Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang dah lama tak dengar berita dari si Ammar ni kan? Biasalah, sekarang sedang melanjutkan pelajaran, kena biasakan diri dahulu dengan kehidupan alam pembelajaran. Terlebih dahulu, tak terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat!
Sekadar makluman, video tahunan EDTP Gemas - JB terpaksa ditunda ke 13 April (Ahad) ini pada waktu yang sama, 9:00 pagi. Ini untuk beri laluan kepada video live khas Open House JNK pada pagi esok.
Jadi, nantikan video live tersebut, kita jumpa di sana!
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baharu kepada anda semua yang sedang membaca siaran ini!
Bersempena dengan Tahun Baharu 2025 ini, saya asalnya rancang untuk buat live Borak Santai Keretapi. Tetapi, oleh sebab kekangan kerja lain yang tak dapat dielakkan, BSK terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, dan digantikan dengan video baharu yang saya terbitkan di bawah ini.
Monorel KL adalah satu-satunya perkhidmatan kereta api di negara kita yang menggunakan tayar untuk bergerak. Ya, tayar getah. Berbeza dengan kereta api biasa yang menggunakan roda besi.
Next Borak Santak Keretapi pada malam esok (26 Mei 2024) jam 9:00 malam, kita akan fokuskan kepada perkhidmatan Laluan Monorel KL yang merupakan satu-satunya sistem monorel yang beroperasi di negara kita.
Terima kasihlah kepada seorang hamba Allah yang menegur kesilapan pada bukan satu, tapi tiga titik penting dalam video yang baru diterbitkan pada pukul 8 malam tadi 😅
Sekarang video tersebut dah diperbetulkan, dikemas, dan diterbitkan semula. Bak kata pepatah yang selalu digunakan oleh KTM Berhad dan Rapid KL, "Kami memohon maaf atas segala kesulitan" 🙇♂️
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang sedang melayari YouTube. Ada tiga perkara yang ingin dikhabarkan:
Pertama sekali, maaf atas tempoh yang lama saya menyepi di sini dengan tiada video baharu kerana minggu kebelakangan ini sibuk dengan Projek Akhir (seperti dalam gambar pertama). Sekarang dah siap semuanya, jangkakan video baharu akan datang dalam masa seminggu atau dua.
Kedua, sepanjang tempoh tersebut, saya perhatikan banyak masuk komen-komen yang mana bernada menyindir kereta api di negara kita ini (contohnya seperti pada gambar kedua dan ketiga). Walaupun begitu, orang selalu kata, "Nak marah, tapi kena sabar 😌". Yalah, sebab mereka tidak faham mengenai sistem perkeretapian, nak buat macam mana, kan?
Jadi, saya balas semua komen tersebut dengan berkata, "Belajarlah mengenai sistem perkeretapian." Kamu mahu belajar, itu tambah nilai kepada kamu. Kamu tak mahu belajar, tak mengapa, tapi jangan binasakan diri kamu dengan memperlekehkan sesuatu yang kamu tidak tahu pun mengenai hal itu. Itu saja.
Ketiga, untuk menghidupkan semula saluran ini, kita berbual dalam segmen "Borak Santai Keretapi" yang dah terlalu lama ditinggalkan dengan sepi. Secara langsung pada 20 Jun (Selasa) ini, pada jam 9:00 malam. Kita berdiskusi di situ tentang perkara yang telah, sedang, dan akan berlaku dalam dunia perkeretapian di negara kita dan seluruh dunia amnya.
Sekian untuk makluman di komuniti saluran saya. Terima kasih 😁✌🏻
Muhammad Ammar Anuar

Yang dah 3 bulan lebih tak buat video,
Si Ammar.
9 months ago | [YT] | 11
View 0 replies
Muhammad Ammar Anuar
Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baharu kepada anda semua yang sedang membaca siaran ini!
Bersempena dengan Tahun Baharu 2025 ini, saya asalnya rancang untuk buat live Borak Santai Keretapi. Tetapi, oleh sebab kekangan kerja lain yang tak dapat dielakkan, BSK terpaksa ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, dan digantikan dengan video baharu yang saya terbitkan di bawah ini.
Boleh tonton kepada anda yang belum tonton lagi.
1 year ago (edited) | [YT] | 4
View 0 replies
Muhammad Ammar Anuar
Monorel KL adalah satu-satunya perkhidmatan kereta api di negara kita yang menggunakan tayar untuk bergerak. Ya, tayar getah. Berbeza dengan kereta api biasa yang menggunakan roda besi.
