Daily Vlog Channel.

Saluran YouTube ini dedikasikan untuk rutin harian dan format log jurnal video. Subjek cerita merangkumi semua aspek hidup - profesion dan peribadi. Selamat menonton!

🔴 MOHON SUBSCRIBE & SHARE SEKARANG.



Faizal Mukhtar

Intimidasi (intimidation) ditakrifkan sebagai perbuatan memeras lalu membuatkan seseorang itu berasa takut, tertekan atau mungkin juga hilang keyakinan supaya sesuatu niat atau kehendak kita dituruti atau juga berhenti melakukan perkara tertentu.

Ia lazimnya melibatkan unsur berbentuk ancaman. Sama ada secara jelas atau terselindung/tersirat yang digunakan untuk mempengaruhi emosi dan keputusan seseorang.

Intimidasi tidak semestinya melibatkan keganasan fizikal.

Ia boleh berlaku melalui kata-kata yang keras atau halus, bahasa badan yang agresif atau halus, pendekatan psikologi atau suasana yang sengaja diwujudkan untuk menakutkan seseorang.

Tujuannya tetap sama: Membuat individu berasa lemah atau takut supaya mudah dikawal.

Semalam saya telah terintimidasi dengan kata-kata seorang individu yang mempengaruhi diri bermain pickleball dengan hampir kesemua teknik dan taktik di atas. Setakat ini diri semakin hilang kawalan ke tahap yang agak kritikal juga kerana sudah hampir-hampir goyah dan goyang.

Bak kata Acong Sweet Child, "Yang terlarang itu sesungguhnya adalah godaan!"

10 hours ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Konsert Sembilu The Reunion baru-baru ini yang menampilkan tiga trio ikonik dan simbol idola era-90an sebenarnya secara senyap-senyap telah membuatkan saya terasa agak menyesal kerana tidak hadirkan diri ke Axiata Arena.

Awie.
Erra Fazira.
Ziana Zain.

Gandingan ini menerusi filem Sembilu (1994) dan Sembilu 2 (1995) ibarat satu institusi zaman keremajaan yang nyata benar meninggalkan kesan mendalam.

Setiap babak, setiap dialog, setiap soundtrack lagu boleh dikatakan cerminan kepada gejolak perasaan pemuda pemudi bila mana mula belajar bercinta (konon). Sudahlah filem ini hadir tepat waktu. Pandai pula ia bermain-main dengan emosi walaupun skrip semacam ditulis oleh panel lembaga peperiksaan kertas bahasa melayu atau pegawai DBP.

Tapi lantaklah.

Kalau macam ada lagilah peluang, saya akan pergi.

Saya tidak mahu menyesal lagi menelusuri dan menaiki mesin merentas masa bersama mereka sambil berlatarbelakangkan 'Di Ambang Wati' dan 'Ukiran Jiwa'!

5 days ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Ucapan terima kasih and thank you in advance kepada para penyumbang dan pendana podcast terawal serta mendatang.

The Benda Boleh Bincang Show™ will gradually upgrade semua content sedia ada kepada level yang diharap lebih memuaskan dalam membina konten kandungan semasa.

Dana diterima bakal disalurkan kepada:

FASA 1
1. Serahan token atau baucar bayaran kepada krew sokongan
2. Tambahbaik produksi dengan pembelian berkala aset audio visual (AV)
3. Cadangan hadiah-hadiah untuk segmen peraduan

Sebagai bonus imbuhan, para pendana/penyumbang akan menerima kenyataan tajaan (credit mention) setiap kali saya bersiaran langsung daripada saya sebagai tanda pencapaian dan bukti ketelusan.

Saya dahulukan dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih. Semoga inisiatif ini bakal bertemukan hasil 100%

* Imbas QR untuk salurkan dana sumbangan anda 💳

1 week ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

1. Sejak 2021 kala dunia dianda pandemik dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), program podcast berformat siaran langsung telah mula diterbitkan menerusi saluran aplikasi Clubhouse dengan nama THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW™

2. Tujuannya adalah untuk menawarkan platform terbuka kepada netizen bersama berkongsi cerita, pengalaman, mediasi sosial dan sesi soal jawab terbuka denga dengan dedikasi segmen tertentu dalam suasana santai. Ia menerima sambutan menggalakkan dan resepsi positif.

