PERKESO telah menubuhkan Program Return To Work sejak tahun 2007 yang lalu. Ianya adalah program pemulihan komprehensif dengan menggunakan kaedah pengurusan kes dalam membantu pekerja yang alami hilangupaya akibat kecederaan atau penyakit untuk dipulihkan dan seterusnya dapat kembali bekerja


RTW SOCSO

10 Oktober 2024, Rabu – Telah berlangsung Pameran PERKESO dan promosi Program Return To Work serta Portal MYFutureJobs di Hospital Ampang, sempena Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia & Bulan Kaunseling. Acara ini dihadiri oleh Puan Nurul Nadia, Puan Dinah, Cik Safiah, dan Puan Iffah.

Majlis telah dirasmikan oleh Dr. Kasuadi Bin Hussin, Pengarah Hospital Ampang, dengan sekalung penghargaan diberikan kepada Klinik Pakar Psikiatri & Kesihatan Mental selaku penganjur kerana menjemput PERKESO untuk menyertai sesi ini. Semoga program ini dapat mengukuhkan kerjasama antara agensi dan meningkatkan kesedaran kepada para pesakit, khususnya pesakit mental, mengenai perlindungan yang disediakan oleh PERKESO.

#EISPERKESO
#PERKESO
#MYFutureJobs
#YourNationalEmploymentServicesProvider
#WeAreInItWithYouAllTheWay

1 year ago | [YT] | 0

RTW SOCSO

“Workplace Disability Management Guideline for Employers” yang dibangunkan oleh PERKESO dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berfungsi sebagai panduan untuk majikan dalam merangka, mengurus, dan melaksanakan program pengurusan hilang upaya di organisasi masing-masing, selari dengan tuntutan perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.

Oleh itu, PERKESO melalui Cawangan Return to Work telah mengambil inisiatif untuk menjalankan bengkel “Creating An Inclusive Workplace: A Kick-Start Disability Management Guideline for Employers” bagi mempromosikan garis panduan yang telah diiktiraf oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) ini.

Mengakhiri tahun 2024, bengkel terakhir di Zon Tengah yang diadakan di Menara PERKESO Putrajaya pada 8 Oktober 2024 telah dihadiri oleh 41 peserta, terdiri daripada wakil-wakil majikan dari pelbagai industri/sektor seperti pembuatan, perdagangan, pengangkutan, dan lain-lain. Bengkel ini dikendalikan oleh Puan Zarith Afzan binti Zainal, Ketua Sektor Integrasi Kerja, serta Puan Fatimahwati binti Ahmad Nazir, Ketua Sektor Kerjasama Strategik dari Cawangan Return To Work (RTW) sebagai penceramah.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran majikan dalam melaksanakan tanggungjawab berdasarkan keperluan perundangan, memastikan pekerja yang mengalami hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit dapat kembali bekerja dengan lebih selamat, cepat, dan sihat melalui penyediaan persekitaran kerja yang kondusif.

#PERKESO #PERKESOPrihatin #JKKP #Workplace #Disability #Guideline #Employers #inclusiveworkplace #newpost #fyp #Putrajaya #SIP

1 year ago | [YT] | 2

RTW SOCSO

1 Hari Lagi!

Jangan lepaskan peluang ini untuk sertai Bengkel Return To Work Coordinator (RTWC) 2024 yang direka khas untuk membantu syarikat/organisasi anda memperkasakan pekerja menerusi program pengurusan hilang upaya yang efisyen, komprehensif dan holistik. 💼

🌟 Butiran Bengkel: 🌟
📍 Lokasi: Pejabat PERKESO Negeri Melaka
📅 Tarikh: 8 - 10 Oktober 2024
⏰ Masa: 8.00 pagi - 5.00 petang

🌟 Rebut peluang ini dengan daftar sekarang di: sers.perkeso.gov.my/

Bersama, kita mampu mewujudkan tempat kerja yang lebih kondusif dan lebih “supportive”! 💼✨

#PERKESO #PERKESOPrihatin #RTWC #BengkelRTWC #Melaka #tomorrow #fyp #newpost #fypシ #seminar #disability #management #oku #support

1 year ago | [YT] | 0

RTW SOCSO

Lindungi Masa Depan Pekerja Anda - Sertai Program Intervensi Awal PERKESO Sekarang!

Syarikat anda berdepan risiko pemberhentian pekerja? Jangan tunggu hingga terlambat! Sertai Program Intervensi Awal PERKESO untuk mendapatkan panduan penting seperti taklimat faedah Sistem Insurans Pekerjaan, pengenalan fungsi MY FutureJobs, dan bantuan pencarian pekerjaan.

Sediakan payung sebelum hujan agar pekerja anda dilindungi!
Layari www.myfuturejobs.gov.my atau imbas Kod QR yang disediakan untuk maklumat lanjut.

