🤔 Pernah terfikir sama ada bacaan dalam solat kita betul? 🤔 Rasa solat kurang khusyuk dan seperti dilakukan secara rutin? 🤔 Tak pasti pergerakan solat kita menepati sunnah atau tidak?
Pagi indah sirnanya terang
Dirimu Hawa seindah mutiara
Tidak hanya cantik dipandang
Namun nurani lebih permata
Tiada tandingan, tiada harga!
-----
BAKAL BERGEMA 3 HARI LAGI! ⏳
JEMPUT HADIR KE KULIAH DHUHA 🤲
📝 Tajuk :
"DUHAI WANITA: DIRIMU AMAT BERHARGA "
📍Bersama Penceramah:
USTAZAH MUZAYYANAH ABDULLAH
&
USTAZAH ASMA' HARUN
⏰ : 9.00 PAGI SEHINGGA 11.00 PAGI
🗓 : 10 NOVEMBER 2024 (AHAD)
🕌 PUSAT ISLAM, PERKAMPUNGAN AL-HIJRAH, LOT 1131 JALAN LENGGENG-PANTAI, 71700 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Ajaklah keluarga dan sahabat handai untuk bersama-sama mencapai kebaikan di kuliah Dhuha ini. Semoga setiap langkah kita dilimpahi dengan keberkatan! Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat mengimarahkan lagi majlis ilmu kita, taman Syurga dunia.
Terima kasih 🌸☺
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.🌹
Al-Quran adalah satu-satunya mukjizat yang kekal sehingga ke hari akhirat. Berbanding mukjizat-mukjizat lain yang bersifat sementara waktu sahaja.
Firman Allah SWT:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Baqarah: ayat 2)
Contoh mukjizat lain bagi Nabi Muhammad adalah bulan yang terbelah, keluarnya air daripada celah-celah jarinya dan sebagainya hanya tertumpu pada waktu itu sahaja. Berbeza dengan mukjizat al-Quran, ia paling agung dan kekal.
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
1- Dari Luh Mahfuz ke Baittul Izzah di langgit dunai (sekaligus 30 juzu)
2- Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan selama 23 tahun.
Nabi Muhammad SAW menyebutkan bahawa jika seseorang itu berpegang al-Quran dan sunnah baginda, maka dia tidak akan sesat selama-lamanya.
تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (HR Malik, hadis sahih)
4 KEISTIMEWAAN AL-QURAN KEPADA PEMBACANYA
1. PUASA DAN AL-QURAN AKAN MEMBERI SYAFAAT
Nabi Muhammad SAW bersabda:
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
Maksudnya: “Puasa dan al-Quran kelak pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata, Duhai Rabb, aku telah menahannya dari makanan dan nafsu syahwat di siang hari, maka izinkahlah aku memberi syafaat kepadanya. Dan al-Quran berkata, aku telah menahannya dari tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Beliau melanjutkan sabdanya: maka mereka berdua (puasa dan al-Quran) pun akhirnya memberi syafaat kepadanya.” (HR Ahmad, hadis hasan)
Di dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Maksudnya: “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.” (HR Muslim, hadis sahih)
2. MENDAPAT SEPULUH KEBAIKAN
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. (HR al-Tirmizi, hadis hasan sahih)
3. TETAP MENDAPAT GANJARAN PAHALA WALAUPUN TIDAK LANCAR
Daripada `Aisyah r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
Maksudnya: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.” (HR Muslim, hadis sahih)
4. SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA
Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. (HR Bukhari, hadis sahih)
Semoga bermanfaat buat ummah.
Asma' binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Rasa dah lama tak bertemu orang SEREMBAN ni.. JOM KAMI NAK JEMPUT SERAMAINYA HADIR KE KULIAH DHUHA PERDANA, HARI SABTU INI 😃👇🏻
"AMALAN MENDAPAT LAILATUL QADAR" Tajuk menarik ini bakal dikupas bersama dengan saya dan tetamu istimewa USTAZ HASLIN BAHARIN (BOLLYWOOD)
serta moderator encik suami, ENCIK TENGKU FAZLI BIN TENGKU YAHYA.
