Prof Madya Dr Umar Muhammad Noor dilahirkan pada 5 Oktober 1977 di Bekasi, Indonesia.
Mendapat pendidikan awal di Sekolah Dasar Negeri Bekasi. Seterusnya melanjutkan pengajian di Madrasah Tsanawiyah Annida al-Islami. Kemudian di Madrasah Aliyah Annida al-Islami Bekasi.
Setelah itu, beliau menyambung pengajian di peringkat Sarjana Muda (BA) Tafsir Hadis, Fakulti Usuluddin, Universiti islam Negeri (UIN) Syarif Hidayatullah, Jakarta. Sarjana (MA) al-Sunah wa 'Ulum al-Hadis, Universiti Islam Omm Durman, Sudan. Kemudian menimba Ilmu hadith di Damaskus, Syria semenjak tahun 2002 hingga 2007.
Akhir sekali menyabung pengajian di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D), Universiti Malaya.
Sedang berkhidmat Pensyarah Kanan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Ahli Panel Ahli Jawatankuasa Mufti Negeri Sabah.
LIKE | FOLLOW | SHARE | SUBSCRIBE