Quotes | Reminder | Story

Ezrakata merupakan channel yang menyajikan konten Islami berupa quotes, dakwah, dan storytelling. Channel ini berfokus pada menyebarkan nilai-nilai kebaikan. Selain itu, channel ini juga menghadirkan pesan-pesan yang relevan dengan isu-isu kontemporer, seperti hubungan antara manusia, keadilan sosial, toleransi, dan lingkungan hidup.

Selain itu, storytelling juga menjadi fokus utama dengan menyajikan cerita-cerita yang mengandungi pesanan moral yang berharga. Dengan kombinasi quotes Islami, dakwah, dan storytelling, channel ini berusaha menyebarkan pesan-pesan Islami secara luas, memberikan inspirasi, dan memperdalam pemahaman tentang agama Islam.

Terima Kasih


Ezrakata

CERITA DARI MEDITERANEAN


Pada hari-hari ketika kemilau bintang di langit mulai meruyup di Mediteranean, kerana kabus menebal serta angin kencang dan ombak besar membedal bot-bot kecil, yang ada hanya sepilihan cara.

Pertama, undur pelayaran ke pulau kecil di pinggir Greece, meskipun jadual tiba di pantai Gaza akan terlewat 24 jam. Satu pilihan lain, susur lebih jauh ke pinggir pantai Antalya, Turki dan berlindung hingga ribut mereda.

Hari ini 15 Mei, hari An-Nakba. Hari ke-41 pelayaran Sumud, setelah 14 hari pertama merentas Barcelona ke Catania. Setelah empat hari berlabuh di Augusta, 48 bot belayar dari Teluk Iolana menuju ke Creete, Greece.

Tiga hari kemudian, pada 29 April, 22 bot dilumpuhkan pelayaran setelah dipintas tentera laknatullah. Rasa letih dan lesu masih membekas walaupun dibebaskan dari kem kurungan kapal pada 1 Mei.

Saya pilih belayar lagi, setelah tiba di Istanbul. Begitu juga 10 rakan yang lain. Kami nekad terbang ke Marmaris, pelabuhan terakhir dalam peta pelayaran Sumud menuju Gaza.

***
Dikurung di penjara kapal selama tiga hari sebagai Tahanan Perang (POW) serta melihat teman-teman dari Eropah berjuang memprotes di laman penjara tanpa sedikit pun rasa gentar membuatkan kita terasa lebih cepat tua.

"Hidup pada hari kau mengenang dahsyatnya an-Nakbah bukan lagi sepilihan rasa takut," bisik hati sendiri: "Hanya ada satu pilihan... kau mesti berani menuju pantai Gaza."

Di sekitar penjara, 181 tahanan bersesak tidur dalam tiga blok kontena bersaiz 40 kaki. Terasa benar kesan deraannya, kala siang cuaca panas terasa mencapai 35°Celcius, antara bahang matahari dan wap lautan.

Malam hari suhu 15°Celcius dan angin sejuk boleh membekukan darah dan otak. Tubuh terasa mengecut kerana dehidrasi akibat menggelegaknya matahari membakar waktu siang.

Cuaca sejuk di sebelah malamnya pula mampu menjadikan tahanan yang kesejukan boleh mati kerana hipotermia. Antara otak dan darah yang mencair dibakar wap panas serta gelapnya sel penjara, aku hanya teringatkan Allah. Walaupun semangat melepuh, aku hanya mampu mengingati lelaki yang ingin ditemui, Marwan Baghouti yang dipenjara sejak 2001 dan hingga kini tiada khabar berita mengenai nasibnya. Atau, keinginan sekian lama untuk duduk meneguk kopi bersama Abdullah Barghouti, sang pejuang yang dipenjarakan selama 5,200 hari sejak 2003.

Justeru, penjara ini terasa seperti jambatan magis untuk ketemu dua tahanan Palestin ini. Ya Allah... perjalanan flotilla musim luruh tahun ini terasa lebih panjang daripada merentas pelayaran Sumud musim panas tahun lalu.

***
Mereka datang seperti syaitan. Tarikhnya 29 April, setelah dua minggu belayar bersama Kapten Daniel, akhirnya bot disergap tentera Israhell ketika matahari baru terbenam di Mediteranean.

Daniel, lelaki Jerman, berusia 41 tahun. Orang Frankfurt yang sangat obses dengan pelayaran ini kerana pertama kali diizinkan ibunya.

"Aku membesar dengan banyak menyusahkan ibuku," kata Daniel
"Dia bangga bila aku tamatkan pengajian Ijazah Kejuruteraan Laser dan Optik," tambahnya lagi.

Kami duduk berbual empat mata pada satu malam ketika aku ditugaskan membantunya. Cuaca sejuk 15°Celcius serta berangin membuatkan perjalanan malam perlu ditemani kopi hangat.