Buat yang berhajat untuk bertemu di bulan Ramadhan yang mulia ini, jemput datang ya.. Kita saling berukhwah kerana Allah 🥰
Setkan terus ya hujung minggu ini, jemput seisi keluarga dan jiran tetangga untuk hadir. Saya menanti semua 😃
📍BUTIRAN KULIAH DHUHA PERDANA :
⏰ 9.30 pagi
🗓 23 MAC 2024 (SABTU)
🕌 MEDAN ILMU, SURAU SAIDATINA ASMA', BANDAR PRIMA SENAWANG, NEGERI SEMBILAN.
📍Terbuka dan PERCUMA buat semua Muslimin dan Muslimat
📍 Sebarang pertanyaan boleh hubungi : www.wasap.my/60103187409/kuliahdhuha
📍Mohon isi borang pendaftaran (ada di ruang komen)
Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat mengimarahkan lagi majlis ilmu kita, taman Syurga dunia.
Terima kasih 🌸☺️
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA JARIAH. 🌹
#UAHSahabatDuniaAkhirat
AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN, BULAN YANG PENUH KEBERKATAN 🌙 AKHIRNYA KITA BERTEMU JUA 🤲🏻
Selamat berpuasa semua, akhirnya penantian kita selama ini berakhir jua. Bulan Ramadan yang penuh rahmat dan barakah hampir hadir. Maka, bergembiralah jiwa para mukmin yang merindukan bulan ini dan telah membuat persiapan yang terbaik untuk menghidupkannya.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu." (HR al-Bukhari, hadis sahih)
🔸BOLEH KE NIAT PUASA SEBULAN TERUS?
Niat adalah perkara yang WAJIB sebelum melakukan sesuatu ibadah. Ia merupakan nilai bagi sesuatu ibadah sama ada baik niatnya atau sebaliknya. Nabi Muhammad SAW berpesan kepada kita:
نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. (HR al-Thabrani)
Bahkan disebutkan dalam hadis yang masyhur:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. (HR Bukhari, hadis sahih)
Jelas hadis di atas mengajarkan kepada kita tentang niat WAJIB dilakukan bagi memulakan dan melakukan sesuatu ibadah.
Terdapat perbezaan pendapat antara Jumhur Ulama' dan Mazhab Maliki:
1. Menurut pandangan Mazhab Syafie: Niat puasa WAJIB dilakukan pada setiap malam sehingga sebelum terbit fajar.
Tidak sah jika diniatkan puasa sebulan. Jika diniatkan puasa sebulan penuh pada malam pertama Ramadhan, niat itu hanya sah dikira untuk puasa bagi hari pertama sahaja menurut ulama mazhab Syafie, tidak dikira untuk malam yang lain.
Namun menurut Sheikh Dr Hisham Kamil merupakan pengarang kitab Imta’ al-Najib mengatakan syarat niat itu terbahagi kepada 3 perkara:
1. Al-Tabyiit (التبييت): Iaitu menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat).
2. Al-Ta’yiin (التعيين): Iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.
3. Al-Tikrar (التكرار): Iaitu pengulangan niat setiap hari daripada hari-hari Ramadan, kerana ianya adalah Ibadah (مستقلة) tersendiri dan tidak berkait antara hari sebelumnya atau selepasnya.
Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Hafsah r,a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
Maksudnya: "Dan diwajibkan niat pada setiap malam, kerana puasa dari hari ke hari sepanjang Ramadan merupakan ibadah yang terpisah.
Cuba perhatikan, bukankah puasa Ramadan sebulan tidak menjadi rosak hanya kerana terbatal sehari? Sekiranya ada seseorang yang memasang niat puasa sebulan penuh di awal Ramadan, maka puasanya hanya sah di hari pertama. Demikian adalah pendapat daripada mazhab Syafie."
Namun disebutkan dalam Kitab at Taqrirat as Sadidah bahawasanya untuk niat puasa sebulan tidak memadai dan ini pendapat yang Muktamad.
Akan tetapi SUNAT dan ia mempunyai faedah yang begitu besar. Antaranya ialah:
- Mendapat pahala puasa 30 hari sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan belum habis Ramadan lagi. Ini kerana niatnya pada permulaan Ramadan telah dicatat.
2. Manakala pendapat kedua iaitu daripada Mazhab Maliki dan Imam Zufar mengatakan boleh berpuasa dengan niat sebulan terus iaitu pada malam pertama bagi keseluruhan sebulan puasa Ramadan.
Disebutkan dalam Al-khulasah al-Fiqhiyyah Mazhab Maliki:
Maksudnya: "Dan cukuplah niat sekali untuk puasa yang wajib berturutan seperti puasa Ramadan."
