KES JENAYAH DALAM DAN LUAR NEGARA
Kami bawakan pelbagai kes jenayah yang pernah terjadi di Malaysia dan juga luar negara yang tidak diketahui ramai.
Jika anda ada cadangan atau pandangan, sila kemukakan di ruangan komen di salah satu video kami.
NAK TAHU KES SETERUSNYA?
SUBSCRIBE DARI FAIL MAHKAMAH DULU...
Sebarang pertanyaan, pengiklanan atau tajaan, sila hubungi kami di email (palingtop.media@gmail.com) atau DM kami di Instagram (@palingtop.media).
NAK BUAT PAID REVIEW SERENDAH HARGA RM25? HUBUNGI KAMI SEKARANG..!!!
Dari Fail Mahkamah
Pada hari kejadian kira-kira jam 6.00 petang, semasa menjalankan tugas rondaan, Koperal Kanniah bersama dengan Koperal Azmi telah menerima arahan dari Bilik Gerakan untuk pergi ke sebuah Tokong Cina kerana dipercayai ada seorang lelaki sedang membuat kacau menggunakan senjata sebilah pedang. Setelah tiba di tokong tersebut, Koperal Kanniah mendapati di dalam tokong itu terdapat seorang wanita terlantar di atas lantai dalam keadaan cedera parah dipercayai telah meninggal dunia.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/xNzzt2d5DaI
#DariFailMahkamah #KesJenayah
1 day ago | [YT] | 64
View 0 replies
Dari Fail Mahkamah
Pada jam 9.30 malam, satu serbuan telah dibuat di sebuah hotel di Kuala Lumpur berikutan maklumat mengenai pakatan melibatkan sekumpulan individu yang sedang merancang untuk melakukan kekacauan di Malaysia.
Siasatan menunjukkan bahawa sekumpulan 12 orang individu tersebut telah membuat beberapa siri perjumpaan selepas pertemuan pertama mereka dengan Suspek Pertama yang baru sahaja pulang ke Malaysia dari Syria setelah beberapa lama menjadi pejuang kumpulan militan termasuklah Ajnad As-Syams dan Islamic State (IS).
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/DpOFacqYRmI
#DariFailMahkamah #KesJenayah
2 weeks ago | [YT] | 89
View 2 replies
Dari Fail Mahkamah
Ketika si isteri (Suspek Kedua) hendak mengejutkan mangsa, mangsa kelihatan tidak sihat dan tidak boleh bernafas. Si isteri kemudian meminta suaminya untuk membawa mangsa ke hospital. Si suami (Suspek Pertama) kemudiannya membawa mangsa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Ketika tiba di Unit Trauma dan Kecemasan, pemeriksaan ke atas mangsa telah dijalankan oleh Dr Victor Au. Dr Victor mendapati bahawa mangsa telah meninggal dunia. Mangsa kemudiannya telah dihantar untuk menjalani proses bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/tkycbnLDJ5E
#DariFailMahkamah #KesJenayah
4 weeks ago | [YT] | 90
View 1 reply
Dari Fail Mahkamah
Pada malam kejadian kira-kira jam 10.30 malam, semasa seorang lelaki sedang berada di rumahnya, beliau telah didatangi oleh jirannya yang memberitahu bahawa sering kali mendengar jeritan si kecil (mangsa) menangis di rumah No. 25. Jirannya itu telah meminta lelaki tersebut untuk turut serta pergi ke rumah berkenaan. Selepas itu, lelaki itu bersama kakaknya serta jirannya itu telah pergi ke rumah No. 25, dan mereka melihat penghuni rumah No. 25 itu sedang menumbuk dan memukul mangsa dengan menggunakan tangan. Kejadian ini telah disaksikan oleh ketiga-tiga mereka.
Lelaki itu dapat melihat mangsa dalam keadaan ketakutan pada masa kejadian. Lelaki itu berasa kasihan dan beliau merasakan penghuni rumah No. 25 tersebut tidak patut melakukan sebegitu rupa terhadap mangsa. Lelaki itu juga mendapati kejadian ini sering kali berlaku dan sudah banyak kali beliau mendengar jeritan suara mangsa menangis. Lelaki itu pun pergi membuat laporan polis dan melaporkan tentang kejadian yang dilihatnya.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/SuTmV92WXDA
#DariFailMahkamah #KesJenayah
1 month ago | [YT] | 68
View 3 replies
Dari Fail Mahkamah
Kira-kira jam 5.00 petang, seorang pekerja di sebuah kedai emas bernama Faizal datang ke tempat kerjanya dengan tujuan untuk mengambil wang gajinya daripada majikannya. Setibanya Faizal di premis perniagaan tersebut, beliau mendapati premis tersebut di dalam keadaan tertutup tetapi tidak berkunci. Faizal kemudian mendapati majikannya (mangsa) berada di dalam keadaan meniarap dan berlumuran darah di atas lantai di dalam premis tersebut.