Next Borak Santak Keretapi pada malam esok (26 Mei 2024) jam 9:00 malam, kita akan fokuskan kepada perkhidmatan Laluan Monorel KL yang merupakan satu-satunya sistem monorel yang beroperasi di negara kita.
1 year ago | [YT] | 15
View 2 replies
Muhammad Ammar Anuar
Terima kasihlah kepada seorang hamba Allah yang menegur kesilapan pada bukan satu, tapi tiga titik penting dalam video yang baru diterbitkan pada pukul 8 malam tadi 😅
Sekarang video tersebut dah diperbetulkan, dikemas, dan diterbitkan semula. Bak kata pepatah yang selalu digunakan oleh KTM Berhad dan Rapid KL, "Kami memohon maaf atas segala kesulitan" 🙇♂️
1 year ago (edited) | [YT] | 9
View 0 replies
Muhammad Ammar Anuar
Stesen baharu Segamat yang pada awalnya akan dibuka pada 14 Mei ini, kini ditangguhkan lagi. Stesen tersebut akan dibuka dalam masa terdekat.
Kita tunggu dan lihat saja...
1 year ago | [YT] | 27
View 7 replies
Muhammad Ammar Anuar
Baru 2 hari selepas KTMB membuat pengumuman ini, KTMB tarik balik gambar ini dari semua platform media sosial.
Jadi, jom kita Borak Santai Keretapi pasal ni, dan beberapa topik yang lain kalau ada, pada esok malam (6 Mei, 9:00 malam).
1 year ago | [YT] | 15
View 0 replies
Muhammad Ammar Anuar
Post dari KTMB ini pada hari ini menjadi tular dengan sangat pantas.
Sekiranya tiada halangan mendatang, perkhidmatan ETS akan dilanjutkan sehingga stesen baharu Segamat bermula 1 Julai ini. Kita nantikannya...
1 year ago | [YT] | 28
View 5 replies
Muhammad Ammar Anuar
Borak Santai Keretapi kembali lagi!
Kali ini kita tanya khabar EDTP dan hal-hal kereta api yang lain. Juga sedikit update mengenai pekerjaan saya di KL Monorail.
5 Mac 2024 jam 9 malam.
youtube.com/live/6LGbiuahTCI
1 year ago | [YT] | 8
View 0 replies
Muhammad Ammar Anuar
Salah satu sistem utama dalam bidang perkeretapian adalah sistem kunci kait, atau interlocking dalam bahasa Inggeris.
Apakah itu kunci kait?
Kita hurai dalam BSK malam ni 😁
2 years ago | [YT] | 6
View 0 replies
Muhammad Ammar Anuar
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang sedang melayari YouTube. Ada tiga perkara yang ingin dikhabarkan:
Pertama sekali, maaf atas tempoh yang lama saya menyepi di sini dengan tiada video baharu kerana minggu kebelakangan ini sibuk dengan Projek Akhir (seperti dalam gambar pertama). Sekarang dah siap semuanya, jangkakan video baharu akan datang dalam masa seminggu atau dua.
Kedua, sepanjang tempoh tersebut, saya perhatikan banyak masuk komen-komen yang mana bernada menyindir kereta api di negara kita ini (contohnya seperti pada gambar kedua dan ketiga). Walaupun begitu, orang selalu kata, "Nak marah, tapi kena sabar 😌". Yalah, sebab mereka tidak faham mengenai sistem perkeretapian, nak buat macam mana, kan?
Jadi, saya balas semua komen tersebut dengan berkata, "Belajarlah mengenai sistem perkeretapian." Kamu mahu belajar, itu tambah nilai kepada kamu. Kamu tak mahu belajar, tak mengapa, tapi jangan binasakan diri kamu dengan memperlekehkan sesuatu yang kamu tidak tahu pun mengenai hal itu. Itu saja.
Ketiga, untuk menghidupkan semula saluran ini, kita berbual dalam segmen "Borak Santai Keretapi" yang dah terlalu lama ditinggalkan dengan sepi. Secara langsung pada 20 Jun (Selasa) ini, pada jam 9:00 malam. Kita berdiskusi di situ tentang perkara yang telah, sedang, dan akan berlaku dalam dunia perkeretapian di negara kita dan seluruh dunia amnya.
Sekian untuk makluman di komuniti saluran saya. Terima kasih 😁✌🏻
2 years ago | [YT] | 26
View 18 replies
Load more