Maka pendapat ini mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.
Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."
Wallahu a’lam
🔸 KESIMPULAN
1. Pendapat yang muktamad dalam Mazhab Syafie mengatakan WAJIB niat puasa setiap malam kerana ia merupakan ibadah yang tersendiri dan tidak berkait antara hari sebelumnya atau selepasnya.
2. Namun dibenarkan oleh sebahagian Mazhab Syafie untuk bertaqlid (mengikut) Mazhab Maliki dalam berniat puasa sebulan sebagai langkah berjaga-jaga.
3. Menurut Mazhab Maliki niat hanya sekali sahaja sudah memadai untuk ibadah puasa Ramadan keseluruhannya.
🔸 RUJUKAN
1. Kitab At Taqrirat Sadidah Karangan Habib Hassan Al Khaff.
2. Imta’ An Najib Syarah Ghayah Ta’rib Karangan Sheikh Dr Hisham Kamil.
3. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan #74: Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat 30 Hari Sekaligus?
4. Kitab Kifayatul Akhyar Karangan Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Al-Husaini.
REBUT PELUANG melalui Infaq dan Waqaf Jariah melalui gerakan Media Dakwah UAH. Semoga setiap sumbangan mengalir pahalanya berpanjangan. toyyibpay.com/Dana-Penggerak-Media-UAH
SELAMAT BERJUANG DUHAI ANAK, KHUSUS BUAT CALON SPM 2023, MOGA IBU AYAH & ANAK TENANG 🤲🏻❤️
Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas.
Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.
Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah, agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.
Allahumma Ya Salam Ya Mu'min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.
Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.
Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.
Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.
Maksudnya: Rasulullah SAW mendoakan Ibnu Abbas dengan doa yang masyhur. "Ya Allah! Berikanlah kepadanya (Ibnu Abbas) kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.”
(HR Ahmad, hadis sahih)
Doa daripada Nabi SAW, menjadi amalan saya sendiri daripada zaman belajar sehingga kini :
“Ya Allah, berilah ilham kepadaku berupa petunjuk yang jelas dan lindungilah aku dari keburukan diriku.”
(HR Tirmizi, hadis hasan)
Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro'uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi hambaMu dan khalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.
JEMPUTAN KE MAJLIS ILMU TAUSIYAH DI HIJRAH ISLAMIC TAHFIZ SCHOOL (HITAS)
Ayuh sahabat, kita BERTEMU dalam Majlis Ilmu Tausiyah yang akan diadakan sebagaimana butiran di bawah:
🔰 Tarikh : 28 Januari 2024
🔰 Hari : Ahad
🔰 Masa : 9.30 - 10.45 pagi
🔰 Tempat : Hijrah Islamic Tahfiz School (HITAS), Pt 4129/4130, Plot 1 Jalan NSV 2/2, Nilai Spring Villa, Nilai 71800 Negeri Sembilan maps.app.goo.gl/QCyaHaySJd648vV77
Besar harapan saya agar sahabat semua dapat hadir mengimarahkan majlis ilmu ini dan melihat sendiri hasil sumbangan infaq yang diberikan sambil memeriahkan majlis di HITAS yang bakal beroperasi pada Mac 2024 tidak lama lagi.
Semoga kita direzekikan bertemu dan menjalin hubungan silaturrahim, InsyaAllah. 🤲🏻🌹
Ustazah Asma' Harun
✨ADAKAH SOLAT KITA SUDAH BENAR-BENAR SEMPURNA?✨
🤔 Pernah terfikir sama ada bacaan dalam solat kita betul?
🤔 Rasa solat kurang khusyuk dan seperti dilakukan secara rutin?
🤔 Tak pasti pergerakan solat kita menepati sunnah atau tidak?
✅ Inilah peluang anda! Sertai Seminar Praktikal Solat Sempurna
📌 Daftar sekarang! Tempat adalah terhad!
bit.ly/PraktikalSolat
📞 hubungi hotline untuk sebarang pertanyaan lanjut
wasap.my/601156865057/PraktikalSolatSempurna
🌟 Jangan lepaskan peluang untuk meningkatkan kefahaman dan kesempurnaan solat anda. Daftar segera! 🌟
1 year ago | [YT] | 88
View 3 replies
Ustazah Asma' Harun
Pagi indah sirnanya terang
Dirimu Hawa seindah mutiara
Tidak hanya cantik dipandang
Namun nurani lebih permata
Tiada tandingan, tiada harga!
