http.//freemusic.kit4u.net


STAILISTA GLAMZ

Bintang Sensasi Stailista-Glamz Minggu Ini πŸ”₯
πŸ”₯ Siti Nurhaliza
πŸ”₯ Ernie Zakri
πŸ”₯ Fatah Amin
.
#SitiNurhaliza
#ErnieZakri
#FatahAmin
#StailistaLevelUp

1 year ago | [YT] | 4

STAILISTA GLAMZ

ASA2024 : TERBAIK YANG TERBAIK πŸ”₯
.
RTM berjaya dalam penganjuran Malam Kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2024 dengan prestij dan berjiwa mencari yang terbaik diantara yang terbaik.
.
Dari aspek pengacaraan, persembahan dan penataan pentas berada dalam situasi memuaskan. Kemunculan Ai Varn sebagai pengacara Ai kena pada trend terkini. Sesuai dengan anugerah dua tahun sekali, yang terbaik itu biasanya kurang popular. Namun yang dinilai adalah hasil kerjanya. Maka meskipun banyak nama yang asing di dunia sensasi menang, kita turut seronok kerana tiada pilih popular berbanding sesuatu yang terbaik.
.
Sebagai contohnya stesen TV Al-Hijrah dan TV OKAY, walaupun bersaing dengan gergasi media seperti RTM, TV3, ASTRO tetap kejayaan milik mereka . Seperti kata pemenang , kami tak ramai tetapi kami ada.
.
Kemenangan dua kategori utama pelakon tv drama Lelaki dan Wanita dari drama Bahalol menerusi TV Okay, membuktikan siapapun boleh berjaya walau diletakkan di tempat yang kurang sensasi.
.
Persembahan artis semua menepati keperluan semasa. Dari yang lama dan baharu digabung serta tribute terhadap Bintang Legenda adalah bukti ada penyediaan susunan acara yang teliti, begitu juga dengan penyampai anugerah.
.
Namun diharapkan pada tahun mendatang, kategori Penghibur TV Terbaik diadakan semula. Jika program hiburan ada pemenangnya adalah tidak adil hak penyanyi yang buat konsert khas di kaca tv dipinggirkan.
.
Hakikat sesebuah program itu akan menjadi gah dan prestij jika tidak melalut dan kendalian penjalanan acara kena pada tempatnya. Tahniah ASA2024, RTM dan Kementerian Komunikasi atas penghargaan kepada karyawan seni negara.
.
#ASA2024
#RTM
#AnugerahSeriAngkasa2024
#KementerianKomunikasi

1 year ago | [YT] | 2

STAILISTA GLAMZ

Bintang Sensasi Stailista-Glamz Minggu Ini πŸ”₯
πŸ”₯ Ernie Zakri
πŸ”₯ Fatah Amin
πŸ”₯ Dayang Nurfaizah
.
#ErnieZakri
#FatahAmin
#DayangNurfaizah
#StailistaLevelUp

1 year ago | [YT] | 2

STAILISTA GLAMZ

ABPBH 36 : SEKADAR ITU KE?
.
Ada dua soal untuk menjadikan sesebuah anugerah yang berteraskan undian popular menjadi sesuatu yang memberi impak pada situasi dan tontonan umum. Pertamanya pengacara dan persembahan pembukaan dan penutup. Jika keduanya digarap dengan betul, maka berjayalah anugerah tersebut.
.
Anugerah Bintang Popular Berita Harian sudah berusia 36 tahun. Lagi empat tahun menginjak 40. Lama bukan perjalanan ABPBH sehingga kini. Suatu perjalanan yang tentunya bukan mudah namun tetap dengan tujuan yang sama. Memberi ruang dan peluang kepada penyokong artis untuk menobatkan siapa yang paling popular.
.
Justeru dalam usia 36 tahun, apakah resipi sebegini masih relevan? Kelab peminat yang aktif akan berlumba mengundi. Artis yang tersohor kejayaan sepanjang tahun namun dek undian rendah akan tersisih. Ini agenda populariti yang kita momokkan saban tahun. Kelab peminat ada tugasan setiap tahun.
.
Ketepikan soal tersebut. Sudah sememangnya itu konsep ABPBH. Berbalik pada pengenalan awal saya tadi, apa yang dapat disimpulkan tiga jam menonton ABPBH 36, ianya sekadar biasa-biasa sahaja. Tiada faktor wow untuk diulas.
.
Hakikatnya sudah tiba masanya Berita Harian dan TV3 menilai semula pemilihan pengacara dalam edisi seterusnya. Belajarlah dari anugerah luar negara yang lebih berprestij dalam memilih pengacara. Tiga pengacara kali ini saya sifatkan gagal dan huru hara. Riena terlalu gedik, menjerit dan over. Hanif kurang komersil untuk pentas ini dan tentunya Didie Alias sebagai orang lama, wajar menjadi teras pengacaraan. Beliau perlu berdiri sebagai Didie Alias. Ganti nama β€˜ mummy’ tidak wajar untuk digunakan ketika mengacara. Beliau lebih fokus pada penampilan daripada info yang selayaknya untuk disampaikan sejajar usia 36 tahun ABPBH itu.
.
Dalam soal ini saya merasakan Alif Satar atau Kak Engku lebih layak mengepalai majlis sebegini. Santai dan penuh prestij pengacaraan keduanya . Gabungan lama dan baharu.
.
Meletakan De-Fam sebagai pembuka acara tindakan kurang menyerlah. Persembahan pembukaan perlu lebih gah dari itu. Spider sebagai penutup pun tidak memberi impak. Serasanya hanya Dato’ M.Nasir, Ella, Faizal Tahir, Awie dan Wings serta sudah tentunya Dato’ Sri Siti Nurhaliza sahajalah antara nama yang layak untuk sebarang penutup persembahan maupun pembukaan. Yang lain perlu banyak belajar bagaimana menjadi penghibur terbaik untuk mengikat tontonan penonton.
.
Tahniah untuk yang menang. Kebangkitan artis lama nampaknya mula menular. Satu perkembangan yang baik. Kita mengharapkan penghargaan untuk yang lama dan baharu akan terus seiring dalam kepesatan media sosial kini.
.
Untuk Berita Harian, semoga edisi seterusnya lebih berprestij dan menjadi moment terbaik untuk semua. Untuk TV3, AJL nanti diharapkan tidak dibuat di MBSA ye?
.
#ABPBH36
#BeritaHarian
#TV3
#StailistaLevelUp

