Korang mmg best! Muahciked.😘

6 years ago | [YT] | 76

seadstudios

Salam Jumaat gais, hari ni min rasa nak membebel skit la. Bagi chance skit la sbb lama dh x update kt sini. Kadang2 min baca komen peminat awang ni memang terhibur. Yang puji tu memang biasa lah, team kami ucapkan terima kasih banyak2. Bertambah semangat sikit team awang buat keje tu walaupun kadang2 gaji pun asyik miss je. Yang mengeji pun kami ucap terima kasih jugak. Biasalah kita buat sehabis baik pun tetap kena tibai jugak camna pun kan. Haters gonna hate orang kampung min cakap. Kritikan dan teguran juga kami terima sebaiknya. Ambil yang positif utk penambahbaikan di masa hadapan. Animasi awang ni banyak berunsurkan parodi, harap ada yang paham apa itu parodi. Nak terkentut sambil gelak min bila kata kami tiru idea dr cerita asal. Hmm.


Tapi bila ada isu berbangkit pasal logo awang nk kait dgn freemason ni yg buat min rasa pelik skit. Lama min diam pasal isu ni tapi makin menjadi2 pulak kebebalan setengah orang ni. Betul ke sama dgn logo freemason tu. Kalau ada yg boleh buktikan logo awang tu sama 100% dgn logo freemason, meh la jumpa min. Min nak belanja makan seumur hidup. Dulu ada jugak yg fitnah min dapat bantuan kewangan bagai dr freemason ni. Mana la sumber diorg dapat kan. Pelik betul. Kalau betul la, kaya raya dh min ni. Dah pandai buat tuduhan, bila dh kantoi takde pulak nk mintak maaf ke apa. Dah sebar2 kt socmed,pandai pulak delete post. Cipan laut betul la perangai. Malu dapat ,bodoh pun terserlah. Kalau rasa x puas hati pasal logo tu bole je tanya min ni. Jangan main tuduh2, kang tak pasal merangkak cari min nanti. Berat tuduhan tu.


Kalau logo tu lebih kurang atau seakan sama, kemon la tu namanya kebetulan. Masa kami cipta logo tu tak terpikir langsung pasal tu. Logo tu ideanya muncul dari huruf A mewakili nama Awang Khenit tu sendiri. Diolah huruf A tu seakan shape roket skit2, ye la awang kan bole terbang mcm roket takkan nk letak shape kuda laut pulak kan. Tapi bila yg dok bising2 pasal logo tu, season baru kami ubah dah pun demi takmau berdebat lagi tentang isu ni. Kemon la gais, dari korang dok bising pasal isu logo awang tu baik korang bank in skit duit kat studio kami supaya kami dapat teruskan berkarya. Bajet pun dh abih ni. Season 3 pun samar2 je nampak ni. Doa2 la kami akan teruskn projek ni.


Min tak koyak pun pasal benda ni cuma dah bertahun orang dok masih lg nak bangkitkan isu ni. Meluat dah. Muntah hijau dah nak layan. Satu min nak pesan kat geng2 taksub freemason agenda iluminati bagai ni, mohon cari hobi yang berfaedah sikit la. Takut sangat dgn logo tu dh mcm vampire korang ni. Ntah2 dengan ketupat palas pun takut, ye lah bentuk segitiga kan.



Ni min letak skit beza logo Awang season 1 dengan season 2. Jangan ada yang menggigil ketakutan dah la. Oklah tu je la pun nak bebel, min nk siap2 nk pegi masjid awal ni. Korang borak2 la dulu.

6 years ago | [YT] | 1,607

seadstudios

Salam gais, ada yang tertanya-tanya mana episod 17? Dah lama min upload episod 17 ni. Yang belum tengok boleh la layan. Yang dah tengok pun takdahal mau layan, janji hepi. Sekarang ni dalam jadual setiap Isnin dan Khamis pukul 10am kami upload content kat channel ni ye. Cekidaut gais.

6 years ago | [YT] | 43