Kami baru memasuki perairan Greece. Walaupun jaraknya 650 batu nautika ke Gaza iaitu kawasan aktif dron pemantau dan dron penyerang Israhell. Malah dalam pelayaran tahun lalu, sebanyak 12 bot layar sumud dibom di sekitar perairan ini.

Malam nampak tenang pada hujung bulan April. Dari Barcelona ke Catania sebelum ini, Mediteranean sangat lembut alun ombaknya seperti ibu yang sedang menyusukan anaknya.

Daniel yang sudah 13 tahun tinggal di Portugal ini meneruskan ceritanya.
"Cuma... apabila tamat belajar aku tinggalkan Frankfurt untuk pergi bekerja di firma milik Jerman di Portugal. Kerja yang baik dan gaji yang lumayan, tapi aku tak fikir, itu adalah kehidupan yang ku mahukan."

Saya mendengar, orang Barat sangat gemar berbual hati ke hati saat 'disentimentalkan' oleh laut dan secawan kopi.
"2016... aku nekad berhenti kerja," kata Daniel lagi.
"Minatku lebih kepada anak-anak remaja di pedalaman, ramai pelajar kurang berminat pada fizik, sains dan kejuruteraan moden," Itulah yang kudengar daripada Daniel.

Bermulanya hidup seorang anak yang lurus kepada dunia dewasanya yang lebih komplikated. Dia akhirnya memilih berhenti kerja sebagai jurutera dan melaksanakan kerja komuniti sebagai guru, dan sejak itu hampir sedekad hubungan dengan ibunya jadi muram.

"Aku anak lelaki bongsu daripada tiga saudara. Kau tahu betapa kecewanya ibuku...."
Saya hanya meneguk kopi, tidak mengangguk sebagai tanda lebih menyebelahi kemahuannya.

Malam itu, belum pun berakhir kisah hubungan dingin anak dan ibu ini diceritakan kepadaku, ketika langit baru melepasi senja dan mulai gelap, lebih 10 bot IOF menyerbu secara drastik. Bunyi deru bot serta lampu terang yang menyuluh bot serta semua sistem komunikasi radio dan internet diputuskan, kami sedar betapa pantas IOF bertindak kali ini.

Walaupun suasana gelap baru membungkus Mediteranean, deru bot bergema, semua talian komunikasi dimatikan oleh teknologi pemintas IOF. Ketika sah dalam binakular, walaupun keadaan gelap, saya nampak dua bot penculik Israhell menghampiri bot Bianca, saya sahkan pada Daniel.

"Tak seperti pintasan tahun lalu... ini pintasan ganas, ia ganas kerana pintasan kali ini dilaksanakan dengan serbuan bersenjata serta tembakan tanpa amaran,"
Sebentar kemudian bot besar IOF mula menghalakan ke arah kami, lampu suluhannya terang, serta rayauan cahaya laser merah menghala ke tubuh, tanda rifel sedang dihalakan kepada kami.

Keadaan jadi kalut, Cameron, warga Australia yang menjadi pembantu Daniel segera naik ke dek dan nampak agresif. Terus dimakinya bertubi-tubi tentera IOF yang cuba memanjat bot.

"Kita mulakan zig-zag!" Jerit Cameron.
Zig-zig ialah teknik memecut bot ke kiri dan kanan melarikan diri. Nekad melanggar bot IOF. Risikonya besar, antara bot musuh dan bot kami, salah satu boleh terbalik.

Daniel segera memecut dan cahaya laser daripada rifel IOF mulai merayau liar menghala ke arah kami berlima. Pelayar dalam bot Arkham 3, Ricardo, seorang kru kelahiran Hungary terus menyalakan suar menyebarkan tanda bahaya untuk diawasi bot-bot lain dalam konvoi.

Daniel kekal melajukan bot dengan teknik zig-zag menyebabkan dua kali bot layar kami hampir terbalik dirempuh bot taktikal IOF. Amaran tembakan dilaungkan berkali-kali, Daniel tak peduli, terus memecut teknik zig-zag.

Saya berada di dek paling belakang, nampak dengan jelas dua penyangak IOF sedang menghalakan senjata dengan cahaya lasernya merayau antara tubuh kami berlima.

Akhirnya, empat das tembakan dilepaskan. Saya nampak dengan jelas letupan pecahan kelongsong warna merah, tanda tembakan jarak dekat peluru getah. Daniel jadi sasaran, susuk tubuhnya yang memandu bot, hanya lima meter dari muncung senapang IOF yang berada rapat dengan bot kami. Kelihatan Daniel melompat dan mengaduh, peluru getah yang ditembak jarak dekat masih mampu menyebabkan kecederaan parah.

Ketika IOF memberikan amaran peluru hidup akan dilepaskan serta keadaan Daniel yang separa rebah kerana kaki kirinya disasar peluru, keadaan jadi makin tak terkawal.

"Stop! Stop!" Kata Cameron apabila Daniel hampir rebah. Kesan tembakan terlihat pada pahanya . Jarak lima meter daripada laras senjata menyebabkan luka besar.

