mknace unlimited

"Let's share the beauty of the world."
Blogger. Just a simple minded man loose with his camera


mknace unlimited

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI 2022. Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Daulat Tuanku!

---
#terbaeekkk#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬#‎SJCAM‬#SJ4000‬ #J3‬#Samsung‬#Fujifilm#altek#‎cubic‬ #love‬#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong XVI 2022. Merafak sembah setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah bersempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Daulat Tuanku!

---
#terbaeekkk#kipidap #‎mknaceunlimited‬ #‎mknace‬#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬#‎SJCAM‬#SJ4000‬ #J3‬#Samsung‬#Fujifilm#altek#‎cubic‬ #love‬#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

Selamat Hari Guru 2022. Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA. Selamat Hari Guru pada semua insan yang bergelar pendidik; cikgu-cikgu yang pernah mengajar kami, rakan-rakan perencana di pengurusan, rakan-rakan pelaksana di lapangan, secara langsung atau tidak langsung. Jasa anda semua amat tinggi dalam membentuk kemenjadian murid. Terima kasih cikgu!



Ikhlas dari kami Khairul | Hairosniza | Syafiqah | Syafinaz | Ziqri | Fiqri

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA


Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Apa khabar semua?

PENDAHULUAN

1. Alhamdulillah, syukur kerana dengan limpah kurnia dan rahmat-Nya kita dapat meraikan sambutan Hari Guru bagi tahun 2022 pada hari ini. Setiap tahun pada tanggal 16 Mei adalah tarikh keramat
penuh bermakna kepada warga pendidik. Guru diberi pengiktirafan atas peranan dan pengorbanan mendidik anak bangsa. Pastinya sejak dahulu lagi, rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama sentiasa memberikan penghormatan dan penghargaan yang tidak terhingga terhadap tugas dan peranan guru.

2. Pengalaman berhadapan dengan situasi pandemik COVID-19 selama dua tahun turut mengubah Sambutan Hari Guru, yang tidak dapat disambut sebagaimana kebiasaan. Namun, tanggal 16 Mei tetap
memberi nostalgia kepada warga sekolah terutamanya dalam kalangan guru untuk mengimbau kenangan manis Sambutan Hari Guru setiap tahun.

3. Pada tahun ini, tema hari guru ialah ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’. Tema ini membawa pengertian yang cukup mendalam dan bermakna kerana guru merupakan tunjang utama dalam Sistem
Pendidikan Negara. Peranan guru bukan sahaja untuk menyampaikan ilmu kepada murid, malah memastikan murid mempunyai sahsiah serta daya saing yang tinggi melalui penjiwaan amalan baik yang diterapkan melalui Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) di sekolah.

4. Sesungguhnya dalam usaha melahirkan generasi yang berilmu pengetahuan, gurulah yang menjadi pengajar, pendidik dan pembimbing yang menyumbang khidmat bakti bermula dari tadika sehinggalah ke peringkat tertinggi. Guru menjadi pendukung dan pemacu kepada transformasi pendidikan negara. Setiap tahun kita telah melalui dan melihat pelbagai pengalaman serta kejayaan murid sama ada yang
masih menuntut di sekolah atau telah tamat persekolahan. Segala pengalaman pahit dan manis tersebut tidak akan dapat dirasai tanpa usaha gigih dan keprihatinan para guru.

MELAHIRKAN MURID YANG MENGHAYATI NILAI

Warga Sekolah yang dikasihi,

5. Masyarakat di seluruh dunia terpaksa mengubah gaya hidup sehingga ada dalam kalangan mereka yang terpaksa keluar daripada kebiasaan akibat pandemik COVID-19. Negara kita juga tidak terkecuali
mengalami kesan akibat penularan COVID-19. Pendidikan anak-anak amat terkesan dengan cabaran dalam era pandemik COVID-19 yang menyaksikan perubahan penyampaian pengajaran dan pembelajaran. Atas keprihatinan dan tanggungjawab Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), pendidikan anak-anak perlu diteruskan dengan pelbagai kaedah termasuklah melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara dalam talian, luar talian atau off-site.

6. Pengalaman PdPR telah memberi ruang dan peluang kepada para guru dalam meningkatkan kemahiran teknologi digital malahan kepada anak-anak sekalian. Hal ini turut memberi satu peningkatan kemahiran digital dalam kaedah PdPc apabila pengoperasian sekolah dibuka secara bersemuka. Penggunaan aplikasi teknologi digital diteruskan dalam PdPc agar pendidikan negara terus relevan seiring dengan perkembangan teknologi tanpa mengabaikan nilai-nilai murni dalam kehidupan kita.

