IHA Sound Your Soul

"IHA (I Heart Arts): Sound Your Soul" is a YouTube channel where raw emotion meets powerful melodies. Featuring original music in rock, melancholic styles, and occasional instrumental pieces, it’s a space to connect deeply with sound and explore the soul's resonance.


IHA Sound Your Soul

RENTAK AI TRADITIONAL MUSIC SHOWCASE

Secara ringkasnya, BudayaVerse menghimpunkan para pengkarya, institusi kebudayaan, universiti, NGO dan peneraju industri untuk meneroka bagaimana teknologi dapat memperkasa Seni Budaya secara bermakna dan berpandangan jauh ke hadapan.

Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan BudayaVerse Cultural Tech Expo bertempat di Dewan Seri Melati Putrajaya pada 27 & 28 Disember 2025 (Sabtu dan Ahad) jam 9 pagi hingga 6 petang.

InsyaAllah lagu saya 'Biar Disarung Songket Biasa' merupakan salah satu dari 100 buah lagu berkonsepkan irama Melayu tradisional yang terpilih untuk dimainkan pada Sabtu nanti. Terima kasih juga atas peluang dan kerjasama dari pihak Suno AI Malaysia.

Jangan ketinggalan!

1 month ago | [YT] | 1

IHA Sound Your Soul

Assalamualaikum!

Lama dah saya tak update apa-apa lagu. Asalnya sebab masih belum sihat dari major fracture kat tangan tempoh hari. Tapi syukur sekarang nak masuk 2 minggu saya dah boleh gerakkan tangan sedikit laju. Cadangnya lepas ni nak sambung melukis. Dah lama berehat 😅

Haritu gara-gara tengok ‪@HujanRinduMasaLalu‬​ dan ‪@BaikPunyaCover‬​  buat cover berunsurkan Psychedelic Rock, saya terus jatuh cinta pandang pertama dan ketagih nak dengar lagu macam ni. Kebetulan saya teringat 9-10 tahun lepas saya ada buat lagu genre yang lebih kurang sama, tajuknya Antara Warna Hitam dan Putih.

Lagu tu tak complete, jadi 2 minggu lepas saya record semula. Bila dah siap dan berpuas hati, saya terus decide nak buat satu album yang terkandung 10 buah lagu terus 😅 Saya pulun siapkan dan daftarkan terus album tu. Setiap lagu saya buat fusion psychedelic rock dan beberapa element lain antaranya symphonic, country, vintage, cinematic ala James Bond etc.

Setakat ni saya belum mampu hasilkan sebarang MV sebab jadual hujung tahun agak padat. Alang-alang saya nak minta maaf sebab belum sempat membalas kunjungan channel rakan-rakan. Saya akan cuba tonton dan tinggalkan komen secepat mungkin.

Anda boleh mendengar menerusi channel YouTube saya sendiri, YouTube Music, dan 23 lagi platform muzik digital yang lain. Tapi disebabkan baru released semalam, jadi ia mungkin ambil masa sikit untuk keluar ke seluruh platform. Harap lagu-lagu dalam album Antara Warna Hitam dan Putih ni dapat beri kesegaran pada telinga anda 😆 Nak kecam pun boleh, tinggalkan saja pendapat di ruangan komen ya. Terima kasih atas sokongan dari dulu hingga kini!

P/s: Salah satu lagu dalam album tu saya hasilkan dalam Bahasa Jepun. Saya berterima kasih dengan sahabat dari Jepun, MihoKase yang banyak bantu saya betulkan sebutan dan susunan ayat yang tepat. Ikutkan ni lagu Jepun yang ketiga dia dah tolong. InsyaAllah kita simpan untuk projek akan datang pulak 😃

1 month ago (edited) | [YT] | 2

IHA Sound Your Soul

Assalamualaikum, dah hampir dua minggu saya tak upload sebarang lagu di channel walaupun perancangan sebelumnya nak letak 2-3 lagu setiap minggu. Saya merancang, DIA juga merancang dan semestinya perancanganNya adalah yang lebih baik.

