Perihal dunia automotif dan review kereta di pasaran Malaysia..
Minat terhadap dunia automotif sejak dari bangku sekolah membuatkan saya bersemangat untuk menceburi bidang review kereta..
Content channel saya bukan sahaja mengenai review kereta, tetapi juga content atau video yang berkaitan automotif. Contohnya berita automotif dan tips2 penjagaan kereta.
sama-sama la kita berkongsi ilmu
Selamat menonton!
Jangan lupa subscribe, like dan share..saya amat menghargai sokongan anda..
Terima kasih!
Hubungi saya melalui email :
hazeeqauto@gmail.com
Hazeeq Auto Review
New video uploaded geng..
mana yang nk usha Proton Suprima S tu, boleh la tgk review sy
https://youtu.be/JU75Wh4GHKU
Thank you guys
2 years ago | [YT] | 5
View 0 replies
Hazeeq Auto Review
Tu dia!! π₯π₯
Selama 13 tahun berada dalam pasaran dengan dua kali facelift (2014 & 2019)..
Satu model limited edition iaitu Perodua Alza M2 Edition (2011) dengan hanya 500 unit tersedia.
Tahun 2012, varian Alza paling marhaen juga ditawarkan iaitu Alza SR
Tahun 2013, varian Alza S pula diperkenalkan bagi varian mampu milik.
Akhirnya, Perodua Alza generasi ke 2 telah dilancarkan..
Menampilkan gaya yang lebih matang dan sporty. Bahasa rekaan terkini Perodua iaitu X-Design
Perodua Alza kini dibangunkan oleh asas platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).
Oh ya, ini bukan direct rebadge ya!
Difahamkan Alza terbaharu ini dibangunkan bersama Daihatsu & Toyota khas untuk ASEAN market. Yaaa, sama seperti projek Ativa.
Dijanakan oleh 1.5 litre Dual VVT-i yang menghasilkan kuasa 105 hp & 138 Nm.
Enjin ini digandingkan bersama transmisi D-CVT yang sama seperti Myvi facelift & Ativa
Antara "wow factor" Alza baharu ini ialah Electronic Parking Brake (EPB) & Brake Hold.
Kereta pertama Perodua dengan ciri ini!
Apapun, saya masih tidak dapat terima hakikat steering Alza 2022 masih tiada Telescopic adjustment π€π€π€
Antara ciri keselamatan asas Alza generasi ke 2 pula :
* LED Headlamps
* 6 Air bags
* ASA 3.0
* Pre-collision Braking (PCB/AEB)
* Pre-collision Warning (PCW)
* Lane Departure Warning (LDW)
* Lane Departure Prevention (LDP)
* Front Departure Alert (FDA)
* Auto High Beam (AHB)
Photo Credit : Paultan.org
Apa macam, menarik tak ni geng?
Bagi saya, confirm laku keras kereta ni. Bakal menjadi MPV no 1 Malaysia dan kekal untuk beberapa tahun akan datang.
Time to say good bye to "Dinasour Proton Exora" π
3 years ago (edited) | [YT] | 1
View 2 replies
Hazeeq Auto Review
Guys! Honda City 2020 dah lancar!
Honda Malaysia telah melancarkan model paling laris mereka iaitu Honda City generasi kelima. Secara ringkas, terdapat 4 varian telah ditawarkan oleh Honda iaitu RS, V, E dan S.
RS ialah varian paling tinggi iaitu bermaksud (Road Sailing). Secara rasmi, harga bagi varian 1.5 RS masih belum diumumkan sehingga pada Januari 2021
harga rasmi bagi varian lain :
1.5 RS e-CVT - TBA
1.5 V CVT - RM 86,561
1.5 E CVT - RM 81,664
1.5 S CVT - RM 74,191
5 years ago | [YT] | 10
View 11 replies
Hazeeq Auto Review
Model paling dinanti pada tahun 2020!
hari ini para pengamal media telah dijemput untuk menghadiri majlis "media preview" Proton X50 di Proton Tanjung Malim..
Proton X50 dipacu oleh dua jenis enjin yang berbeza..
- yang pertama ialah 1.5 Litre 3 cylinder TGDI yang dihasilkan oleh kerjasama Volvo-Geely ..(177ps & 255Nm)
- yang kedua ialah 1.5 Litre Turbo MPI (Multi Point Injection) (150ps & 226Nm). Sebuah enjin baharu dari Geely dan Malaysia ialah negara pertama yang menerima enjin ini. Wow!
