Di sini saya hanya berkongsi, berceloteh dan bersembang. Jadi, jangan kecik hati ya!


Syihabudin Ahmad

InsyaAllah saya akan bersama Puan Erma Fatima dan PU Riz di Perkampungan Sunnah Perlis.

6 months ago | [YT] | 922

Syihabudin Ahmad

Jumpa saya di Perkampungan Sunnah hujung minggu ini!

6 months ago | [YT] | 274

Syihabudin Ahmad

7 months ago | [YT] | 100

Syihabudin Ahmad

“Saya dah bersalin ustaz, kena mandi wajib ke? Tapi darah masih keluar…”

Soalan itu saya terima melalui WhatsApp, daripada seorang wanita yang baru beberapa hari melahirkan anak sulung.
Nada teksnya ringkas, tapi saya dapat rasa — dia betul-betul keliru dan takut silap.

Dalam kalangan orang awam, ramai yang diajar:

“Bersalin wajib mandi wiladah terus, walaupun darah masih keluar.”

Lalu ramai ibu-ibu dalam keadaan lemah, luka masih belum sembuh, tubuh belum stabil —
terpaksa pergi mandi, hanya kerana takut ibadahnya tak sah.

Tapi sebenarnya, dalam mazhab Syafi‘i dan Hanbali, para ulama menegaskan:

“Tidak wajib mandi selagi darah nifas masih keluar.”

“إذا ولدت المرأة وخرج معها دم فهي نفساء لا يجب عليها الغسل حتى ينقطع دمها.”
– Ibn Qudamah, al-Mughni

Saya menulis eBook “Panduan Taharah Wanita Hamil & Bersalin” ini untuk mereka.
Untuk ibu-ibu yang rasa bersalah tanpa sebab.
Untuk isteri yang ingin yakin semula dalam ibadahnya.
Untuk suami yang mahu bimbing isteri dengan ilmu, bukan sekadar adat.



Dalam buku ini saya bawakan:

✅ Dalil al-Quran & hadis yang sahih
✅ Pandangan empat mazhab utama secara ringkas dan praktikal
✅ Jawapan kepada soalan-soalan sebenar seperti:

❓Bila wajib mandi?
❓Bagaimana nak solat kalau darah tak henti?
❓ Boleh tak tayammum kalau luka pembedahan?
❓ Perlu qadha puasa atau bayar fidyah sahaja?



Harga pelancaran hanya RM22.75
(Disertakan akses eksklusif ke WhatsApp Group bernilai RM150 secara percuma!)

Link pembelian:
santaiilmu.net/products/panduan-taharah-wanita-ham…



Untuk semua ibu — semoga buku ini menguatkanmu dengan ilmu dan rahmah.
Kerana ibadahmu, dalam keadaan lemah itu, lebih mulia daripada banyaknya ibadah ketika sihat.

7 months ago | [YT] | 256

Syihabudin Ahmad

Dah macam rutin ke mahkamah. Pun begitu, say berharap semoga segala projek memandaikan umat dengan ilmu akan lancar dan diberkati Allah ❤️❤️❤️

7 months ago | [YT] | 1,155

Syihabudin Ahmad

Nampaknya sahabat2, tiktok tak berapa sayang sayalah. Kena buat account baru! Cepat follow bagi ada 1,000 followers! www.tiktok.com/@syihabshare

8 months ago | [YT] | 245

Syihabudin Ahmad

Jemput Follow TikTok saya: HadithXpert untuk perkongsian ilmu hadis yang ringkas dan santai. www.tiktok.com/@hadithxpert

8 months ago | [YT] | 164

Syihabudin Ahmad

Nak sempurna kelayakan live di TikTok, saya perlukan 153 orang sahaja lagi. 😎😎

Tekan: www.tiktok.com/@syihabudin.ahmad77

8 months ago | [YT] | 443

Syihabudin Ahmad

Akaun TikTok saya kena banned! Jadi, buat masa ni saya buat akaun baru sebelum berusaha untuk dapatkan semula akaun lama.

Follow Me!

www.tiktok.com/@syihabudin.ahmad77

8 months ago | [YT] | 699

Syihabudin Ahmad

Alhamdulillah, kes hari ini selesai dengan jayanya! Segala puji bagi Allah yang telah memudahkan segala urusan. Kita kini menunggu pihak sana untuk mengeluarkan PERMOHONAN MAAF DAN MEMBERSIHKAN NAMA SAYA.

InsyaAllah saya akan terangkan lebih lanjut dalam video akan datang.

Hari ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua sahabat yang setia menyokong perjuangan ini.

Hari ini, kita BERJAYA mempertahankan bahawa video reaction yang saya buat, termasuk video tentang kenyataan Pak Su Mid (#224 Paksu Mid Tak Galakkan Hafal Al-Quran?!), TIADA SEBARANG UNSUR MENGHINA. SAYA TIDAK PERNAH MEMBUAT HINAAN DALAM VIDEO REACTION.

Alhamdulillah, kebenaran akhirnya terbukti walaupun mengambil masa sehingga 3 tahun!

Ucapan terima kasih khas buat isteri tercinta, Nur Syamimi Izzati , yang sentiasa menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan saya.

Juga buat Tuan Peguam Ahmad Soleh Yusof dari Yusof Rahmat & Co, Melaka, atas dedikasi dan kebijaksanaan dalam mengendalikan kes ini.

Tidak lupa juga kepada para followers dan penyokong yang membantu dengan sokongan moral, pembelian buku-buku saya, serta menonton video-video saya. Tanpa kalian, perjuangan ini tidak akan sampai ke tahap ini.

TERIMA KASIH!
TERIMA KASIH!
TERIMA KASIH!

Semoga Allah merahmati dan memberkati kita semua! Terus menyokong ilmu dan kebenaran. InsyaAllah, kita terus maju ke hadapan!

Terus Follow saya.
Terus tonton video-video saya.
Tonton video saya di YouTube dan TikTok.

Terima kasih!

Syihabudin Ahmad,
Mahkamah Seksyen Shah Alam,
Jumaat, 7/3/2025

8 months ago | [YT] | 2,136