3. Antara segmen harian tersebut adalah NOTA NETIZEN, SINEMA SANA SINI, TANYA BRADER CHENTA, JOM USRAH, GUEST OF THE WEEK (GOTW), BEDAH LAGU, OPEN MIC KARAOKE dan sebagainya.

4. Demikian setelah pandemik rasmi diisytiharkan berakhir, saya telah berkeputusan jeda seketika sambil berusaha secara senyap dan strategik untuk meneruskan THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW™

5. Akhirnya pada tahun ini, THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW™ bersiaran kembali menerusi saluran TikTk Live milik moderator. Namun begitu usaha untuk menerbitkannya memerlukan ehsan bantuan anda. Walaupun semuanya sudah sedia dengan inisiatif token/gift, program ini tetap perlukan suntikan dana umum (crowdfunding).

6. Dana untuk moderator. Dana untuk panelis. Dana untuk upah dan urusan undangan khas. Dana untuk perkara-perkara berkaitan dan berkenaan.

7. Maka itu, saya membuka ruang dan peluang buat sesiapa sahaja yang sudi menyumbang kepada program podcast di atas dengan seikhlas hati. Hanya sekadar dan sedaya mampu supaya ia dapat direalisasi. Tiada jumlah minimum. Tiada kadar maksimum. InsyaAllah bajet yang masuk akan diuruskan berhemah dan sebaiknya oleh kami.

8. Sebagai bonus imbuhan, para pendana/penyumbang akan menerima kenyataan tajaan (credit mention) setiap kali saya bersiaran langsung daripada saya sebagai tanda pencapaian dan bukti ketelusan.

Saya dahulukan dengan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih.

Semoga inisiatif ini bertemukan hasil 100%

*Imbas QR untuk salurkan dana sumbangan anda 💳

#FAIZALMUKHTAR #DANA #PODCASTPROGRAM #TIKTOKLIVE #THEBENDABOLEHBINCANGSHOW

1 week ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Sastera kanak-kanak sering disalah anggap sebagai aliran genre ringan, selamat dan hanyalah bersifat mendidik secara langsung.

Namun demikian, Dr. Seuss dan Roald Dahl telah membuktikan sebaliknya.

Menerusi kreativiti, fantasi serta inovasi idea world building unik, kedua-dua pengarang prolifik ini menyampaikan sesuatu yang jauh lebih jujur tentang refleksi kehidupan, kuasa dan keberanian berfikir di luar kotak.

Dr. Seuss atau nama sebenarnya Theodor Seuss Geisel membina dunia ciptaannya dengan bahasa bergaya. Rima yang berulang, struktur ayat ringkas dan kata rekaan sendiri tetapi tetap strategik. Di sebalik visual ceria menyeronokkan, terselit refleksi tentang empati dan tanggungjawab. Cerita-cerita tulisan Dr. Seuss seperti Grinch, Lorax, Horton dan Cat in the Hat mengajar pembaca kecil dan dewasa bahawa berfikir secara berbeza bukanlah sejenis kesalahan.

Manakala Roald Dahl pula memilih laluan yang sedikit 'dark' dan beremosi. Watak kanak-kanak karyanya sering hidup dalam ketidakadilan. Dibuli, dibiarkan, diabaikan dan dipandang rendah oleh golongan dewasa. Dalam dunia Matilda, Mr. Fox, BFG dan Willy Wonka, hanya kecerdikan dan imaginasi sahajalah senjata paling ampuh untuk melawan autoriti yang sama sekali tidak adil.

Menariknya, kedua-dua penulis ini langsung tidak pernah merendahkan keupayaan emosi dan kekuatan kreativi kanak-kanak. Fantasi digunakan sebagai cerminan kepada realiti. Tentang baik dan buruk, kuasa dan penentangan, harapan dan pilihan.

Dr. Seuss mengajar kita berfikir tentang dunia masakini.
Roald Dahl mengajar cara terus bertahan di dalamnya.

Di titik inilah kedua-duanya bertemu. Cerita kanak-kanak luar biasa hebat bukan tentang usia pembaca. Tetapi keberanian penulis untuk berlaku jujur.

