DIY Syahman Abu Hasan

DIY (Do-It-Yourself) : Ruang tamu • Bilik • Dapur • Tandas • Kebun • Kereta • Motosikal

Collaboration? Email to :
syahman.abuhasan@gmail.com

Or WhatsApp :
+6011-2650 7198


DIY Syahman Abu Hasan

Barang 'baek' suda masuk..
Teruk sangat rumput keliling umah aku ni..
Membesar bagai johan..

Hahaha.. 😆

Ko tunggu nanti aku keluar bidio DIY pasang ini barang..

#DIYSyahman

2 days ago | [YT] | 7

DIY Syahman Abu Hasan

🎉 Pilihan voucher yang disediakan :

🔥 Diskaun 50% (Min. Belanja RM200, Had RM200) – Terhad kepada 65 tuntutan
🔥 Diskaun 30% (Min. Belanja RM100, Had RM75) – Terhad kepada 200 tuntutan
🔥 Diskaun 30% (Min. Belanja RM1,000, Had RM500) – Terhad kepada 30 tuntutan

⏰ Voucher-voucher ni dah mula aktif sekarang dan konsepnya siapa cepat, dia dapat 😊

4 days ago | [YT] | 5

DIY Syahman Abu Hasan

KIPAS MANUAL/REGULAR KE AUTO/REMOTE

Kipas ni aku beli di Shopee masa tengah promosi. 'Convert' dari kipas manual regulator kepada kipas remote.

Selalu ke rumah orang, teringin juga nak ada 1. Kalau ikutkan asalnya semua kipas jenis regulator je kat rumah aku.

Cara pasang pun tak susah mana. Alat kelengkapan pun tak perlukan banyak. Alatan asas je kalau kau nak pasang sendiri. DIY.

Part yang kawal kelajuan ni nak tukar regulator ke remote pun simple. Ada aku tunjukkan 'step-by-step' dalam perkongsian video kali ni.

Video penuh agak panjang sebab aku kongsi secara detail. Jadi, aku pecahkan ikut slot jadikan Short berdasarkan tajuk kalau kau tak nak tengok video penuh.

Semoga bermanfaat 🥰

Video penuh :
https://youtu.be/r36K0UgpnJs

Short, berdasarkan tajuk :

Part 1 : Buka kotak
youtube.com/shorts/6Z2uhwTR6G...

Part 2 : Pasang wayar
youtube.com/shorts/bPQ7jZynUH...

Part 3 : Pasang kepala kipas
youtube.com/shorts/5eoI6aJV3e...

Part 4 : Tanggal kipas lama
youtube.com/shorts/6wZ8O7tPpW...

Part 5/akhir : Tukar regulator ke remote
youtube.com/shorts/tllfrCnyIa...

#DIYSyahman #ShopeeYTDeals

2 weeks ago (edited) | [YT] | 23

DIY Syahman Abu Hasan

CARA MUDAH DRIL PERMUKAAN BESI

Kalau ikutkan pada yang sudah biasa layan besi baten dan C channel ni dah lali dengan isu ini.

Termasuklah yang layan projek DIY yang guna besi jenis ni sebagai frame asas.

Walaupun kita gunakan skru hex untuk tebuk ikat besi ni pada bumbung, kadang tu 'annoying' jugak bila mata skru asyik 'lari' dari tempat yang kita nak skru tu. Geram. Haha..

Salah satu cara adalah dengan guna alat ni. Namanya 'Center Punch'.

Fungsi dia adalah nak bagi spot tanda yang tenggelam sikit supaya mata drill tak 'lari' ke kiri dan kanan.

Mudah kerja, jimat masa, kurang stress 🤭

Perkongsian video :
youtube.com/shorts/1gWdGdAaaU...

#DIYSyahman

1 month ago | [YT] | 21

DIY Syahman Abu Hasan

MASALAH PINTU TANDAS LIPAT

Pintu tandas plastik PVC jenis banyak sendi yang macam ni aku akui tak berapa nak tahan.

Kadang tu, pintu jenis ni memang terpaksa kita pakai. Lagi-lagi tandas yang mempunyai masalah ruang..

Kalau kau rasa macam 'tak sedap' je sewaktu kau buka dan tutup pintu, itu tandanya 'sudah sampai masa'..

Dalam keadaan macam ni, pintu ni dah mula rasa ketat susah nak buka tutup. Jangan tunggu dan biarkan sahaja macam tu. Keadaan akan lebih 'parah'. Lagi cepat ia rosak. Kena cepat bertindak..

Macam yang aku kongsikan ni, pintu ni baru lagi pasang. Dalam 3 ke 4 bulan macam tu. Dah datang masalah ni..

Aku guna minyak Singer multipurpose sebagai pelincir. Sebelum ni aku pernah guna WD-40. Selang 2 ke 3 bulan, rasa ketat balik..

Ada juga orang kongsi, sapu minyak gris. Tahan lama katanya.

Aku guna je dulu minyak yang aku ada dan pernah terbukti dengan pengalaman aku sebelum ni pada part-part yang lain. Tapi ini kali pertama aku guna untuk pintu ni.

Jom layan video yang aku sempat rakam ni..

Semoga bermanfaat..

youtube.com/shorts/ID9prd0SQH...

#DIYSyahman #PintuTandasLipat

1 month ago | [YT] | 12

DIY Syahman Abu Hasan

MASALAH PIRING 'UFO' MESIN BASUH TERTANGGAL

Isu ni selalu berlaku pada mesin basuh yang lama berusia. Jenis baru amat jarang terjadi.

Tahukah anda, jika piring ni tertanggal dengan sendiri dari turbin, ini menandakan piring ni rosak dan tak boleh digunakan lagi?

Kenapa ini berlaku?

