@zairitvofficial
STORY.HISTORY.NEWS.INFORMATION.
PARADE.OPENDAY.CARNIVAL.SHORTS.
SHOW YOUR SUPPORT BY PRESSING THE SUBSCRIBE BUTTON & THE BELL BUTTON, THANK YOU.
Make sure to share this video with your friends!
The massive Thanks to everyone for watching and all of your support!
🔔 SUBSCRIBE TO US ► @zairitvofficial
Please keep the comments section respectful. Any spam, insults or troll will be deleted.
.
Thanks for watching & Subscribe.
ZAIRITV.
KEN HONG DARI PASUKAN F | PERTARUH NYAWA MENANGKAP CHONG CHOR PKM
🔴https://youtu.be/Di3B-hNbd_U?si=rNLrT...
1 day ago (edited) | [YT] | 7
View 0 replies
ZAIRITV.
Dulu netizen dia kata kita barua British..skarang diorang plk jadi barua us😂
2 days ago | [YT] | 175
View 37 replies
ZAIRITV.
Cadangan bangunkan UAS perkukuh ekosistem aeroangkasa negara - Mohamed Khaled
KUALA LUMPUR: Cadangan membangunkan Sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) kebangsaan bertujuan memperkasakan keupayaan dron tempur di samping memperkukuh ekosistem aeroangkasa negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pembangunan sistem berkenaan akan dilaksanakan dengan memanfaatkan kepakaran tempatan, teknologi luar serta kerjasama dengan negara sahabat.
Saya turut berkongsi dalam pertemuan bersama Duta Besar Iran semalam, terdapat kesediaan negara tersebut meneroka kerjasama teknologi dalam bidang sistem tanpa pemandu yang boleh dimanfaatkan bagi mempercepat pembangunan keupayaan strategik negara.
“Usaha ini selari dengan Dasar Industri Pertahanan Negara (DIPN) untuk mengurangkan kebergantungan luar, membangunkan R&D (penyelidikan dan pembangunan) tempatan, memperluas pemindahan teknologi dan memperkukuh keupayaan pertahanan kendiri negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook, pada Selasa.
Beliau berkata, Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pengguna teknologi dan sudah tiba masanya membangun, memiliki dan menginovasi keupayaan pertahanan sendiri.
Terdahulu, Mohamed Khaled menerima kunjungan delegasi Universiti Teknologi Malaysia (UTM) diketuai Timbalan Naib Canselor Prof Dr Ali Selamat, yang turut menyampaikan taklimat mengenai cadangan UAS.
-- BERNAMA
3 days ago | [YT] | 53
View 0 replies
ZAIRITV.
Kuala Lumpur: Kumpulan ulat foto diberi amaran supaya berhenti menjalankan kegiatan itu di ibu negara khususnya sekitar kawasan tumpuan pelancong berikutan pelbagai isu tidak sihat membabitkan mereka.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan secara berterusan di lokas tumpuan bagi membanteras kegiatan itu daripada terus berleluasa.
"Kegiatan ini dari sudut undang-undang jenayah tiada peruntukan khusus, namun melibatkan kesalahan di bawah undang-undang pelesenan pihak berkuasa tempatan.
"Justeru, kami sentiasa bekerjasama dengan DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan agensi lain bagi membanteras kegiatan ini.
"Pihak polis memberi amaran keras kepada semua ulat foto supaya menghentikan aktiviti ini kerana operasi akan dijalankan secara berterusan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini, hari ini.
Terdahulu Sazalee membuat sidang media berhubung 25 lagi ulat foto yang ditahan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini, malam semalam.
Sazalee berkata, kesemua tangkapan terdiri daripada 23 lelaki dan seorang wanita tempatan serta seorang lelaki Filipina berusia lingkungan 16 hingga 48 tahun.
Katanya, kesemua individu terbabit direman tiga hari bagi membantu siasatan termasuk semakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membabitkan ketulenan kad pengenalan, MyKad suspek.
Mengulas lanjut beliau berkata, kumpulan itu bergerak secara sebuah kumpulan di mana majoritinya berasal daripada Sabah dan menyasarkan pelancong serta pengunjung terutama di sekitar Pintasan Saloma dan KLCC.
"Mereka tidak mempunyai pekerjaan lain dan menjadikan aktiviti mengambil gambar di kawasan strategik sebagai sumber pendapatan.
"Kumpulan ini dipercayai tidak mempunyai ketua, sebaliknya bergerak secara bebas menggunakan cara masing-masing untuk menarik pelanggan," katanya.
Menurutnya, kegiatan ulat foto yang gemar memaksa pengunjung memburukkan imej ibu negara sebagai destinasi pelancong malah menimbulkan unsur gansterisme dan menggangu ketenteraman awam
Katanya, kesemua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 148/324 Kanun Keseksaan dan turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Terdahulu Harian Metro melaporkan, 18 ulat foto ditahan pada 22 Mac kerana disyaki membelasah dua lelaki selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.
Sazalee dilapor berkata kejadian berlaku kira-kira 9 malam sebelum 18 individu termasuk seorang remaja 17 tahun diberkas di perkarangan KLCC tidak lama kemudian.
Katanya, dua individu yang dikenalpasti terbabit secara langsung dengan insiden itu sudah dituduh namun tidak mengaku salah lalu diberi jamim RM3,000 seorang oleh mahkamah di sini, hari ini.