-----
BAKAL BERGEMA 3 HARI LAGI! ⏳
JEMPUT HADIR KE KULIAH DHUHA 🤲
📝 Tajuk :
"DUHAI WANITA: DIRIMU AMAT BERHARGA "
📍Bersama Penceramah:
USTAZAH MUZAYYANAH ABDULLAH
&
USTAZAH ASMA' HARUN
⏰ : 9.00 PAGI SEHINGGA 11.00 PAGI
🗓 : 10 NOVEMBER 2024 (AHAD)
🕌 PUSAT ISLAM, PERKAMPUNGAN AL-HIJRAH, LOT 1131 JALAN LENGGENG-PANTAI, 71700 SEREMBAN NEGERI SEMBILAN
Terbuka kepada Muslimin dan Muslimat
📌 Isi borang pendaftaran di sini : forms.gle/sjhncV68LswMQkVe6
Ajaklah keluarga dan sahabat handai untuk bersama-sama mencapai kebaikan di kuliah Dhuha ini. Semoga setiap langkah kita dilimpahi dengan keberkatan! Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat mengimarahkan lagi majlis ilmu kita, taman Syurga dunia.
Terima kasih 🌸☺
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA.🌹
1 year ago | [YT] | 57
View 1 reply
Ustazah Asma' Harun
KORBAN/AKIKAH BERSAMA UAH DIBAWAH LADANG TERNAK UMMAH
Mari bersama-sama dalam melaksanakan ibadah korban/akikah tahun ini. Sila klik link di bawah :
daftar.ladangternakummah.com/Korban1445H
📍Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di talian :
www.wasap.my/601120887961/QurbanMalaysia
www.wasap.my/601120887962/QurbanLuarNegara
#UAHSahabatDuniaAkhirat #LadangTernakUmma
1 year ago | [YT] | 67
View 1 reply
Ustazah Asma' Harun
BENARKAH AL-QURAN DITURUNKAN SELAMA 23 TAHUN?
Al-Quran adalah satu-satunya mukjizat yang kekal sehingga ke hari akhirat. Berbanding mukjizat-mukjizat lain yang bersifat sementara waktu sahaja.
Firman Allah SWT:
ذَلِكَ الْكِتَابُ لاَ رَيْبَ فِيهِ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ
Maksudnya: “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya; ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” (Surah al-Baqarah: ayat 2)
Contoh mukjizat lain bagi Nabi Muhammad adalah bulan yang terbelah, keluarnya air daripada celah-celah jarinya dan sebagainya hanya tertumpu pada waktu itu sahaja. Berbeza dengan mukjizat al-Quran, ia paling agung dan kekal.
PERINGKAT PENURUNAN AL-QURAN
1- Dari Luh Mahfuz ke Baittul Izzah di langgit dunai (sekaligus 30 juzu)
2- Diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur mengikut suasana dan keperluan selama 23 tahun.
Nabi Muhammad SAW menyebutkan bahawa jika seseorang itu berpegang al-Quran dan sunnah baginda, maka dia tidak akan sesat selama-lamanya.