Dengan bantuan rakan rakannya, Faizal telah menghantar majikannya itu ke hospital untuk rawatan kecemasan. Faizal juga menyatakan bahawa βpouch bagβ di pinggang mangsa yang mengandungi wang dan barang kemas yang sudah dibeli pelanggan, tidak ada pada mangsa semasa mangsa ditemui di tempat kejadian.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/4xdWnAItIZQ
#DariFailMahkamah #KesJenayah
1 month ago | [YT] | 153
View 10 replies
Dari Fail Mahkamah
Bomoh dan mangsa sudah berjanji untuk berjumpa bagi mendapatkan rawatan. Pada hari yang dijanjikan, bomoh datang menaiki kereta untuk membawa mangsa membuat rawatan bagi menghalau hantu-hantu yang ingin masuk ke dalam tubuh mangsa. Mangsa pada ketika itu ada bersama dengan seorang rakannya. Bomoh meminta mangsa dan rakannya itu masuk ke dalam kereta. Rakan mangsa kemudiannya dihantar pulang ke rumah kerana bomoh mengatakan yang hantu tidak mahu ada orang lain bersama dengan mangsa. Menurut bomoh, jika rakan mangsa itu ikut, mangsa boleh mati.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/jxOg9VNJN3A
#DariFailMahkamah #KesJenayah
2 months ago | [YT] | 172
View 4 replies
Dari Fail Mahkamah
Saksi dapat melihat sebuah kereta peronda polis tiba di tempat kejadian. Seorang anggota polis telah keluar dari kereta tersebut dan bercakap dengan seorang lelaki di situ, dan kemudiannya beredar dari tempat kejadian. Kemudian, saksi melihat sekumpulan lelaki datang semakin ramai dan mereka membawa senjata seperti besi dan parang. Saksi melihat Suspek Pertama mendekati rumah bapanya dan bercakap dengan lelaki yang bercakap dengan polis tadi dalam nada yang kuat dan bertanyakan, βSiapa you punya orang in charge? Panggil dia!β.
Setelah saksi lari ke rumah jirannya dan melalui pintu rumah jirannya, saksi dapat melihat Suspek Keempat menetak bahagian belakang bahu kanan mangsa dengan menggunakan parang. Mangsa kemudiannya telah berlari ke arah motosikalnya di kawasan tong sampah sebelum jatuh terlentang akibat terlanggar besi ampaian. Selepas itu, mangsa telah ditetak bertubi-tubi oleh Suspek Kedua, Suspek Ketiga dan Suspek Keempat dengan menggunakan parang. Suspek Pertama pula berjalan perlahan-lahan sambil menyeret dan menghentak parangnya ke atas tanah sambil menjerit, βSiapa lagi! Siapa lagi!β.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/Ll2EOkaNfGo
#DariFailMahkamah #KesJenayah
2 months ago | [YT] | 96
View 6 replies
Dari Fail Mahkamah
Ketika sedang bertugas, dua orang kakitangan Petronas amat terkejut apabila ada seorang lelaki masuk ke dalam premis sambil membawa sepucuk pistol lalu terus mengacukan pistol ke arah salah seorang dari mereka. Tidak lama selepas itu, datang seorang lagi kakitangan telah memeluk lelaki tersebut.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/f8J17BFoUQ8
#DariFailMahkamah #KesJenayah
3 months ago | [YT] | 109
View 4 replies
Dari Fail Mahkamah
Pada hari kejadian iaitu sekitar jam 5.30 petang, semasa mangsa yang berusia 9 tahun sedang berehat setelah bermain badminton bersama kakaknya dan rakan-rakannya di hadapan rumah, tiba-tiba datang sebuah kereta berwarna βsilverβ yang dinaiki oleh seorang lelaki dan seorang wanita, di mana lelaki tersebut telah menangkap dan memasukkan mangsa yang berusia 9 tahun itu ke dalam kereta dan melarikannya.
Lelaki tersebut memakai βsurgical maskβ dan bertopi. Kakak mangsa serta pembantu rumah mereka tidak dapat mengecam lelaki tersebut.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/4mnUr0mYI5g
#DariFailMahkamah #KesJenayah
3 months ago | [YT] | 140
View 2 replies
Dari Fail Mahkamah
Pada hari kejadian sekitar jam 9.26 malam ketika mangsa berada di rumahnya bersama-sama dengan dua orang anaknya iaitu Nur dan Ida (bukan nama sebenar), suami mangsa telah pulang ke rumah.
Setelah pintu dibuka oleh Nur, mangsa telah mengikuti suaminya itu masuk ke dalam bilik tidur. Mangsa telah menolak giliran bermalam bersama suaminya dan meminta suaminya itu pergi ke rumah isterinya yang lain. Ini telah menimbulkan pertengkaran di antara mangsa dan suaminya.
Apa yang terjadi sebenarnya?
Ikuti kes penuh di sini..ππ»ππ»ππ»
https://youtu.be/owtRPTO9G2A
#DariFailMahkamah #KesJenayah
4 months ago | [YT] | 51
View 2 replies
Load more