Difahamkan, Proton X50 hadir dengan 4 varian.. berikut ialah spesifikasi ringkas Proton X50
Standard variant :
* 1.5 Litre Turbo MPI
* 7 Speed wet DCT with Manual Mode
* 4 airbags
* LED headlamps and DRLs
* 17-inch alloy wheels
* Quad exhaust pipes
* Full carbon fibre-print bodykit
* Electronic Parking Brake (EPB) with auto brake hold
* Fabric seats
* Rear air-con vents
* Digital instrument cluster
* Eight-inch touchscreen infotainment unit with GKUI 19
* Reverse camera
Executive variant (tambahan) :
* Six airbags
* Leather-wrapped steering wheel
* Automatic headlamps
* Front fog lamps
* Leatherette seats
Premium variant (tambahan) :
* Tyre Pressure Monitoring System (TPMS)
* 18-inch alloy wheels with red brake callipers
* Powered driverβs seat
* 10.25-inch touchscreen infotainment unit with GKUI 19
* 360-degree camera
Flagship variant (tambahan) :
* 1.5 litre TGDI three-cylinder engine
* Advanced Driver Assistance System (ADAS)
* Dual-tone exterior (black roof and pillars)
* Panoramic sunroof
Proton mula membuka tempahan esok.. tempah guys jangan x tempah! haha
5 years ago | [YT] | 18
View 5 replies
Hazeeq Auto Review
My beloved Proton Saga Orion
.
.
Sebuah ikon..sejak dari 1985, lebih 1.8 juta unit telah terjual. Sepanjang 35 tahun dalam pasaran, pelbagai versi edisi terhad pernah dikeluarkan oleh Proton untuk model Saga ini..
Antaranya Proton Saga Knight, Proton Saga 25th Anniversary Edition. Terkini, Proton turut melancarkan Proton Saga Anniversary Edition bersempena usianya yang telah mencapai 35 tahun..
.
.
.
35 years Driving Malaysia
.
.
#nothingspecialaboutmeπ #proton #protonfamily #protonsaga #protoncars
#anniversaryedition #protonsagaanniversaryedition
5 years ago (edited) | [YT] | 15
View 0 replies
Hazeeq Auto Review
Lawa kan model kat belakang tu? tapi sayang, ia nya begitu sejuk dan semakin dilupakan..
Jadi, bagi mengangkat semula namanya..saya bawakan video pengalaman pemilikan selama dua tahun Kia Sportage 2.0 GT Line..
Ini merupakan versi Petrol GT Line, unit TERAKHIR di Malaysia!
Video kali ini akan ada 3 part, iaitu
Part 1 : Uji Belek Luaran dan Dalaman selepas 2 tahun pemilikan
Part 2 : Tahap performance dan kepuasan pemanduan
Part 3 : Owner review, adakah beliau betul2 puas hati dengan Kia?
jadi, layan dulu Part 1, Link : https://youtu.be/i6z9XxbNxYA
_hazeeq_
#kia #kiamalaysia #kiasportagemalaysia #kiasportagegtline #sportage
5 years ago | [YT] | 18
View 4 replies
Hazeeq Auto Review
Done shoot...nantikan pengalaman pemilikan selama dua tahun dari jenama yang "sejuk" ini..
_hazeeq_
5 years ago | [YT] | 17
View 2 replies
Hazeeq Auto Review
Edit mainΒ² je π.. Selamat hari raya gaisszzz π
5 years ago | [YT] | 20
View 8 replies
Hazeeq Auto Review
Dengan tulus ikhlas, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua anda semua..
Terima kasih saya ucapkan atas sokongan anda semua terhadap "channel underground" ini..semoga video-video saya telah banyak memberi ilmu tambahan kepada anda semua..
Dengan rendah diri, saya memohon maaf andai ada tersalah kata sepanjang saya menyampaikan video-video automotif.. andai ada kata-kata saya ada yang menyinggung perasaan tanpa disedari.. semoga kita beraya sambil diberkati oleh-Nya
Walaupun sambutan kali ini agak berlainan, diharapkan kemeriahannya masih sama seperti tahun-tahun sebelum..
Marilah kita bersama-sama menjaga diri dan "stay safe"..
InsyaAllah, pada raya kedua atau ketiga saya akan upload sebuah video pengalaman pemilikan Kia Sportage selama dua tahun..Video tersebut akan memiliki 3 Part dan saya akan review secara terperinci supaya anda mendapat info mengenai jenama Kia..
apa pun..kita raya dulu!!
Stay safe semua..jaga jarak..jaga diri..
_hazeeq_
5 years ago | [YT] | 14
View 0 replies
Hazeeq Auto Review
Anda ingin tahu Sejarah yang jarang sekali diceritakan?
di sini saya menceritakan kisah disebalik model ikonik dari German iaitu Volkswagen Polo..Sejarah Volkswagen Polo ini bukanlah datang dari Volkswagen sendiri...tetapiii...............................
Link : https://youtu.be/9rN_4AVuUfc
Terima kasih kerana setia bersama HAR.. saya ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik di seluruh Malaysia.. tanpa seorang guru, siapalah kami..
_hazeeq_
5 years ago | [YT] | 9
View 0 replies
Load more