Di bahagian bawah piring ini terdapat lubang skru yang mempunyai 'gigi' bersambung dengan shaft besi dalam turbin mesin basuh ini. Gigi ini sudah habis rata dan tidak dapat memegang shaft tersebut.

Ia akan menyebabkan skru pengikat akan mudah tertanggal kembali setiap kali kita mengikat skru tersebut.

Solusinya?

Terpaksa tukar dengan yang baru.

Jom layan celoteh aku menceritakan dan DIY sendiri di perkongsian kali ini :

https://youtu.be/506-EZx0STg

#DIYSyahman

1 month ago | [YT] | 7

DIY Syahman Abu Hasan

Barang baik baru sampai. Lebih kepada kerja DIY Perkebunan. Ini barang aku betul-betul suka! Serius!

Sebelum ni aku pernah tebang pokok guna parang, guna gergaji tangan, guna kapak bagai..

Tapi bila dapat ini barang..
Ini kerja jadi sangat senang..
Jimat tenaga..
Jimat masa..

Lagi aku suka..
Nak servis bersihkan sisa semudah ABC..
Pulas tombol skru hitam tepi tu..
Terus boleh bersihkan..

Perkongsian video dah aku kongsi..
Jom layan..

https://youtu.be/LGVQdeTqa4s

#DIYSyahman
#DIYKebunSyahman

1 month ago | [YT] | 7

DIY Syahman Abu Hasan

Hari ni aku demam..
Untuk hari ke-3..

Demam dia bukan jenis panas sangat..
Jenis 'suam-suam kuku' je..

Aku mula terasa selepas aku 'main' panas..
Potong pelepah kelapa tengah hari buta..

Layan pulak dengan gergaji bateri cordless yang baru sampai tu.. Dia punya naik shaikh.. fuhhh!

Aku lupa daratan kejap..
Syok layan potong pelepah..
Sampai 1st bateri habis kuasa. Sambung guna 2nd bateri pulak. Haha..

Buahnya aku ambik untuk jamuan hari raya surau dekat rumah aku ni pada malam Jumaat tu..

Kalau ikutkan..
Boleh je nak buat kerja..
Tapi bila pengalaman dulu-dulu aku lalui..
Bila situasi macam ni..
Kerja kat tempat panas, aku akan jadi lebih teruk nanti..

So, aku rilek jap kat beranda rumah..
Menatap suasana..
Ternampak lukisan satu ni (first gambar)..

Aku beli masa bercuti keluarga suatu ketika dulu..
Layan santai jalan-jalan dengan wife dan anak-anak kat Pantai Telok Chempedak, Kuantan, Pahang..

Ternampak sorang pakcik ni melukis gambar. Umur aku anggarkan 60 tahun lebihlah lebih kurang..

Aku memang suka sangat bab yang berkaitan seni hasil tangan ni..
Aku pernah berimpian menjadi pelukis..
Lukisan pemandangan yang indah sebagai memahat memori..

Sampaikan aku pernah lukis pemandangan sekitar bandar Klang dari sudut pandangan tingkap kelas aku di tingkat 3..

Aku tengok pakcik tu..
Sorang je dia kat meja dia..
Saja layan hobi katanya. Dapatlah sikit-sikit duit belanja..

Aku beli satu daripada puluhan gambar lukisan yang dia jual..

Bila tengok gambar lukisan ni..
Memori lama aku hadir kembali..
Juga kenangan di Pantai Telok Chempedak..

Ada lagi ke pakcik tu di situ?

----------------------------

Nota, perkongsian video penuh gergaji bateri cordless ini :
https://youtu.be/2ykfzCj_JRk


#DIYSyahman
#syahmanrepairrenovaterumah

2 months ago (edited) | [YT] | 11

DIY Syahman Abu Hasan

Kerja semalam. Layan aircond..
Aku dengan team aircond sampai naik atas siling..

Lokasi : Rimbayu, Telok Panglima Garang, Selangor.

Mula-mula dulu bila aku sampai..
Aku sangkakan masalah bumbung atas yang leaking sampai siling berlubang..

Bila siasatan dijalankan dengan teliti..
Saluran aircond rupanya yang 'menangis'..
Insulation foam dah expired..

Kena tukar semua..

Kami tak terus tukar..
Balik dulu buat kira-kira..
Nak bincang dulu harga dengan tuan rumah. Sebab rumah ni rumah sewa..

Layanz... 😊

#SyahmanRepairRenovateRumah
#DIYSyahman

2 months ago | [YT] | 10

DIY Syahman Abu Hasan

Aku rasa video kat Shorts kali ni..
Aku banyak kongsi pasal alat ini..
Gambar no. 1..

Lama dah aku beli..
Tahun 2023, bulan Mei..
Beli kat Shopee..

Aku try kongsi balik seller yang aku beli dulu. Stok pulak takde. Laju betul kot jualannya bila aku pernah share dulu kat FB dan YT. Agaknya lah.. haha..

Hingga kini aku masih aktif gunakan alat ni bila waktu ia diperlukan..

Dari bentuk macam ni..
Hinggalah kini aku tengok dah ada perubahan bentuk. Tapi aku rasa seakan tidak mempengaruhi tugas asal alat ini..

Komen aku?

Puas hati. Kerja akan jadi lebih kemas dan cepat siap bila kita dah serasi bersama.
Hihi.. chewahhh! 🤭

Nak potong 45°, 90°, 180° alah.. kacang je..

Ada 1 lagi alat yang aku nak beli..
Sebagai pelengkap untuk kerja-kerja pasang casing wayar ini..

Gambar yang no 2 tu yang aku maksudkan..
Hasilnya dalam gambar no. 3..

Nanti dah beli, aku kongsi..

#DIYSyahman
#SyahmanRepairRenoRumah

2 months ago | [YT] | 8