Selamat datang ke Financial Faiz - saluran yang memudahkan topik kewangan untuk semua rakyat Malaysia. Kami bawakan video pendek dan panjang tentang duit gaji, simpanan, pelaburan, hutang, cukai, rumah, kereta dan isu semasa yang melibatkan kewangan anda. Misi kami jelas: bantu anda buat keputusan kewangan yang lebih bijak dan faham apa yang berlaku dalam ekonomi dengan bahasa mudah, gaya santai dan terus terang. Kami tak jual produk, tak sembang kosong - cuma ilmu dan info yang relevan. Sesuai untuk anak muda, pekerja, usahawan dan sesiapa yang nak ubah hidup melalui pemahaman kewangan. Subscribe sekarang dan jadikan celik kewangan sebagai lifestyle anda.
business@financialfaiz.com
jobs@financialfaiz.com
internship@financialfaiz.com
FF Studios Sdn. Bhd.
(202201021761)
Financial Faiz
[S01:E17] Dipaksa buat personal loan, akhirnya tanggung hutang seorang diri.
Ramai anak muda fikir beli rumah hanya bergantung pada gaji. Hakikatnya, rekod CCRIS, komitmen BNPL, simpanan dan tujuan pembelian turut menentukan sama ada anda benar-benar bersedia memiliki rumah pertama.
Masih ramai yang tersilap memilih hartanah kerana mengejar harga murah atau mengikut kehendak orang lain, tanpa memahami risiko kewangan yang bakal ditanggung.
Financial Faiz Podcast kali ini bersama Tuan Erman Taib, Property Expert dan Puan Suriya Alias, wakil CIMB untuk membincangkan persediaan membeli rumah pertama, cara meningkatkan peluang pinjaman diluluskan serta kesilapan yang perlu dielakkan. Sebelum membuat komitmen berpuluh tahun, adakah anda sudah benar-benar bersedia?
5 days ago | [YT] | 10
View 0 replies
Financial Faiz
Be$MART Financial Literacy 2026, Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Program Be$MART Financial Literacy 2026 kali ini singgah di Politeknik Port Dickson dengan sambutan yang cukup menggalakkan apabila dewan dipenuhi pelajar sehingga full house. Keriuhan dan semangat para pelajar sepanjang program jelas terasa apabila mereka memberikan kerjasama yang baik serta aktif menyertai setiap sesi yang dijalankan.
Dalam sesi kali ini, kami membawakan Erman Taib, Property Expert, serta wakil CIMB, Nurul Nur Aliya. Para pelajar didedahkan dengan perkongsian mengenai persediaan membeli rumah pertama, kesilapan yang sering dilakukan oleh golongan muda, cara mengukur kemampuan kewangan, serta panduan berkaitan pembiayaan perumahan termasuk dokumen yang diperlukan, DSR dan produk pembiayaan yang ditawarkan oleh CIMB.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan memeriahkan program kali ini. Tahniah juga kepada para pemenang hadiah kuiz Kahoot!
Terima kasih @cimbfoundation atas kolaborasi yang bermakna ini.
#financialfaiz #cimbfoundation #cimbbesmart26 #cimbbesmartportdickson
6 days ago | [YT] | 62
View 1 reply
Financial Faiz
World Cup: FIFA untung, negara host rugi?
World Cup nampak macam peluang ekonomi yang besar. Tapi bila kita tengok lebih dalam, tak semua negara host betul² buat untung.
FIFA boleh jana berbilion dolar daripada broadcast rights, sponsorship dan tiket. Tapi negara host pula kena sediakan stadium, sistem pengangkutan, tempat latihan, keselamatan dan macam² lagi. Lepas World Cup habis, ada negara yang tinggal dengan stadium kosong, kos maintenance tinggi dan bil yang perlu dibayar rakyat.
Jadi persoalannya, kalau Malaysia diberi peluang jadi host World Cup, patut kita ambil atau tolak?
6 days ago | [YT] | 7
View 2 replies
Financial Faiz
Thank you PPA Malaysia for having me at MyTOWN yesterday and for the opportunity to share my views on retirement planning in Malaysia 😆
Sesi ni memang best, lagi² bila soalan daripada crowd pun sangat smart and relevant. Seronok dapat jawab dan discuss isu persaraan yang sebenarnya sangat dekat dengan kehidupan kita semua 😗
Special thanks to Encik Taufiq Iskandar, CEO of PPA Malaysia, for your support and trust in me 🫡
1 week ago | [YT] | 67
View 1 reply
Financial Faiz
Kerajaan U-turn Lindung 24 Jam, rakyat menang atau rugi?
Ramai orang marah bila gaji kena potong untuk Lindung 24 Jam PERKESO. Ada yang kata dah ada medical card sendiri, ada yang rasa tak adil sebab potongan dibuat secara wajib, dan ada juga yang persoalkan kenapa duit itu tak boleh dapat balik kalau tak claim.
Sekarang kerajaan sudah U-turn dan jadikan skim ini sebagai pilihan.
Tapi bagi I, isu ini tak semudah “rakyat menang, kerajaan kalah”. Lindung 24 Jam sebenarnya boleh bantu ramai pekerja yang tidak ada medical card, tidak mampu bayar premium takaful atau pernah ditolak oleh insurans sebab rekod kesihatan.