#PERKESO #MYFutureJobs #IntervensiAwal #LindungiPekerja
#SIP #Akta800 #ReturnToWork #RTW

1 year ago | [YT] | 0

RTW SOCSO

Bengkel “Creating An Inclusive Workplace: A Kick-Start Disability Management Guideline For Employers”
Tempat: PPN Melaka (WISMA PERKESO Melaka)
Tarikh: 25 September 2024

Bagaimana untuk Mencapai Tempat Kerja yang Lebih Selamat dan Kondusif?
Sertai Program Pengurusan Hilang Upaya Kami Sekarang!

“Workplace Disability Management Guideline for Employers” yang dibangunkan oleh PERKESO dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berfungsi sebagai panduan untuk majikan dalam merangka, mengurus, dan melaksanakan program pengurusan hilang upaya di organisasi masing-masing, selari dengan tuntutan perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022. Oleh itu, PERKESO melalui Cawangan Return to Work telah mengambil inisiatif untuk menjalankan bengkel “Creating An Inclusive Workplace: A Kick-Start Disability Management Guideline for Employers” bagi mempromosikan garis panduan yang telah diiktiraf oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) ini.

Selepas di Zon Timur, bengkel diteruskan di Zon Selatan iaitu di Wisma PERKESO Negeri Melaka pada 25 September 2024 dan telah dihadiri oleh 24 peserta yang terdiri daripada wakil majikan daripada pelbagai industri/sektor seperti perladangan, pembuatan, perkapalan dan lain-lain. Pengisian bengkel dikendalikan oleh Puan Zarith Afzan binti Zainal, Ketua Sektor Integrasi Kerja, dan Encik Akashah Bin Shuiami, Ketua Negeri RTW Melaka sebagai penceramah.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran majikan dalam melaksanakan tanggungjawab berdasarkan keperluan perundangan, memastikan pekerja yang mengalami hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit dapat kembali bekerja dengan lebih selamat, cepat, dan sihat melalui penyediaan persekitaran kerja yang kondusif.

#PERKESO #PERKESOPrihatin #Melaka #RTW #returntowork #fyp #newpost

1 year ago | [YT] | 0

RTW SOCSO

Bengkel “Creating An Inclusive Workplace: A Kick-Start Disability Management Guideline For Employers”

Tempat: PPN Terengganu (WISMA PERKESO Kuala Terengganu)

Tarikh: 18 September 2024

Bagaimana untuk Mencapai Tempat Kerja yang Lebih Selamat dan Kondusif?

Sertai Program Pengurusan Hilang Upaya Kami Sekarang!

“Workplace Disability Management Guideline for Employers” yang dibangunkan oleh PERKESO dengan kerjasama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berfungsi sebagai panduan untuk majikan dalam merangka, mengurus, dan melaksanakan program pengurusan hilang upaya di organisasi masing-masing, selari dengan tuntutan perundangan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022. Oleh itu, PERKESO melalui Cawangan Return to Work telah mengambil inisiatif untuk menjalankan bengkel “Creating An Inclusive Workplace: A Kick-Start Disability Management Guideline for Employers” bagi mempromosikan garis panduan yang telah diiktiraf oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) ini.

Selepas di Zon Borneo Sarawak, bengkel diteruskan di Zon Timur iaitu di Wisma PERKESO Negeri Terengganu pada 18 September 2024 dan telah dihadiri oleh 27 peserta yang terdiri daripada wakil majikan dari pelbagai industri/sektor seperti perladangan, pembuatan, perbankan, kesihatan, automotif dan lain-lain. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Pejabat PERKESO Negeri Terengganu, Puan Hajah Farihah binti Che Husin. Pengisian bengkel dikendalikan oleh Puan Zarith Afzan binti Zainal, Ketua Sektor Integrasi Kerja, dan Puan Roszaila binti Ali, Ketua Negeri RTW Terengganu sebagai penceramah.

Penganjuran bengkel ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran majikan dalam melaksanakan tanggungjawab berdasarkan keperluan perundangan, memastikan pekerja yang mengalami hilang upaya akibat kemalangan atau penyakit dapat kembali bekerja dengan lebih selamat, cepat, dan sihat melalui penyediaan persekitaran kerja yang kondusif.

#PERKESO #PERKESOPrihatin #RTW #Terengganu #newpost

1 year ago | [YT] | 0

RTW SOCSO

Thank you to everyone who attended our Continuous Disability Management Education (CDME) Webinar Series 6/2024 on Risk Assessment at the Workplace by Mr. Abdul Mutalib bin Mohamed Ali from Big Safety Event Sdn Bhd.

Your participation is key in promoting a safer and more inclusive work environment, and we are glad to see so many Certified Disability Management Professionals (CDMP) continuing their learning journey.

We look forward to seeing you at our next session!

#PERKESO #PERKESOPrihatin #CDME #ContinuousLearning #DisabilityManagement #WorkplaceSafety #ProfessionalDevelopment #ThankYou

1 year ago | [YT] | 0

RTW SOCSO

MAXTER Glove Manufacturing, Klang.
26 September 2024.