1 week ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Setahun Sudah Berlalu adalah sekuel kepada Sekuntum Mawar Merah 🌹

Bila berkaraoke bernyanyi saban kali pasti akan ada lagu pilihan yang bersandarkan dan berdasarkan kepada jalan cerita serta tema tertentu.

Sekuntum mawar merah
Sebuah puisi
Untuk gadis pilihan
Di bulan februari

Ya. Lagu yang bertemakan bulan Februari walaupun terlalu spesifik untuk dipersembahkan tetaplah signifikan. Entah kenapa dalam banyak-banyak lagu yang bermain atau berlegar pada tema sama serupa, saya rasakan tema bulan Februari sangat sesuatu, sangat special beralun dengan nuasa menghampiri sempurna pada jiwa dan rasa.

Apakah dosaku dan apakah salahku
Sering gagal dalam bercinta
Mengapa cinta hanya sementara?
Cinta yang menyala padam tiba-tiba..

Dan kemudiannya pula yang menambahkan lagi 'magis' padanya adalah apabila lagu seperti itu berkesinambiungan rupa-rupanya.

Setahun sudah berlalu
Februari muncul kembali
Dengan kehangatan semalam
Tanpa kusedari
Kupetik mawar merah
Kutulis sekuntum puisi
Tapi sayang pada siapa 'kan kuberi

Pada yang mengerti lalu memahami akan segala makna tersurat maksud tersirat, memang makan dalam.

Bekas cinta yang lama
Apakah tidak kan hilang
Kesan cinta yang terus mendatang
Bermain di jiwa ini..

1 week ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Sejak siaran sulungnya pada tahun 2015, Sepahtu Reunion Live tampil sebagai sebuah rancangan komedi situasi (sitcom) televisyen yang telah berkembang menjadi satu fenomena tersendiri. Menyatukan penonton dan peminat yang dambakan rancangan humor spontan berkualiti dengan kemampuan penguasaan pentas menggunakan segala tema, teknik dan trope lawak jenaka yang ada.

Dari episod ke episod, program ini sentiasa konsisten membuktikan bahawa komedi tempatan masih mampu berdiri untuk rating tinggi sehinggalah tirai akhirnya ditutup baru-baru ini dengan segala macam emosi dalam persembahan terakhir di Singapura.

Bagi saya secara peribadi, program tersebut merupakan sitkom komedi paling berkesan sejak era Senario dan Pi Mai Pi Mai Tang Tu suatu ketika dulu yang mampu bertahan hingga bermusim-musim lamanya.

Ia berjaya mengisi kekosongan yang lama ditinggalkan oleh sitkom legenda tanah air di atas. Menghidupkan semula elemen jenaka spontan, interaksi terus kepada penonton dan humor berteraskan realiti kehidupan seharian. Keupayaan rancangan ini mengekalkan format secara langsung tanpa mengorbankan kualiti menjadikannya penanda aras baharu dalam sejarah sitkom komedi Malaysia selang sedekad sejak era kegemilangannya pada tahun 80an dan 90an.

Jep sebagai anchor dan showrunner bukan sahaja berfungsi sebagai nakhoda walaupun ada 'pemain' (cast) bersilih ganti namun saya anggap lebih kepada nadi dan arkitek utama keseluruhan rancangan. Kepimpinannya jelas terserlah melalui kawalan pentas yang kemas, kepekaan terhadap tempo babak ke babak terutama sekali kebijaksanaan membawa situasi live yang selalunya penuh berrisiko. Banyak kali saya lihat dan perhatikan sendiri betapa telitinya Jep membaca suasana, menyelamatkan momen yang hampir 'hanyut' dan menukar mood spontan untuk setiap show berakhir pada nota tinggi.

Dalam dunia komedi, kekecewaan kerana gagal menghiburkan sentiasa menjadi kemungkinan. Namun Sepahtu Reunion Live hampir setiap minggu berjaya menampilkan kandungan refreshing, relevan dan rancak. Slapstick disulam dengan sindiran sosial, pemerhatian kehidupan harian dan kecerdikan verbal yang membuatkan penonton ketawa besar sambil lalu berfikir.