تَركْتُ فِيْكُمْ أَمْرَيْنِ، لَنْ تَضِلُّوْا مَا تَمَسَّكْتُمْ بِهِمَا: كِتَابَ اللَّهِ، وَسُنَّةَ نَبِيِّهِ
Maksudnya: “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara dan kamu tidak akan sesat selagimana kamu berpegang dengannya iaitu kitab Allah (al-Qur’an) dan sunnah Nabi-Nya (Sunnah Nabi SAW).” (HR Malik, hadis sahih)
4 KEISTIMEWAAN AL-QURAN KEPADA PEMBACANYA
1. PUASA DAN AL-QURAN AKAN MEMBERI SYAFAAT
Nabi Muhammad SAW bersabda:
الصِّيَامُ وَالْقُرْآنُ يَشْفَعَانِ لِلْعَبْدِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَقُولُ الصِّيَامُ أَيْ رَبِّ مَنَعْتُهُ الطَّعَامَ وَالشَّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ وَيَقُولُ الْقُرْآنُ مَنَعْتُهُ النَّوْمَ بِاللَّيْلِ فَشَفِّعْنِي فِيهِ قَالَ فَيُشَفَّعَانِ
Maksudnya: “Puasa dan al-Quran kelak pada hari kiamat akan memberi syafaat kepada seorang hamba. Puasa berkata, Duhai Rabb, aku telah menahannya dari makanan dan nafsu syahwat di siang hari, maka izinkahlah aku memberi syafaat kepadanya. Dan al-Quran berkata, aku telah menahannya dari tidur di malam hari, maka izinkanlah aku memberi syafaat kepadanya. Beliau melanjutkan sabdanya: maka mereka berdua (puasa dan al-Quran) pun akhirnya memberi syafaat kepadanya.” (HR Ahmad, hadis hasan)
Di dalam hadis lain yang diriwayatkan daripada Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi SAW bersabda:
اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ
Maksudnya: “Bacalah al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya.” (HR Muslim, hadis sahih)
2. MENDAPAT SEPULUH KEBAIKAN
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
مَن قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ ، وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا ، لَا أَقُوْلُ آلم حَرْفٌ ، وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيْمٌ حَرْفٌ
Maksudnya: “Barangsiapa yang membaca satu huruf di dalam al-Quran maka baginya satu kebaikan dan setiap kebaikan itu digandakan menjadi sepuluh kebaikan yang semisal dengannya. Aku tidak mengatakan “الم” satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Laam satu huruf dan Miim satu huruf”. (HR al-Tirmizi, hadis hasan sahih)
3. TETAP MENDAPAT GANJARAN PAHALA WALAUPUN TIDAK LANCAR
Daripada `Aisyah r.a., Rasulullah SAW pernah bersabda:
الْمَاهِرُ بِالْقُرْآنِ مَعَ السَّفَرَةِ الْكِرَامِ الْبَرَرَةِ وَالَّذِي يَقْرَأُ الْقُرْآنَ وَيَتَتَعْتَعُ فِيهِ وَهُوَ عَلَيْهِ شَاقٌّ لَهُ أَجْرَانِ
Maksudnya: “Seorang yang mahir dalam membaca al-Quran akan bersama para malaikat yang mulia dan sentiasa taat kepada Allah dan bagi yang membaca al-Quran namun tersangkut-sangkut dan berasa susah buatnya maka untuknya itu dua ganjaran.” (HR Muslim, hadis sahih)
4. SEBAIK-BAIK MANUSIA IALAH YANG BELAJAR AL-QURAN DAN MENGAJARKANNYA
Daripada Uthman bin Affan RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ القُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Maksudnya: “Sebaik-baik kamu adalah orang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya”. (HR Bukhari, hadis sahih)
Semoga bermanfaat buat ummah.
Asma' binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
1 year ago | [YT] | 242
View 6 replies
Ustazah Asma' Harun
Rasa dah lama tak bertemu orang SEREMBAN ni.. JOM KAMI NAK JEMPUT SERAMAINYA HADIR KE KULIAH DHUHA PERDANA, HARI SABTU INI 😃👇🏻
"AMALAN MENDAPAT LAILATUL QADAR" Tajuk menarik ini bakal dikupas bersama dengan saya dan tetamu istimewa USTAZ HASLIN BAHARIN (BOLLYWOOD)
serta moderator encik suami, ENCIK TENGKU FAZLI BIN TENGKU YAHYA.
Buat yang berhajat untuk bertemu di bulan Ramadhan yang mulia ini, jemput datang ya.. Kita saling berukhwah kerana Allah 🥰
Setkan terus ya hujung minggu ini, jemput seisi keluarga dan jiran tetangga untuk hadir. Saya menanti semua 😃
📍BUTIRAN KULIAH DHUHA PERDANA :
⏰ 9.30 pagi
🗓 23 MAC 2024 (SABTU)
🕌 MEDAN ILMU, SURAU SAIDATINA ASMA', BANDAR PRIMA SENAWANG, NEGERI SEMBILAN.
📍Terbuka dan PERCUMA buat semua Muslimin dan Muslimat
📍 Sebarang pertanyaan boleh hubungi : www.wasap.my/60103187409/kuliahdhuha
📍Mohon isi borang pendaftaran (ada di ruang komen)
Semoga kehadiran Tuan/Puan dapat mengimarahkan lagi majlis ilmu kita, taman Syurga dunia.