Mengulas mengenai isu penahanan semula tiga ulat foto berhbung isu kewarganegaraan, beliau menjelaskan individu terbabit memiliki MyKad dan tangkapan dibuat selepas pengesahan dijalankan JPN mendapati dokumen itu palsu.
Kredit : harian metro
#ulatfotoklcc #PDRM #dbkl #zairitv
2 weeks ago | [YT] | 161
View 21 replies
ZAIRITV.
Iran dilaporkan telah mengerahkan lebih sejuta anggota tenteranya sebagai langkah berjaga-jaga bagi menghadapi kemungkinan serangan darat oleh Amerika Syarikat serta sekutunya.
Tindakan mobilisasi berskala besar ini, menurut laporan media antarabangsa, mencerminkan tahap kesiapsiagaan tinggi Tehran dalam berdepan sebarang ancaman ketenteraan.
Pada masa sama, ia turut menunjukkan usaha berterusan Iran untuk memperkukuh sistem pertahanan negara ketika ketegangan di rantau Asia Barat semakin meningkat.
Situasi ini menggambarkan bahawa Iran tidak memandang ringan sebarang potensi konflik, sebaliknya bersedia mengambil langkah proaktif demi memastikan keselamatan dan kedaulatan negara terus terpelihara daripada sebarang bentuk pencerobohan luar.
Kredit : Sinaran Harian
2 weeks ago | [YT] | 307
View 7 replies
ZAIRITV.
Semoga tidak terjadi pep3r4ngan.
Senator Robin Padilla menggesa Presiden Ferdinand Marcos Jr. agar menghidupkan semula tuntutan Filipina terhadap Sabah dengan alasan wilayah itu mempunyai sumber minyak yang kaya ketika negara tersebut sedang berdepan isu tenaga.
Dalam kenyataan terbarunya, beliau berkata sekarang adalah masa yang sesuai untuk Filipina menegaskan hak mereka ke atas wilayah tersebut, malah mencadangkan supaya pegawai Pengawal Pantai Filipina bersama pasukannya dihantar bagi menunjukkan kehadiran Filipina secara jelas dalam menguatkan tuntutan itu.
Sabah yang terletak di Pulau Borneo kini ditadbir oleh Malaysia, namun masih menjadi sebahagian daripada tuntutan lama Filipina yang berpunca daripada perjanjian sejarah melibatkan Kesultanan Sulu.
Desakan ini muncul ketika Filipina berdepan kenaikan harga bahan api dan ketidaktentuan bekalan tenaga. Sebelum ini, kerajaan Filipina turut mengisytiharkan darurat tenaga negara dan mengambil langkah bagi melindungi pekerjaan, bekalan makanan, sektor pengangkutan serta industri penting daripada kesan gangguan tenaga global.
Cadangan ini sekali lagi menjadikan isu Sabah kembali menjadi perhatian, khususnya dari sudut keselamatan tenaga jangka panjang Filipina, di samping menimbulkan persoalan berkaitan diplomasi dan kestabilan rantau Asia Tenggara.
2 weeks ago | [YT] | 75
View 33 replies
ZAIRITV.
PESAWAT AS DITEMB@K JATUH DI IRAQ
🔴https://youtu.be/b2W2PGMsF4Y?si=SoJwA...
1 month ago (edited) | [YT] | 20
View 0 replies
ZAIRITV.
Pelancar peluru berpandu THAAD berharga 300 juta dollar milik US di Jordan ini dilaporkan dimusnahkan oleh dron Iran berharga hanya 20 ribu dollar.
Di awal peperangan, radar berharga 1 billion dollar berjaya dimusnahkan juga oleh dron berharga puluh ribu.
Walaupun beberapa dron diperlukan untuk musnahkan aset-aset ini, kosnya masih tak lebih dari 1 juta dollar.
Di Israhell pula, kemusnahan paling besar adalah reaktor nuklear mereka.
Dari segi nyawa, Israhell kematian 11 saintis nuklear mereka, 6 jeneral, 198 pegawai tentera nuklear, 462 askar dan 32 ejen Moss@d dalam tempoh tiga hari pertama.
Dari mana maklumat ini datang? Dari gambar satelit dan sumber perisikan yang dibekalkan Russia.
1 month ago | [YT] | 163
View 6 replies
ZAIRITV.
1. Malaysia secara rasmi telah membatalkan rancangan untuk memperoleh armada pesawat pejuang F/A-18 C/D Hornet terpakai dari Kuwait.
2. Keputusan itu disahkan oleh Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari di Dewan Rakyat pada 26 Februari 2026, susulan mesyuarat Kabinet rasmi pada 6 Februari 2026.
3. Sebab Utama Pembatalan keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian teknikal yang dijalankan oleh pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada penghujung 2025.
4. Risiko Logistik: Kebimbangan mengenai penyelenggaraan jangka panjang dan kekurangan susunan sokongan yang dijamin di luar kawalan Malaysia.
1 month ago (edited) | [YT] | 283
View 34 replies
ZAIRITV.
Assalamualaikum…Alhamdulillah besok dah start puasa,selamat berpuasa kepada semua sahabat2..jangan lupa niat puasa😀
1 month ago | [YT] | 125
View 1 reply
Load more