Usah lupa juga barisan kehadiran dan cameo besar seperti Datuk M. Nasir, Datik Ramli MS, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Ella, Ramli Sarip, Dato' Awie, Datuk Amy Search, Faisal Halim dan ramai lagi. Kejutan demi kejutan, setiap cameo bersepadu bijak ke dalam sketsa cerita, menghasilkan momen ikonik yang sukar dilupakan. Gabungan figura-figura legenda dengan komedi spontan Sepahtu ini menjadikan setiap penampilan istimewa bernilai dengan momen tersendiri.

Sambutan luar biasa peminat berterusan sama ada di dewan teater ataupun di rumah mahupun berlarutan di media sosial. Sorakan, gelak tawa, klip viral dan perbincangan hangat setiap minggu menunjukkan hubungan erat antara rancangan ini dan peminatnya.

Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih Sepahtu Reunion Live kerana mengukir nama sebagai sebuah legasi dalam dunia hiburan Malaysia sedekad ini.

Berani mengambil risiko, setia kepada akar komedi tempatan dan mengekalkan kualiti sepanjang tempoh siarannya. Penutup dan penamat mungkin menandakan penghujung sebuah era.

Tetapi impaknya akan terus dikenang sampai bila-bila untuk tempoh yang lebih lama dan panjang...

1 week ago | [YT] | 4

Faizal Mukhtar

WONDER MAN merupakan satu lagi siri terbaru dan pertama untuk tahun 2026 terbitan Marvel Studios di saluran strim Disney+ yang tampil berani keluar daripada formula tipikal superhero.

Dibintangi oleh Yahya Abdul-Mateen II sebagai Simon Williams/Wonder Man, naskah ini lebih cenderung ke arah drama komedi dengan saduran satira Hollywood berbanding aksi-aksi dan pertempuran epik. Mengupas dilema seorang struggling actor yang memiliki superpower (mutant?) namun lebih ingin diiktiraf kerana bakat lakonannya. Approach sedemikin membuatkan Wonder Man terasa agak refreshing, relax, bersahaja dan sangat fokus the very human side of the story.

Diilhamkan oleh direktor Destin Daniel Cretton yang pernah hadir dengan SHANG-CHI AND THE LEGEND OF THE TEN RINGS (2021) dan SPIDER-MAN: BRAND NEW WAY (2026), kekuatan utama siri ini terletak pada dinamika watak antara Simon Williams dan Trevor Slattery lakonan Ben Kingsley. “Bromance” mereka telah menjadi nadi pada emosi dan nuansa cerita. Lucu, jujur dan sekali-sekala menyentuh hati. Saya memuji chemistry kedua-dua pelakon tersebut yang berjaya membawa lapisan emosi mendalam, sambil menyindir Hollywood dan obsesi dunia komersial terhadap status, kejayaan, populariti, etc.

Saya juga boleh meletakkan WONDER MAN antara siri MCU terbaik sejak beberapa tahun kebelakangan ini sejak WANDAVISION (2021), LOKI( 2021-2023) dan DAREDEVIL: BORN AGAIN (2025). Saya juga berikan pujian kerana berani bereksperimen memperlahankan rentak dan tempo jalanc erita lalu memberi ruang kepada character development untuk dialog yang lebih bermakna.

Namun begitu, masih ada barang yang 'off'.

Pacing cerita yang terasa seperti filem panjang dan dipecahkan kepada episodic format serta kekurangan aksi mungkin sedikit mengecewakan follower Marvel yang pastinya mahukan at least satu-dua fighting scene daripada watak superhero kita.

Dari segi naratif, konflik utama bukanlah daripada mana-mana supervillain tetapi konflik dalaman Simon Williams sendiri. Bertarung dengan konflik identiti, superpower yang tidak terkawalkan, pengorbanan serta impian masa hadapan. Pendedahan Trevor Slattery yang sebenarnya memantau Simon Williams sejak dari awal atas arahan pihak berkuasa (Department of Damage Control/DODC) menambahkan lagi lapisan drama pengkhianatan yang tidak dijangka pada penghujung cerita.

Kesimpulannya, WONDER MAN adalah matang dan cukup berjiwa untuk tampil berbeza. Walaupun berkemungkinan besar bukanlah santapan semua golongan penonton terutamanya peminat standard dan template MCU tetapi buat penonton yang menghargai penceritaan bersandarkan drama persahabatan dan persoalan identiti, siri ini adalah antara karya MCU yang paling jujur dan sangat berkesan.

