Channel ini menyediakan resepi-resepi hebat dan lazat serta enak dari seluruh dunia. Walaupun masakan ini disediakan dirumah tapi dari segi rasa dan keenakan setaraf restoran-restoran terkemuka. Channel ini fokus kepada masakan-masakan dari Malaysia dan Thailand dahulu dan akan dikembang ke negara-negara lain. Semuga anda mendapat manafaat dari resepi-resepi yang di sediakan. Selamat menonton dan terima kasih kerana menyokong channel ini.


PakCik SMY

Satu-satunya kek yang gagal dalam gambar ialah yang dilabelkan "Tiada Leaveners"

Tiada kombinasi yang disyorkan atau yang lebih baik; Semuanya bergantung pada bagaimana resepi yang anda guna dihasilkan.

Sesetengah resipi memerlukan serbuk penaik sahaja, dan itu tidak mengapa.
Ada yang menggunakan baking soda, dan tidak mengapa selagi terdapat asid (cuka, jus lemon, atau krim tartar) dalam bahan-bahan untuk mengaktifkan baking soda.

Walaupun beberapa resepi telah dihasilkan untuk menggunakan kedua-dua serbuk penaik dan baking soda, itu juga tidak mengapa.

Berpegang pada spesifikasi resepi pilihan anda.Sentiasa ikut resipi anda.

Jangan menambah, mengeluarkan atau menggantikan sebarang bahan melainkan anda tahu apa yang sedang dilakukan atau sedang bereksperimen.

Melakukan mana-mana daripada itu pasti akan mengubah pada rasa atau fizikal.
Semuga bermanafaat.

1 year ago (edited) | [YT] | 37

PakCik SMY

Assalamualaikum semua. Lama sudah pakcik tak post di komuniti ni. Sekarang pakcik bercuti dikampung 10 hari. Dapat juga buat resepi2 simple ni (Ubi Kayu sira gula merah & ketupat palas). Jalan2 pun dapat juga. Lagi 2 hari kita akan sambut tahun baru 2024. Semoga pakcik dapat subscriber 50K sempena 50 tahun usia pakcik pada 2024. In Sha Allah. Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan selamat tahun baru 2024.

2 years ago | [YT] | 69

PakCik SMY

Assalamualaikum. Lama pakcik tak menulis di community. Sekarang ni sibuk sikit. Hidup semakin rancak banyak aktiviti dihujung minggu. Video dapat upload pun seminggu sekali. Pakcik cuba juga curi masa buat video. Terima kasih pada yang terus support. Kerana anda pakcik masih berada di sini. Terima kasih tidak terhingga. Esok 11 Jun 2023 seperti biasa pukul 2pm video baru. Resepi kuah pecal. Jangan lupa ...terima kasih semua.

2 years ago | [YT] | 98

PakCik SMY

Assalamualaikum. Bermula malam ini PakCik dan family akan bermusafir ke Bangkok, Thailand. Makanya tiada video baru sepanjang 8 hari pakcik berada di Thailand. Pakcik menggunakan keretapi Ke Bangkok. Ets dari KL pukul 10.50 dan sampai di Padang besar, Perlis 4.10 am. Seterusnya masuk Ke Hatyai esok. Dan berlepas ke Bangkok dari Hatyai pukul 5.45 petang esok dengan Sleeper Train dan dijangka tiba di Bangkok 10.30 pagi khamis. Sehingga berjumpa lagi. Doakan perjalanan pakcik selamat pergi dan balik. Mungkin ada video baru dari pakcik di Thailand dan juga resepi Thailand yang sedap. 😊😊😊

2 years ago | [YT] | 97

PakCik SMY

Assalamualaikum. Pakcik baru siap buat Puding gula hangus @ puding caramel dimalam minggu. Dapat la makan sampai esok. Tak habis makan sampai lusa. Sebab public holiday kann....pakcik guna loyang 9 inci...gedabak besar. Tunggu video seterusnya dari pakcik nanti. TQ

2 years ago | [YT] | 90

PakCik SMY

Assalamualaikum. Resepi seterusnya dari PakCik Smy. APAM NASI....kali ini PakCik tidak menggunakan Eno. Ringkas...mudah dan sedap. Tunggu kemunculannya.........Terima Kasih

2 years ago | [YT] | 70

PakCik SMY

Assalamualaikum. Pakcik sekarang bercuti di kampung dan sempat membuat satu lagi kuih legend dengan kakak sulung pakcik iaitu kak timah. Jangan lupa menonton resepi KUIH TIRAM mlm esok pukul 8 malam seperti biasa. Terima kasih.

2 years ago | [YT] | 73

PakCik SMY

Assalamualaikum. Sudah lama juga pakcik tidak upload full video sebab sibuk sikit sekarang ni dgn World Cup ⚽️⚽️⚽️ hehehe. Dapur terabai sekejap. Apapun pakcik ada siapkan beberapa kudapan / cemilan sesuai bila menonton bola. Jangan lupa malam esok 30 nov 2022 pukul 8 mlm seperti biasa akan ada video baru. Tengoklah video mana naik dulu dan hari-hari berikutnya. Terima kasih kerana masih setia dgn pakcik smy channel. Jumpa lagi.😍😍

3 years ago | [YT] | 35

PakCik SMY

Petang ni pakcik buat lompang. Dah lama pakcik tak buat kuih tradisi ni. Teringin pulak. Terus ada orang tempah untuk esok. Esok pulak memang dah ada tempahan kek sarang semut. Mereput la pakcik ditepi dapur. Bidang tempahan ni bukan bidang pakcik. Kalau pakcik ambil sekadar untuk mengembirakan dan memenuhi harapan orang. Dan jika pakcik kelapangan wakru itu. Mungkin dah pencen nanti pakcik buka kedai kuih tradisi. Siapa tau kan. Terima kasih sudi membaca dipetang hari. Assalamualaikum.

3 years ago | [YT] | 75

PakCik SMY

Assalamualaikum. Ada yang rindu pakcik ke??? Hehe...ada ni haa. Sekarang pakcik dari Capadokia nak Istanbul semula. In Sha Allah hari minggu ni sampai Malaysia semula. Ini ada beberapa foto kenangan disana

3 years ago | [YT] | 70