Hujung 80an, sebuah band black metal bernama 'Kabus Hitam' muncul. Namun segalanya berubah apabila vokalisnya menyanyikan sebuah lagu ritual yang dipetik dari manuskrip tua dalam satu sesi jamming di studio, pada jam 12:00 tengah malam ketika bulan mengambang penuh, satu portal bercahaya terbuka dan penyanyinya disedut ke dalam dimensi lain. Dia kembali selepas tujuh hari dalam keadaan tenang, namun matanya seperti pernah melihat seribu rahsia. Sejak itu, muzik mereka berubah. Walaupun masih keras (berkurang keras sebenarnya), namun kadang diselitkan dengan lagu slow rock. Lirik pula lebih ke arah nasihat dan spiritual. Tetapi jangan terkejut jika tiba-tiba pula ada lirik yang susah untuk difahami. Ini semua kesan dari pengalaman misteri penyanyi band ini. Bukan salah anda untuk tidak faham, ia sememangnya tidak dapat difahami oleh kebanyakan orang. Selepas peristiwa itu, nama 'Kabus Hitam' pun dikuburkan, kemudian digantikan dengan nama 'LangAit Band'..
LANGAiT BAND
Sedikit makluman kepada semua subscriber, sesiapa yang betul-betul kepala metal dan tertunggu-tunggu lagu metal, channel ini jarang upload lagu metal. Oleh itu ada satu channel yang hanya upload lagu-lagu brutal (Thrash Metal). Boleh ke link di bawah. Terima Kasih - LangAit Band.
www.youtube.com/channel/UCqdg...
8 months ago | [YT] | 11
View 2 replies
LANGAiT BAND
Di jangka lagu-lagu siri dari alam hantu akan habis isnin minggu depan. Siri seterusnya tiada tema, tajuk-tajuk lagu adalah seperti berikut. Terima kasih kepada semua subscriber LangAit Band. Terima kasih banyak-banyak.
Kadang lagu lebih memahami kita lebih daripada manusia lain memahami kita - LangAit Band.
9 months ago | [YT] | 8
View 5 replies
LANGAiT BAND
Bermula pada 29/10/2025, akan bermula upload tajuk seperti dibawah. Walaupun tajuk macam seram tapi sebenarnya tidak seram, malah siap diselitkan nasihat di setiap lagu. Ini bukan lagu satanism ye. Ini lagu komedi dan nasihat. @RiezX-AI @CenderaMaya2026
9 months ago | [YT] | 11
View 7 replies
LANGAiT BAND
Bermula esok (16/10/2025) akan bermula lagu-lagu yang bertemakan guguran. Ada 10 buah lagu semuanya. Nantikan guguran apa yang ada dalam dalam siri ini. terima kasih kerana setia dengan channel secebis picisan ini. @CenderaMaya2026 @Rainfireofficial @ALAMSEMULAJADI mari rock sama-sama.
9 months ago (edited) | [YT] | 6
View 4 replies