RATING: ⭐️⭐️⭐️⭐️ / 5

2 weeks ago | [YT] | 0

Faizal Mukhtar

Dalam sejarah bola sepak moden, nama José Mourinho sentiasa hadir sebagai simbol keangkuhan taktikal, keyakinan tanpa kompromi dan kemenangan yang dibina atas disiplin kental.

Penaklukan bermula dengan Porto di pentas Champions League dan seterusnya membina empayar era baharu Chelsea di Premier League, kemudian treble Inter Milan sehinggalah reputasi tersendiri di Real Madrid, di sentiasa mencari jalan mengubah kaedah kemenangan serta mencipta kejayaan. Setiap pasukan disentuhnya membawa satu algoritma jelas: Kepercayaan bahawa tiada gergasi atau nama yang terlalu besar untuk ditumbangkan. Lebih menarik lagi, keupayaannya membaca malah menulis hampir setiap plot setiap perlawanan umpama naskah novel dan blockbuster Hollywood yang sudah dihafalnya. Dia faham kelemahan lawan, menghidupkan pemain yang dipandang biasa, menjadikan semuanya sebagai segenap masterpiece pada pentas tertinggi.

Di mana orang lain melihat risiko, Mourinho melihat peluang. Di mana tekanan demi tekanan terjadi, Mourinho membina tembok boleh dipecahkan.

Maka tidak hairanlah apabila malam tadi, kelab kendaliannya kini tampil tanpa gentar. Berdepan Raja Liga Juara-Juara yang kebetulan kelab lamanya Real Madrid, Benfica bermain dengan tenang dan cemerlang.

Sekali lagi mencerminkan sentuhan magis Mourinho. Padat, taktikal dan "kejam" pada saat akhir.

Gol kemenangan penjaga gol Anatoliy Trubin itu bukan sekadar jaringan, ia adalah satu statement:

Legenda tidak pernah pudar dan berhenti.
Ia berevolusi dan makin menjadi-jadi..

Mungkin kita boleh lupakan ceritanya di Manchester United, Tottenham Hotspurs, Roma dan Fenerbahce. Malam tadi, José Mário dos Santos Mourinho Félix sekali lagi mengingatkan dunia bahawa "The Chosen One" is back.

Selamat datang ke satu lagi bab dalam kisah legenda yang enggan senyap dan berakhir begitu sahaja!

2 weeks ago | [YT] | 1

Faizal Mukhtar

THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW merupakan satu projek dan program podcast live eksperimental yang saya mulakan bersama rakan-rakan semasa PKP semasa dunia dilanda Covid-19.

Inisiatif serta niatnya adalah seperti berikut:
1. Menawarkan platform alternatif kepada semua untuk memberikan bersama sokongan secara online,
2. Menyediakan peluang berkongsi cerita serta pengalaman menerusi segmen tertentu setiap kali bersiaran,
3. Membuka ruang untuk potensi usahasama kepada atau pada prospek berkaitan.

Diterbitkan secara langsung menerusi saluran Clubhouse hampir setiap hari, program tersebut boleh saya iktiraf berjaya mencapai objektifnya. Namun demikian bila berakhirnya semua fasa pemulihan dan pandemik, kami telah melalui tempoh pembekuan.

Tiada lagi kedengaran segmen Nota Netizen, Sinema Sana Sini, Tanya Brader Cinta, Jom Usrah Guest of the Week (GOTW), Apa Bola, Open Mic, Berita Clubhouse dan lain-lain lagi segmen ad hoc.

Bukan berhenti sebetulnya cuma saya sengaja mencari masa yang agak panjang untuk mencari jalan alternatif untuk melebarkan sayap selain saluran platform sedia ada. Dari satu aplikasi ke satu aplikasi, dari satu platform ke satu platform, dari satu media sosial ke satu media sosial.

Dan setelah sekian lama akhirnya usaha revival itu menemui kesinambungannya.

THE BENDA BOLEH BINCANG SHOW kini kembali bersiaran secara langsung setiap malam di saluran #TikTokLive hos dan moderator kesayangan anda bermula 2026.

Selamat datang,
Once again.

3 weeks ago | [YT] | 0