Moeslim Tv

4 years ago | [YT] | 611

Moeslim Tv

Bila yang kita inginkan tak dapat, dan orang lain yang dapat, janganlah kita kesal dan kecil hati tapi tengoklah, bermusahabah:
“Mungkin kalau nikmat yang diberi kepada orang tu diberi kepada aku, aku tak mampu nak melaksanakan hak syukurnya, sehingga tidak diberi seperti orang itu adalah Allah ingin menyelamatkan aku daripada tergelincir tidak bersyukur.”

Sentiasalah bersikap berbaik sangka kepada Allah سبحانه و تعالى.

Disunting dari pengajian Majlis Ta'lim Darul Murtadza pada 25 Disember 2020

4 years ago | [YT] | 815

Moeslim Tv

janji itu akan diminta pertanggungjawab ke atasnya.

Oleh sebab itu jangan berjanji untuk memerima undangan sekadar untuk mengambil hati.

Memungkiri janji itu satu tanda daripada orang munafik, walaupun dia solat, puasa dan melakukan ibadah yang lain.

- disunting daripada kuliah Subuh bersama @habibalizaenalalhamid 14112019.

#habibalizaenalabidinalhamid
#darulmurtadza
#darmedia

4 years ago (edited) | [YT] | 493

Moeslim Tv

[ TEMPAT RAHSIA… ]

Hati tempat rahsia telusnya amal perbuatan seseorang kepada Allah سبحانه و تعالى.

Di antara rahsia yang ada antara Tuhan dan hamba-Nya adalah amal ibadah yang ikhlas.

Keikhlasan itu yang jadi rahsia…

Sehingga tiada sesiapa yang mengetahui amal seseorang itu ikhlas atau tidak kecuali
Allah سبحانه و تعالى dan tuan yang beramal tadi.

Oleh sebab itu tiada sesiapa berhak menuduh ibadah orang lain kalau ibadahnya itu tidak ikhlas.

Menghukum tidak boleh. Mengingatkan supaya ingat mestilah..

Sebab ikhlas itu rahsia antara Allah dengan yang melakukan amal perbuatan..

- perkongsian Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Majlis Fadhail Amal 09.07.2021

4 years ago | [YT] | 804

Moeslim Tv

[ KEBAHAGIAAN DI DUNIA…. ]

Yang ingin bahagia di dunia dan akhirat,
kuncinya - beriman dan beramal soleh.

Kebahagiaan di dunia tidak sama dengan kebahagiaan di akhirat.

Kebahagiaan di akhirat, ketika menerima balasan daripada amal soleh dan perintah yang dijalankan di dunia. Kebahagiaan yang tiada penat, tiada letih, tiada apa-apa kekurangan.

Namun kebahagiaan di dunia tidak demikian.

Kebahagiaan di dunia terletak pada imannya, dan juga terletak pada amal solehnya, walaupun
hidup di dunia penuh dugaan, cubaan, ujian.

Mungkin diuji dengan sakit tapi dia bahagia.
Mungkin diuji dengan kekurangan kewangan
tapi dia bahagia.
Mungkin diuji dengan pandemik covid
tapi dia ‘steady’.

Kebahagiaan di dunia bukan bermakna tidak berdepan dengan dugaan dan cubaan.

Tapi, kebahagiaan di dunia adalah kebahagiaan ketika menjalankan ibadah sehingga seronok beribadah kepada Allah سبحانه و تعالى yang meringankan musibah-musibah keduniaan yang dihadapi olehnya.

- disunting daripada pengajian bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | MTDM 16072021

4 years ago | [YT] | 1,086

Moeslim Tv

DAH SETAHUN LEBIH DAH DOA FASAL COVID NI…

Bila doa PASTI dikabulkan, maka janganlah punya sifat terburu-buru sehingga mengatakan doa tak dikabulkan.

Aih.. kita ni dah setahun lebih dah doa fasal covid ni… Qunut Nazilah sudah, solat hajat sudah.. zikir untuk tolak bala pun sudah…ya kan..

Apa lagi? Banyak dah kita buat… ya kan? Namun dah setahun lebih…

Ia bergantung kepada kita nak memahami macam mana - doa yang kita pohonkan kepada Allah سبحانه و تعالى…

Yang pertama - sudahkah kita berdoa kepada Allah dan PENUHI syarat kita dulu sebelum kita mencari hikmah bentuk qabulnya doa dari Allah سبحانه و تعالى?