Sudah masuk hari ke-27 tangan saya dalam proses penyembuhan. Saya mengalami kecederaan besar (major fracture) ketika menaip di keyboard. Tangan kanan yang taip, tapi tangan kiri yang patah 😅 Ini adalah perkara normal sebagai penghidap pesakit tulang rapuh (Osteogenesis Imperfecta).

Saya tak bersedih atau tertekan, malah saya rasa Allah terlalu sayangkan saya. Bayangkan sepanjang hampir sebulan saya terlantar tanpa boleh bergerak secara normal, rezeki masuk dari pelbagai pihak hingga saya tertanya-tanya siapalah yang mendoakan saya sampai makbul doanya. Mungkin doa itu datangnya dari ibubapa, adik-beradik atau sesiapa yang mengenali saya. Alhamdulillah.

InsyaAllah sampai masa saya akan kongsikan satu-persatu berita baik disini yang mungkin boleh memberi inspirasi dan kebahagiaan buat sesiapa yang membaca. InsyaAllah saya akan lebih aktif bila tangan dah sembuh walaupun setakat ni belum ada tanda nak sembuh tapi takpe, stay positive. Dan insyaAllah lagu terbaru 'Akhirnya Menjadi Aku' akan dilancarkan pada minggu depan sempena ulangtahun pertama channel Sound Your Soul. Terima kasih atas sokongan semua! 🤟🏻

2 months ago | [YT] | 4

IHA Sound Your Soul

TOP 5 LAGU COVER TERBAIK VERSI ROCK

Assalamualaikum! Nak cerita sikit, tadi saya saja jalan-jalan ke channel lagu yang lain. Asyik dengar lagu sendiri pun naik menyampah jugak, haha. Jadi saya fokus dengar lagu-lagu yang diberi nafas baru (cover) versi rock. Perghh, kreatif betul diorang semua ni. Kalau senaraikan memang lebih dari 100 lagu terbaik. Tapi korang kena carilah sendiri lagi 95 lagu tu 😅 Saya nak listkan LIMA LAGU COVER TERBAIK VERSI ROCK mengikut citarasa saya:

1. MAS MONA - ‪@SMStudio_SMX‬
Saya ni suka lagu-lagu lama. Tapi saya lagi suka lagu rock. Jadi bila lagu pop yeh yeh campur rock memang boleh ke bulan perginya. Sedap betul strumming dan saya rasa lebih fresh bila dengar di waktu petang yang lemau ni. Ada versi karaoke jugak, bolehlah bagi jiran dengar sekali 😂

2. MENIMBANG RASA - ‪@unclefaimusic‬
Selain lagu Tak Hilang Di Lembah Dunia dan Sumpah Setia Dendam Derhaka yang viral dan hits kebaboom, UncleFai sebenarnya dah buat lagu-lagu cover versi rock sebelum ni termasuk lagu dari Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Jangan terkejut kalau korang hampir terlupa versi asal Menimbang Rasa sebab versi kali ni betul-betul bunyi heartbroken sebijik macam lagu rock kapak. Siapa yang baru lepas putus cinta tu disarankan dengar secara sorok-sorok. Bukan apa, risau tak boleh control menangis nanti 🤣 Overall dua-dua versi sedap, pergilah dengar #IniAdalahArahanDanPaksaan 😈

3. PAK PUNG PAK MUSTAFE - ‪@Yoyokids90‬
Saya dalam fasa pemulihan dari patah tulang tangan TAPI SAYA LUPA DIRI SEKEJAP bila dengar versi rock ni. Sakit tapi enjoy sungguh mendengarnya 😭 Tahniah Yoyokids sebab berjaya hasilkan lagu malar segar kepada versi yang lebih segar. Taknak ulas lebih-lebih, korang kena dengar dan nilaikan sendiri. Kalau ada yang sakit sendi atau tulang tu dinasihatkan untuk jaga tingkahlaku ya 😆

4. KERANA PENGALAMAN - ‪@MazinMoha67‬
Saya tak tahu nak explain macam mana, tapi lagu Allahyarham Zaleha Hamid versi rock ni memang tak cukup dengar sekali. Paling kurang pun dua kali 😁 Tapi serius memang sedap elemen rock dicampur dengan melodi asal. Selain cover ni, lagu-lagu dari saudara Mazin Dilakh memang tak mengecewakan.