Terima kasih 🌸☺️
SILAKAN SHARE, KITA BERKONGSI KEBAIKAN DAN GANJARAN PAHALA JARIAH. 🌹
#UAHSahabatDuniaAkhirat
1 year ago | [YT] | 102
View 0 replies
Ustazah Asma' Harun
Nabi SAW beritahu ada 3 sebab PUASA BOLEH JADI TIADA PAHALA :
1)Berbohong
2)Berkata keji seperti mencaci, memaki dll
3)Melakukan maksiat.
Pasti di Akhirat amatlah disesali 😣
1 year ago | [YT] | 220
View 1 reply
Ustazah Asma' Harun
AHLAN WASAHLAN YA RAMADAN, BULAN YANG PENUH KEBERKATAN 🌙 AKHIRNYA KITA BERTEMU JUA 🤲🏻
Selamat berpuasa semua, akhirnya penantian kita selama ini berakhir jua. Bulan Ramadan yang penuh rahmat dan barakah hampir hadir. Maka, bergembiralah jiwa para mukmin yang merindukan bulan ini dan telah membuat persiapan yang terbaik untuk menghidupkannya.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: "Sesiapa yang menghidupkan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran serta keampunan, akan diampunkan buatnya dosa-dosa yang terdahulu." (HR al-Bukhari, hadis sahih)
🔸BOLEH KE NIAT PUASA SEBULAN TERUS?
Niat adalah perkara yang WAJIB sebelum melakukan sesuatu ibadah. Ia merupakan nilai bagi sesuatu ibadah sama ada baik niatnya atau sebaliknya. Nabi Muhammad SAW berpesan kepada kita:
نِيَّةُ الْمُؤْمِنِ خَيْرٌ مِنْ عَمَلِهِ
Maksudnya: “Niat seorang mukmin lebih baik daripada amalannya”. (HR al-Thabrani)
Bahkan disebutkan dalam hadis yang masyhur:
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ
Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”. (HR Bukhari, hadis sahih)
Jelas hadis di atas mengajarkan kepada kita tentang niat WAJIB dilakukan bagi memulakan dan melakukan sesuatu ibadah.
Terdapat perbezaan pendapat antara Jumhur Ulama' dan Mazhab Maliki:
1. Menurut pandangan Mazhab Syafie: Niat puasa WAJIB dilakukan pada setiap malam sehingga sebelum terbit fajar.
Tidak sah jika diniatkan puasa sebulan. Jika diniatkan puasa sebulan penuh pada malam pertama Ramadhan, niat itu hanya sah dikira untuk puasa bagi hari pertama sahaja menurut ulama mazhab Syafie, tidak dikira untuk malam yang lain.
Namun menurut Sheikh Dr Hisham Kamil merupakan pengarang kitab Imta’ al-Najib mengatakan syarat niat itu terbahagi kepada 3 perkara:
1. Al-Tabyiit (التبييت): Iaitu menetapkan niat pada malam hari. Waktunya adalah selepas tenggelamnya matahari sehinggalah terbitnya fajar sadiq (waktu bersahur juga masih dikira sebagai waktu untuk berniat).
2. Al-Ta’yiin (التعيين): Iaitu penentuan jenis puasa. Seseorang yang ingin berpuasa perlulah menentukan jenis puasanya sama ada ianya puasa Ramadhan, wajib (qadha’, kaffarah, nazar) ataupun sunat (Isnin-Khamis, hari Arafah, ‘Asyura dsb.). Tidak memadai dengan berniat secara mutlaq untuk berpuasa.
3. Al-Tikrar (التكرار): Iaitu pengulangan niat setiap hari daripada hari-hari Ramadan, kerana ianya adalah Ibadah (مستقلة) tersendiri dan tidak berkait antara hari sebelumnya atau selepasnya.
Dalam Hadis yang diriwayatkan oleh Saidatina Hafsah r,a., bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
مَنْ لَمْ يُبَيِّتِ الصِّيَامَ قَبْلَ الْفَجْرِ فَلاَ صِيَامَ لَهُ
Maksudnya: “Barangsiapa yang tidak menetapkan niat puasa (puasa wajib) sebelum daripada Fajar maka tiada puasa baginya.” (Sunan Al Nasaie)
Disebutkan dalam Kitab Kifayatul Akhyar yang dikarang oleh Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Al-Husaini:
وَتَجِبُ النَّيَّةِ لِكُلِّ لَيْلَةٍ لِأَنَّ كُلَّ يَوْمٍ عِبَادَةٌ مُسْتَقِلَّهُ أَلَا تَرَى أَنَّهُ لَا يُفْسِدُ بَقِيَّةِ الْأَيَّامِ بِفَسَادٍ يَوْمٍ مِنْهُ. فَلَوْ نَوَى الشَهْرُ كُلَّهُ, صَح لَهُ الْيَوْمُ الأَوَّل عَلَى الْمَذْهَبِ
Maksudnya: "Dan diwajibkan niat pada setiap malam, kerana puasa dari hari ke hari sepanjang Ramadan merupakan ibadah yang terpisah.