Cuma kerajaan sepatutnya educate rakyat dengan lebih jelas sebelum kuatkuasakan polisi. Kalau nak jadikan opt out pun, kena ada syarat dan bukti, bukan semua orang boleh keluar begitu sahaja sampai skim ini hilang fungsi.
1 week ago | [YT] | 81
View 13 replies
Financial Faiz
Kitorang nak hire interns 😆 Allowance up to RM1,200. Office located in Kota Damansara. Daily lunch provided
Open roles:
1. Business Admin
2. Event Management
3. Video Editor
You’ll help us build systems, bukan sekadar jadi system user 😉 All roles have seniors who will guide you throughout the internship
Preferably those who can continue with us after the internship, as we treat internships as a long-form interview process
Jom la join FF 🤌
1 week ago | [YT] | 22
View 1 reply
Financial Faiz
Be$MART Financial Literacy 2026, UiTM Shah Alam, Selangor.
Kemeriahan program diteruskan bersama pelajar-pelajar UiTM Shah Alam daripada pelbagai fakulti. Dari awal hingga akhir program, semangat dan sporting mereka memang luar biasa, menjadikan setiap sesi lebih meriah dan penuh energi.
Dalam sesi kalini, kami bawakan speaker Encik Che Anuar Misnan, Head of Facilitator di Al Kahfi Consultant dan wakil CIMB iaitu Encik Mohd Fadzli. Topik yang dibawakan iaitu pengenalan kepada pengurusan harta, perancangan harta dari usia muda, mindset anak muda terhadap kewangan, peranan bank dalam pengurusan harta, tuntutan harta atau simpanan selepas kematian dan kelebihan joint account.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan memeriahkan program kali ini dan tahniah juga kepada para pemenang hadiah kuiz Kahoot.
Next, kami akan berada di Politeknik Port Dickson. Register dan hadir beramai-ramai.
Terima kasih CIMB Foundation for this collaboration
#financialfaiz #cimbfoundation #cimbbesmart26 #cimbbesmartshahalam
2 weeks ago | [YT] | 39
View 0 replies
Financial Faiz
Be$MART Financial Literacy 2026, Uitm Kampus Sungai Petani, Kedah.
Kemeriahan program diteruskan lagi bersama pelajar-pelajar dari UiTM Cawangan Kedah, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Permatang Pauh, UiTM Cawangan Pulau Pinang Kampus Bertam dan IPG Kampus Sultan Abdul Halim di UiTM Kedah. Student-student di utara memang sempoi dari awal program sampailah program habis.
Dalam sesi kalini, kami bawakan speaker Encik Tusvendran Pillai @niagasaham dan wakil CIMB iaitu Puan Nurdiyana Harun. Topik yang dibawakan iaitu perbezaan pelaburan saham dan unit trust, cara menilai risiko, serta langkah asas sebelum mula melabur termasuk platform yang sesuai untuk beginner.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan memeriahkan program kali ini dan tahniah juga kepada para pemenang hadiah kuiz Kahoot.
Next, kami akan berada di UiTM Shah Alam. Register dan hadir beramai-ramai.
#financialfaiz #cimbfoundation #cimbbesmart26 #cimbbesmartkedah
2 weeks ago | [YT] | 97
View 1 reply
Financial Faiz
Financial Faiz is hiring for a trainer? Yes!! If you think you can help deliver financial literacy training, feel free to apply 😉
We will work together to deliver better financial knowledge kepada masyarakat.
Kita bukan nak ajar teori je tau tapi praktikalnya sekali supaya rakyat Malaysia boleh buat pilihan bijak tentang kewangan masing-masing.
Ada sijil HRD Corp TTT? Ada strong knowledge dalam personal finance atau wealth management? Haa, jangan simpan ilmu tu sorang-sorang, sharelah dengan orang lain jugak!
Feel free to drop us an email with your CV ye. Email address ada dalam poster.
3 weeks ago | [YT] | 24
View 0 replies
Financial Faiz
Be$MART Financial Literacy 2026, UniMAIWP Batu Cave, Selangor.
Program kolaborasi bersama @cimbfoundation kali ni mengumpulkan 247 pelajar daripada UniMAIWP, UPNM dan UPM, dan energy mereka memang padu dari awal sampai habis program.
Kami bawakan guest speaker, Suzardi Maulan, yang berkongsi tentang maksud financial independence, bila seseorang itu boleh dikatakan sudah capai financial independence, dan kesilapan yang ramai orang selalu buat bila bercakap tentang nak retire early.
Pelajar pun memang sporting, aktif bertanya dan semangat join kuiz Kahoot, terutama sekali bila hadiah utama adalah MacBook Neo.
Terima kasih kepada semua pelajar yang hadir dan memeriahkan program kali ini.
So, minggu ini kami ke UITM Merbok, Kedah pula. Student sana jangan lupa hadir.
#financialfaiz #cimbfoundation #cimbbesmart26 #cimbbesmartselangor
3 weeks ago | [YT] | 53
View 1 reply
Load more