5. MADAH BERHELAH - ‪@PhoenixOneMusic‬
AMARAN KERAS: Lagu ni sedap macam masakan mak. Saya pada awalnya agak skeptikal dan yakin versi rock ni tak mampu menjadi sesedap seperti penyanyi asal, Ziana Zain. Tapi saya silap dan saya menyesali dan saya ingin meminta maaf pada owner cover dan saya nak lebih ramai dengar Madah Berhelah versi lelaki. Serius tak mengecewakan. Good luck la kalau ada yang nak menyanyi sama, sediakan Strepsils 10 papan dulu 😂

Sekian review ikhlas dan jujur dari hati. Tahniah buat mereka yang telah berjaya menghasilkan irama lama kepada versi rock tanpa mengubah makna sesebuah lagu. Jangan terasa pada nama-nama yang saya tak mention. InsyaAllah akan datang saya akan review lagu-lagu lain pula. Teruskan menyokong pengkarya muzik alaf baru!

2 months ago | [YT] | 4

IHA Sound Your Soul

Assalamualaikum.

Terima kasih pada sesiapa yang masih sudi singgah ke channel saya walaupun saya tak berapa aktif sejak kebelakangan ni. Apapun ada pengumuman 📣📣📣

Selama ni saya akan upload video seminggu atau dua minggu sekali. Tetapi mulai minggu hadapan, saya akan upload 2 atau 3 buah lagu (video lirik sahaja) SETIAP MINGGU bermula Isnin ini (20/10/2025).

Kenapa tak buat video klip?
Sebab tangan belum sembuh, edit guna sebelah tangan je ni 😅

Kenapa tukar fikiran upload lagu 2-3 kali seminggu?
Sebab saya nak 'clearance stock' memandangkan lagu-lagu dalam simpanan agak banyak.

Jadi jangan terkejut kalau genre-genre yang akan datang agak random, sebab motif utama lagu-lagu dalam channel ini adalah untuk 'menjentik hati' sekaligus memberi kesan pada para pendengar, tidak semestinya genre rock atau irama tradisional semata-mata. InsyaAllah kualiti dan identiti lagu dalam Sound Your Soul masih kekal sama.

Sebagai rujukan, saya sertakan senarai gambar-gambar intro sebagai panduan penonton supaya boleh mendengar lagu mengikut citarasa. Setiap intro memaparkan genre bagi lagu-lagu berkaitan:

1. Rock
2. Klasikal
3. Akustik / Unplugged
4. Raya (yang ni saya tak buat la dalam masa terdekat 😅)
5. Antarabangsa = Semua lagu bahasa asing bukan genre rock akan guna intro ni.
6. Rock Kapak
7. Patriotik
8. Irama Melayu Tradisional
9. Versi Keamanan (merujuk pada isu-isu kemanusiaan).

Dan mungkin akan ada penambahan intro pada masa akan datang.

Harap anda tak serik untuk singgah sini lagi 😃

3 months ago | [YT] | 5

IHA Sound Your Soul

Assalamualaikum dan Salam Jumaat orang-orang baik.

First of all, syukur akaun picisan ni dah mencapai 300+ subscribers. Mungkin nilai ini amat kecil pada orang lain, tapi saya amat hargai sokongan dari pelbagai sudut memandangkan saya bukanlah siapa-siapa. Terima kasih buat semua yang sudi singgah, tonton, beri komen yang membina dan subscribe. Maaf masih ada komen-komen yang saya belum balas sebab saya masih kurang sihat (tulang tangan cedera sampai terpaksa terlantar) 🙏🏼 InsyaAllah saya akan cuba balas selewatnya malam ni.

Kedua, sebagai umat Islam kita pasti berkongsi satu perasaan yang sama mengenai apa yang berlaku terhadap GSF. Saya pun sama seperti anda, tidak boleh tidur lena memikirkan nasib mereka kerana saya mengikuti live siang dan malam sebelum mereka dit4h4n. Bila terbaca satu-persatu berita dicvl1k, hati rasa sebak dalam masa yang sama berasa bangga dengan keberanian mereka.