Program Return To Work PERKESO : MENTAL HEALTH AWARENESS
TALK & EXHIBITION yang dijalankan selama 1 hari bersempena SAFETY, HEALTH & ENVIRONMENT MONTH 2024.

Seramai 50 orang pekerja MAXTER Glove Manufacturing yang mewakili pelbagai bahagian telah berjaya menghadiri sesi perkongsian ilmu pada kali ini.

Pengisian program dari cawangan RTW pada kali ini memfokuskan kepada aspek kesedaran kesihatan mental, pencegahan psikososial hazard dan program Return To Work (RTW) PERKESO bertujuan untuk mempertingkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai skim perlindungan PERKESO serta langkah-langkah untuk mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif dan inklusif.

Selain itu, saringan minda sihat juga telah dilaksanakan bagi mengukur tahap emosi para pekerja.

Pihak pengurusan MAXTER juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada cawangan RTW dan berhasrat untuk menjalinkan kerjasama seumpamanya pada masa akan datang.

Terima kasih diucapkan juga kepada pegawai-pegawai di cawangan RTW yang terlibat menjayakan program SEHARI Bersama majikan terutamanya Encik Abdul Moeis Bin Abdul Halim, Puan Aliah , En Nik Nazrin dan En Ikhmal Azim.

#PERKESO #PERKESOPrihatin #PERKESOmembawasenyuman

1 year ago | [YT] | 0

RTW SOCSO

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tuan/Puan,

Jangan lepaskan peluang untuk sertai Webinar Sesi Ke-9 - Pengurusan Hilang Upaya oleh Cawangan Return To Work (RTW), PERKESO! 🌟

Tarikh: 25 September 2024 (Rabu)
Masa: 10.00 Pagi – 12.30 Tengah Hari

Pautan Webex:
perkeso.webex.com/perkeso/j.php?MTID=m6ca2c62c7475…

Webinar ini akan membincangkan cara pengurusan hilang upaya yang efektif untuk pekerja yang terbencana atau mengalami penyakit kronik, berdasarkan pendekatan biopsikososial yang holistik.

Jom kita belajar bersama bagaimana untuk memastikan pekerja kembali ke alam pekerjaan dengan lebih cepat, sihat dan selamat. 💪✨

Jumpa anda di sana! 😊

#RTW #Webex #Webinar #PERKESO #PERKESOPrihatin #ReturnToWork

1 year ago | [YT] | 0

RTW SOCSO

SESI PENGUKUHAN RETURN TO WORK COORDINATOR (RTWC) & KONSULTASI PENGURUSAN HILANG UPAYA di ROHM ELECTRONICS (MALAYSIA) SDN BHD

RTW PPN Kelantan dengan penglibatan Hjh Nora binti Yaacob, Pengarah PERKESO Negeri Kelantan sekali lagi melakukan kunjungan ke syarikat ROHM Electonics (Malaysia) Sdn Bhd. Syarikat ini mempunyai anggaran pekerja hampir 2,100 orang pekerja dan dilindungi di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 dan Akta Sistem Insurans Pekerjaan.

Kunjungan pada kali ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan terutamanya daripada pihak pengurusan, Pengurus Sumber Manusia dan juga Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. Sesi perbincangan dimulakan dengan pembentangan ringkas mengenai REMA dan juga latar belakang dan akta-akta yang ditadbir urus oleh PERKESO yang dibentangkan oleh Pengarah Negeri.

Tujuan utama kunjungan ke REMA adalah berfokuskan untuk sesi penerangan kaedah pengurusan hilang upaya yang melibatkan pekerja yang mengalami kecederaan disebabkan pekerjaan atau penyakit serta pekerja yang mempunyai rekod ketidakhadiran yang berpanjangan, cadangan penubuhan jawatankuasa pengurusan hilang upaya di syarikat, aktiviti konsultasi pengurusan hilang upaya. Majikan juga dalam masa yang sama turut diterangkan mengenai Portal Carian Pekerjaan Negara, MyFutureJobs serta kelebihan menggajikan golongan OKU dan mengekalkan pekerja yang mengalami ketidakupayaan di bawah Program Return To Work PERKESO.

Impak perbincangan ringkas, wakil majikan positif dalam membantu masalah kesihatan melibatkan para pekerja melalui Program Pengurusan Hilang Upaya dan juga pembentukan RTWC dan secara tidak langsung akan melahirkan imej majikan yang prihatin terhadap kebajikan dan kesihatan pekerja. Sesi mentor mentee kepada RTWC yang dilantik akan dilakukan pada tarikh yang lain bagi melatih RTWC dalam menguruskan pekerja-pekerja yang mengalami hilangupaya.

#PERKESO #RETURNTOWORK #PERKESOKelantan #LookAtTheAbilityNotTheDisability #RTWC

1 year ago | [YT] | 0