Selamat datang ke Financial Faiz - saluran yang memudahkan topik kewangan untuk semua rakyat Malaysia. Kami bawakan video pendek dan panjang tentang duit gaji, simpanan, pelaburan, hutang, cukai, rumah, kereta dan isu semasa yang melibatkan kewangan anda. Misi kami jelas: bantu anda buat keputusan kewangan yang lebih bijak dan faham apa yang berlaku dalam ekonomi dengan bahasa mudah, gaya santai dan terus terang. Kami tak jual produk, tak sembang kosong - cuma ilmu dan info yang relevan. Sesuai untuk anak muda, pekerja, usahawan dan sesiapa yang nak ubah hidup melalui pemahaman kewangan. Subscribe sekarang dan jadikan celik kewangan sebagai lifestyle anda.

business@financialfaiz.com
jobs@financialfaiz.com
internship@financialfaiz.com
FF Studios Sdn. Bhd.
(202201021761)


Financial Faiz

Selamat Hari Jantung Sedunia 2026

Sempena Hari Jantung Sedunia, sama-sama kita tingkatkan kesedaran untuk jaga kesihatan, amalkan gaya hidup lebih baik dan hargai tubuh yang sentiasa bekerja untuk kita.

#financialfaiz #harijantungsedunia #worldheartday #kesihatan #jantung

2 days ago | [YT] | 50

Financial Faiz

SALAM TAKZIAH PEMERGIAN ALLAHYARHAMAH TUN DR. SITI HASMAH MOHD ALI

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa Allahyarhamah, merahmati rohnya dan menempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Daripada seluruh warga FF Studios

3 days ago | [YT] | 139

Financial Faiz

[S02:E01] Subsidi dah ditambah, kenapa bil elektrik masih naik? - Dr. Aimi, Penganalisis Ekonomi

Kerajaan dah perluaskan subsidi elektrik daripada 600kWj kepada 800kWj, tetapi persoalannya adakah ini cukup untuk keluarga bandar? Dalam masa sama, jerebu dan El Niño bukan sekadar isu cuaca kerana ia boleh memberi kesan kepada pelancongan, pertanian, produktiviti dan akhirnya harga makanan.

Financial Faiz Podcast kali ini bersama Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi, Penganalisis Ekonomi, untuk membincangkan sama ada gaji minimum RM3,100 realistik, bagaimana SME nak tanggung kenaikan kos dan kenapa peningkatan gaji perlu datang bersama produktiviti.

1 week ago | [YT] | 14

Financial Faiz

Wise vs Bank: Mana lebih jimat transfer duit overseas?

Ramai nampak bank offer “zero commission” atau “zero transfer fee” dan terus anggap transfer tu murah. Tapi kos sebenar juga boleh datang daripada FX markup pada exchange rate, ditambah caj bank perantara dan receiving bank.

Dalam video kali ini kita tengok macam mana duit bergerak melalui sistem SWIFT, kenapa transfer antarabangsa boleh ambil masa beberapa hari, dan bagaimana Wise kurangkan proses perantara. Wise juga ada Multi-Currency Account untuk pegang dan convert lebih 40 mata wang, Auto Conversion untuk tukar duit bila rate capai target, serta virtual card untuk transaksi online.

Kalau korang selalu hantar duit overseas, travel atau buat international payment, penting untuk tengok bukan sekadar “transfer fee”, tapi juga rate, features dan berapa banyak duit yang penerima betul-betul akan dapat pada akhirnya.

1 week ago | [YT] | 4

Financial Faiz

[S01: E23] Gaji kecil tapi beli rumah mahal: Lifestyle lebih penting? - Erman Taib & Nur Aliya

Ramai terlalu fokus pada jumlah maksimum loan yang bank boleh bagi. Tapi kemampuan sebenar bukan setakat tengok sama ada loan lulus atau tidak, kena tengok juga berapa banyak duit yang tinggal selepas semua komitmen dibayar.

Rumah pertama pun tak semestinya kena besar atau mahal. Kadang-kadang menyewa dulu, beli rumah yang lebih kecil atau tunggu kewangan lebih stabil boleh jadi keputusan yang lebih sesuai.