Saya ada buatkan lagu untuk 🍉 tahun lepas tapi saya tak siarkan dimana-mana platform kerana bimbang menjadi 'penunggang isu' selain faktor kualiti audio yang kurang memuaskan. Tapi setelah melihat keberanian para aktivis dan kebangkitan rakyat dari pelbagai negara walau berbeza agama, saya rasa sebak dan malu kalau tak menyumbang apa-apa buat saudara seagama saya sendiri. Saya cari semula lagu tu dan remastered supaya kualiti audio meningkat. Saya edit video pukul 10 pagi tadi dan siap lebih kurang pukul 2 petang dengan sebelah tangan yang terkial-kial.

Maka saya akan lancarkan 'Juang' beberapa minit selepas post ini disiarkan. Harap lagu ini dapat memberi manfaat dan semangat buat semua yang mendengar walau sedikit. Sungguh, saya tak mengharapkan Juang menjadi viral kerana berkemungkinan ia akan di shadowban dan tidak akan dilihat ramai kerana kandungan ini 'sensitif' bagi mereka yang tidak sehaluan. Tapi saya anggap ini sebagai perjuangan kecil untuk membangkitkan semula semangat kita semua.

Semoga iman kita terpelihara dan tidak lupa untuk terus doakan kesejahteraan buat para sukarelawan yang terlibat serta saudara kita di 🍉.

P/s: Sebarang komen berbaur provokasi atau terlalu sensitif pada MV Juang tidak akan dilayan. Harap maklum.

3 months ago | [YT] | 5

IHA Sound Your Soul

SEPTEMBER - REZEKI JATUH SAKIT

Assalamualaikum! Diam tak diam September bakal melambaikan tangannya sebelum pass baton kepada Oktober beberapa hari saja lagi. 2025 juga bakal ucap sayonara, bezanya kita masih berteka-teki samada 2025 atau kita yang pergi dulu.

Okey bukan nak buat post sedih, cuma nak share sikit macam mana 'kerasnya' September kali ni terhadap saya. Cerita ni sekadar awareness dan jauh sekali mahu meraih simpati.

Tahun ini merupakan tahun ketujuh saya disahkan menghidap Major Depression Disorder, salah satu penyakit mental yang agak famous dan tak perlu saya explain kat sini. Saya baru saja jumpa doktor awal bulan lalu dan buat pertama kali sepanjang 7 tahun, saya menangis ketika berjumpa doktor. Syukur dapat doktor yang memahami.

Bagi yang belum tahu, saya juga merupakan seorang penghidap penyakit jarang jumpa sejak lahir. Saya ada beberapa penyakit lain yang kadang serius kadang tak perlu dirisaukan.

Saya baik-baik saja jalani hidup dengan pelbagai penyakit SEHINGGALAH diserang demam 12 hari lalu. Saya sesak nafas hingga muntah darah. Masa ni semangat saya sedikit jatuh sebab masalah pernafasan memang musuh utama penyakit saya.

Sampai hari ni saya masih batuk berdarah tapi keadaan terkawal sebab saya cuba jaga kesihatan sebaik mungkin. Saya nak sembuh cepat.

Inilah sebab utama kenapa saya terjebak dalam dunia penghasilan lagu. Ia sebagai salah satu ikhtiar saya mengekspresikan kesakitan kepada sebuah semangat perjuangan. Saya yakin bukan saya seorang saja yang diuji. Semoga lagu-lagu yang dihasilkan dapat memberi manfaat buat yang mendengarnya.

Panjangnya cerita, macamlah ada yang baca 🤣 InsyaAllah bila kesihatan dah baik sikit saya akan rancak semula upload lagu-lagu baru. Stay tuned!

