Media Selangor adalah saluran televisyen milik Kerajaan Negeri diurus tadbir Media Selangor Sdn. Bhd. (dahulu dikenali sebagai Communication Corporation Sdn. Bhd.) bersiaran menerusi laman web mediaselangor.com/ms/selangortv untuk penstriman audiovisual penuh.


Media Selangor

Masalah pelupa tidak semestinya Alzheimer, tetapi apabila ia berlaku berulang, semakin teruk dan mula mengganggu kehidupan harian, ia mungkin petanda kepada masalah kognitif yang lebih serius.

Selain pengesanan awal bagi membolehkan penilaian, perkembangan rawatan baharu juga memberi pilihan tambahan dalam pengurusan Alzheimer, terutama apabila penyakit itu dapat dikenal pasti pada peringkat awal.

Saksikan Bicara Semasa pada 2 Oktober 2026 (Jumaat), jam 11 pagi bersama Pakar Psikiatri Prof Dr Muhammad Najib Mohamad Alwi yang mengupas bagaimana orang awam hendak memahami tanda awal Alzheimer, perbezaannya dengan pelupa biasa serta perkembangan terkini rawatan penyakit ini.

#BicaraSemasa #Alzheimer #KesihatanMental #KesihatanKognitif #PengesananAwal #ProfDrMuhammadNajib #RawatanAlzheimer #MediaSelangor

1 day ago | [YT] | 4

Media Selangor

Memasuki usia 40-an, ramai wanita mula menyedari perubahan pada tubuh seperti kitaran haid yang tidak menentu, perubahan emosi, gangguan tidur, peningkatan berat badan atau rasa cepat letih.

Bersama Pengarah Perubatan Femma Clinic, Dr Alia Zaferi bagi merungkai adakah semua perubahan ini sekadar faktor usia atau ia merupakan tanda awal perimenopaus, iaitu fasa peralihan sebelum seseorang wanita memasuki menopaus.

Saksikan Bicara Semasa siaran 29 September 2026, Selasa, jam 11 pagi eksklusif di Media Selangor.

#MediaSelangor #BicaraSemasa #Pramenopaus #FemmaClinic #DrAliaZaferi

3 days ago | [YT] | 7

Media Selangor

Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) semakin penting ketika industri bergerak pantas seiring perkembangan kecerdasan buatan (AI), automasi, teknologi hijau dan digitalisasi. Namun, sejauh mana latihan yang ditawarkan benar-benar sepadan dengan kemahiran yang diperlukan industri?

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), Dr Harizal Hamid mengupas isu ketidakpadanan kemahiran, peluang kerjaya graduan, kepentingan peningkatan kemahiran serta bidang yang dijangka mempunyai permintaan tinggi menjelang 2030.

#TVET #STDC #HarizalHamid #KecerdasanBuatan #KemahiranMasaDepan #TenagaMahir #KebolehpasaranGraduan #BicaraSemasa #mediaselangor

1 week ago | [YT] | 7

Media Selangor

Jerebu bukan sekadar mengaburkan pandangan. Partikel halus PM2.5 boleh memasuki jauh ke dalam sistem pernafasan dan memberi kesan kepada kesihatan tanpa kita sedari.

Sejauh mana bahayanya dan siapa paling berisiko? Saksikan Bicara Semasa bersama Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Dr Ummi Kalthom Shamsudin, yang mengupas kesan pencemaran udara serta langkah melindungi diri ketika jerebu.

Tarikh: 22 September 2026, Selasa
Masa: 11.00 pagi

Eksklusif di mediaselangor.com

1 week ago | [YT] | 10

Media Selangor

Orang tiba-tiba pengsan depan mata. Mangsa kemalangan terbaring di jalan. Ada yang tersedak atau tidak lagi bernafas.

Dalam situasi begini, apa tindakan pertama yang perlu kita lakukan? Bantu dahulu, hubungi 999 atau tunggu pasukan kecemasan tiba?