Adakah kita dah penuhi syarat berdoa, supaya kita yakin doa kita diqabulkan atau tidak?

Supaya kita tak tergelincir kepada buruk sangka pada Allah, “Dah sekian lama buat doa, (qabul) tak kunjung tiba…”

Silap-silap doa kita tak penuh syarat!

Silap-silap yang berdoa makanannya haram, sumbernya haram, ‘energy’ yang digunakan daripada sumber yang haram.. terus berbuat haram… tidak insaf kepada Allah سبحانه و تعالى… macam mana… ?

Bukankah dalam hadis Nabi Muhammad ﷺ menceritakan yang ada orang, dia dalam perjalanan, musafir biasanya doanya mustajab. Musafir ini perjalanannya pun jauh, dia angkat tangan berdoa, mengatakan.. “Ya Allah… Ya Allah…” , dia mintalah macam-macam, TAPI makannya haram, minumnya haram, pakaiannya haram…

Yakni sumbernya haram - keretanya daripada hasil yang haram, beli rumah daripada hasil yang haram, sekolahkan anaknya pun daripada hasil yang haram.. walhasil… semuanya haram…

Macam mana nak diqabulkan doa oleh Allah, kalau yang berdoa ‘mandi’ haram?

‘Fahimtum’?

PERBETUL dulu apa yang kita patut untuk penuhi…
Kalau janji-Nya Allah untuk qabulkan doa ini, Ya Allah.. apa yang tak terbukti qabul doa yang Allah telah janjikan?

Untuk apa Allah beri nama pada Zat-Nya Yang Maha Agung - Al Mujib - Yang Maha Mengabulkan Doa? Untuk apa nama itu kalau bukan untuk mengabulkan doa orang yang berdoa?

TAPI kena DIPENUHI SYARAT kita dalam berdoa, BARU kita akan melihat keajaiban pemberian dari Allah atas doa yang kita minta kepada Allah سبحانه و تعالى.


Disuntinga daripada pengajian bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid
@habibalizaenalalhamid | MTDM 09072021

#habibalizaenalabidinalhamid
#darulmurtadza

4 years ago | [YT] | 980

Moeslim Tv

“Allah menjadi tempat keperluan bagi semua makhluk. Tidak ada satu ikan di lautan melainkan perlu rezeki daripada Allah. Tidak ada semut yang berjalan di mana sahaja, melainkan rezekinya dijamin Allah. Semua makhluk memerlukan Allah. Inilah hakikat yang harus ada dalam diri kita.”

• Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid

4 years ago | [YT] | 1,296

Moeslim Tv

KALAU CINTA…

Kalau kita cinta kepada Allah mesti taat.

Kalau kita cinta kepada Allah mesti istiqamah dalam kebaikan.

Kalau kita mengaku cinta kepada Allah, kita tinggalkan maksiat.

Tak mungkin ada orang mengatakan cinta kepada Allah tapi maksiatnya kepada Allah lancar.

Tak mungkin orang mendakwa cinta kepada Allah, dosanya berterusan.

Adakah kamu mendakwa cinta kepada Allah sedangkan kamu bermaksiat kepadanya?

Sesungguhnya yang demikian tak mungkin berlaku.

Orang itu akan mentaati yang dikasihi atau dicintainya.

Macam mana mengaku cinta tapi buat hal-hal yang dilarang Allah سبحانه و تعالى?

Tunjukkan rasa cinta kepada Allah dengan taat.

Kerana cinta bukan hanya ucapan, bukan hanya sekadar ungkapan…

Cinta bukan sekadar kata-kata….

Cinta mesti ada buktinya...

- disunting daripada pengajian Rauhah bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | 29062021

4 years ago | [YT] | 1,068

Moeslim Tv

Hati-hati daripada sifat menjauhkan diri daripada kebenaran, khuatir sengaja menjauhkan diri daripada kebenaran, makin dijauhkan oleh Allah sehingga tidak kenal kepada kebenaran.

والعياذ بالله

- disunting daripada pengajian bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | MTDM 25062021

4 years ago | [YT] | 1,046

Moeslim Tv

KENA SUNGGUH-SUNGGUH

Bilamana kita meminta, minta dengan sungguh-sungguh.

Bilamana kita beramal, beramal sungguh-sungguh.

Bila berjanji, janji sungguh-sungguh.

Allah akan menyikapi kita sesuai dengan sikap kita kepada Allah سبحانه و تعالى.

- disunting daripada pengajian bersama Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid | MTDM | 28052021

4 years ago | [YT] | 982