1 year ago | [YT] | 2

STAILISTA GLAMZ

Antara Bencinta
Kamu yang mana ?

1 year ago | [YT] | 2

STAILISTA GLAMZ

Sensasi Selebriti Stailista-Glamz Minggu Ini πŸ”₯
πŸ”₯ Hael Husaini kini Duta Omega
πŸ”₯ Dayang Nurfaizah Single Terbaru Oktober.
πŸ”₯ Konsert Aura Ernie Zakri Sold Out dalam 7 jam.
.
#StailistaLevelUp
#HaelHusaini
#DayangNurfaizah
#AuraErnieZakri

1 year ago | [YT] | 2

STAILISTA GLAMZ

Akan Datang di Stailista-Glamz
Untuk Remaja Sahaja
Lelaki Stailista 2024
.
Mustaqim Hajeekien Karl Dannish berkongsi impian. Dua remaja bertatih mengapai realiti bergelar insan seni. Bukan mengejar glamour namun demi minat dan berkongsi bakat yang ada.
.
πŸ“Έ : AnBstudio Bobong Latif γƒŠγ‚Ήγƒ«γƒ³
🎬 Studio Sensasi KL
πŸ’„Zea Zass
πŸŽ₯ Stailista TV
🎀 Kos Sarani
.
#StailistaLevelUp
#LelakiStailista
#UntukRemajaSahaja

1 year ago | [YT] | 1

STAILISTA GLAMZ

SEJARAH 26 …
.
Maka demikianlah agenda hidup seorang Anwar Ibrahim. 26 tahun lalu cerita luka, perih, sengsara; namun hari ini beliau di puncak.
.
Sejarah tetap sejarah. Ianya akan terus dikenang dan diingati sampai mati. Pun begitu teruslah melangkah membawa Malaysia ke persada dunia demi Islam, Bangsa, Budaya dan Malaysia. Anda mampu wahai PMX.
.
#AnwarIbrahim
#MalaysiaMadani

1 year ago | [YT] | 3

STAILISTA GLAMZ

Malaysia Madani : Jiwa Merdeka
Salam Hari Kebangsaan & Hari Malaysia 2024
.
#MalaysiaMadaniJiwaMerdeka
#HariMalaysia2024
#HariKebangsaan2024
#StailistaGlamz2024
.
Ai by Amizan Ahmad

1 year ago | [YT] | 1

STAILISTA GLAMZ

GREEN SCREEN ATAU …
.
Untuk anda yang kreatif ; yang masih mencari ruang dan peluang ; yang berjiwa besar untuk bekerja di belakang tabir dan di hadapan kamera .

Ingin membuktikan kehebatan anda di layar hijau, layar lebar?

Atau gemar menulis tentang dunia hiburan, fesyen, kecantikan, dekorasi , perkahwinan dan gaya hidup.

Atau juga anda seorang novelis, penulis skrip , video editor , pakar dalam pengurusan acara, pakar dalam dunia grafik , IT dan seumpamanya.
.
Atau ingin menjadi talent, model, host?

Cabar bakat anda sekarang. Ceritakan impian anda, kita realisasikan. Kun Faya Kun!
.
Hantar resume anda ke anwarurs@gmail.com. Kami mencari mereka yang bervisi maha hebat namun seringkali terbelenggu dek kerenah birokrasi, kroni dan mereka yang toksik. Kami adalah keluarga baru media anda.
.
Nota : Stailista-Glamz , Stailista , Stailista TV Pocket TV Sensasi TV ROSYA TV Channel Stailista by Anwar Razali adalah di bawah Gerbang Media Terkini ini.
.
Jom… Anda berani?
.
#StailistaLevelUp

1 year ago | [YT] | 1