3 months ago | [YT] | 1

IHA Sound Your Soul

Assalamualaikum dan Salam Jumaat,

Ahad lepas saya ada war-warkan untuk upload lagu "Biar Disarung Songket Biasa" yang merupakan lagu irama tradisional Melayu kedua ciptaan saya pada Ahad ini (14/9/2025). Namun saya terpaksa membuat keputusan untuk menunda tarikh tersebut setelah melihat views lagu "Kain Bersulam Budi" (KBB) sedang meningkat dengan baik biarpun perlahan. Atas nasihat ‪@unclefaimusic‬ , saya bersetuju untuk memberi ruang kepada KBB 'menerjah' ruangan YouTube recommendations anda sekurang-kurangnya selama seminggu 😁 Kalau tak ada halangan, paling lewat sebelum 21 September 2025 insyaAllah.

Saya tak layak untuk berkata bahawa lagu-lagu yang saya hasilkan paling best dan paling sedap kerana diluar sana terdapat ramai lagi pencipta yang lebih berbakat, tapi saya boleh kata bahawa Biar Disarung Songket Biasa antara karya paling susah saya hasilkan setakat ini. Nak buat lagu rock pun tak sesusah lagu ni, haha.

Bukan setakat tu saja, salah satu sebab penangguhan juga ialah atas faktor saya kurang sihat. Dah 4 hari demam. Jadi proses penghasilan video klip mungkin makan masa sikit. Sudah semestinya MV yang dihasilkan jauh lebih rumit dan lebih laju berbanding KBB. Saya mahu berikan yang terbaik walaupun ini hanya channel picisan.

Segala kelewatan amat dikesali, maaf zahir dan batin. Terima kasih atas sokongan yang tak berbelah bahagi dari keluarga, kenalan dan rakan-rakan seperjuangan walaupun kadang-kadang diorang segan nak tinggalkan komen 🤣 Nah saya belanja beberapa raw scene dalam video yang akan datang. Nantikan ya!

#BiarDisarungSongketBiasa
#TengahDemamTapiTaipPanjang
#TakkanHilangMelayuDiYouTubeChannel

4 months ago | [YT] | 3

IHA Sound Your Soul

Assalamualaikum!

Bulan ni agak istimewa sikit sebab saya akan upload DUA buah lagu berunsurkan irama tradisional Melayu. InsyaAllah "Kain Bersulam Budi" akan disiarkan esok [7/9/2025] manakala "Biar Disarung Songket Biasa" akan disiarkan pada Ahad minggu depan [14/9/2025].

Kedua-dua buah lagu tersebut membawa mesej yang sama iaitu ADAB yang sering dititikberatkan dalam bangsa Melayu. Bezanya terletak pada genre yang dibawa, Kain Bersulam Budi membawa elemen lemah-lembut sesuai dengan intonasi nasihat orang lama, manakala Biar Disarung Songket Biasa pula lebih bertenaga kerana membawa rentak zapin, dikir barat, dan sedikit suntikan rock.

Sejujurnya agak mencabar untuk menghasilkan kedua-duanya kerana ia 'di luar forte' saya. Tapi saya sahut cadangan yang diberi oleh ‪@unclefaimusic‬​​ dan menganggapnya sebagai suatu cabaran yang menarik untuk diketengahkan sebagai anak Melayu. Terima kasih diucapkan kepada beliau 🙏🏼

Salah silap dalam paparan harap dimaafkan. Apapun semoga percubaan ini membuahkan hasil dan memberi manfaat pada para penonton. Teruskan berkongsi suara jiwa kita bersama SOUND YOUR SOUL!

#TakkanHilangMelayuDiYouTubeChannel

4 months ago (edited) | [YT] | 5

IHA Sound Your Soul

Assalamualaikum, this is my first post #nervous

Saja nak cerita sikit, sepanjang buat MV "Semangat" ni, boleh dikatakan penghasilan video ni yang paling banyak ada masalah teknikal. Dari segi VFX sampailah ke finishing. Dah puas hati semak 10 kali barulah upload. TAPIII bila upload baru perasan tulisan oversized pulak ending tu. Maaf atas kecuaian 🙏🏻 Apapun semoga susunan muzik, lirik, dan visual yang dipersembahkan kali ini sampai kepada para penonton.

Taip panjang-panjang ni belum tentu ada yang baca, haha. Apapun selamat mendengar dan terima kasih sudi menonton!

5 months ago (edited) | [YT] | 4