Dalam Financial Faiz Podcast kali ini bersama Encik Erman Taib, Property Expert dan Puan Nurul Nur Alia dari CIMB Bank membincangkan bagaimana nak tentukan kemampuan beli rumah, beza sewa dan beli, risiko beli tanah untuk bina sendiri dan kesilapan yang patut dielakkan sebelum buat keputusan besar.

1 week ago | [YT] | 10

Financial Faiz

Selamat Hari Malaysia 2026

Semoga semangat kebersamaan terus jadi kekuatan kita untuk bina Malaysia yang lebih maju, adil dan sejahtera untuk semua.

Bunga raya mekar berseri,
Indah dipandang harum mewangi,
Berbeza negeri, satu hati,
Selamat Hari Malaysia dari kami.

#financialfaiz #harimalaysia #malaysia2026 #kitamalaysia #kebersamaan

2 weeks ago | [YT] | 60

Financial Faiz

Kos sara hidup meningkat: Gaji minimum RM3,100 boleh selesaikan?

Bagi pekerja, RM3,100 mungkin lebih dekat dengan realiti kos sara hidup sekarang. Tapi bagi majikan, lonjakan daripada RM1,700 ke RM3,100 bukan sekadar tambah RM1,400. Bila campur KWSP, SOCSO, EIS, overtime dan kos lain, kos sebenar boleh mencecah hampir RM3,600 untuk seorang pekerja.

Kalau kos pekerja naik terlalu cepat, adakah majikan akan kurangkan hiring, gantikan pekerja dengan AI atau naikkan harga barang?

Dalam video kali ini kita bincang kedua-dua belah pihak, dan kenapa gaji lebih tinggi perlu bergerak seiring dengan produktiviti.

2 weeks ago | [YT] | 67

Financial Faiz

[S03:E75] Inflasi terkawal, kos hidup makin mahal? - Dato' Fraziali Ismail, Assistant Governor BNM

Ekonomi Malaysia berkembang, inflasi dikatakan terkawal dan pasaran pekerjaan masih bertahan. Tapi kalau semua angka nampak baik, kenapa ramai rakyat masih rasa kos kehidupan semakin berat?

Inflasi yang menurun tidak bermaksud harga barang turun. Ia hanya bermaksud harga meningkat pada kadar yang lebih perlahan. Antara 2019 hingga 2024, harga meningkat 9.3% sedangkan gaji meningkat 7.2%. Sebab itu isu kos sara hidup bukan sekadar tentang harga, tetapi sejauh mana pendapatan mampu mengejar kenaikan tersebut.

Financial Faiz kali ini bersama Dato' Fraziali Ismail, Assistant Governor untuk membincangkan realiti di sebalik angka ekonomi, inflasi, kuasa beli dan bagaimana Malaysia boleh meningkatkan pendapatan rakyat secara mampan. Kalau ekonomi berkembang tetapi gaji tak mampu mengejar harga, adakah rakyat benar-benar semakin makmur?

3 weeks ago | [YT] | 11

Financial Faiz

[S03:E74] Ramai tahu TAKAFUL penting, tapi kenapa masih TANGGUH? - Azam Yusof & Mohamad Saifudin

Bila kita meninggal dunia, keluarga bukan sahaja berdepan kehilangan. Mereka mungkin perlu fikir tentang kewangan, tuntutan, dokumen dan macam-macam urusan ketika masih dalam keadaan bersedih.

Sebab itu perancangan perlindungan bukan sekadar tentang pampasan. Hibah takaful boleh membantu keluarga, manakala wakaf pula membuka ruang untuk meninggalkan manfaat yang berterusan walaupun selepas kita tiada.

Financial Faiz kali ini bersama Encik Azam Yusof, CEO Sun Life Malaysia Takaful dan Encik Mohamad Saifudin, Head of Shariah Governance Sun Life Malaysia Takaful, membincangkan bagaimana takaful boleh menjadi sebahagian daripada perlindungan keluarga, wakaf dan legasi. Kalau kita tiada esok, apa yang sudah kita sediakan hari ini?

4 weeks ago | [YT] | 5

Financial Faiz

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-69.

Merdeka bukan hanya tentang mengenang perjuangan yang lalu, tetapi menghargai apa yang kita miliki hari ini dan bersama-sama membina masa depan Malaysia yang lebih baik.

Ikhlas daripada seluruh warga FF Studios.

#financialfaiz #merdeka #harikebangsaan #perjuangan #69tahun

1 month ago | [YT] | 39