***

Kami bertemu di penjara laknatullah. Kami dikurung bersama 181 tahanan di penjara tahanan perang. Penjara itu atas kapal dagang yang diubah suai sebagai kem penderaan. Ruang sempitnya dibina dalam tiga kontena berpintu kecil tanpa tingkap menjadikan tubuh tahanan terasa dibakar matahari di tengah lautan. Malam hari, setelah pakaian tebal ditanggalkan sejak ditahan di bot, tahanan dicengkam udara sejuk yang boleh membunuh dengan kesan hipotermia.

Satu petang, tanpa rawatan ternampak Daniel tersadai di tepi kontena A, saya dilemparkan di kontena C. Ketika waktu tahanan dibenarkan bergerak di laman sempit antara tiga kontena penjara ini, saya segera menghampiri Daniel.
"Daniel," kata saya: "Kamu kapten yang membanggakan."

Cameron yang duduk di sebelahnya tersenyum, dia memilih menjaga Daniel yang cedera. Saya pula harus bersama sembilan lagi tahanan Malaysia bagi memastikan keadaan terjaga dengan baik. Kebetulan saya paling tua, abang dan bapa bagi rakan-rakan yang ditahan. Dua hari dua malam ditahan, akhirnya kami dibuang di hujung pulau Creete, Greece. Kami dilempar di tebing pantai dan dibiar berjalan kaki ke lapangan terbang mencari bantuan.

Kami berarak dengan satu suara: "Free Free Palestine!" Dari Creete kami diterbangkan ke Istanbul. Kami putuskan: "Kita takkan pulang, misi seterusnya terbang ke Marmaris, Turki dan meneruskan pelayaran ke Gaza."
Waktu kutuliskan cerita ini, langit masih mengabur di pinggir pulau kecil di Greece. Kami bermalam setelah di Greece setelah seharian dibantai ribut kencang.

Ketika ini, belasan bot flotilla berlindung di celah lekukan bukitan di pinggir pantai. Kali pertama saya mendengar bunyi angin kencang dari laut yang bergesel dengan batuan gunung di pantai, terdengar seperti siulan kawanan jin.

Esok 16 Mei, laut dijangka tenang kembali. Kami akan belayar lagi. Tiga hari menongkah arus Mediteranean. Pantai Gaza sekitar 400 batu nautika. Bencana masih ada di garis pelayaran merentas garis 350 batu nautika.

Kata orang: "Zon merah yang berbahaya". Tapi, saya lebih percaya, "Bahaya paling besar ialah membiarkan anak dan cucu kita tumbuh hidup dalam dunia yang penuh kezaliman dan ia dibiarkan berlaku tanpa sebarang tentangan."

Kalau ada waktu, saya kisahkan pula mengenai seorang lelaki, Cameron si pemberontak dari Queensland. ~ ZRA

Sumber: Berita Harian


Anekdot Kembara : s.shopee.com.my/2qRfSYTa8B

1 week ago | [YT] | 98

Ezrakata

Di laut bergerak, Di darat bertindak !

Kita satukan hasrat, berkumpul dan menuju ke Kedutaan US sebagai isyarat:
BEBASKAN GAZA!
BUKA PINTU RAFAH TANPA SEKATAN!


Tempat berkumpul : Urban Skate Park
Masa : 8:30 Malam
9:00 tajam kita gerak!

Sumber: Ultras Malaya

1 month ago | [YT] | 322

Ezrakata

EDISI KHAS

Buku Pasar ke Pasar (Edisi Khas Sumud Flotilla 2.0) ini adalah himpunan sisi pandang Tuan Haji Zainal Rashid Ahmad (ZRA) yang lebih mendalam.
Ia bukan sekadar sebuah naskhah, tetapi arkib pemikiran yang merangkumi:

✅ Catatan akademik dan rencana terpilih yang pernah diterbitkan di portal.
✅ Kisah penuh makna tentang sahabat baik penulis, Selamat Asrin, seorang insan autistik yang mewarnai naratif hidup beliau.

Satu naskhah yang menggabungkan ketajaman minda dan kelembutan hati.
Sangat sesuai untuk anda yang mencari bacaan yang "berat" dan jiwa.

🛒 Dapatkan sekarang di TikTok Shop atau Shopee.

TT: vt.tiktok.com/ZS9L9YdEKujok-Xl3z0/
Shopee: s.shopee.com.my/805AKZGMxx

1 month ago | [YT] | 34

Ezrakata

Starting today, 8 January, The Voice of Hind Rajab opens in selected cinemas nationwide. Every RM1 from each ticket sold will be channelled to Tabung Kemanusiaan Media Prima, supporting MERCY Malaysia ’s humanitarian work in Gaza.
Watch the story. Support humanity.

Source : BDS Malaysia

4 months ago | [YT] | 39