Saksikan Bicara Semasa siaran 18 September 2026 (Jumaat), jam 11 pagi bersama Ketua Jabatan Pengurusan Kesihatan Profesional (Fakulti Kesihatan dan Sains Kehidupan) MSU, Hamdan Ibrahim yang berkongsi tindakan asas ketika berdepan kecemasan, termasuk perkara yang perlu dielakkan serta bagaimana orang awam boleh membantu sementara menunggu pasukan perubatan.

2 weeks ago | [YT] | 9

Media Selangor

Festival Turath Islami Selangor kini memasuki tahun keempat penganjuran dengan kelainan besar apabila diperluas ke peringkat nasional sebagai Festival Turath Islami Malaysia (FTIM) 2026. Bermula 13 September ini, festival ini kembali menghimpunkan ulama tempatan dan antarabangsa menerusi pelbagai sesi pengajian serta pengisian yang mengetengahkan tradisi keilmuan Islam.

Bicara Semasa kali ini bersama Pengarah Yayasan Turath Islami, Al-Mustaqeem Mahmud Radhi bagi mengupas perkembangan festival berkenaan, memahami makna sebenar ilmu turath serta meneliti sejauh mana khazanah ilmu ini masih relevan dalam kehidupan masyarakat moden hari ini.

3 weeks ago | [YT] | 12

Media Selangor

MyKad bukan sekadar kad pengenalan, sebaliknya dokumen penting yang membuktikan identiti seseorang sebagai rakyat Malaysia.

Namun, pemalsuan, penyalahgunaan dan tindakan meminjamkan MyKad kepada individu lain boleh membuka ruang kepada pelbagai bentuk penipuan serta menjejaskan keselamatan negara.

Penolong Pengarah Siasatan, Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya, Zalipah Ramli mengupas modus operandi penyalahgunaan dokumen, ciri keselamatan MyKad serta tindakan JPN membanteras kegiatan berkenaan.

Saksikan Bicara Semasa, 8 September 2026, jam 11 pagi, eksklusif di Media Selangor.

#BicaraSemasa #MyKad #JPN #PenyalahgunaanMyKad #PemalsuanDokumen #KeselamatanIdentiti #KeselamatanNegara #mediaselangor

3 weeks ago | [YT] | 18

Media Selangor

Haid yang tidak teratur mungkin dianggap perkara biasa. Namun, ia boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih kompleks termasuk Sindrom Ovari Polisistik atau PCOS.

Bersama Pengarah Perubatan Femma Clinic, Dr Alia Zaferi bagi mengenali apakah sebenarnya PCOS, tanda yang perlu diberi perhatian dan bagaimana wanita boleh menguruskan keadaan ini.

Saksikan Bicara Semasa siaran 4 September 2026, Jumaat, jam 11 pagi eksklusif di Media Selangor.

#MediaSelangor #BicaraSemasa #PCOS #FemmaClinic #DrAliaZaferi

4 weeks ago | [YT] | 8

Media Selangor

Kes buli, pergaduhan, gengsterisme dan senjata tajam di sekolah menimbulkan persoalan mengenai tahap keselamatan pelajar serta perubahan corak salah laku remaja.

Saksikan Bicara Semasa, 1 September 2026 jam 11 pagi bersama ASP Yusmar Yadee Salim dari Unit Pencegahan Gangsterism, Bukit Aman yang mengupas sama ada salah laku remaja kini semakin menjurus kepada keganasan lebih serius serta langkah pencegahan yang perlu diberi perhatian.

#mediaselangor #bicarasemasa #kesbuli

1 month ago | [YT] | 11

Media Selangor

Sambutan Hari Kebangsaan ke-69 Peringkat Negeri Selangor Tahun 2026 bakal berlangsung meriah di Stadium Kajang pada 30 Ogos.

Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Chua Yee Ling berkongsi mengenai persiapan akhir sambutan, pengisian program serta keistimewaan pemilihan Kajang sebagai lokasi acara tahun ini.

Saksikan Bicara Semasa siaran 28 Ogos 2026, Jumaat, jam 11 pagi eksklusif di Media Selangor.

#MediaSelangor #BicaraSemasa #StadiumKajang #HariKebangsaan2026

1 month ago | [YT] | 18