7. Sehubungan dengan ini, Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 turut memberi penekanan kepada pembudayaan amalan baik untuk mewujudkan ekosistem yang kondusif melalui Anjakan 3: Melahirkan Rakyat yang Menghayati Nilai. Dalam usaha untuk mencapai matlamat melahirkan insan yang seimbang, harmoni dan sejahtera, konsep Sekolahku SEJAHTERA diperkenalkan. Konsep ini bertujuan memupuk dan membudayakan amalan nilai murni dalam kalangan warga sekolah serta mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat dan kondusif.

8. Saya percaya, suasana sekolah yang selamat, aman, selesa dan menggembirakan dapat menarik minat dan semangat murid untuk hadir ke sekolah setiap hari. Hal ini penting agar suasana sekolah yang kondusif dan menyeronokkan menjadi tarikan untuk anak-anak mengikuti PdPc serta melaksanakan pelbagai program dan aktiviti kokurikulum bagi memastikan kemenjadian murid.

PENERAPAN ELEMEN SEJAHTERA

Warga Sekolah yang dikasihi,

9. Konsep Sekolahku SEJAHTERA adalah selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.

10. Penerapan elemen SEJAHTERA bermula daripada peringkat prasekolah dan berterusan sehingga peringkat menengah dan diamalkan sepanjang hayat. Proses penerapan elemen SEJAHTERA berfokuskan kepada pembelajaran berpusatkan murid bagi memastikan pembelajaran lebih bermakna dan berkesan.

11. Konsep ini juga bermatlamat untuk menambah baik peranan guru sebagai pemboleh daya penerapan elemen SEJAHTERA. Penerapan elemen SEJAHTERA dalam kalangan murid perlu dilaksanakan secara menyeluruh di dalam dan di luar sekolah yang melibatkan aktiviti berstruktur dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Murid yang sejahtera sudah pasti akan membentuk sekolah sejahtera. Usaha ini perlu melibatkan kolaboratif antara pihak sekolah dengan keluarga serta sokongan komuniti.

KEMENJADIAN MURID DI SEKOLAH DAN DI LUAR SEKOLAH

Warga Sekolah yang dikasihi,

12. Saya percaya bahawa setiap elemen dalam konsep sekolahku SEJAHTERA yang difahami, dipraktikkan dan dihayati dapat membentuk budaya amalan baik di sekolah serta mewujudkan suasana
sekolah yang selamat. Elemen yang dipraktikkan juga berupaya melahirkan insan bernilai positif yang dapat menyumbang kepada pembentukan masyarakat sejagat.

PENUTUP

Warga Sekolah yang dikasihi,

13. Akhir kata, marilah kita bersama-sama memastikan tema sambutan Hari Guru iaitu Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA ke arah membina negara bangsa melalui pelaksanaan pendidikan yang berkualiti. Kepada guru, andalah pewaris negara yang membina generasi baharu. Sekali lagi, saya ucapkan Selamat Hari Guru, Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA. “Terima kasih cikgu!”

Sekian. Wabillahi taufik wal hidayah wassalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Muat turun dokumen melalui pautan : www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/5185-perutusan…

---
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk#kipidap#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬#‎SJCAM‬#SJ4000‬ #J3‬#Samsung‬#Fujifilm#altek#‎cubic‬ #love‬#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE- 51 TAHUN 2022 : PERUTUSAN MENTERI KANAN PENDIDIKAN

Guru-guru, para pendidik dan warga sekolah sekalian,

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Selamat meraikan sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang ke-51 pada 16 Mei 2022. Sambutan saban tahun ini merupakan acara simbolik bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan mulia yang bergelar guru. Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada hampir 500,000 guru di seluruh negara atas segala pengorbanan, keringat, komitmen dan dedikasi dalam mendidik serta membentuk generasi pewaris negara yang berkualiti tinggi.

Pemilihan tema Hari Guru 2022, iaitu ‘Guru Tunjang Sekolah SEJAHTERA’ sangat bertepatan bagi menghargai peranan guru sebagai tunjang penting dalam ekosistem pendidikan untuk menjayakan agenda pembangunan pendidikan negara. Guru bukan sahaja menyampaikan ilmu kepada murid, malah berusaha memastikan murid mempunyai sahsiah yang baik serta daya saing yang tinggi. Ini dapat dilaksana melalui penjiwaan, penghayatan dan pembudayaan berterusan elemen nilai murni, kemahiran serta sikap positif yang diterapkan secara semula jadi di sekolah.