Cuba perhatikan, bukankah puasa Ramadan sebulan tidak menjadi rosak hanya kerana terbatal sehari? Sekiranya ada seseorang yang memasang niat puasa sebulan penuh di awal Ramadan, maka puasanya hanya sah di hari pertama. Demikian adalah pendapat daripada mazhab Syafie."
Namun disebutkan dalam Kitab at Taqrirat as Sadidah bahawasanya untuk niat puasa sebulan tidak memadai dan ini pendapat yang Muktamad.
Akan tetapi SUNAT dan ia mempunyai faedah yang begitu besar. Antaranya ialah:
- Mendapat pahala puasa 30 hari sekiranya seseorang itu mati dalam keadaan belum habis Ramadan lagi. Ini kerana niatnya pada permulaan Ramadan telah dicatat.
2. Manakala pendapat kedua iaitu daripada Mazhab Maliki dan Imam Zufar mengatakan boleh berpuasa dengan niat sebulan terus iaitu pada malam pertama bagi keseluruhan sebulan puasa Ramadan.
Disebutkan dalam Al-khulasah al-Fiqhiyyah Mazhab Maliki:
وَتَكْفِي النَّيَّةِ الْوَاحِدَة لِكُلِّ صَوْمٍ يَجِبُ تَتَابُعِهِ كَرَمَضَانَ
Maksudnya: "Dan cukuplah niat sekali untuk puasa yang wajib berturutan seperti puasa Ramadan."
Maka pendapat ini mengatakan bahawa berpadalah bagi seseorang itu untuk berniat sekali sahaja iaitu dengan meniatkan sebulan berpuasa pada awal permulaan niat.
Lafaz niat puasa sebulan Ramadan:
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: "Sahaja aku berpuasa sebulan pada bulan Ramadan kerana Allah Taala."
Lafaz niat puasa harian bulan Ramadan:
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ شـَهْرِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Maksudnya: "Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadan tahun ini kerana Allah Taala."
Wallahu a’lam
🔸 KESIMPULAN
1. Pendapat yang muktamad dalam Mazhab Syafie mengatakan WAJIB niat puasa setiap malam kerana ia merupakan ibadah yang tersendiri dan tidak berkait antara hari sebelumnya atau selepasnya.
2. Namun dibenarkan oleh sebahagian Mazhab Syafie untuk bertaqlid (mengikut) Mazhab Maliki dalam berniat puasa sebulan sebagai langkah berjaga-jaga.
3. Menurut Mazhab Maliki niat hanya sekali sahaja sudah memadai untuk ibadah puasa Ramadan keseluruhannya.
🔸 RUJUKAN
1. Kitab At Taqrirat Sadidah Karangan Habib Hassan Al Khaff.
2. Imta’ An Najib Syarah Ghayah Ta’rib Karangan Sheikh Dr Hisham Kamil.
3. Laman Web Rasmi Mufti Wilayah Persekutuan #74: Niat Puasa Setiap Malam Atau Niat 30 Hari Sekaligus?
4. Kitab Kifayatul Akhyar Karangan Syeikh Taqiyuddin Abu Bakar bin Muhammad Al-Husaini.
2 years ago | [YT] | 631
View 8 replies
Ustazah Asma' Harun
REBUT PELUANG melalui Infaq dan Waqaf Jariah melalui gerakan Media Dakwah UAH. Semoga setiap sumbangan mengalir pahalanya berpanjangan. toyyibpay.com/Dana-Penggerak-Media-UAH
#UAHSahabatDuniaAkhirat
2 years ago | [YT] | 200
View 1 reply
Ustazah Asma' Harun
SELAMAT BERJUANG DUHAI ANAK, KHUSUS BUAT CALON SPM 2023, MOGA IBU AYAH & ANAK TENANG 🤲🏻❤️
Allahumma Ya Alim Ya Hakim Ya Roshid, sesungguhnya Engkaulah yg Maha Memiliki Ilmu, Maha Bijaksana dan Maha Cerdas.