Penerapan elemen SEJAHTERA yang dilaksanakan oleh guru dapat disampaikan melalui pelbagai aktiviti di dalam dan di luar sekolah secara langsung atau tidak langsung. Terdapat 14 elemen SEJAHTERA iaitu:

i) Selamat
Persekitaran sekolah yang aman dan tenteram serta terpelihara daripada ancaman dan bahaya;

ii) Seronok
Suasana pengajaran dan pembelajaran di sekolah yang menggembirakan;

iii) Sihat
Penjagaan kesihatan fizikal dan mental khususnya dalam aspek pemakanan serta kebersihan diri dan persekitaran;

iv) Etika
Pegangan yang teguh kepada nilai-nilai akhlak dan prinsip moral khususnya dalam aspek integriti;

v) Empati
Keupayaan untuk menyelami dan memahami perasaan atau emosi orang lain dengan meletakkan diri pada tempat mereka;

vi) Jati Diri
Prinsip serta pegangan yang membentuk identiti dan karakter diri dalam mencorak keperibadian unggul;

vii) Adab Sopan
Amalan tingkah laku yang memberi penekanan kepada akhlak, budi bahasa, pertuturan dan kelakuan baik;

viii) Harmoni
Suasana persekitaran yang aman dan penuh toleransi serta berteraskan perpaduan dalam kalangan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai latar belakang;

ix) Tekun
Rajin dan bersungguh-sungguh dengan penuh tumpuan serta daya usaha dalam mendalami ilmu dan melaksanakan tanggungjawab;

x) Teliti
Cermat dan hemat dengan penuh analitis dalam melaksanakan tanggungjawab;

xi) Terampil
Kecekapan dan kemahiran yang tinggi dalam melaksanakan tanggungjawab;

xii) Eksplorasi
Rasa kecintaan untuk meneroka ilmu yang bermanfaat dan terus berusaha meningkatkan kefahaman serta menguasai ilmu berkenaan;

xiii) Rasional
Kemampuan membuat pertimbangan dan keputusan berdasarkan fakta dan maklumat serta tidak dipengaruhi oleh emosi dan prasangka; dan

xiv) Artikulasi
Keupayaan untuk mengolah serta menyampaikan pandangan, hujahan atau huraian tentang sesuatu perkara dengan jelas dan teratur berdasarkan fakta.

Guru-guru, para pendidik dan warga sekolah sekalian,

Dalam menjayakan konsep Sekolahku SEJAHTERA ini, peranan guru bukan hanya tertumpu menyampaikan ilmu kepada murid, tetapi guru juga membimbing murid untuk membentuk keperibadian unggul. Saya yakin dan percaya, generasi yang dilahirkan oleh guru-guru ini bukan sahaja berilmu pengetahuan, malah memiliki nilai sahsiah dan berkemahiran tinggi yang seterusnya dapat menabur bakti dan menyumbang kepada kesejahteraan negara. Jasa bakti guru amat disanjung tinggi.

Guru merupakan seorang ikon penting yang diamanahkan untuk mendidik, mendorong, membimbing dan membentuk kemenjadian murid yang berkeperibadian unggul. Melalui penghayatan tema Hari Guru pada tahun ini, diharapkan para guru dan pendidik sekalian terus meningkatkan usaha untuk membentuk keperibadian murid daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi. Penerapan elemen
SEJAHTERA secara semulajadi sejak dari peringkat awal persekolahan tentunya akan dijadikan amalan dalam kehidupan mereka dan seterusnya akan diwarisi oleh generasi pewaris negara yang berikutnya.

Akhir kata, semoga guru dan pendidik sekalian terus bersatu hati dan bertekad untuk memartabatkan profesion keguruan demi pendidikan generasi pewaris negara. Ayuh, laksanakan amanah ini dengan jujur, ikhlas dan berintegriti.

SELAMAT HARI GURU, TERIMA KASIH CIKGU.

Muat turun dokumen melalui pautan : www.moe.gov.my/muat-turun/lain-lain/5186-perutusan…

---
#‎mknaceunlimited‬ #‎mknace #thecoloursoflife #terbaeekkk#kipidap#blogger‬ #‎photography‬ #‎photoblog‬#‎SJCAM‬#SJ4000‬ #J3‬#Samsung‬#Fujifilm#altek#‎cubic‬ #love‬#followme‬ #‎beautiful‬ #‎blogoftheday‬ #fun‬ #like‬‎ #life‬ #colorful‬‎ #photooftheday‬ #‎MyExperience

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

Daulat Tuanku

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

Semakan Kemasukan Sekolah Khusus Tahun 2022 mulai 15 Mac 2022. Tarikh permohonan rayuan secara dalam talian bermula 15 Mac hingga 29 Mac 2022. Semakan dan rayuan boleh dibuat melalui URL berikut:

Tingkatan 1 (SBP & SMKA) : spskt1.moe.gov.my/

Tingkatan 4 (SBP, SMKA, SMT & MTD) / Tahun 1 SVM : spskt4.moe.gov.my/

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

Pemeriksaan Suhu Badan tidak diwajibkan di Premis Institusi Pendidikan. Pemeriksaan suhu badan tidak diwajibkan bermula 11 Februari 2022 di Premis Institusi Pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Siaran media boleh dimuat turun melalui pautan www.moe.gov.my/muat-turun/kenyataan-media/km2022/5…

#SekolahkuSejahtera
#KPMPrihatin
#KeluargaMalaysia

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

UJIAN UKM1 2022 - Pencarian Murid Pintar & Berbakat. Program ini mengenalpasti seramai mungkin pelajar-pelajar pintar intelek semulajadi di Malaysia melalui beberapa siri ujian untuk membolehkan pelajar-pelajar pintar ini dicungkil dan dikembangkan bakat akademik melalui program-program yang ditawarkan oleh pusat ini. Terdapat pelajar pintar intelek semulajadi ini, yang tidak mencapai kejayaaan cemerlang dalam akademik di sekolah. Justeru, semua pelajar perlu diberi peluang untuk menyertai ujian asas iaitu Ujian UKM1 yang diadakan secara dalam talian (online) bermula 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian UKM1 boleh diakses melalui pautan berikut: ukm1.permatapintar.ukm.my/

Terdapat juga pelajar yang semakin meningkat pencapaian dalam ujian ini setiap tahun mengikut kematangan berfikir mereka, walaupun pada tahun-tahun sebelumnya tidak terpilih ke ujian peringkat seterusnya iaitu UKM2 atau tidak terpilih ke program-program yang disediakan. Dengan itu, pelajar-pelajar jangan berputus-asa untuk menyertai ujian ini.

Ujian UKM2 adalah merupakan ujian saringan peringkat kedua dijalankan secara terkawal di pusat-pusat ujian yang ditetapkan mulai Julai hingga September. Pelajar yang lulus kedua-dua ujian ini akan ditawarkan untuk mengambil bahagian dalam program-program berikut:

1) Program Perkemahan Cuti Sekolah (PPCS) GENIUS@Pintar Negara di UKM (murid berusia 9 – 15 tahun),
a. Calon-calon yang terpilih akan ditawarkan untuk mengambil ujian pencarian bakat UKM2 untuk saringan kedua yang akan berlangsung secara terkawal di pusat-pusat ujian seluruh negara antara bulan Julai – Sept 2021.
b. Hanya calon yang lulus ujian UKM2 dengan cemerlang akan ditawarkan mengikuti PPCS sesi Nov – Dis tahun berkenaan.
c. Calon-calon yang disenarai-pendekkan untuk PPCS akan diberitahu samada melalui laman web surat, emel atau telefon. Oleh itu calon wajib memberikan butiran yang tepat dan terkini semasa mengisi borang ujian UKM1. Jika terdapat maklumat yang diragui, maka walaupun calon adalah layak, tetap tidak ditawarkan kerana tidak jujur dan bertanggungjawab.

2) Program GENIUS@Insan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) (murid beragama Islam berusia 8 tahun sahaja),
a. Sekiranya calon berjaya dalam ujian UKM1, calon perlu mengambil ujian UKM2 dan dan jika lulus, perlu menduduki ujian USIM-1 pula.
b. Keputusan ujian USIM-1 akan menentukan samada calon layak ditawarkan menyertai program GENIUS@Insan.

3) Kolej GENIUS@Pintar, UKM (pelajar usia 11- 12 tahun pada tahun ujian diambil perlu menduduki ujian UKM3 semasa PPCS dilaksanakan).

SIJIL PENYERTAAN
1. Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan akan dikeluarkan kepada murid yang berjaya mencapai skor minima ujian.
2. Penerimaan sijil penyertaan tidak melayakkan murid secara langsung ke ujian saringan kedua. Hanya murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan menduduki ujian UKM2.
3. Sila pastikan maklumat diri dan kod sekolah adalah betul sebelum mencetak sijil penyertaan di pautan pelajar.permatapintar.ukm.my/ .

KEPUTUSAN UJIAN
1. Tarikh semakan akan dimaklumkan dari masa ke masa.
2. Semakan kelayakan menduduki ujian UKM2 boleh dibuat melalui laman semak.permatapintar.ukm.my/ mulai.
3. Sila pastikan nombor telefon dan emel yang didaftarkan adalah betul. Maklumat boleh dikemaskini di pautan pelajar.permatapintar.ukm.my/

3 years ago | [YT] | 0

mknace unlimited

Selamat Tahun Baru Cina 2022 kepada semua pengunjung blog khususnya yang berbangsa cina.

3 years ago | [YT] | 0