Kurniakanlah kepada anak kami keberkatan dan kefahaman terhadap ilmu yang mereka pelajari, kebijaksanaan dalam menjawab setiap soalan dengan betul, dan kecerdasan dalam menyelesaikan kertas peperiksaan mengikut waktu yang ditetapkan.
Allahumma Ya Baasit Yang Maha Melapangkan, lapangkan dada anak-anak kami Ya Allah, agar mereka tenang ketika di dewan peperiksaan dan jelas ketika melihat soalan.
Allahumma Ya Salam Ya Mu'min, Yang Maha memberi keamanan dan kesejahteraan, berikanlah kesihatan yang sempurna dan keamanan sepanjang tempoh ini.
Allahumma Ya Mani' (Yang Maha Mencegah), cegahlah mereka daripada penyakit lupa, lalai, cuai, was-was, resah gelisah, lemah semangat dan ketakutan yang berlebihan.
Allahumma Ya Aziz Ya Qowiy Ya Matin,
Ya Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kuat dan Maha Teguh. Kurniakan kekuatan kepada jiwa, minda, mata telinga dan seluruh jasad mereka dalam mengharungi ujian dan cabaran peperiksaan ini.
Allahumma Ya Quddus Ya Jalil, Yang Maha Suci dan Maha Jernih, bersihkan dan jernihkan hati dan fikiran mereka daripada bisikan syaitan dan nafsu yang melemahkan semangat mereka.
DOA RASULULLAH SAW KEPADA IBNU ABBAS R.A.
Daripada Ibnu Abbas r.a., beliau berkata:
فَقَالَ: اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
Maksudnya: Rasulullah SAW mendoakan Ibnu Abbas dengan doa yang masyhur. "Ya Allah! Berikanlah kepadanya (Ibnu Abbas) kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.”
(HR Ahmad, hadis sahih)
Doa daripada Nabi SAW, menjadi amalan saya sendiri daripada zaman belajar sehingga kini :
اللَّهُمَّ أَلْهِمْني رُشْدِي ، وَأَعِذْنِي مِنْ شَرِّ نَفْسِي
“Ya Allah, berilah ilham kepadaku berupa petunjuk yang jelas dan lindungilah aku dari keburukan diriku.”
(HR Tirmizi, hadis hasan)
Ya Rahman Ya Rahim Ya Ro'uf Ya Karim, jadikan peperiksaan ini sebagai medan untuk mereka dan kami menjadi hambaMu dan khalifahMu di bumi, semoga dengan kecemerlangan peperiksaan ini membawa mereka dan kami lebih hampir kepadaMu.
Ameen Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan)
SELAMAT BERJUANG DUHAI ANAK
SILA SEBARKAN. MOGA BERMANFAAT
Asma' binti Harun
2 years ago | [YT] | 728
View 10 replies
Ustazah Asma' Harun
JEMPUTAN KE MAJLIS ILMU TAUSIYAH DI HIJRAH ISLAMIC TAHFIZ SCHOOL (HITAS)
Ayuh sahabat, kita BERTEMU dalam Majlis Ilmu Tausiyah yang akan diadakan sebagaimana butiran di bawah:
🔰 Tarikh : 28 Januari 2024
🔰 Hari : Ahad
🔰 Masa : 9.30 - 10.45 pagi
🔰 Tempat : Hijrah Islamic Tahfiz School (HITAS), Pt 4129/4130, Plot 1 Jalan NSV 2/2, Nilai Spring Villa, Nilai 71800 Negeri Sembilan
maps.app.goo.gl/QCyaHaySJd648vV77
Besar harapan saya agar sahabat semua dapat hadir mengimarahkan majlis ilmu ini dan melihat sendiri hasil sumbangan infaq yang diberikan sambil memeriahkan majlis di HITAS yang bakal beroperasi pada Mac 2024 tidak lama lagi.
Semoga kita direzekikan bertemu dan menjalin hubungan silaturrahim, InsyaAllah. 🤲🏻🌹
Jazakumullahu khairan kathiran
"Hijrah Tahfiz Demi Ummah"
#UAHSahabatDuniaAkhirat
2 years ago (edited) | [YT] | 281
View 5 replies
Load more